Bashir Ahmad
9 Mac 2008
KEPUTUSAN pilihan raya umum (PRU) 2008 akan menjadi bahan perbincangan yang panjang setelah ia melanda ibarat tsunami. Pasti tiada siapa yang terfikir bahawa pembangkang akan menawan lima negeri dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Satu suasana politik yang tidak menentu menyelubungi masa depan negara. Adakah ia akan memberikan kesan ke atas perkembangan ekonomi dan kestabilan? Pemerintahan pusat oleh sebuah kerajaan yang akan berhadapan dengan kesukaran untuk mengemukakan dasar baru, peruntukan dan undang-undang di Parlimen. Jika dulu wakil-wakil BN boleh mampu untuk selalu bersenda-loka di luar dewan persidangan, akan datang mereka tidak boleh lagi berbuat demikian kerana kerajaan sentiasa memerlukan kehadiran mereka untuk menghadapi tindak-tanduk pembangkang yang tidak diduga.Tiada siapa termasuk pembangkang sendiri menjangka keputusan begitu teruk bagi BN. Mengapa perubahanboleh berlaku begitu mendadak? Ramai yang menuding jari kepada faktor-faktor berikut:
FAKTOR PERTAMA IALAH KEPIMPINAN: Sebagaimana yang diketahui umum, PRU 2008 adalah pilihan raya kad laporan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.Setelah rakyat mengesahkan pelantikannya dengan memberikan sokongan paling besar kepada BN dalam PRU 2004, kali ini tibalah masanya bagi mereka menilai prestasi beliau. Keputusan PRU 2008 adalah markah yang mereka berikan kepada beliau. Perihal mengapa mereka memberikan penilaian yang begitu teruk, memerlukan kupasan yang panjang dalam satu tulisan berasingan.
FAKTOR HARGA BARANG: Jika golongan menengah dan penduduk bandar menjadikan faktor kepimpinan sebagai markah utama penilaian, kenaikan harga barang-barang keperluan harian ekoran pengurangan subsidi minyak adalah faktor yang kuat menimbulkan perasaan tidak suka terhadap kerajaan BN terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.Pihak kerajaan cuba memberikan aneka penjelasan bagi mewajarkan pengurangan subsidi, tapi pembangkang memutar hujah dengan membentangkan angka pendapatan besar, Petronas. Keuntungan besar yang syarikatminyak negara itu peroleh setiap tahun sepatutnya digunakan untuk mengekalkan harga minyak. Kenaikan yang berlaku dianggap terlalu tinggi.Malah pembangkang memanipulasi isu ini dengan membuat pelbagai tawaran istimewa melalui manifesto mereka. Antaranya dijanjikan harga minyak akan turut serta-merta, bonus RM6,000 setahun untuk golongan miskin dan negara kebajikan. Mereka sendiri tidak percaya ia mudah dilaksanakan, tapi tujuan mereka hanyalah memomokkan kerajaan BN di kaca mata rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Sungguhpun gaji kakitangan kerajaan telah dinaikkan dengan kadar yang tinggi atas alasan bagi mengimbangikenaikan harga barang tetapi kenaikan pendapatan tidak berlaku di sektor swasta yang jumlah pekerjanyajauh lebih besar.
FAKTOR MAHATHIR: Serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap penggantinya Abdullah secara terbuka turut memberikan kesan yang mendalam. Kritikannya yang berterusan terhadap dasar dan pengurusan ekonomi kerajaan pimpinan Abdullah turut mencemarkan imej penggantinya itu bukan sahaja di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.Kemuncak serangan Mahathir ialah apabila beliau mendedahkan tentang `gentlemen's agreement' antaranya dan Abdullah. Kononnya mereka bersetuju bahawa Abdullah akan melorongkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas satu penggal perkhidmatan. Abdullah menafikan kewujudan perjanjian berkenaan, tapi orang ramai tentulah lebih mempercayai cakap Mahathir.
FAKTOR MEDIA INTERNET: Penggunaan internet yang semakin meluas sebagai media alternatif dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak BN.Pembangkang yang selama ini tidak mendapat tempat dalam oleh akhbar dan TV yang sangat pro-BNmenggunakan blog dan laman berita sebagai media alternatif. Beratus blog propembangkang muncul sejakera Reformasi tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir 90-an.Antara bahan utama siaran mereka ialah serangan peribadi terhadap Abdullah dalam bentuk tulisan, posterdan kartun. Serangan dalam internet ini tidak ditangkis oleh akhbar dan TV kerana mereka telah `dinasihatkan' supaya tidak respons kepada apa jua yang datang dari blog.BN yang terlalu bergantung kepada media tradisional akhbar dan TV tidak memanfaatkan internet sebagaimana pembangkang. Ini kebetulan berlaku ketika internet menjadi saluran utama hiburan dan maklumat bagi generasi baru. Disebabkan akhbar dan TV memberikan liputan yang terlalu berat sebelah, akhirnya media tradisional ini tidak lagi mendapat kepercayaan sebagai sumber maklumat yang tepat.Dalam peperangan media ini, blog dan laman berita propembangkang yang lebih agresif dan tidak tertakluk kepada pantang larang yang diamalkan oleh akhbar dan TV ternyata mempunyai kelebihan. Mereka lebih pantas dalam menyebarkan propaganda melalui tulisan, gambar dan video yang boleh disiarkan pada bila-bila masa.Bahan-bahan propaganda yang boleh disimpan lama menjadi bahan yang sangat berkesan apabila dimuat turun pada bila-bila masa bagi penyebaran yang lebih luas di kalangan pengundi-pengundi yang tidak sempat akses kepada internet kerana faktor masa atau langsung tidak memiliki komputer.
FAKTOR KHAIRY: Media alternatif telah menggarap imej yang sangat negatif terhadap Khairy jamaluddin, menantu Abdullah. Khairy digambarkan sebagai seorang muda rakus kuasa yang sangat berpengaruh ke atas Perdana Menteri.Istilah `tingkat empat' Pejabat Perdana Menteri menjadi bahan sindiran untuk menggambarkan bahawa di situlah segala dasar dan urusan pentadbiran Abdullah dirancang dan diarahkan. Tingkat empat itu merujuk kepada pejabat Khairy dan rakan-rakannya yang menjadi pembantu Perdan Menteri. Malah media alternatif mendakwa senarai calon BN juga dimuktamadkan di `tingkat empat.' Ini pasti menimbulkan kegelisahan, jika tidak kemarahan di kalangan ahli-ahli UMNO. Tuduhan ini mewujudkan kem Abdullah dan kem Najib.Semasa kempen PRU 2008, Khairy juga dituduh menggunakan kedudukannya untuk menghakiskan pengaruhNajib dalam UMNO dengan mengenepikan para penyokongnya daripada menjadi calon. Cerita ini tersebar luasdi kalangan ahli-ahli UMNO dan tiada sesiapa pun di kalangan pemimpin parti itu cuba menafikannya.Sedikit sebanyak gambaran negatif terhadap Khairy menempias Abdullah dan menjejaskan integritinyasebagai pemimpin negara.
FAKTOR BN/ UMNO: Sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun, kritikan yang bertali arussekian lama terhadapnya boleh menimbulkan kesangsian terhadap BN/UMNO.Budaya hidup mewah dengan memiliki kereta dan rumah besar di kalangan orang-orang BN/UMNOtidak membantu untuk menangkis tuduhan-tuduhan politik wang, rasuah dan kronisme yang dilemparkanterhadap mereka.Apa jua tuduhan, sekalipun tidak benar, jika diulang setiap hari lama kelamaan akan dipercayai. Jika tidakoleh semua orang, sebilangan orang akan menganggapnya perkara yang benar.
FAKTOR PROPAGANDA PEMBANGKANG: Pembangkang berjaya menampilkan imej mereka sebagai mangsa `penganiayaan' kerajaan BN. Mereka mendakwa pilihan raya di Malaysia memihak kepada BN dan tidak adil kepada parti-parti pembangkang.Apabila SPR membatalkan cadangan menggunakan dakwat hitam bagi penyelewengan dalam pengundianhanya empat hari sebelum hari mengundi, jentera kempen pembangkang dengan pantas mengambil kesempatan untuk menjadikan langkah tersebut sebagai bukti bahawa SPR menolong untuk memenangkanBN.Pembangkang berjaya memperlihatkan bahawa pertarungan dengan BN dalam pilihan raya ini seolah-olah antara manusia kerdil David dan gergasi Goliath.Ini melengkapkan ramuan supaya lebih banyak pengundi bersimpati kepada pembangkang. Sebilangan mereka hanya sekadar mahu memberikan isyarat untuk menegur BN melalui undi kepada pembangkang, tapi oleh kerana undi adalah rahsia, akhirnya mereka memberikan `pukulan', bukannya isyarat.
Sesama mereka tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa banyakkah undi yang perlu diberikan kepada pembangkang. Akhirnya begitu ramai pengundi atas pagar yang mengundi pembangkang.Akhirnya PRU 2008 berakhir dengan satu keputusan yang membuka era baru yang tidak menentu. Limakerajaan negeri di bawah pemerintahan pembangkang dan kerajaan pusat di bawah BN yang gagal mendapat majoriti dua pertiga. Bolehkah mereka bekerjasama?Muafakat antara tiga parti pembangkang (DAP, PKR dan Pas) pula terlalu longgar dan bersifat sementara.Ibarat perkahwinan mutaah, menimbulkan tanda tanya berapa lama mereka boleh hidup rukun damai.- malaysiaktif.com
Monday, March 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment