Monday, December 28, 2009

Rais Yatim lebih layak jadi PM

ENTAH apa gerangannya, setelah dilaporkan bercakap dari hati ke hati dengan Pak Lah selama hampir tiga jam pada 16 September lalu, tiba-tiba pendirian Datuk Mohd Najib Tun Abdul Razak berhubung peralihan kuasa berganjak sedikit.Muncul bersama dalam sidang akhbar pada 17 September, Pak Lah mengumumkan bahawa beliau dan Najib akan terus berpegang kepada tarikh peralihan pada pertengahan 2010. Mereka juga bertukar potfolio Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan. Pak Lah juga mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Najib Timbalan Presiden pada perhimpunan agung Disember ini.Najib turut mengiakan cakap Pak Lah, pada hal beliau baru-baru ini menegaskan bahawa ahli-ahli parti yang berhak menentukan soal tersebut.Cuma apabila ditanya oleh wartawan sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk jawatan Presiden, Najib berkata:`` Kami sama-sama bersetuju dengan perkara itu. Kami serahkannya kepada parti. Kami telah menawarkan diri masing-masing, kami harap parti akan menerimanya.''Kalau diamati dan dipegang cakap Najib, ertinya akhir kata terletak pada parti, yakni ahli-ahli. Berdasarkan sistem demokrasi UMNO, kuasa pemilihan terletak pada bahagian. Pencalonan Presiden, Timbalan Presiden dan anggota Majlis Tertinggi (MT) dibuat di peringkat bahagian. Kemudian pemilihan dibuat di perhimpunan agung oleh perwakilan bahagian.Kita tunggu bahagian-bahagian UMNO mula bermesyuarat selepas Hari Raya Aidilfitri. Jika lebih banyak bahagian yang mencalonkan Najib menjadi Presiden, apakah beliau akan menolak kehendak parti? Jika beliau menolak, ia membayangkan ada sesuatu yang tidak kena. Dan dalam jangka panjang, keengganan Najib untuk mematuhi kehendak parti akan menjejaskan kewibawaan kepimpinannya di kaca mata ahli-ahli UMNO.Agak menarik soal peralihan kuasa ini tidak dibincangkan panjang lebar pada Mesyuarat MT semalam. Bagaimanapun, dilaporkan Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan penjelasan berhubung kenyataannya di Singapura yang menegaskan perlunya peralihan kuasa dipercepatkan.Menurut Muhyiddin, beliau menyuarakan pendapatnya itu demi kepentingan parti dan penjelasannya diterima baik oleh seluruh ahli MT termasuk oleh Pak Lah, tanpa perbincangan lanjut.Nampaknya Pak Lah terpaksa menerima hakikat bahawa soal peralihan kuasa ini tidak boleh ditentukan hanya oleh beliau dan Najib kerana ia melibatkan masa depan parti UMNO dan Barisan Nasional. Malah ramai juga rakyat jelata yang bukan ahli-ahli parti politik berpendapat bahawa ia melibatkan masa depan negara yang terus diselubungi keadaan tidak menentu ekoran keputusan Pilihan Raya Umum 2008 dan kegilaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.Satu tinjauan pendapat oleh Radio 24 kepunyaan kerajaan pada 18 September memperdengarkan pelbagai komen yang menarik. Pada awalnya para pendengar dijemput memberikan komen mengenai peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib. Walaupun banyak yang menyokong peralihan kuasa disegerakan, ada juga yang menyatakan bahawa peralihan kuasa tidak akan membawa sebarang perubahan kerana yang memerintah adalah parti yang sama.Bagaimanapun, salah seorang pendengar memberikan pandangan yang menarik. Kata pendengar ini, dalam keadaan sekarang pemimpin UMNO yang lebih layak dan berkaliber untuk menjadi Perdana Menteri ialah Datuk Rais Yatim. Bukan Pak Lah dan bukan Najib.Walaupun pandangan si pendengar itu boleh dianggap sebagai pandangan terpencil, ia sebenarnya menggambarkan bagaimana suasana politik negara semakin tidak menentu dan kalut. Perbincangan yang semakin bebas oleh media, termasuk media kerajaan, menimbulkan tanda tanya sama ada kebebasan yang tidak terkawal sekarang menambah baik atau memburukkan lagi keadaan.Tiada siapa yang pernah terfikir bahawa sebuah stesen radio milik kerajaan boleh menyiarkan dengan bebas pandangan pendengar mengenai peralihan kuasa itu. Malah seorang lagi pendengar menegaskan bahawa kuasa hendaklah diberikan kepada Anwar Ibrahim, bukan Pak Lah atau Najib. Jelas bahawa si pendengar itu penyokong Pakatan Rakyat.Kemudian pada sebelah petang, Radio 24 mengemukakan soalan yang berbeza sedikit - mana lebih penting antara peralihan kuasa dan harga minyak dikurangkan? Hampir saya tidak percaya bahawa soalan tersebut datangnya dari sebuah stesen radio milik kerajaan. Ini soalan yang kalut. Sudah tentulah kebanyakan pendengar mahukan harga minyak dikurangkan kerana ini persoalan periuk nasi yang menyentuh hati nurani kebanyakan rakyat Malaysia.Bagaimanapun, ada juga pendengar yang berfikiran matang dan mempertahankan peralihan kuasa sebagai persoalan yang lebih penting.Pokoknya, jika peralihan kuasa tidak dibuat mengikut kehendak majoriti, lebih-lebih lagi majoriti ahli UMNO, suasana akan bertambah kalut. Hari ini orang akan menamakan si polan dan si anu lebih layak daripada Pak Lah dan Najib. Lama kelamaan lebih banyak orang akan berpendapat, ``kalau susah sangat, lebih baik serahkan kepada Anwar Ibrahim sahaja.'' - malaysiaaktif.com

Wednesday, December 16, 2009

Which culture is crime most prevalent and accepted?

-Aziz ASDec 16, 2009Just ponder...when we hear or read about maid abuse (especially of Indonesian maids), kidnapping for huge ransoms, organised contraband smuggling, gang rivalries, smuggling and distribution of opium, hard drugs or designer pills , illegal betting , gambling , prostitution and 'ibu ayam' (pimping), pirated DVDs ,brutal slayings, hired gunmen, do we think of the Malays (whether as individuals or otherwise) ?
Add to the list the latest busting of a family involved in the despicable act of 'manufacturing' babies for sale in Banting, Selangor...
There are many types of corruption but the ones linked to brutality and violence are not normally associated with the Malay society . At worst, Malays resort to bomohs to seek revenge, something no one can be very certain if that is an effective way of acting out vengeance.
Henceforth, the blinkered racial bigots whose eyes are ONLY set on the Malays for any wrongdoings under the sun ought to be more objective. It is a fact that Chinatowns anywhere in the world are associated with the criminal, organised underworld.
What has the Chinese of this country done to get away from that image? Can we not shake off such dark cultural associations? No, we cant...it is very difficult when the majority still directly or indirectly condones such things, either by being apathetic or plain disregard.
Why can't we look inwards at our own society and community and start building a new and positive cultural image...crime is never part of any cultural makeup. It is merely a crude exploitation of a society's weaknesses, which the elders and wise omit to address.
Just imagine, with such thick criminal traits within certain spectrum of society, what will happen if they gain political power?
The ramifications can be intelligently predicted.

Monday, December 14, 2009

Rakyat lebih cerdik dari Menteri Besar

KOPITIAM TALK 14 Disember 2009

DAP belum pun berkuasa penuh di negeri Selangor tetapi telah dapat mengadakan tekanan politik yang menunjukkan bahawa ia lebih berkuasa daripada parti Keadilan dan Pas dalam Pakatan Rakyat.
Tidak ada apa keuntungan dan kebanggaan yang dapat dilihat dan dirasakan oleh orang Melayu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor kecuali kehilangan satu demi satu kuasa mereka dan penghinaan termasuk penghakisan martabat Sultan Selangor.
Yang paling terkini ialah perayaan Hari Keputeraan Sultan Selangor yang berlalu tanpa disedari oleh kebanyakan rakyat yang jelas menunjukkan pencapaian hasrat DAP untuk memperkecilkan semua institusi Melayu.
Tidak pernah perayaan keputeraan Sultan sesepi ini jika dibandingkan dengan era UMNO atau Barisan Nasional menguasai Selangor. Keadaan ini berlaku selain dari sikap tidak ambil berat oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim adalah juga kerana perasaan lesu rakyat pada keseluruhannya untuk merayakannya. Rakyat tidak berada dalam semangat perayaan tetapi perkembangan di negeri Selangor akhir-akhir ini banyak menyebabkan mereka merasakan berada dalam keadaan berkabung.
Ucapan baginda Sultan Selangor adalah menggambarkan perasaan rakyatnya. Rakyat dapat merasakan betapa sudah hilangnya hubungan yang baik antara orang politik dengan pegawai kerajaan, betapa pegawai kerajaan di pandang sebagai musuh oleh parti dalam Pakatan Rakyat dan betapa kerajaan negeri Selangor dilihat berkelakuan sebagai pembangkang dan bukannya sebagai kerajaan.
Pegawai - pegawai kerajaan Melayu di Selangor sebenarnya tidak lagi mendukung kerajaan Selangor akibat dari satu kes penghinaan terhadap mereka yang melukakan perasaan mereka sehingga ke saat ini. Jika Khir Toyo memberikan penyapu, Pakatan Rakyat telah menyapu arang ke muka mereka.
Lebih buruk lagi bila titah ucapan Sultan Selangor yang amat mudah tidak difahami oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bila beliau menafikan sebagai ditujukan terhadapnya.
Mungkin beliau menggagap rakyat tidak secerdiknya maka beliau mempolitikkan ucapan baginda itu yang menegur kerajaan Selangor kerana lebih asyik bermain politik dari menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat. Ramai merasakan teguran ini jujur dan membina.
Bahawa Khalid masih bermain politik atas titah ucapan baginda Sultan itu adalah mengesahkan titah baginda bahawa kerajaan negeri mengutamakan politik lebih dari segalanya demi untuk mengekalkan kuasa yang dirasakannya sekarang sebagai berada di hujung tanduk.
Penafian beliau itu ini memberikan dua gambaran iaitu pertama mungkin MB lebih bodoh dari rakyat biasa yang dapat merasa dan memahami ucapan itu. Keduanya mungkin MB bukan seorang ahli politik yang tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan Sultan.
Bagaimanapun tidak ada sesiapapun yang dapat disalahkan tentang wujudnya kerajaan negeri Selangor yang senantiasa kecoh, goncang, kalam-kabut dan terumbang ambing di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat sekarang kecuali rakyat yang telah memilihnya.
Yang jelas MB Selangor Khalid Ibrahim, Keadilan dan Pas terpaksa tunduk kepada telunjuk DAP kerana mahu mengekalkan kuasa dan ini adalah membayangkan apa yang akan terjadi kelak jika mereka ini menguasai kerajaan Pusat bersama DAP.MUNSYHI ABDULLAH

Thursday, December 3, 2009

Pandikar Amin minta Menteri, Timbalan Menteri jawab soalan dengan baik

Bernama3 Dis 2009By: Ramjit
-->

KUALA LUMPUR,-- Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia Khamis meminta menteri dan timbalan menteri agar menjawab soalan dengan baik supaya tidak menimbulkan kekeliruan.Perkara itu dibangkitkan apabila Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang telah mempersoalkan jawapan siapa yang boleh dipercayai apabila beliau dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) menerima jawapan berbeza mengenai sama ada kerajaan atau syarikat konsesi yang membayar diskaun tol 20 peratus kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan kad Touch n Go melebihi 80 kali sebulan.Pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada Isnin lepas, Teo berkata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng memaklumkan kepadanya bahawa kos itu ditanggung oleh syarikat konsesi lebuh raya sebagai memenuhi tanggung jawab sosial mereka.Teo berkata jawapan bertulis daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib tun Razak yang diterima oleh Pua pula menyatakan kerajaan yang membiayai kos itu bagi mengurangkan beban pengguna lebuh raya."Lain kali menteri-menteri apabila menjawab, jawablah dengan baik. Jangan hujah sahaja...(cakap) lepas-lepas," kata Pandikar Amin selepas sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan.Pandikar Amin berkata ada kemungkinan Yong tidak sedar dan tidak berniat untuk memberikan fakta yang bertentangan mengenai perkara itu kerana tidak ada menteri yang sengaja bercakap bohong apabila menjawab berhubung sesuatu isu."Saya telah beritahu menteri macam itu (jawab soalan dengan baik) tapi kalau Serdang tanya (pihak) mana yang betul, mana yang tidak, manalah saya tahu," katanya.Terdahulu Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) mengemukakan usul bagi membahaskan isu royalti minyak kepada Kelantan tetapi ditolak oleh Pandikar Amin di dalam kamar kerana perlu memberi ruang bagi menyelesaikan Aturan Mesyuarat mengikut jadual seperti mana yang ditetapkan.Beliau juga menolak usul oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) bagi membahaskan kejadian tanah di Bukit Antarabangsa kerana tidak mematuhi prosedur.-- BERNAMA

Wednesday, December 2, 2009

Biro Tata Negara tidak berniat jahat : Muhyiddin

26 Nov 2009



MUAR, -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kursus Biro Tata Negara (BTN) tidak bermotifkan doktrinasi politik sebaliknya ia menerapkan semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat selaras dengan konsep 1Malaysia.

"Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta-peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat, ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik," katanya kepada pemberita di Pagoh dekat sini pada majlis penyerahan lembu untuk dikorban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Selangor melarang kakitangannya dan pelajar institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu daripada menghadiri kursus BTN berkuatkuasa serta merta dengan alasan kononnya kursus BTN adalah satu proses doktrinasi oleh kerajaan Barisan Nasional.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diberi gambaran yang salah tentang BTN.

"Masyarakat dan syarikat-syarikat swasta tidak sepatutnya dihalang daripada menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan BTN," katanya.

MHI MAI Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali dilaporkan berkata surat arahan berkaitan larangan itu akan dikeluarkan segera kepada semua jabatan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta anak-anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.

"Kita merasakan kursus BTN adalah proses doktrinasi BN yang menimbulkan fenomena perkauman dan seolah-olah memecahbelahkan penduduk pelbagai bangsa dan agama," kata Halimah.

Muhyiddin berkata Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menghalang kakitangan awam persekutuan, masyarakat dan syarikat swasta daripada menghadiri kursus anjuran BTN.

Kakitangan persekutuan, kata beliau tidak tertakluk kepada arahan kerajaan negeri Selangor itu.

"Menteri Besar Selangor tidak mempunyai kuasa menghalang orang ramai daripada mengikuti kursus BTN. Tunjukkan saya di manakah peruntukan undang-undang yang membolehkan Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya.

Kerajaan persekutuan, katanya tetap akan meneruskan kursus-kursus BTN walaupun Selangor mengambil tindakan sedemikian.

"Kita akan tetap teruskan kursus BTN. Jikalau dia (Selangor) tidak mahu, tidak mengapa. Kita tidak boleh halang jika orang ramai mahu mendalami konsep 1Malaysia, semangat kenegaraan dan perpaduan masyarakat," kata beliau.

Mengenai majlis penyerahan lembu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok, Timbalan Perdana Menteri berharap semangat pengorbanan sebagaimana yang diterapkan oleh Hari Raya itu perlu dihayati dalam perjuangan.

Muhyiddin dan rakannya yang menyumbangkan 31 ekor untuk dikorbankan esok turut berkata semangat pengorbanan sebagaimana yang dikehendaki ketika sambutan Hari Raya Aidiladha perlu disemarakkan.

Beliau turut mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam negara ini, termasuk yang sedang berada di Mekah ketika ini untuk mengerjakan ibadah Haji.

-- BERNAMA

Monday, November 30, 2009

Setuju mayat Chin Peng dibawa pulang

KOPITIAM TALK29 November 2009 Pendapat pembaca dalam akhbar The Star (26 November) telah bertanya jika sekiranya Mat Top seorang pengganas Islam dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia dan dimaafkan maka mengapa tidak Chin Peng.
Mat Top telah ditembak mati oleh tentera Indonesia setelah dia mengganas di negara itu.

Saya setuju, tetapi Chin Peng juga harus di tembak atau dibunuh lebih dahulu sebelum dibawa pulang mayatnya dan hendaklah dikebumikan tanpa upacara besar besaran dan bukan di sebelah bapanya seperti yang dimintanya.

Ini adalah oleh kerana bapanya sekiranya masih hidup pun tentunya tidak mahu anaknya yang menjadi pengkhianat kepada negara dikebumikan di sebelahnya.

Selain dari tu kerajaan janganlah membenarkan mana mana pihak untuk menjalankan kutipan derma bagi membangunkan Tugu Peringatan di atas keburukannya seperti yang dilakukan di Nilai terhadap perkuburan bekas pengganas komunis yang dikelirukan sebagai pejuang menentang Jepun. Hal yang sama juga berlaku di Sarawak..

Pendapat pembaca di Star itu tidak mempunyai nama penulisnya maka itu dipercayai mungkin ditulis oleh Ketua Pengarangnya sendiri . Walaupun pendek sekali tetapi surat itu cukup berkesan untuk mengapikan perasaan perkauman seolah olah kerajaan Melayu dan Islam Malaysia memberikan layanan yang berbeza terhadap pengganas.

Harus diingatkan bahawa bekas pengganas komunis Melayu yang dibenarkan pulang ke tanah air dan mati di negara ini seperti Musa Ahmad Pengerusi PKM dan Samsiah Fakeh telah memberikan kerjasama kepada kerajaan Malaysia lama sebelum penandatanganan perjanjian perdamaian kerajaan Malaysia dan Thai dengan PKM di Haatyai.MUNSYHI ABDULLAH

Tuesday, November 10, 2009

Beranikah Anwar?

Apa hal dengan kelantangan Anwar tiba-tiba saja menyergah orangnya supaya patuh kepada manifesto dan misi Pakatan, atau jika enggan, keluar saja dari persekongkolan tersebut?
Gesaan yang sama juga boleh ditujukan kepada dirinya sendiri.
Kerana Anwar begitu rela berjuang untuk hak Hindu dan India, apakah dia akan berani mendabik dada mempertahankan kuil Sri Mahariaman yang didakwa berusia 150 tahun di Shah Alam daripada dirobohkan? Apatah lagi berdasarkan dakwaan kononnya orang Islam tidak berhak mengadu tentang kewujudannya?
Orang India mendakwa orang Melayu/Muslim mula menduduki kawasan tersebut setelah begitu lama kuil berkenaan dibina, malahan menurut mereka, setelah lebih 100 tahun! Oleh itu, mereka berkata jika orang Melayu tidak boleh menerima perancangan baru itu, mereka seharusnya keluar daripada kawasan tersebut. Apakah bentuk tindakan Anwar sebagai penaung Hindu dan kaum India untuk mempertahankan kedudukan? Apakah dia akan meminta supaya Khalid Ibrahim mengisytiharkan kawasan berkenaan sebagai tapak 'warisan?, dan seterusnya dilindungi?
Dalam keadaan yanag sama juga , Anwar perlu mengumumkan PKR tidak akan akan menyokong pembinaan patung Mazu kerana dibina terlalu hampir dengan sebuah masjid. Berhadapan dengan isu ini, apakah Anwar akan berani membantah gesaan Mufti negeri dan ABIM supaya pembinaan patung tersebut dihentikan walaupun telah diberi kebenaran?
Sekiranya Anwar tidak mampu menyokong isu-isu ini secara tegas dan terbuka, PKR seharusnya bungkus dan janganlagi menipu orang ramai samada di Sabah, Selangor atau di mana-mana saja....
-Aziz AS

Wednesday, November 4, 2009

Asri perlu muhasabah diri

MAULANA ARRIF4 November 2009
Penangkapan bekas Mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengejutkan banyak kalangan dan menjadi bahan percakapan umum.Mengejutkan kerana JAIS menangkapnya atas tuduhan mengajar tanpa tauliah. Dan inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia seorang bekas mufti ditangkap atas tuduhan mengajar tanpa tauliah.Ramai yang mempersoal, perlukah seorang yang pernah menjadi mufti mendapat tauliah untuk berceramah mengenai agama sedangkan jawatan tersebut hanya boleh dipegang oleh seorang yang bertaraf `ulama’ dan sangat berkelayakan di bidang agama?Bagaimanapun, dari sudut perundangan, sesiapa jua yang berceramah atau mengajar di khalayak umum mengenai agama mestilah memiliki tauliah dari pihak berkuasa berkenaan. Dalam kes Asri, pihak berkuasa ialah JAIS sebagaimana peruntukan dalam enakmen agama negeri Selangor.Ia samalah seperti seorang pemandu kereta Formula One yang tidak terkecuali daripada keperluan memiliki lesen memandu biasa jika dia memandu di jalan raya.Jika benar Asri tidak mempunyai tauliah daripada JAIS, maka tiada siapa yang boleh mempertikai tindakan penguatkuasa menangkapnya kerana berceramah tanpa kebenaran.Asri sendiri hanya mempersoal mengapa beliau sahaja yang ditangkap sedangkan ramai orang lain yang berceramah tanpa tauliah.Jawapan Asri itu samalah juga dengan jawapanseorang pemandu tanpa lesen yang ditahan. Layakkah si pemandu itu menyoal balik:`` Kenapa saya saja yang ditangkap...banyak lagi orang yang memandu tanpa lesen!’’Adakah juga Asri bermaksud bahawa ada mufti atau bekas mufti atau ulama lain yang sekian lama beceramah tanpa tauliah di Selangor, tapi tidak pernah ditahan oleh JAIS.Maka ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab sendiri oleh Asri – kenapa beliau sahaja yang ditangkap?Akhbar Inggeris theSun hari ini menyiarkan interbiu dengan Asri berhubung penangkapannya. Antara lain Asri ditanya: Apakah ada konspirasi? Pernahkah anda terfikir ia akan berlaku?Jawapan Asri (terjemahan) ialah :`` Saya tahu satu hari sesuatu akan berlaku kerana saya bercakap terlalu banyak, tetapi saya tidak menjangka ia akan berlaku macam ini.’’Bercakap terlalu banyak? Ramai juga penceramah lain yang bercakap terlalu banyak tetapi tidak ditangkap? Adakah Asri bermaksud beliau terlampau banyak menyinggung perasaan orang lain?Kata Asri, beliau percaya banyak pihak yang tidak sukakannya termasuk kalangan ulama tua kerana beliau membawa fikiran baru (reformis) yang tidak tradisional dan konservatif. Adakah beliau seorang sahaja kalangan cerdik pandai agama yang berjiwa reformis? Tentu ada yang lain tetapi kenapa mereka tidak mencetuskan kontroversi seperti Asri?Daripada perbualan dengan dua orang yang terkenal sebagai penulis agama dan sering juga dipanggil berceramah, Asri dikatakan mempunyai banyak musuh kerana percakapan dan tindak-tanduknya selalu menyinggung orang lain. Dua orang penulis agama itu turut menjadi sasaran serangan Asri di khalayak umum.Penulis juga masih ingat betapa Asri pernah membidas seorang ustazah yang padanya telah bercakap mengenai seperkara yang tidak betul. Asri menyebut nama ustazah itu (juga terkenal dan selalu berceramah di TV) secara terbuka.Tidakkah sebagai `ulama’ Asri sepatutnya membetulkan kesalahan ustazah itu dengan bercakap dengannya secara peribadi, bukannya dengan mengaibkannya di khalayak umum.Lihatlah betapa selepas ditangkap pada Isnin lalu dan setelah ramai pemimpin politik turut menyuarakan rasa terkejut dan tidak setuju dengan penangkapannya, Timbalan Pengarah Pusat Latihan Jakim Zamihan Mat Zain dilaporkan mempertikai kelulusan Asri secara terbuka.Jika benar Asri mempunyai banyak musuh, beliau tidak boleh menyalahkan orang lain kerana tidak sukakannya. Dan jika beliau ditangkap kerana berceramah tanpa tauliah, janganlah menyalahkan orang lain jika benar-benar beliau tidak mempunyai tauliah.Ada cerita kononnya ramai yang tidak suka beliau jadi Ketua Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), jawatan yang telah ditawarkan kepadanya. Jika benar, tentulah kita ingin tahu kenapa mereka tidak sukakanya.Kononnya Asri membawa fahaman Wahabi dan menolak fahaman empat mazhab yang mampan termasuk Shafie. Betulkah? Asri secara terbuka berkata adalah tidak adil untuk menuduhnya berfahaman Wahabi semata-mata kerana pendiriannya dalam beberapa perkara sama dengan fahaman yang berasal dari Arab Saudi itu, sedangkan dalam beberapa hal lain beliau tidak bersetuju ajaran Wahabi. Bolehkah Asri jelaskan apa yang beliau setuju dan tidak setuju secara lebih terperinci dan terbuka dalam tulisannya di Mingguan Malaysia.Ekoran penangkapan Asri, Perdana Menteri Mohd Najib dengan segera telah menyatakan bahawa kerajaan pusat tiada kena mengena dengan tindakan JAIS itu. Beberapa tokoh politik PKR juga menafikan bahawa tindakan tersebut dibuat atas arahan kerajaan negeri.Orang yang patut mengeluarkan penjelasan ialah Datuk Hassan Ali, exco kerajaan Selangor dari Pas yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal agama. Tetapi beliau belum mengeluarkan kenyataan. Setakat ini kenyataan rasmi JAIS datang hanya daripada pengarahnya, pegawai kerajaan yang bukannya orang politik.Apa pun andaian yang dibuat berhubung penangkapan Asri, bekas Mufti Perlis itu tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ramai juga yang tidak sukakannya, walaupun ramai kalangan umum yang menggemari tulisannya dalam Mingguan Malaysia dan program TVnya di saluran Oasis (Astro).Maka janganlah Asri asyik mengkritik dan menyalahkan orang lain, tetapi tidak pernah muhasabah dirinya sendiri. Tiada manusia yang sempurna walau setinggi mana sekalipun ilmunya. – malaysiaktif.com

Wednesday, October 28, 2009

PERTUNJUKAN BOGEL PERCUMA DI IPOH ESOK! (dikemaskini)

Nampaknya pertunjukan bogel Sivakumar tak menjadi, kerana pihak berkuasa sekadar menanggal jubah Speakernya sebelum dibenar memasuki dewan pagi tadi.

Terdahulu kita menjangkakan ada peluang menonton pertunjukan bogel di bawah naungan ADUN Pakatan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Ini bakal terjadi apabila Sivakumar berkemungkinan besar menghadirkan diri memakai jubah rasmi Speaker walaupun mahkamah telah memutuskan dia bukan lagi Speaker yang sah.

Sunday, October 25, 2009

Wakil rakyat PKR, Pas di selangor ‘berperang dingin’

NASIR SUKIMAN26 Oktober 2009
Perbalahan dan kesangsian di antara wakil rakyat Pas dengan PKR masuk ke fasa baru apabila kedua-dua belah pihak melancarkan ‘perang dingin’ melibatkan daripada Hassan Ali dengan Khalid Ibrahim hinggalah kepada rakan masing-masing dalam kerajaan pembangkang di Selangor.Ini berlaku selepas Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, bertelagah secara terbuka dengan PKR terutama mengenai penjualan arak di kawasan majoriti Islam, pertambahan mendadak rumah urut dan isu kuil Hindu.Memang benar berikutan pertelagahan pelbagai isu yang mendarah daging itu, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz dengan tergesa-gesa mengumumkan segala titik perbalahan sudah diselesaikan.Walaupun ia melibatkan dua parti saja, namun bagi ramai peniaga khususnya Cina apa berlaku itu amat dibenci kerana ia menghakis keyakinan rakan niaga terutama dari negara asing dan keadaan diburukkan lagi dengan kecaman pembangkang terhadap kerajaan pusat pula.Akibat kegagalan pembangkang bersatu padu dan mewujudkan kestabilan itu, di kebanyakan bahagian wakil rakyat PKR mahupun Pas tidak lagi dijemput menghadiri majlis perayaan sesetengah pertubuhan Cina seperti di Ampang. Ada yang memilih untuk mengundang mantan wakil BN saja.Di kawasan undi yang ramai pengundi Melayu pula, ada Ahli Parlimen PKR diundang ke majlis-majlis hanya tiba selepas atau sebelum wakil Pas tiba atau pun beredar.Jelas perang dingin ini tidak hanya terbatas kepada Hassan Ali yang terbukti dipinggirkan seperti tidak dibenarkan muncul pada kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang, awal bulan ini.Dalam isu perpindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, bukan saja wakil rakyat PKR yang menentang Hassan Ali, tetapi Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad sendiri dikatakan ‘lebih Hindu daripada Hindu’ apabila mempertahankan rancangan itu.Apa yang mengejutkan Hassan tidaklah lain daripada sikap lepas tangan ketua kerajaan pembangkang, Khalid Ibrahim yang tetap mahu menampilkan dirinya sebagai Menteri Besar mewakili semua kaum terutama memenuhi kehendak wakil rakyat DAP dan kebanyakan wakil rakyat bukan Islam PKR. - malaysiaaktif.com

Monday, October 19, 2009

Dua cerita nasihat dari PWTC

BASHIR AHMAD

18 Oktober 2009

Dua cerita berikut ini dipetik daripada ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2009 di PWTC baru-baru ini.

1. CERITA NAJIB:

Cerita ini berasal dari mulut Menteri Pertahanan Afrika Selatan yang bernama Lekote yang pernah ditahan selama 14 tahun di Pulau Robbins, Afrika Selatan kerana berjuang menentang dasar apartheid bersama Nelson Mandela.

Ada kalanya cuaca di pulau itu sangat sejuk di bawah paras beku. Ditambah dengan tiupan angin laut, kesejukannya boleh membunuh.

Menurut Lekote, bagi mengelakkan mati akibat kesejukan, kesemua orang tahanan anti-apharteid itu duduk berlonggok dalam dua bulatan. Bulatan luar terdiri daripada orang-orang tua dan barisan dalam adalah orang-orang muda.

Ini bermakna orang-orang yang tua lebih terdedah kepada kesejukan dan orang-orang muda lebih terlindung daripada kesejukan.

Berfikir sekali imbas memanglah keadaan itu nampak tempang. Yang muda sepatutnya berada di luar dan yang tua di bahagian dalam linkungan.

Tapi ada sebabnya mereka berbuat begitu. Orang-orang tahanan yang tua mahu memastikan orang-orang muda yang terselamat daripada bencana kesejukan.

Kata Lekote kepada Najib, mereka mahu memastikan perjuangan anti-apartheid berkesinambungan. Mereka mahu orang-orang muda terus hidup untuk meneruskan dan menyuburkan perjuangan. Jika orang-orang tua mati, tidak mengapa kerana tenaga dan semangat mereka sudah sampai ke penghujung.

MORAL CERITA: Perjuangan yang tulen menuntut pengorbanan jiwa dan raga.

2. CERITA SHAFIE:

Di penghujung satu kursus bina`feel’ atau perangai, setiap peserta diberikan sebiji benih untuk dibawa pulang. Mereka diminta tanam benih itu dan dibawa semula ke kursus kedua selepas 60 hari. Mereka diberitahu, sesiapa yang benihnya tumbuh paling subur akan menerima hadiah kemenangan.

Selepas 60 hari, para perserta pun kembali ke kursus dengan membawa tumbuhan daripada benih yang dibekalkan.

Kesemua benih tumbuh subur, kecuali seorang peserta yang membawa hanya pasu kosong tanpa tumbuhan.

Ditanya kenapa benihnya tidak menghasilkan tumbuhan, peserta itu menjawab beliau tidak tahu kenapa walaupun telah berusaha dengan pelbagai cara...membubuh baja, menggebur tanah dan menyiram air.

Memendekkan cerita, peserta yang benihnya tidak tumbuh itu diisytiharkan pemenang.

Sebabnya, kesemua benih yang dibekalkan adalah benih sambang yang tidak akan tumbuh sekalipun dibajai, disiram dan dijaga dengan baik.

Kesimpulannya, lain-lain peserta telah menanam semula benih lain, bukan lagi benih asal yang diberikan kepada mereka. Ertinya mereka telah menipu.

Oleh kerana kursus itu adalah pembinaan peribadi, tujuan pemberian benih itu adalah untuk menguji siapakah peserta yang ikhlas dan jujur.

MORAL CERITA: Keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan amatlah penting.

KESIMPULAN: Najib dan Shafie menyampaikan cerita-cerita itu tentulah kerana mereka melihat nilai-nilai berkaitan telah luput atau terhakis di kalangan ahli-ahli UMNO. Jika mereka mahu mengubah parti mereka ke arah transformasi yang dihasratkan, nilai-nilai tersebut mestilah dikembalikan.

Oleh kerana nilai moral itu bersifat universal, ia juga boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mana-mana organisasi dan jemaah. – malaysiaaktif.com

Sunday, October 18, 2009

Dua cerita nasihat dari PWTC

BASHIR AHMAD18 Oktober 2009
Dua cerita berikut ini dipetik daripada ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2009 di PWTC baru-baru ini.1. CERITA NAJIB:Cerita ini berasal dari mulut Menteri Pertahanan Afrika Selatan yang bernama Lekote yang pernah ditahan selama 14 tahun di Pulau Robbins, Afrika Selatan kerana berjuang menentang dasar apartheid bersama Nelson Mandela.Ada kalanya cuaca di pulau itu sangat sejuk di bawah paras beku. Ditambah dengan tiupan angin laut, kesejukannya boleh membunuh.Menurut Lekote, bagi mengelakkan mati akibat kesejukan, kesemua orang tahanan anti-apharteid itu duduk berlonggok dalam dua bulatan. Bulatan luar terdiri daripada orang-orang tua dan barisan dalam adalah orang-orang muda.Ini bermakna orang-orang yang tua lebih terdedah kepada kesejukan dan orang-orang muda lebih terlindung daripada kesejukan.Berfikir sekali imbas memanglah keadaan itu nampak tempang. Yang muda sepatutnya berada di luar dan yang tua di bahagian dalam linkungan.Tapi ada sebabnya mereka berbuat begitu. Orang-orang tahanan yang tua mahu memastikan orang-orang muda yang terselamat daripada bencana kesejukan.Kata Lekote kepada Najib, mereka mahu memastikan perjuangan anti-apartheid berkesinambungan. Mereka mahu orang-orang muda terus hidup untuk meneruskan dan menyuburkan perjuangan. Jika orang-orang tua mati, tidak mengapa kerana tenaga dan semangat mereka sudah sampai ke penghujung.MORAL CERITA: Perjuangan yang tulen menuntut pengorbanan jiwa dan raga.2. CERITA SHAFIE:Di penghujung satu kursus bina`feel’ atau perangai, setiap peserta diberikan sebiji benih untuk dibawa pulang. Mereka diminta tanam benih itu dan dibawa semula ke kursus kedua selepas 60 hari. Mereka diberitahu, sesiapa yang benihnya tumbuh paling subur akan menerima hadiah kemenangan.Selepas 60 hari, para perserta pun kembali ke kursus dengan membawa tumbuhan daripada benih yang dibekalkan.Kesemua benih tumbuh subur, kecuali seorang peserta yang membawa hanya pasu kosong tanpa tumbuhan.Ditanya kenapa benihnya tidak menghasilkan tumbuhan, peserta itu menjawab beliau tidak tahu kenapa walaupun telah berusaha dengan pelbagai cara...membubuh baja, menggebur tanah dan menyiram air.Memendekkan cerita, peserta yang benihnya tidak tumbuh itu diisytiharkan pemenang.Sebabnya, kesemua benih yang dibekalkan adalah benih sambang yang tidak akan tumbuh sekalipun dibajai, disiram dan dijaga dengan baik.Kesimpulannya, lain-lain peserta telah menanam semula benih lain, bukan lagi benih asal yang diberikan kepada mereka. Ertinya mereka telah menipu.Oleh kerana kursus itu adalah pembinaan peribadi, tujuan pemberian benih itu adalah untuk menguji siapakah peserta yang ikhlas dan jujur.MORAL CERITA: Keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan amatlah penting.KESIMPULAN: Najib dan Shafie menyampaikan cerita-cerita itu tentulah kerana mereka melihat nilai-nilai berkaitan telah luput atau terhakis di kalangan ahli-ahli UMNO. Jika mereka mahu mengubah parti mereka ke arah transformasi yang dihasratkan, nilai-nilai tersebut mestilah dikembalikan.Oleh kerana nilai moral itu bersifat universal, ia juga boleh dijadikan panduan dan iktibar oleh mana-mana organisasi dan jemaah. – malaysiaaktif.com

Thursday, October 15, 2009

Bagan Pinang monumen harapan Najib

BASHIR AHMAD
15 Oktober 2009
SETELAH tewas tujuh kali dalam pilihan raya kecil di Semenanjung, kemenangan besar di Batang Pinang menjadi satu monumen harapan bagi UMNO untuk menghadapi pertarungan hidup atau mati pada pilihan raya umum ke-13.
``Sememangnya kejayaan ini (pilihan raya kecil Batang Pinang), membenarkan hakikat bahawa UMNO masih merupakan parti pilihan orang Melayu dan UMNO masih merupakan parti pilihan rakyat,’’ tegas Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasar sulungnya sebagai Presiden UMNO di Perhimpunan Agung Khas pagi ini.
Bagaimanapun beliau mengingatkan UMNO bahawa ``kita harus menerima kemenangan itu dengan tenang , penuh tawaduk dan rasa kerendahan hati.’’
Najib lalu memetik pepatah Inggeris One swallow does not make a summer yang bermaksud takkan dek kerana seekor burung lelayang kita merasakan musim panas sudah tiba.
Peringatan Najib itu amat realistik kerana Batang Pinang semata-mata tidak boleh dijadikan ukuran untuk membuat kesimpulan bahawa kepercayaan rakyat terhadap UMNO telah pulih selepas Barisan Nasional yang ditunjanginya mencatatkan keputusan paling buruk dalam sejarah pada pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
Usaha transformasi UMNO yang mahu dilakukan, secara rasminya baru sahaja bermula di perhimpunan agung khas ini yang telah meluluskan usul menghapuskan sistem kuota dan beberapa lagi pindaan perlembagaan, termasuk memberikan kuasa memilih pemimpin kepada 146,000 orang dan tidak lagi 2,500 orang perwakilan ke perhimpunan agung UMNO.
Pindaan perlembagaan ini bertujuan untuk menyekat politik wang yang dipercayai menjadi punca kehakisan kepercayaan terhadap parti itu.
Bagaimanpun, sebagaimana yang dinyatakan oleh dua mantan Presiden UMNO – Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi – meminda perlembagaan tidak mencukupi jika sikap dan budaya ahli-ahli UMNO masih tidak berubah.
Oleh itu, rakyat akan terus menilai sejauh mana pemimpin-pemimpin dan ahli UMNO berubah mengikut asas-asas yang diletakkan oleh Najib dalam ucapan dasar di PWTC pagi ini.
Antara lain Najib menggariskan:
· Kita mahukan UMNO diterima rakyat sebagai sebuah parti yang memperjuangkan bukan sahaja untung nasib Melayu dan Bumiputera akan tetapi menjangkau semua kumpulan etnik di Malaysia.
· UMNO menjadi parti yang berpegang kepada falsafah wasatan yakni bersederhana, atau apa yang disifatkan oleh ilmu sains politik sebagai centrist party.
· Ahli-ahli UMNO yang menjadi pemimpin mestilah bersifat merendah diri dan tawaduk dengan rakyat.
· Calon pilihan raya dari UMNO mestilah seseorang yang diterima masyarakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting – rakyat, parti dan negara.
· Budaya berparti dalam UMNO haruslah bersifat inklusif dan bukannya insular atau terpulau. Lebih banyak program penataran (outreach) harus dilaksanakan yang tidak terbatas kepada ahli UMNO semata-mata.
· Kembalikan budaya khidmat dan kesukarelawan .

Najib memberikan penekanan kepada budaya khidmat dan kesukarelawan dengan menceritakan semula betapa kaum wanita UMNO dulu telah melurut cincin, gelang dan rantai emas demi membiayai rombongan pimpinan Tunku ke London bagi merundingkan kemerdekaan.
Bagaimanapun semasa perbahasan ucapan dasar presiden pada sebelah petang, wakil Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Suffian Awang telah membangkitkan tentang kekurangan wang untuk menjalankan kegiatan di peringkat cawangan dan sebagainya.
Pengerusi persidangan, Datuk Badruddin Amiruddin terus mencelah dengan mengingatkan beliau bahawa orang-orang dahulu hanya makan mihun sahaja.
Secara tersirat Badruddin bermaksud bahawa Mohd Suffian tidak wajar membangkitkan perkara tersebut kerana Najib dalam ucapannya pagi tadi telah merayu ahli-ahli UMNO supaya mengembalikan budaya khidmat dan kesukarelawan.
Jika ketika punggung masih panas di dewan perhimpunan pesanan Presiden telah dilupai, bagaimana sesudah pulang ke tempat masing-masing nanti?
Najib menamatkan ucapannya dengan menyeru ahli-ahli UMNO di semua lapisan supaya bangkit bersama-sama beliau untuk memartabatkan semula perjuangan parti. Nada seruannya penuh emosi, mengundang perwakilan termasuk Tun Mahathir untuk berdiri dan bertepuk tangan.
Tepukan dan penghormatan berdiri tidak memadai kerana yang lebih penting ialah mematuhi dan melaksanakan segala harapan dan amanat Presiden parti- malaysiaaktif.com

Sunday, October 11, 2009

Pas lebih pentingkan DAP daripada Hassan Ali

BASIR AHMAD9 Oktober 2009
Ketiadaan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hassan Ali di pentas ceramah Pas di Bagan Pinang menimbulkan pertanyaan.Adakah beliau sedang `dihukum' oleh partinya sendiri kerana tingkah lakunya kebelakangan ini dianggap merugikan pakatan PKR-DAP-Pas, terutama di Selangor? Baru-baru ini beliau berkonfrantasi dengan kerajaan negeri Selangor kerana mempertikai kewajaran Selcat (Jawatankuasa Kecekapan, Akauntibiliti dan Ketelusan Selangor) `membuli' pegawai-pegawai kanan kerajaan Selangor semasa siasatan terbuka mengenai perbelanjaan ADUN kerajaan Barisan Nasional dulu. Selcat dipengerusikan oleh orang DAP, Teng Chang Khim. Kerajaan negeri pimpinan Naib Presiden PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim amat tersinggung kerana Hassan adalah exco kerajaan negeri Selangor. Beliau juga sepatutnya membuat teguran secara tertutup.Sebelum episod Selca, Hassan juga bertelagah dengan DAP Selangor berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti Islam. Selaku pemimpin tertinggi Pas di Selangor yang berjiran dengan Negeri Sembilan, sepatutnya Hassan dijemput berceramah bagi menyokong calon Pas dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang. Tetapi nama Hassan tiada dalam poster-poster ceramah Pas. Sebaliknya orang bawahnya Khalid Abdul Samad, Yang Dipertua Pas Shah Alam dipanggil berceramah.Hassan hanya datang ke Bagan Pinang pada hari pengumuman calon Pas dan hari penamaan calon. Barangkali beliau tidak diundang, tapi datang atas kehendaknya sendiri. Tetapi untuk berceramah beliau mestilah mendapat keizinan. Maka ketiadaannya di pentas ceramah Pas di Bagan Pinang amat janggal dan menimbulkan pertanyaan.Malah DAP sendiri dikatakan telah meminta supaya Pas memastikan Hassan tidak menampakkan mukanya langsung di Bagan Pinang. Dikatakan bahawa Hassan telah diberitahu supaya tidak datang ke Bagan Pinang.Ternyata DAP telah menjadikan Hassan sebagai faktor duri dalam daging dalam hubungannya dengan Pas dan mahu membuang `duri' itu.Nampaknya Pas lebih menghargai hubungannya dengan DAP dan sedang `menghukum' Hassan. - malaysiaaktif.com

Sunday, October 4, 2009

Memang layak Sisters In Islam diharamkan

BASHIR AHMAD4 Oktober 2009

Sisters In Islam (SIS) sekali lagi mengundang kontroversi dengan kritikan terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi, wanita Malaysia yang dihukum kerana minum arak di khalayak umum di Kuantan.
Lalu beberapa NGO di Pahang membuat laporan polis terhadap SIS.
Sudah beberapa kali SIS yang diketuai oleh bekas wartawan New Straits Time, Zainah Anwar mencetuskan kontroversi melalui kenyataan dan pendirian yang menimbulkan kemarahan kalangan yang menganggap pertubuhan yang didaftar sebagai entiti perniagaan itu hanyalah ejen pemikiran liberal yang condong kepada kehendak Barat.
Sebab itulah Pas kawasan Shah Alam telah mengemukakan usul di muktamar parti itu tidak lama dulu supaya SIS diharamkan.
Namun jika semakin ramai umat Islam tidak senang dengan gelagat SIS, masih ramai juga yang mempertahankannya termasuk PKR dan DAP, sekutu Pas dalam pakatan pembangkang.
Turut membela SIS daripada tekanan pengharaman ialah Tun Mahathir, mantan Perdana Menteri yang anak perempuannya Datuk Marina juga sealiran pemikiran dengan Zainah dan SIS.
Kata Mahathir, beliau tidak semestinya menyokong kenyataan dan pendirian SIS tetapi dalam ruang demokrasi percambahan dan kepelbagaian pendapat janganlah disekat sehingga mendorong pengharaman sesebuah pertubuhan.
Anehnya Mahathir juga pernah berkata bahawa demokrasi dan kebebasan juga perlu ada batasnya. Jika tidak, keterlaluan dalam kebebasan akan membunuh kebaikan demokrasi itu sendiri.
Disebabkan usul Pas Shah Alam itu mendapat tentangan hebat termasuk dari kalangan PKR dan DAP, akhirnya ketua Pas kawasan Shah Alam Khalid Abdul Samad membuat penjelasan aplogetik dan usul pengharaman SIS itu dikuburkan.
Sebenarnya bukan kalangan dalam Pas sahaja yang gelisah dengan gelagat dan keceluparan mulut pemimpin dan aktivis SIS. Hanya disebabkan kalangan Pas yang lebih lantang bersuara terhadap SIS, maka kelihatan seolah-olah penentangan terhadap SIS datangnya dari golongan yang konservatif sahaja.
Ramai juga ahli UMNO terutama kalangan lelaki yang berpendapat bahawa SIS membawa pandangan liberal yang sama sekali bertentangan dengan hukum Allah.
Suatu masa dulu SIS pernah menganjurkan satu seminar yang tidak menyembunyikan agendanya untuk mengharamkan poligami. Ketika itu isteri Perdana Menteri, Allahyarham Datin Seri Endon diundang merasmikan seminar itu.
SIS kelihatan seolah-olah dinaungi oleh keluarga Datuk Seri (sekarang Tun) Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri ketika itu. Salah seorang aktivis SIS ialah Nori, anak perempuan Abdullah yang juga isteri Khairy Jamaluddin (ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia).
Turut menganggotai SIS ialah beberapa orang wartawan wanita seangkatan dengan Zainah. Malah Zainah juga mempunyai `kabel’ yang kuat kerana mendapat sokongan daripada beberapa orang ketua pengarang dan pengarang akhbar.
Ketika itu saban hari ada-ada saja pendapat dan kenyataan SIS yang disiarkan oleh beberapa akhbar arus perdana. Publisiti yang cukup meluas untuk SIS membolehkannya mendoktrinasi’ pemikiran rakyat Malaysia tentang `Islam yang betul’ mengikut acuan SIS.
Betapa Amina Wadud yang mencatat sejarajh di Amerika Syarikat sebagai wanita Islam yang pertama menjadi imam solat jemaah yang turut dimakmumi oleh lelaki telah ditonjolkan sebagai ikon Islam oleh SIS. Beliau turut dipanggil oleh SIS untuk berceramah di Malaysia.
Tindakan-tindakan SIS telah dilihat sebagai cuba mengubah hukum yang terkandung dalam al-Quran. Inilah yang menimbulkan kemarahan sebilangan umat Islam yang berasa sungguh tercabar dengan gelagat Zainah dan SIS.
Jika di negara-negara Islam lain mungkin SIS telah lama diharamkan dan pemimpinnya barangkali menghadapi tindakan balas yang bukan sekadar kutukan dan kritikan.
Seorang pemblog telah menyuarakan kegelisahannya terhadap desakan terbaru SIS dengan mendakwa bahawa salah seorang pemimpin SIS pernah melakukan dosa yang lebih besar daripada Kartika Sari Dewi yang minum arak di khalayak umum. (lihat maharajablogger.blogspot.com)
Berdasarkan perkembangan terbaru ini, barangkali ada kewajaran untuk menoleh semula kepada usul Pas kawasan Shah Alam.
Apakah rasionalnya membiarkan SIS terus mencelaru dan mengelirukan umat Islam khasnya dan bukan Islam amnya dengan kenyataan dan pendapat yang lebih mirip kepada ajaran dan pemikiran agama lain. – malaysiaaktif.com

Friday, October 2, 2009

Bagan Pinang: Pakatan Rakyat akui sukar

Muhamad Irfan1 Oktober 2009
Bermula dengan Naib Presiden Perti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, Lim Kit Siang sehinggalah kepada Datuk Seri Haji Hadi Awang – ke semuanya bersungguh-sunguh membuka cerita lama Tan Sri Isa walaupun mereka yang datang pada malam itu tidak lah seramai mana. Bukan sahaja Tan Sri Isa diserang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib turut dikaitkan. Seolah-olah semua pemimpin UMNO buruk belaka perangai tidak seperti pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya bukan sahaja profesional tetapi bebas daripada segala perangai yang buruk.
Jangan lah kerana terdesak untuk meraih sokongan, kita mencari buruk orang lain untuk menutup keburukan dan kelemahan sendiri. Membuka dan menjaja aib orang lain bukan kah ditegah dalam Islam. Rasanya semua pemimpin dan penyokong PAS dan orang Melayu yang mengaku Islam tahu semua itu. Jika mereka mengumpamakan Tan Sri Isa sebagai surat khabar buruk yang dikitar semula, apa bezanya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukankah beliau juga umpama surat khabar buruk yang dikitar semula oleh pengikut beliau yang taksub.
Mereka menjadikan Tan Sri Isa sebagai sasaran kerana mereka tahu, pemilihan Tan Sri Isa adalah kehendak pengundi di Bagan Pinang. Baik Azmin, Lim Kit Siang mahupun Haji Hadi, masing-masing mengakui agak sukar untuk menang kali ini. Sambil menyifatkan pertarungan kali ini membabitkan pemimpin masa lampau UMNO dengan calon masa depan PAS, Lim Kit Siang nampak bersungguh-sungguh untuk menyakinkan pengundi Cina sehinggakan mengulangi ucapannya berselang seli dalam bahasa Melayu dan Mandarin. Kalau nak dikira kehadiran masyarakat Cina pada malam itu boleh dibilang dengan jari dan mustahil penduduk Cina di Bagan Pinang tidak faham bahasa Melayu.
Begitu juga dengan ucapan Hadi Awang yang boleh membuatkan mereka yang waras pada malam itu tersenyum sinis. Hadi dalam ucapannya menyentuh tentang konsep ‘Satu Malaysia’ yang beliau sifatkan sebagai topeng rapuh yang dikoya rabakkan oleh BN yang tidak bersatu. Apakah Pakatan Rakyat benar-benar bersatu dan mencerminkan masyarakat majmuk seperti yang beliau dakwa? Apakah BN bukan parti majmuk? Di mana kewarasan Hadi dalam soal ini? Beliau juga mendakwa perjuangan UMNO salah kerana hanya membela bangsa Melayu tetapi dalam masa yang sama mengkhianati bangsa lain. Kata Hadi, bukan sahaja bangsa Melayu yang miskin, kaum Cina dan India juga ada yang susah. Kata beliau, tidak mungkin perubahan dapat dilakukan jika hanya satu pihak sahaja yang dibela. Rasanya sejak merdeka dan pemerintahan BN, semua kaum di negara ini terbela – tidak ada bangsa yang tercicir.
Rasanya daripada bercakap isu yang remeh begini, lebih baik beliau melihat apa yang berlaku dalam PAS kebelakangan ini dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini. Dalam PAS sendiri sudah ada suara yang tidak senang dengan persekongkolan PAS dengan DAP mahupun PKR dalam Pakatan Rakyat. Ada yang menganggap peranan dan suara PAS kini sudah tenggelam dibayangi oleh PKR yang lebih ke hadapan dalam menonjolkan pemimpin-pemimpin mereka. Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain bukan tidak sedar akan hal itu tapi ibaratnya dah terlanjur, terpaksa diteruskan walaupun PAS sedar menanggung lebih banyak kerugian daripada kebaikan. – malaysiaaktif
KOMEN

Monday, September 28, 2009

Sarkas Isa Samad di Bagan Pinang

BASHIR AHMAD11 September 2009BN tewas bertalu-talu dalam tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung sejak pilihan raya umum Mac 2008. Ini adalah satu mesej yang tidak menggembirakan bagi barisan baru pemimpin UMNO walaupun angka majoriti kemenangan lawan telah merosot dalam dua pilihan raya kecil terbaru - Permatang Pasir dan Manek Urai.

Sekadar penyedap hati, mungkin mereka boleh berkata sesama sendiri bahawa kesemua kawasan pilihan raya kecil itu (kecuali Kuala Terengganu) dimiliki oleh pembangkang semasa kerusi wakil rakyat dikosongkan atas sebab kematian atau sengaja dilepaskan oleh penyandang.

Dengan takdir Allah s.w.t, akan berlaku lagi satu pilihan raya kecil. Kali ini di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, sebuah kawasan yang sejak dulu dalam genggaman BN.

Andainya BN mencapai kemenangan di Bagan Pinang kelak dengan majoriti yang lebih besar daripada PRU 2008, ia akan memberikan suntikan moral yang cukup menyegarkan selepas tewas berturut-turut dalam tujuh pilihan raya kecil sebelum ini.

Pada awalnya itulah andaian dan harapan. Namun panas di pagi hari ternyata terlalu sekejap kerana awan mendung tiba-tiba menjelma ketika tanah di perkuburan Allahyarham wakil rakyat BN masih basah.

Belum pun tarikh penamaan calon dan pengundian ditetapkan, UMNO sudah berhadapan dengan kemelut untuk memilih calon yang sesuai di kawasan pilihan raya yang terletak di kawasan Parlimen Teluk Kemang itu. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi supremo pilihan raya kecil BN terpaksa memberikan jawapan yang agak samar kepada wartawan setiap kali diajukan pertanyan mengenai isu calon ini.

Apa masalahnya jika ini kawasan yang boleh dianggap kubu BN? Jika di Permatang Pasir UMNO tersalah pilih calon yang menghadapi masalah integriti kerana namanya telah dibatalkan daripada senarai pengamal guaman Majlis Peguam, di Bagan Pinang kemungkinan akan berlaku sekali lagi masalah yang sama.

UMNO Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Tan Sri Isa Abdul Samad telah menamakan hanya seorang calon, iaitu Tan Sri Isa Abdul Samad.

Apa masalahnya jika Samad bertanding sekali lagi. Kata para pemerhati politik, banyak masalahnya.

Pertama Isa Samad sudah masuk kategori veteran yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan bagi tempoh yang sangat panjang. Beliau juga pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Jika begitu apa salahnya seorang yang cukup kaya dengan pengalaman mentadbir menjadi calon? Tentulah salah kerana UMNO yang sedang berusaha untuk melakukan transformasi akan dilihat tidak berupaya untuk melaksanakan usaha bagi memulihkan imej parti itu yang tercalar selepas PRU 2008.

Orang ramai akan berkata, apakah UMNO tidak mempunyai calon lain yang tidak mempunyai sebarang rekod cacat seperti Isa Samad yang pernah dikenakan tindakan tatatertib kerana terlibat dalam politik wang atau rasuah politik? Ketika UMNO sedang menjalankan usaha reformasi bagi membersihkan imejnya daripada gejala politik wang dan rasuah, mencalonkan Isa Samad adalah bahan jenaka yang akan menyebabkan semua orang ketawa berdekah-dekah.

Orang akan berkata, memang UMNO sudah tidak mempunyai calon yang layak lagi untuk menjadi wakil rakyat. Bagi para pengundi generasi baru pula, UMNO akan terus dilihat sebagai parti yang tua, konservatif dan memang tidak mahu berubah sejajar dengan perkembangan semasa dan janji-janji yang dilaungkan oleh para barisan pemimpin barunya yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita percaya bahawa Najib dan timbalannya Muhyiddin amat menyedari faktor imej calon ini. Tetapi masalah ini bukan semudah itu untuk diselesaikan jika Bahagian Teluk Kemang dan Isa Samad tetap berdegil mahukan beliau menjadi calon.

UMNO boleh mencalonkan orang lain, tetapi akhirnya jentera pilihan raya tidak akan bergerak jika bahagian tidak menjalankan kerja.

Inilah dilema di Bagan Pinang yang hanya boleh diselesaikan jika Isa Samad mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan diri dan suku-sakat politik di Teluk Kemang. Barangkali Muhyiddin boleh berunding dengannya. Barangkali Muhyiddin boleh bertanya kepada bekas MB Negeri Sembilan itu, apakah yang sebenarnya beliau mahu?

Adakah Isa Samad bersikap degil dalam soal calon ini kerana beliau berdendam terhadap UMNO yang telah menghukumnya kerana politik wang dulu? Isa tidak puas hati kerana beliau berasa telah menjadi `kambing korban.' Adakah beliau dan pengikut-pengikutnya mahu menjadikan Bagan Pinang gelanggang membalas dendam? - malaysiaaktif.com

Tuesday, September 15, 2009

Maharaja Samy yang hanya popular dalam parti

BASHIR AHMAD15 September 2009HEBAT Samy Vellu. Hanya empat daripada 27 orang anggota jawatankuasa pusat MIC yang baru dipilih tidak termasuk dalam `senarai orang presiden'.

Semua jawatan tertinggi -- timbalan presiden dan tiga naib presiden -- dimenangi orang-orang pilihannya.

Samy yang menang tanpa bertanding bagi memegang jawatan Presiden MIC selama tiga tahun lagi sehingga 2012 ketawa besar. Beliau layak dipanggil Maharaja Samy Vellu. Tiada siapa yang boleh menggugatnya.
Kalau perhimpunan agung ke-63 MIC baru-baru ini tidak menghadkan tempoh jawatan presiden ke tiga penggal, tentulah Samy masih mempunyai peluang untuk merombak janjinya untuk bersara pada 2012. Barangkali usul berkenaan diluluskan untuk membolehkan Samy mengekalkan rekod perkhidmatan terpanjang.
Jika ditanya, semua orang berpendapat Maharaja Samy sudah terlalu lama memimpin MIC. Politikus paling kanan negara, Tun Mahathir Mohamad juga berpendapat Maharaja Samy patut bersara sekarang, bukan pada 2012. Suatu masa dulu Mahathir pun pernah digelar `diktator' oleh puak Anwar Ibrahim kerana terlalu lama jadi Presiden UMNO. Apabila Barisan Nasional mengalami keputusan yang kurang menggembirakan pada pilihan raya umum 1999, Mahathir melihat itu adalah isyarat yang paling jelas baginya untuk berundur.

Tapi Maharaja Samy tetap mahu memimpin MIC sehingga 2012 walaupun dia dan partinya kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.

Sebab itulah Mahathir memberi peringatan bahawa sepatutnya Samy sudah mengundur diri. Mendengar komen bekas bosnya itu, Maharaja Samy murka dan bertitah, orang luar tidak berhak campur tangan dalam urusan MIC. Yang berhak menentukan apa jua dalam MIC ialah ahli-ahlinya.Kemarahan Samy telah mendorong seorang perwakilan perhimpunan agung MIC mengesyorkan selipar diletakkan atas gambar Tun Mahathir. Jika Samy tidak marah, tentulah `usul selipar' itu tidak akan dicadangkan.Penghinaan terhadap Mahathir telah membangkitkan kemarahan di kalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO khususnya. Menyedari keterlanjuran yang berlaku, Maharaja Samy cuba membetulkan keadaan dengan menggantung keahlian anggota MIC yang membuat `cadangan celupar' itu. Tapi nasi sudah jadi bubur. Terlajak kata tidak boleh diundur.

Sebenarnya, ramai orang MIC sendiri berkata, yang berhak menentukan apa jua dalam MIC ialah Maharaja Samy. Ahli-ahli yang MIC yang menentang suara Maharaja akan dicantas.

Nampaknya Datuk Seri Najib Tun Razak pun tidak layak memberikan nasihat kepada Samy walaupun beliau yang memimpin BN sekarang. Nanti kalau-kalau ada yang akan mencadangkan selipar di atas gambar Najib pula.

Cuma Najib secara sinis berpesan dalam ucapan merasmikan Kongres MIC pada Sabtu lalu bahawa ``tiada gunanya kita popular dalam parti sahaja, tapi tidak popular di kalangan rakyat.'' Akhirnya rakyat yang akan menentukan nasib parti dalam pilihan raya umum, bukannya ahli-ahli parti.

Mesej Najib itu amat jelas ditujukan kepada bekas budak pejabat yang terus menggenggam jawatan Presiden MIC sejak 1979, walaupun beliau sudah ditolak oleh rakyat kawasan Parlimen Sungai Siput dalam PRU 2008.

Kasihan Najib. MCA dalam krisis yang sangat teruk. MIC pula tidak menghadapi krisis dalaman, tapi menghadapi sindrom di bawah telunjuk Maharaja Samy yang masih popular dalam parti, tapi tidak lagi di kalangan rakyat. Yang menanggung akibat ialah MIC dan BN. - malaysiaaktif.com

Wednesday, September 2, 2009

Bangsa dan negara yang gagal setelah 50 tahun merdeka

KOPITIAM TALK
28 Ogos 2009

AMAT jelas bahawa Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah tersesat dalam fahaman kebangsaannya apabila dia menyatakan “mempelajari bahasa asing mampu menyatukan padukan kaum di negara ini untuk merealisasikan 1Malaysia."

Tidak boleh dinafikan bahawa mengetahui bahasa asing akan memudahkan kita berkomunikasi dengan kaum yang memiliki bahasa itu, tetapi tidak mungkin membina perpaduan dari aspek nasionalisme negara. Bahasa perpaduan Malaysia adalah tetap Bahasa Melayu.

Sekiranya generasi merdeka dari orang bukan Melayu, India dan Cina telah dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik menerusi satu aliran sekolah dari sejak awal kemerdekaan negara, maka pada hari ini kita tidak mempunyai menteri yang bercakap memerlukan bahasa asing untuk perpaduan.

Sebabnya Ka Siong berpendapat demikian kerana beliau tidak dapat merasakan kebanggaan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa itu sebagai bahasanya sendiri.

Nyatalah sesudah 52 tahun merdeka, Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal melahirkan anak bangsa yang berjiwa kebangsaan tulen, gagal untuk mewujudkan perasaan perpaduan menerusi satu bahasa sekalipun semua kaum membuat perisytiharan menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara.

Ini adalah oleh kerana sekalipun generasi baru bukan Melayu telah mempelajari Bahasa Melayu dari sekolah rendah lagi, tetapi tidak semua dapat berbahasa Melayu dengan fasih kerana Bahasa Melayu menjadi bahasa asing di sekolah rendah jenis kebangsaan dan bukannya sebagai bahasa pengantar utama. Lain halnya sekiranya Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar utama di sekolah jenis kebangsaan sekalipun persekitaran adalah dari kaum sendiri.

Sebaliknya Singapura telah berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum menerusi satu bahasa iaitu bahasa Inggeris. Hala tuju Singapura jelas dari awal lagi. Ia telah menghapuskan sekolah aliran Cina ,Tamil dan Melayu dari sejak kemerdekaan dan hanya mengekalkan sekolah pengantar Inggeris hingga ke peringkat universiti.

Perdana Menterinya Lee Kuan Yew dengan berani menutup semua institusi pelajaran tinggi Cina yang menjadi pusat perkauman Cina. Lee menutup Nanyang University dan Nge Ann College.

Bahasa Inggeris bukan sahaja menjadi bahasa komunikasi antara rakyat Singapura berbilang kaum tetapi juga antara satu kaum termasuk pengunaan seharian di rumah, malah generasi baru Cina Singapura ada yang tidak dapat berbahasa Cina apatah lagi kaum India.

Ini adalah kerana Singapura tegas dalam pelaksanaan dasar bahasa nasionalnya dengan menutup semua sekolah Cina, India dan Melayu. Tetapi Di Malaysia walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, kita menjalankan dasarnya secara tolak ansur, tidak tegas dari awal lagi. Kononnya untuk kerharmonian hubungan kaum, tetapi akhirnya ternyata menjadi masaalah perkauman yang lebih besar. Sistem pelajaran nampak bercelaru dan tidak pasti walaupun sudah selepas 52 tahun merdeka.

Semua pihak telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional, tetapi kita tidak bertegas dalam perlaksanaannya di mana mungkin seperti Singapura apabila ia menerima bahasa Inggeris.

Akhirnya sesudah 52 tahun merdeka kita terbukti menjadi suatu bangsa yang gagal dalam ertikata tidak mendukung aspirasi nasional,yang menterinya melihat bahasa asing sebagai bahasa 1Malaysia.

Bagi Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr.Wee Ka Siong bahasa asing sebagai bahasa yang mampu menyatupadukan kaum, tentulah bahasa Cina. Orang Melayu mesti mengetahui bahasa Cina atau bahasa Tamil untuk perpaduan nasional, tidak cukup sekadar dengan mereka memahami Bahasa Melayu.

Maka itulah lagu 1Malaysia pun yang diperdengarkan oleh radio dalam semua bahasa. Program TV yang berbahasa Melayu nampaknya diambil bahagian hanya oleh hanya orang Melayu, orang bukan Melayu nampak terasing dari program yang bersifat kenegaraan dan patriotik.

Yang penting bagi negara kita ialah bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Bahasa Mandarin dan Tamil hanyalah bahasa sampingan sahaja dan bukannya bahasa perpaduan. Untuk Ka Siong merasakan bahasa Cina juga sebagai bahasa perpaduan maka ternyatalah beliau tidak menerima kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional. Dalam kata-kata lain beliau mahukan dasar pelbagai bahasa.

Adalah menyedihkan kita mempunyai Timbalan Menteri Pelajaran yang masih rasis dalam pemikirannya. Contoh besar sebuah negara dan bangsa yang gagal. Kita berjaya sebagai negara yang makmur, tetapi kita menjadi bangsa yang miskin roh dan keperibadiannya.

MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com
KOMEN

Tuesday, September 1, 2009

Tunku tidak kompromi kuasa Melayu

KOPITIAM TALK1 September 2009
SEKALIPUN Perdana Menteri Malaysia pertama terkenal sebagai seorang yang liberal dan demokratik, tetapi beliau tidak pernah bertolak ansur dalam soal taraf orang Melayu sebagai bumiputera negara ini yang mewajarkan mereka mendapat beberapa keistimewaan. Bagaimanapaun Tunku tidak pernah menampakkan pendekatan dalam melaksanakan hak ini sehingga boleh menimbulkan prasangka dan kemarahan di pihak bukan Melayu. Almarhum tidak berfahaman kebangsaan sempit atau jingoism tetapi apabila tercabar beliau akan menunjukan pegangannya yang kuat dan sanggup bertindak tegas. Ini jelas apabila Tunku menyingkirkan Singapura kerana Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew (LKY) mendakwa bahawa “tidak satu pun kaum terbesar di negara ini sama ada Cina, India dan Melayu boleh mendakwa lebih penduduk asli daripada yang lain kerana datuk nenek mereka datang ke negara ini tidaklebih daripada 1,000 tahun dahulu” Tunku menjawab bahawa asal keturunannya dari Moguls India iaitu Marong Maha Wongsa yang mengasaskan Kesultanan Kedah lebih dari 1,200 tahun yang lalu dan wujud sehingga hari ini( lihat Looking Back muka 120). Tunku mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura dari Malaysia setelah persidangan Parlimen pada Mei 1965 di mana LKY membuat ucapan yang menyentuh kedudukan kuasa orang Melayu yang kata Tunku menjadi “the straw that broke the camel's back”. Tunku juga marah dengan ucapan LKY di Dewan Masyarakat Delta Singapura di mana beliau mencadangkan “rancangan alternatif iaitu dengan Singapura, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang bersatu untuk memutuskan ke arah mewujudkan Malaysian Malaysia. Katanya “ Singapura tidak pernah bersetuju kepada pemerintahan Melayu apabila ia menyertai Malaysia, tetapi apa yang ia setuju ialah pemerintahan rakyat Malaysia (Malaysian). Seseorang mestinya telah membuat kesilapan besar dalam membuat pertimbangan jika dia memikirkan rakyat bersetuju kepada pemerintahan Melayu dalam menyertai Malaysia”. Anggapan LKY bahawa dia mewakili orang Cina dalam membuat cadangan bagi pihak empat negeri lain telah disanggah oleh Tunku dalam interviu dengan akhbar The London Times dengan menyatakan bahawa LKY bersengketa dengan Barisan Sosialis Singapura, MCA dan juga Parti Komunis Malaya yang mewakili jumlah orang Cina yang lebih besar. Saya mengemukakan fakta sejarah ini adalah untuk mengingatkan semua pihak supaya menyedari bahawa dalam merayakan 52 tahun merdeka, kita sekarang berada dalam keadaan yang menyebabkan bapa kemerdekaaan telah mencabut duri dalam daging. Kedudukan istimewa orang Melayu, agama Islam dan lain-lain soal sensitif yang melanggar prinsip penyelesaian kepada masalah pertikaian kaum yang disemai oleh LKY sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei telah menjadi perbincangan semula sehingga lembu mencabar orang beragama Hindu dan babi berselimutkan bendera UMNO mencabar orang Melayu. Professor Dzulkili Abdul Razak menulis dalam New Sunday Times 30 Ogos 2007 mengenai perayaan ke-52 merdeka bahawa peristiwa-peristiwa sejarah yang membawa kapada perayaan tahunan ini mesti dilawati semula. “``They say, history is a great teacher. But unless this is done in earnest, Merdeka tends to have a repititive dampening effect in which the context is largely lost. It will reduce to a once -time cyclical happening, devoid of any meaning.''” Sebenarnya inilah yang dirasakan oleh mereka yang telah menyaksikan sendiri pembinaan sejarah negara ini dari dari awal apabila keruntuhan fahaman terhadap keperluan menjadikan sejarah sebagai guru telah dilupai sama sekali dalam pilihan raya 2008. Jika kemerdekaan 50 tahun telah memberikan fahaman yang lebih mendalam dari racun yang disemaikan oleh LKY lebih 40 tahun dahulu, maka hal itu tidak akan berlaku. Pilihan raya 2008 menyaksikan letupan dan luahan perasaan yang terpendam sekian lama yang tidak pernah mati dan hanya menunggu ketika yang sesuai untuk meledak. Apabila Musa Hitam bekas Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa kebebasan yang diberikan oleh Abdullah Badawi tidak dapat dielakan lagi, maka beliau telah terlupa bahawa LKY dapat mengelakkannnya sekalipun Singapura telah lebih jauh daripada Malaysia melangkah ke hadapan dalam globalisasi. Singapura masih dengan demokrasi dunia ketiga walaupun berminda dunia maju, tetapi Malaysia masih berminda dunia ketiga sekalipun demokrasinya berkategori dunia termaju.MUNSYI ABDULLAHmalaysiaaktif.com

Tuesday, August 25, 2009

Kartika tidak perlu lagi disebat

KALAM RAMADAN25 Ogos 2009
Kartika Sari Dewi. Satu nama unik yang barangkali diilhamkan oleh nama isteri Presiden Sukarno yang berasal dari Jepun.Dan nama itu kini cukup terkenal kerana tuan tubuhnya dikenakan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 kerana minum arak di khalayak ramai. Ketika berita mengenainya dilaporkan media, pelbagai reaksi cemuhan muncul terutama dari kalangan `Islam liberal' dan sudah tentunya kalangan bukan Islam. Malah Amnesty International mengutuk hukuman sebat itu.Tidak menghairankan jika kalangan bukan Islam dan orang Islam yang longgar pegangan agama mereka mempertikai hukuman sebat itu. Tapi ada juga orang Islam yang berpendapat hukuman maksimum bagi kes pertama adalah amat berat.Media mendapati cerita Kartika amat menarik kerana kes minum arak amat jarang dilaporkan, tidak seperti kes khalwat. Tambahan pula hukuman sebat dikenakan ke atas seorang wanita. Maka apa jua perkembangan mengenai kes ini mendapat perhatian besar media. Dan nama Kartika cukup terkenal setelah gambarnya disiarkan bertalu-talu.Sudah tentu ibu bapanya berasa malu. Bapanya Shukarno Abdul Mutalib tidak sedikit pun membantah hukuman tersebut kerana dia beranggapan ia akan menebus malu disebabkan anak perempuannya yang berusia telah minum arak, perbuatan yang Allah larang. Banyak orang yang mengaku beragama Islam berani minum arak di khalayak ramai, tetapi kebanyakan mereka adalah lelaki.Barangkali Kartika juga amat menyesali terhadap apa yang berlaku. Melakukan dosa adalah satu hal, tapi memalukan nama ibu bapa lebih menekan perasaan. Dan betapa kes ini bertalu-talu mendapat liputan utama akhbar.Maka kerana itulah pragawati sambilan yang berkahwin dengan lelaki Singapura itu merelakan dirinya dihukum sebat. Kartika patut merayu supaya hukuman direngankan, tapi dia tidak merayu selepas mengaku bersalah.Hukuman ditetapkan berjalan semalam di Penjara Kajang. Kartika yang akan diiringi bapanya sudah bersedia di kampungnya di Sungai Siput untuk dibawa menjalani hukuman tersebut. Tidak semena-mena datang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pahang memaklumkan hukuman tersebut ditangguhkan kerana sekarang bulan Ramadan.Bapa Kartika yang cukup meradang memberitahu akhbar:`` Saya tidak malu anak perempuan saya disebat, tapi saya malu kalau perkara ini diperkotak-katikkan sehingga menjejaskan keluarga saya.''Sesiapa pun yang berada di kedudukan bapa Kartika, layak untuk meradang. Keaiban yang ditanggung ekoran publisiti besar kes ini ternyata lebih berat daripada hukuman sebat yang bakal dikenakan.Apa perlu hakim Mahkamah Syariah Kuantan menangguhkan hukuman kerana ``menghormati bulan Ramadan.'' Apakah agama Islam melarang seseorang dihukum pada bulan Ramadan? Penangguhan hanya menambah tekanan dan keaiban terhadap Kartika dan keluarganya.Apakah hakim berkenaan tidak menyemak kalendar sebelum menetapkan tarikh hukuman?Dalam keadaan begini, lebih layak dan adil bagi hakim berkenaan membebaskan Kartika daripada hukuman sebat, memadai dengan denda RM5,000 sahaja. Keaiban daripada publisiti yang begitu meluas dan berlarutan adalah lebih berat daripada hukuman sebat itu sendiri.Penangguhan hanya menambahburuk keadaan. Ini sudah bercanggah dengan prinsip keadilan. Lebih buruk kerana episod-episod kes ini telah mencemarkan imej agama Islam.Kartika patut merayu terhadap hukuman ini dengan seberapa segera. Dan dari sudut keadilan amat layak hukuman maksimum ini direngankan kepada denda sahaja. Kartika sudah mengaku bersalah dan publisiti buruk telah menghukumnya dan keluarganya. Ia juga menjadi pengajaran kepada orang lain. Dan kepada Kartika, bertaubatlah kepada Allah s.w.t. dan janganlah ulangi perbuatan yang berdosa ini. Malu dan takutlah kepada Allah, jangan malu dan takut kepada manusia. Jika ada rasa malu dengan Allah, itulah iman namanya. Kepada semua Muslimin dan Muslimat, jadikan peristiwa ini satu pengajaran. Kita berada dalam bulan Ramadan yang Allah janjikan penuh dengan rahmat dan keampunan kepada mereka yang bertaubat. Hukuman di dunia sangat rengan dibandingkan dengan hukuman di akhirat. Bertaubatlah!MUSAFIR RAMADANmalaysiaaktif.com

Tuesday, August 18, 2009

Mempertikai Kontrak Sosial boleh bawa bencana pada negara

Bernama18 Ogos 2009
-->

ALOR SETAR, -- Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memberi amaran negara akan huru-hara dan masyarakat ditimpa bencana jika kontrak sosial dipertikaikan serta dijadikan bahan politik.Baginda khuatir tamadun dan kemerdekaan negara akan runtuh sebagaimana berlaku terhadap banyak negara apabila api kemarahan akar umbi tidak dapat dikawal.Titah baginda kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan adalah perkara suci yang mempunyai 'rahsia' dan harus dipertahankan kerana ia menjamin kerukunan serta keamanan negara."Jika perkara-perkara ini dijadikan bahan perbincangan umum dan berpolitik, ia akan membawa bencana kepada masyarakat dan negara," titah baginda semasa merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini Selasa.Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyampaikan ceramah pada seminar khas itu yang dihadiri pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan serta ahli-ahli politik di Kedah.Sultan Kedah turut menasihatkan semua pihak khususnya ahli politik, pegawai kerajaan dan rakyat umum supaya memandang serius serta mengambil iktibar mengenai perkara itu.Baginda mahu pembuat dasar kerajaan memahami dengan jelas Perlembagaan Persekutuan supaya kepentingan kaum-kaum lain di negara ini terjamin dan terus menikmati hak mereka sebagai warga negara.Titah baginda keamanan yang kecapi pada masa ini tidak datang bergolek kerana ia dicapai hasil permuafakatan, toleransi dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu."Mereka duduk semeja berbincang bagi menuntut kemerdekaan. Perbincangan ini mewujudkan peruntukan perlembagaan yang menjamin kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan Hak Istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang dikenali sebagai kontrak sosial."Kontrak sosial ini merupakan suatu pengorbanan besar orang Melayu kepada kaum-kaum lain. Oleh itu tidak wajar kontrak ini dipertikai, disemak semula atau diubah kerana ia adalah asas pembentukan Malaysia," titah baginda.Baginda kesal kerana akhir-akhir ini ada pihak berani mempertikaikan peruntukan tersebut sehingga menampakkan tanda keharmonian yang wujud sejak negara merdeka 52 tahun lepas mula terjejas."Kenyataan berani mereka yang menyentuh Hak-hak Keistimewaan menimbulkan kemarahan pemimpin dan bangsa Melayu. Situasi ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan ketegangan kaum," titah baginda.-- BERNAMA

Monday, August 17, 2009

Kerajaan anarki sedang berkembang di Malaysia

17 Ogos 2009

Negara telah sampai kepada peringkat anarki. Institusi yang mahu menjalankan peraturan dan undang-undang tidak lagi dihormarti secra terang-terang, sebaliknya pihak penentang termasuk media berbahasa Cina yang rasis memburukan pihak yang menjalankan undang-undang.

Para menteri, Ketua Polis Negara, menteri yang bertanggunbjawab mengenai undang-undang masih seronok dengan sekadarkan mengulangi penegasan bahawa kerajaan boleh bertindak terhadap orang yang menetang penangkapan, tetapi rakyat tetapi tidak melihat tindakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohamed Nazri masih suka mencari publisiti menerusi perdebatan dengan pembangkang dalam mempertahankan badan penguatkuasa undang-undang, tetapi tidak pernah menjadi juara kepada sesuatu tidakan yang berkesan yang dapat meyakinkan rakyat.

Umpamanya dalam kes pembantu khas kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How yang menentang tangkapan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) , beliau berjaya menyekat SPRM daripada menahannya dengan serta-merta dan mengizinkannya berehat di hospital dan membiarkannya memperojekkan tindakan SPRM sebagai tindakan Gestapo.

Berikutan dengan itu SPRM bukan menunjukkan ketegasannya, sebaliknya merajuk sehingga hendak memberhentikan semua tindakan siasatan rasuah terhadap ahli-ahli politik kerana seorang manusia yang diketahui menghadapi beberapa tuduhan jenayah yang berasas.

Apakah ini semua kerana suruhanjaya ini tidak mendapat sokongan daripada pak menteri atau telah ditegur kerana tindakan mereka terhadap orang yang menentang tangkapan. Sebelum ini tindakannya telah ditimbulkan keraguan oleh pembangkang.

Dalam kenyataannya SPRM telah memberikan sebab yang jelas mengapa Chuan How mesti ditahan.

SPRM telah memberitahu Chuan How bahawa beliau perlu dibawa ke Pejabat SPRM untuk siasatan lanjut kerana dokumen-dokumen berkaitan kesnya yang sedang disiasat berada di Ibu Pejabat SPRM.

Siasatan awal telah mendapati beberapa program dan bantuan yang menggunakan peruntukan pembangunan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek telah tidak disampaikan kepada pihak pemohon walaupun kelulusan telah diberikan dan cek-cek telah diserahkan kepada Chuan How.

Kata SPRM penemuan hasil siasatan ini menjadikan Chuan How sebagai suspek utama dan keputusan dibuat agar beliau ditangkap untuk siasatan lanjut, tetapi apabila Chuan How yang tidak digari hendak dimasukkan ke dalam kereta pegawai SPRM secara tiba-tiba dia menepis tangan pegawai SPRM yang mengiringinya dan cuba melepaskan diri.

Pegawai SPRM terpaksa mengambil tindakan menghalang Chuan How daripada melarikan diri dan memeluk beliau dari belakang kerana beliau mulai meronta-ronta dan akhirnya menjatuhkan dirinya di atas lantai kaki lima.

Pegawai SPRM tidak pernah samasekali menolaknya sehingga beliau jatuh, kata kenyataan itu.

SPRM memohon kerjasama orang ramai untuk memerangi jenayah rasuah dan bukannya memburukkan SPRM.

Siapakah yang memburukkan tindakan SPRM kalau bukan akhbar-akhbar Cina dan juga akhbar The Star yang cuba memperojekkan semua tindakan polis dan SPRM terhadap pembangkang terutama yang melibatkan orang Cina sebagai bersifat perkauman.

Akhbar nasional dan juga TV3 telah membantu tindakan dengan menyiarkan klip video yang jelas menunjukan Cina DAP ini sengaja menjatuhkan dirinya. Tetapi apakah yang digambarkan oleh akhbar-akhbar Cina, Allah sahaja yang mengetahui kerana pihak berkuasa pun tidak pernah mendedahkan kejahatan akhbar-akhhbar Cina memainkan api perkauman.

Akhbar The Star juga tidak menunjukkan yang ia memihak kepada tindakan SPRM, sebaliknya memperkecilkan sahaja kenyataan SPRM.

Sejumlah rakyat yang taat setia tidak pernah meragui tindakan polis atau SPRM terhadap penjenayah malah mereka mengalu-alukannya tetapi mereka tidak berpuas hati dengan sikap menteri yang tidak menujukkan sikap yang tegas, malah pihak polis tidak terlihat segera membantu tindakan SPRM sebaliknya KPN sekadar menyatakan sekian akta dan peraturan yang membolehkan polis juga menangkap orang yang menentang tangkapan.

Polis sebaliknya membiarkan orang disyaki sebagai penjenayah ini berehat di hospital. Adakah SPRM merajuk kerana polis juga tidak membantu mereka atau Menteri Dalam Negeri masih tidak sedar orangnya tidak membuat kerja yang sepatutnya?

Apa yang berlaku dalam kes pembantu exco negeri Selangor yang disaksikan sendiri oleh berjuta penonton televisyen dan berita dan gambarnya yang disiarkan oleh akhbar- akhbar telah menjatukan imej kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib, telah menunjukan penjenayah lebih berpengaruh ke atas media daripada polis. Penguasa undang-undang boleh diugut dan ditakutkan oleh sandiwara dan lakonan penjenayah, pembela-pembela penjenayah telah dilihat sebagai pembela rakyat.

Sebuah kerajaan anarki sedang muncul di Malaysia. Sungguh menyedihkan. Inilah hasil kejayaan demokrasi Abddullah Badawi yang diwarisi oleh Najib Tun Abdul Razak.


MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Thursday, August 6, 2009

Anwar ibarat sesumpah – The Economist

NASIR SUKIMAN5 Ogos 2009
SIAPAKAH sebenarnya Anwar Ibrahim? Beliau bukan saja ibarat seekor sesumpah yang bertukar warna mengikut suasana, bercakap mengikut selera pendengar di depannya, malah lidah bercabang pula, kata majalah antarabangsa The Economist.
(llustrasi daripada The Economist)
Dalam keluaran 30 Julai, 2009, edisi cetak dengan tajuk “Kebangkitan, kejatuhan dan kebangkitan Anwar Ibrahim, politikus paling istimewa Asia Tengara”, rencana itu mengisahkan betapa Anwar telah bersusahpayah pergi berkempen pilihan raya kecil Manek Urai di pedalaman Kelantan pada pertengahan Julai lalu untuk menggesa pengundi memangkah calon Pas.
Sebenarnya, ia hanyalah satu pilihan raya terlalu kecil dan mampu dikendalikan Pas sendirian saja kerana iamenguasai penuh Dewan Undangan Negeri.
Tetapi Anwar sedar dia terpaksa menunjukkan kesungguhan kerana dia amat memerlukan Pas. Inimemandangkan tanpa parti Islam itu, pakatan dipimpinnya terdiri daripada Melayu ‘moden’, orang India danCina yang sekular tidak ada peluang langsung menyingkirkan Umno daripada tampuk kekuasaan.
Barisan Nasional yang diterajui Umno telah berkuasa sejak kemerdekaan pada 1957. Anwar idamkan Umnodimusnahkan dan begitulah juga dua parti dalam pakatan pembangkang.
The Economist mendedahkan betapa Anwar menghabiskan masa di luar negara dengan menemui pemimpinasing dan agama yang nama mereka sengaja disebut-sebut beliau ketika berbual.
Anwar cuba menyentuh satu perkara kepada yang baru, tetapi biasanya dia akan berbicara isu yang pastimenarik minat pendengarnya saja.
Pada pilihan raya 8 Mac, 2008, Anwar dan pembangkang berjaya menyampaikan mesej menentang Umno danBarisan Nasional berikutan penggunaan sepenuhnya internet atau senjata siber – blog - yang mampumenggugat dan menggoyah pengaruh media perdana dikuasai Umno.
Majalah itu meramalkan perbicaraan kes liwat Anwar dan Shamsul akan berlarutan. Anwar sudah pun menyatakan tidak kira apa keputusan kes itu, dia tetap menang. Jika dibebaskan, kerajaan akan hilangkewibawaannya.
Namun jika didapati bersalah, berpuluh ribu penyokongnya akan melancarkan demonstrasi jalanan. Tetapimendakwa dia ada maklumat baru mengenai kes pembunuhan yang kononnya ada kaitan denganNajib. Ini akan dipergunakannya. Anwar
Jika dia dipenjara, pakatan pembangkang mungkin akan berkubur namun jika dia menyeru penyokongnyaberjuang, dia mungkin dipersalahkan berikutan huru-hara yang tercetus. Jika dia merayu sokonganantarabangsa, penyokong dalam negeri akan mempersoalkan kesetiaannya.
Dalam menghadapi situasi genting inilah wujudnya perangkap dipasang Anwar yang dengan segala tipumuslihat akan memberitahu pendengar berbeza apa yang mereka suka dengar.
Blogawan dengan senjata internet mereka sekali lagi akan memberi perhatian kepada kecekapan Anwar bermain sandiwara membuat rakyat tertanya-tanya siapa dan apa sebenarnya diperjuangkan Anwar Ibrahim. - malaysiaaktif.com

Monday, August 3, 2009

Pergi jahanam Nik Aziz!

MAULANA ARRIF28 Julai 2009
Apabila Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat menjalin kerjasama dan hubungan yang baik dengan kerajaan negeri Kelantan, ramai kalangan dalam UMNO yang teruja dengan sangkaan bahawa ia adalah isyarat kesediaan Menteri Besar Kelantan itu untuk berbaik-baik dengan UMNO.Banyak pemimpin UMNO yang memberikan respons positif kecuali Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Tun Hussein yang agak terkejut dengan perubahan sikap mendadak Mursyidul Am Pas itu.Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang cukup berpengalaman dengan sepak terajang Pas turut meragui kenyataan Nik Aziz yang merupakan pemimpin angkatan sezaman dengan Allahyarham Asri Muda, Presiden Pas yang membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional pada zaman Tun Abdul Razak dan kemudian membawanya keluar apabila hubungan dengan UMNO mulai tegang kerana parti itu cuba memperluaskan kedudukannya di kawasan-kawasan UMNO.Ternyata keraguan Mahathir dan Hishammuddin tidak meleset.``Pergi jahanam UMNO! '' kata Nik Aziz mengulas reaksi pemimpin-pemimpin UMNO pada sidang akhbar di Kota Bharu semalam.Menurut Nik Aziz, beliau cuma menganjurkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukannya dengan UMNO.Agak pelik pemikiran Tok Guru ini. Bagi beliau, seolah-olah tiada kaitan langsung antara UMNO dengan kerajaan pusat.Kerajaan pusat diketuai oleh Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO. Bagaimana mungkin untuk memisahkan tugas dan kepentingan seorang pemimpin parti dan seorang ketua eksekutif pentadbiran. Mana-mana ketua eksekutif kerajaan dalam dunia tidak boleh tidak mesti mengaitkan kepentingan pentadbiran negara atau negeri dengan kepentingan parti yang dipimpin atau diwakilinya.Dan Nik Aziz juga tidak terkecuali daripada hakikat ini.Jika Nik Aziz beranggapan bahawa seorang pemimpin boleh mengasingkan kepentingan tugas pentadbiran dan tugas politik, kenapa beliau mengetuai jentera kempen Pas di pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini? Semasa kempen, cukup hebat beliau menyerang UMNO.Sekiranya beliau benar-benar mahu menjalin kerjasama antara kerajaan negeri Kelantan pimpinannya dengan kerajaan pusat pimpinan Najib, Nik Aziz sepatutnya tidak turun ke Manek Urai. Malah lebih elok kerja kempen Pas dijalankan oleh jentera Pas dari lain-lain negeri di luar Kelantan. Sebaliknya buat pertama kali Pas Kelantan telah membolot kerja kempen di Manek Urai tanpa membenarkan campur tangan Pas dari luar Kelantan.Nampaknya Nik Aziz sangat rakus. Dia mahu mengaut semua laba politik di Kelantan, dan dalam masa yang sama mahukan kerajaan pusat pimpinan UMNO memberikan bantuan kepada kerajaan negeri pimpinannya. Mana boleh!Jika sikap Nik Aziz ini mengejutkan kita, tentulah lebih mengejutkan jika ada mana-mana pemimpin UMNO yang masih mahu menghulurkan tangan persahabatan dengan Nik Aziz. Ada orang berkata, Nik Aziz bersikap sangat anti-UMNO kerana dihasut oleh ayam tambatannya Datuk Husam. Benarkah? Kalau seorang yang mengaku dirinya ulama dan pengalamannya politiknya sama sarat dengan Mahathir, maka ketaralah bahawa Nik Aziz ini adalah seorang yang tidak berpendirian dan tidak boleh membuat keputusan bersendirian. Sama sekali tidak seperti Mahathir.Kesimpulannya, adalah tidak penting sama ada Nik Aziz dipengaruhi atau tidak oleh orang lain.Perkataan ``pergi jahanam UMNO'' bukan keluar dari mulut orang lain, tapi dari mulut Nik Aziz sendiri yang selama ini dianggap oleh ramai pengikutnya sebagai berbau `kasturi' dari syurga. -- malaysiaaktif.com

Tun Mahathir, Hasmah ibarat pengantin baru

KOPITIAM TALK3 Ogos 2009 Saya melihat di beberapa majlis perkahwinan yang saya hadiri, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan isteri sebagai tetamu menjadi tumpuan anak-anak muda daripada berbilang kaum untuk bergambar. Mereka ibarat seniman pujaan.Mungkin ini berlaku juga di tempat-tempat lain, tetapi suasana di majlis perkahwinan lebih menampakkan tumpuan kepada mereka kerana turut hadir ialah termasuk bekas perdana menteri dan menteri-menteri lain yang lebih muda dan artis-artis popular.Lebih dari itu, yang sewajarnya yang menjadi tumpuan ialah pengantin baru, tetapi seolah-olah Mahathir dan Hasmah pula pengantin baru.
Kesimpulannya ialah Mahathir dan Hasmah sudah lebih tua daripada UMNO, tetapi tetap diagung-agungkan oleh generasi muda yang memberikan gambaran tidak sahaja generasi tua yang mengenang segala jasanya, tetapi anak-anak muda juga telah dijiwai oleh zamannya yang dipenuhi tidak sahaja dengan pengucapan-pengucapan besar tetapi dengan projek projek yang menjadi ikon negara.Seorang bukan Melayu yang juga bekas pemimpin yang terkenal pada suatu masa dahulu yang duduk di samping saya di dalam suatu majlis perkahwinan memberitahu bahawa dia telah bertanya seorang anak muda Cina yang berjaya dalam perniagaannya semasa penerbangan pulang bersamanya dari Beijing ke Kuala Lumpur, siapakah yang akan dipilihnya dalam pilihan raya akan datang?Anak muda ini menjawab bahawa “apabila saya bangun pagi saya melihat pencakar langit Petronas Tower, saya memijak KLIA, saya memandu di atas lebuh raya yang indah, saya ingat Mahathir.”Dia yang memulakan pernigaannya pada zaman Mahathir seterusnya memberitahu bahawa selepas era Mahahtir dia hanya mendengar banyak pengumuman projek berbilion -billion ringgit tetapi dia tidak turut merasai tempiasnya.Ini bukan pertama kali saya dengar cerita seperti ini dari seorang Cina, tetapi telah banyak kali.Ertinya, di sebalik kempen untuk menunjulkan Mahathir sebagai seorang rasis, di samping adanya usaha untuk menandingi F1 dengan Monsoon Cup, Koridor Utara dan Selatan dengan Putra Jaya, pertanian lawan perindustrian, namun yang tetap dikenang adalah apa yang ditinggallkan oleh Mahathir dalam eranya.Pada awal pemerintahannya pun beliau telah membangunkan perasaan kebesaran bangsanya dengan mengambilalih Carcossa dan membangunkan bangsanya lebih awal daripada tidur dengan mempercepatkan waktu.Sekalipun projeknya yang mempunyai inspirasi dan visi dibatalkan dalam masa persaraannya, tetapi tidak berjaya untuk memadamkan aspirasinya. Jika jambatan bengkok diteruskan pasti pada akhirnya akan dipandang sebagai jambatan lurus dan betul oleh rakyat kerana akan menjadi lambang kehormatan dan keberanian suatu bangsa yang diperkecil dan dihina oleh suatu bangsa lain di pintu masuknya.Kesimpulannya ialah kiranya Mahathir yang sudah lebih tua daripada UMNO dan BN masih diterima, maka UMNO dan BN akan tetap diterima oleh rakyat termasuk generasi muda kiranya kepimpinan parti berkeupayaan untuk terus memberikan wajah baru kepada rakyat dengan projek yang bervisi sesuai dengan mimpi dan aspirasi mereka. MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Wednesday, July 29, 2009

Sumbangan Pakatan Rakyat kepada 1Malaysia

KOPITIAM TALK29 Julai 2009Di bawah sikap keterbukaan Pakatan Rakyat telah terdedah beberapa perkara dan peristiwa yang menghakiskan keyakinan rakyat kepada keupayaan mereka kerana terbukti tidak berpengalaman dan tidak dapat menahan nafsu untuk mengekalkan imej bermoral.Keyakinan rakyat berasaskan kepada sentimen segala-galanya akan jadi baik apabila pembangkang berkuasa ternyata merosot, sebaliknya apa yang mereka dapat lihat ialah perebutan kuasa, ketamakan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan mereka yang diharapkan.Sekalipun beberapa krisis yang timbul dan mengancam perpaduan antara mereka telah berjaya ditutup atau diatasi dengan menampilkan keutamaan kepada perpaduan dan kesepakatan, tetapi semuanya dalam keadaan sementara dan longgar dan bukannya atas fahaman kepada persamaan dasar dan fahaman.Sama ada keadaan ini akan dapat dikekalkan atau bersifat sementara adalah masih menjadi tanda tanya dan masa akan menentukannya.Bagaimanapun kita telah dapat melihat kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP adalah sebuah kerajaan yang lemah yang sanggup tunduk kepada kehendak sekelompok rakyat demi untuk kepentingan politik dan tidak sanggup menunjukan ketegasan untuk pembangunan.Dalam hal ini, contoh yang paling jelas ialah ketidakupayaan Ketua Menterinya Lim Guan Eng untuk membuat keputusan muktamad dalam usaha untuk memindahkan penduduk Kampung Buah Pala bagi pembinaan projek di kawasan itu, sebalinya tunduk kepada kehendak sekelompok kecil rakyat yang memainkan isu perkauman untuk bertahan di situ.Ini memberikan gambaran buruk dan juga menggoyahkan keyakinan penanam modal dalam dan luar negara. Imejnya ialah kerajaan Pulau Pinang adalah kerajaan yang bermain politik dan tidak mementingkan dasar.Kelemahan ini ditambah dengan kes rasuah anggota-anggota Exco kerajaan Negeri Selangor yang sekarang dalam siasatan SPRM. Ini telah menconteng arang ke muka Lim Kit Siang dan DAPyang amat ghairah memburukan BN dalam soal rasuah dan sebagainya.Sekarang barulah Kit Siang, Penasihat DAP tahu tanah tinggi rendah, tahu betapa sakitnya apabila difitnah. Selama ini Kit Siang adalah Raja Fitnah yang membuat berbagai-bagai tuduhan tanpa bukti terhadap Datuk Seri Najib dan juga kerajaan BN. Sekarang dia berada dalam keadaan terpaksa menjawab fitnah.Orang ramai dapat melihat bagaimanana Kit Siang sedang kelam-kabut membasuh mukanya di hadapan awam.Pakatan Rakyat juga cuba menjadikan isu siasatan ke atas rasuah orang mereka sebagai isu perkauman dengan memburukan Polis Diraja Malaysia dan juga Suuruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menutup kekotoran mereka yang telah sampai kepada peringkat berlakunya pembunuhan diri atau dibunuh yang masih belum dapat dipastikan.Mereka juga telah menimbulkan prasangka terhadap cara siasatan kes dijalankan dan mahu menentukan cara mereka sendiri, mahu ikut selera dan masa mereka. Ini menimbulkan reaksi balas dari bekas pengarah Akademi SPRM, R. Rathakrishnan yang mempunyai rekod kejayaan 99.9% daripada siasatan yang dijalankannya. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan pembangkang atau Pakatan Rakyat yang mahu saksi disiasat di luar masa pejabat atau pada bila-bila masa yang ditentukan oleh yang terlibat.Katanya kepada akhbar The Star “masa adalah emas kepada mana-mana juga penyiasat kerana mereka perlu menjamin agar keterangan tidak dirosakan, diganggu atau di musnahkan oleh pihak-pihak yang sedang disiasat.''“ Kami terpaksa bertindak pantas apabila menyiasat kes rasuah kerana ia merupakan jenayah yang paling sukar dan sulit untuk disiasat dan didakwa,” katanya.Sebelumnya Menteri Besar Selangor telah tidak membenarkan Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri disiasat di luar pejabat sebaliknya polis atau pegawai SPRM mesti datang menyiasat mereka di pejbatnya yang menunjukan Khalid mahukan kekebalan seperti Sultan atau Raja.Di Johor, Ketua Pembangkang DAP, Dr Boo Cheng Hau meminta Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan (DAP) Gwee Tong Hian supaya letak jawatan kerana tidak setuju dengan cara pembelian Pusat Khidmat DAP Muar.Menurut Dr Boo, Gwee tidak pernah memberitahu atau merundingkan dengan parti untuk meminta kebenaran bagi pembelian bangunan itu dari ejen yang merupakan seorang rakyat Singapura.Kita angkat topi kepada keterbukaan sikap DAP dan juga lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Sesungguhnya semua perkembangan ini adalah baik ke arah menambah keyakinan rakyat kepada Dasar 1Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan tidak kepada sistem dua parti yang diuar-uarkan oleh pakatan pembangkang.MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Sunday, July 26, 2009

Nik Aziz sekarang lebih liberal daripada UMNO

KOPITIAM TALK
24 Julai 2009

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat mempertahankan tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock walaupun Dewan Ulama Pas menyifatkannya dari segi Islam sebagai meragukan.

Nik Aziz hairan apabila masalah itu diperbesarkan sedangkan ramai masyarakat Islam hari ini meraikan majlis sambutan hari jadi dengan menyalakan lilin.

Katanya, tiap tahun anak kita merayakan ulang tahun hari jadi dengan memasang dan menghembuskan lilin.

Ertinya Nik Aziz sebagai” tok guru pondok” dengan kenyataannya itu menunjukan beliau sekarang menerima upacara meniup lilin pada hari ulang tahun kelahiran sebagai keharusan dalam Islam. Dulu bila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak merayakan hari jadi, mereka sifatkan sebagai “meniru Barat” dan bila Allahyarham Khir Johari Menteri Pelajaran berpakaian opera Cina mereka sebarkan gambarnya ke seluruh negara sebagai kafir..

Jika dibandingkan Nik Aziz pada zaman kuno dengan zaman sekarang dengan pemodenan berbagai-bagai fatwa, maka ternyata beliau menjadi ulama yang meragukan orang Islam, yang menghalalkan dan mengharuskan yang dahulunya haram.Ternyatalah Nik Aziz pada abad ke-20 ini jauh lebih liberal daripada UMNO sendiri.

Demikianlah apabila orang jakun baru masuk bandar, baru tahu berkawan dengan Cina, baru rapat dengan orang kafir, baru sedar terhadap keperluan membuat penyesuaian politik sehingga sanggup menafsirkan ayat Quran dan hadis untuk menjustifikasikan selera sendiri.

Lebih menarik lagi, walaupun Nik Aziz mempertahankan perbuatanya, namun Mohammad Nizar sendiri tetap berasa bersalah. Maka itulah beliau sanggup untuk menafikan bahawa beliau menghadiri upacara menyalankan lilin bagi memperingati Beng Hock sekalipun dibuktikan oleh Utusan Malaysia dan NST dengan gambar.

Beliau menjelaskan beliau hanya menghadiri sidang akhbar bersama DAP mengenai majlis menyalankan lilin dan bukannya upacara menyalakan lilin. Yang jelas ialah beliau juga menunujukkan kepada umum bagaimana cara untuk memperingati majlis itu.

Akhbar New Straits Times memberikan keterangan gambar bahawa beliau turut memegang lilin bagi memperingati mendiang Teoh dalam keluaran 18 Julai 2009.

Jika Nizar merasakan perbuatan ini tidak bersalah maka beliau sewajarnya mempertahankan dirinya apabila Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib mengatakan Nizar tidak sepatutnmya hadir dalam majlis tersebut .

Hadir boleh, tetapi buat apa memegang lilin jika tidak kerana iman Nizar untuk menyukakan hati DAP dan orang Cina lebih hebat dari iman dan pegangannya kepada prinsip Pas.

Demikianlah kecairan imej Pas yang terus berlaku dan akan terus berlaku sejak berkawan dengan Anwar Ibrahim yang juga berasal dari UMNO demi untuk tujuan politik untuk menunjukan PKR dan PAS lebih liberal dari UMNO dan pada kahirnya nanti imej Pas akan semakin pudar di kalangan penyokong penyokong setianya yang menyokong Pas kerana imej fanatik dan ketaksubannya.

Pas bukan PAS dahulu lagi yang tidak sanggup mengorbankan dasar dan prisnsipnya. Akhirnya Pas akan hancur lebih dahulu dari UMNO. Inilah matlamat Anwar.

Friday, July 24, 2009

Hentikan spekulasi, jangan jadikan kes Teoh isu perkauman, kata Nazri

Bernama20 Julai 2009
-->
KUALA LUMPUR, -- Orang ramai khususnya pembangkang diminta menghentikan spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock atau menjadikannya isu perkauman.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemimpin pakatan pembangkang khususnya tokoh veteran DAP Lim Kit Siang, sepatutnya biarkan polis menyiasat insiden itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan."Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun."Jangan alihkan isu itu menjadi isu lain, saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya, saya fikir beliau yang patut tutup mulut dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. Biar polis siasat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum mengenai Integriti dan Pematuhan: Agenda Malaysia anjuran Siemens di sini Isnin.Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor Khamis lepas, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Teoh adalah seorang daripada beberapa saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan exco kerajaan negeri Selangor.Mohamed Nazri berkata SPRM juga tidak boleh diarah menghentikan siasatannya.Ketika ditanya mengenai status pegawai SPRM yang terbabit menyoal siasat Teoh iaitu sama ada mereka akan digantung kerja atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu tidak timbul kerana ketika ini, kes itu masih dalam siasatan polis.Mengenai tindakan orang ramai yang mempertikaikan kaedah SPRM menjalankan soal siasat, Mohamed Nazri berkata cara sedemikian telah digunakan sejak berpuluh tahun lalu."Saudara pun jangan lupa, saya juga pernah disiasat oleh BPR atau SPRM pada tahun 2003, dan itu kaedah mereka menyiasat...kadangkala ada permintaan supaya penyiasatan itu tidak dilakukan pada waktu kerja kerana ada setengah orang bimbang dan takut kalau dia pergi waktu kerja, ramai orang akan tahu dan tidak akan rasa selesa kerana dia absent (tidak hadir) waktu ofis, jadi ada yang minta supaya disiasat luar masa kerja... itu perkara biasa," katanya.Katanya, proses yang sama juga perlu dilalui exco kerajaan negeri Barisan Nasional yang disoal siasat SPRM."Jadi kita jangan buat kesimpulan kalau kita merasakan menyiasat di luar waktu kerja itu menyusahkan...ini juga menyusahkan kepada pegawai terbabit, kalau nak ikut, baik pegawai itu buat pada waktu kerja.Mohamed Nazri juga berkata ketidakhadiran peguam ketika seseorang individu itu disoal siasat SPRM bukanlah satu masalah besar."Lim Guan Eng pun jumpa dengan penduduk Kg Buah Pala tanpa kehadiran peguam. Dalam kes ini, sebenarnya peguam hadir tetapi dia berada di luar...saya juga ketika kena siasat pada 2003 tak panggil peguam kerana apa yang kita takutkan... nak pula kita hanya sebagai seorang saksi sahaja bukan yang dituduh, jadi saya kira, kalau peguam hadir sekalipun, kalau dia terpaksa menjawab, jadi dia terpaksa jawab juga."Katanya, beliau percaya pegawai-pegawai SPRM adalah profesional dan akan melakukan siasatan tanpa mengira kaum.Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini membidas pihak yang sanggup bermain kotor dengan memutarbelitkan dan mempolitikkan kes kematian Teoh.Menyifatkannya tindakan itu sebagai satu "pembohongan untuk kepentingan diri", Ong berkata pihak-pihak tertentu itu sanggup berbuat demikian bagi mendapatkan "pengaruh politik".Katanya beliau telah menerima satu laporan semalam mengenai satu laporan dalam talian yang menyalahgunakan nama ketua biro komunikasi MCA Lee Wei Kiat dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan daripadanya yang disiarkan terdahulu.Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata Lee sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat secara menyeluruh kematian Teoh"Tetapi malangnya kenyataannya telah diputar-belit yang kononnya Lee menyarankan kematian Teoh adalah pilihan peribadinya dan ia sesuatu yang bukan sahaja terkejut tetapi tidak dapat diterima sama sekali," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani persefahaman di antara Bernama Radio24, Sunlight Radio Taxi Sdn Bhd dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Wisma Bernama di sini.-- BERNAMA

Monday, July 20, 2009

Kematian Teoh jangan dipolitikkan

BASHIR AHMAD20 Julai 2009
Kematian Teoh Beng Hock adalah satu tragedi.Tragedi kepada keluarganya dan mereka yang rapat dengannya. Tetapi ia adalah tragedi yang lebih besar kepada negara disebabkan suasana penuh sangkaan buruk yang menyelubungi kematiannya.Asas keadilan telah diruntuhkan oleh semua pihak yang membuat kesimpulan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab terhadap kematian pembantu khas kepada seorang exco kerajaan negeri Selangor daripada parti DAP.Sisatan belum pun bermula, apatah lagi inkues atau perbicaraan, tetapi DAP dan sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang telah membuat kesimpulan bahawa SPRM bersalah. Kesimpulan dibuat hanya kerana suasana atau keadaan kematian yang berlaku selepas Teoh baru habis disoalsiasat di pejabat SPRM.Asas keadilan ialah mana-mana pihak tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak dibicarakan dengan adil dan perbicaraan mendapatinya bersalah. Kononnya, inilah tiang keadilan yang dlaungkan dan dituntut oleh pembangkang selama ini. Jika orang lain melakukan perkara yang sama, mereka akan kutuk dan serang habis-habisan.Malangnya pihak pembangkang khususnya DAP telah menyalahkan SPRM ketika siasatan baru hendak dimulakan. Pihak kerajaan termasuk Perdana Menteri sendiri telah memberikan jaminan bahawa kes ini akan disiasat dengan teliti dan saksama. Tiada yang boleh dan akan disorokkan. Malah siasatan oleh polis sedang giat berjalan. Maka janganlah membuat tokok-tambah kesimpulan.Apa yang berlaku hanya memperjelaskan bahawa pembangkang cuba menangguk di air keruh dan mempolitikkan kes ini untuk mebangkitkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan. Disebabkan kenyataan-kenyataan yang dilemparkan terhadap SPRM sangat keterlaluan, maka ada kalangan orang Melayu yang melihat kes ini sudah menjadi isu perkauman.Biarkanlah proses penyiasatan berjalan dengan betul dan sempurna tanpa tekanan. Disebabkan kes ini telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara, tiada sebab dan tiada jalan bagi mana-mana pihak untuk menyembunyikan kebenaran.Penulis percaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mahukan kebenaran. Jika kebenaran disembunyikan, bahananya akan menimpa mereka dan kerajaan Barisan Nasional. Sebab itulah mereka sendiri secara terbuka turut mendesak kes ini disiasat sedalam-dalamnya.Jika ada yang tidak kena di pihak SPRM, tiada sebab bagi pihak kerajaan untuk membela mereka. Jika kerajaan BN membela pihak yang tidak betul, mereka sendiri akan menghadapi hukuman yang lebih teruk daripada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.Tetapi amatlah tidak adil bagi pembangkang untuk menyemai atau bertindak atas premis syak wasangka bahawa SPRM adalah alat kerajaan. Maka selain menuduh SPRM bertanggungjawab ke atas kematian Teoh, juga mereka cuba menyalahkan kerajaan. Semasa institusi ini bergelar Badan Pencegah Rasuah (BPR) dulu, ia dituduh tidak adil dan menjadi alat kerajaan.Setelah kerajaan sendiri mengubah BPR menjadi SPRM yang lebih bebas dan berkuasa, amatlah tidak wajar jika pembangkang terus menerus menuduh ia masih menjadi alat kerajaan. Jika berlaku kesalahan oleh mana-mana anggota SPRM, patutkan kesalahan itu dikaitkan dengan kerajaan yang dalam kes ini telah membuktikan bahawa mereka juga sangat terkejut dan prihatin dengan apa yang berlaku.Malangnya sudah ada penulis blog pro pembangkang yang secara jelas menuduh anggota-anggota SPRM yang menyebabkan Teoh jatuh dari tingkat 14 bangunan pejabat SPRM Selangor.Soalnya benarkah Teoh jatuh dari tingkat 14? Ini pun belum dapat dipastikan. Ada orang berpendapat, jika seseorang jatuh dari tingkat 14 tentulah kepalanya berkecai. Adakah kepala si mati pecah berkecai?Apa pun hanya siasatan yang mendalam dan adil boleh memberikan jawapan. Setakat ini, apa jua yang disebarkan sama ada melalui internet atau perbualan di kedai kopi adalah teori yang hanya berasaskan syak wasangka yang sama sekali bercanggah dengan prinsip keadilan.Elakkan kematian mendiang Teoh daripada menjadi tragedi yang lebih buruk kepada negara dengan tidak membuat sebarang kesimpulan berdasarkan sikap buruk sangka atau niat jahat untuk mendapat laba politik. - malaysiaaktif.com