Thursday, March 6, 2008

Betulke KJ Camtu...Eh..Eh.. Tak Baik..

Murai singgah di laman blog antikhairy.blogspot.com..tengok klip yang didakwa KJ semasa muda dengan girlfriend .. rasa bukan KJlah.. muka pun nampak tak jelas.. bukan dialah.. sapelah buat keje ni.. kalau salah ..tanggunglah..

Katanya video ni akan hilang dalam masa 3 jam. tengoklah di.
http://antikhairy.blogspot.com/2008/03/terpulang-untuk-kamu-menilainya.html
dan nilailah sendiri... tak taulah..

1 comment:

Anonymous said...

Ha ha ha ... sudahlah Khairy! Tak ada kerja lain ke.... kalau dah macam tu perangai, nak jadi pemimpin apa. Terima Kasih murai betina kerana bagi link ni... baru kita tahu sapa KJ tu... muka sebijik mcm dia... takkan super imposed kot...

Pasal PRU12, Satu Malaya tahu dah kira berkali-kali kau kalah 83 undi. Kau menang lebih 5,000 secara tipu menggunakan undi postal.

Pak Lah hanya menang 1,000 di Kepala Batas dan menggunakan hampir 10,000 postal vote untuk tidak hilang kemaluan.

Hampir semua postal vote satu Malaysia digunakan untuk Khairy dan Pak Lah.

Setengah jam sebelum itu, diberitakan Tan Sri Koh Tsu Koon kalah. Kemudiannya dilaporkan dia menang tetapi akhirnya dia dilaporkan kalah. Samy Velu, Shahrizat, dan lain-lain tidak dapat merasakan undi postal dan tewas juga.

Tak sah kalau saya tak ulas mengenai mantan menteri penerangan yang tidak popular, Zainuddin Maidin atau Mamu Zam. Semasa menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Pulau Pinang hari ini, saya ditanya kenapa tak ulas?

Ramai orang yang menerima kenyataan sedar bahawa Mamu Zam tidak popular di Merbok dan orang Merbok tidak mahu dia bertanding di sana. Pak Lah pun tahu jika Mamu Zam bertanding semula di Merbok dia akan tewas.

Masalahnya, Pak Lah tidak melakukan yang sepatutnya iaitu menggugurkan Mamu Zam sebagai calon. Sebaliknya dia memindahkan mantan pemberita keturunan India Muslim itu ke Sungai Petani untuk menggantikan mantan wakil rakyat BN Mahadzir Khir. Orang Sungai Petani keberatan menerima Mamu Zam tetapi khabar tersebut tidak dihiraukan.

Apabila pihak Parti KeAdilan Rakyat (PKR) menyebarkan cerita bahawa pengundi Merbok menolak Mamu Zam dan sebab itulah dia di terjunkan ke Sungai Petani, maka Mamu pun naik angin dan seperti biasa, menghentam bukan sahaja PKR tetapi media alternatif, terutama penulis blog (bloggers).

Dalam nadi yang amat marah dan sombong, Mamu Zam berkata dia disukai ramai di Merbok dan sebagai seorang ahli parti yang setia, dia sanggup bertanding di mana sahaja jika diarahkan oleh presiden parti.

Yang lebih memeranjatkan, Mamu Zam berkata bahawa dia bukan sahaja akan menang besar di Sungai Petani tetapi akan memastikan yang wang pertaruhan calon PKR Johari Abdul akan hangus (iaitu hilang wang depositnya). Kalau ini bukan angkuh, bukan takbur dan bukan mendahului takdir, tak taulah saya apa nak kata.

Nah, apa dah jadi... Mamu Zam kalah besar (para pengampunya pun terperanjat besar). Calon PKR Johari Abdul menang dengan kelebihan 9,381 undi dan dia bukan sahaja dapat menyimpan wang deposit pilihan rayanya tetapi mendapat penghormatan sewajarnya sebagai seorang ahli Dewan Rakyat.

Geli hati saya melihat para penganalisis yang muncul di kaca tv media arus perdana mengulas kekalahan Mamu Zam. Sebelum hari mengundi, mereka memberi ulasan dan laporan yang hebat mengenai Mamu Zam, lebih-lebih di RTM dan Bernama TV.