Sunday, April 26, 2009

Mahathir, berpada-padalah mengkritik

26 April 2009
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz telah memberikan reaksi keras dan kasar terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahukan dia disingkir dari kabinet. Kata Nazri:" Dia dah tua, apa kita nak peduli, dia boleh cakap apa yang dia nak cakap, tetapi saya tetap menteri kabinet."

Nazri tentu berasa lebih hebat lagi apabila Datuk Seri Najib tidak mempedulikan desakan Mahathir itu, sebaliknya melantiknya pula duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Dari segi adat dan kemelayuan,tentulah Nazri dilihat tidak wajar berkata demikian, tetapi itu adalah reaksi balas yang wajar terhadap Mahathir yang menjatuhkan air mukanya dan juga tidak merestui pelantikan yang dibuat oleh Najib.

Mahathir bukan sahaja menghina Nazri malah tidak menghormati Najib yang baru sahaja menjadi Perdana Menteri yang masih dalam keadaan memerlukan sokongan dan teguran membina.

Jika mahu dikira kesilapan dalam pelantikan, tidak sahaja Najib yang berbuat salah kalau mahu dikatakan salah. Malah Mahathir sendiri banyak membuat kesilapan. Beliau melantik Abdullah Ahmad Kok Lanas menjadi Ketua Pengarang NST, tetapi dia tidak sekadarkan mahu jadi Ketua Pengarang tetapi juga mahu jadi "king maker". Banyak tindakannya yang merosakkan nama Mahathir kerana dia ingat semua menteri tidak layak, tetapi kerana mengenang jasanya Mahathir tidak peduli apa orang lain kata.



Nazri tidak boleh dinafikan sebagai seorang menteri yang efektif dalam parlimen, seorang pendebat yang handal dan cekap, pedas dan tajam. Dalam kata-kata lain, dia berkeupayaan besar untuk membantu Najib. Kenapa Mahathir tidak boleh mengambil kira semua ini dan lebih mementingkan dendamnya kerana Nazri mencabarnya keluar dari UMNO.

Mahathir mesti juga sedar bahawa cakap-cakapnya sudah mulai tidak” masin” seperti dahulu lagi. Kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang turut dibantunya, sepatutnya sudah cukup untuk menyedarkannya terhadap kehakisan pengaruhnya.



Berpadalah-padalah dalam memberikan kritikan, jangan sampai orang naik meluat. Dalam dunia ini kita tidak boleh dapat semua yang kita kehendaki.

Mahathir juga mesti ingat bahawa dia telah membakar kelambu kerana seekor nyamuk. Kesannya dideritai oleh UMNO sampai hari ini. Lebih baiklah Tun menolong Najib memadamkan kebakaran ini daripada mencurahkan api.




MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Tuesday, April 21, 2009

Tanpa pertandingan, PKR tak dapat mandat baru

KOPITIAM TALK20 April 2009
Reaksi sepontan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional membayangkan kemungkinan BN tidak akan bertanding di pilihan raya kecil Penanti ialah BN takut kalah dan kerana itu menyerah kalah.
Orang BN yang telah pun bersuara tidak bersetuju dengan racangan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.
Samy Vellu mempunyai keyakinan terhadap kekuatan Najib untuk memimpin BN dalam pilihan raya ini kerana, katanya , penyertaaan adalah penting untuk imej, integriti dan maruah. Tetapi sekiranya kalah lagi di manakah imej, maruah dan integriti? Malah tambah meyakinkan ramai bahawa BN tidak ada masa depan lagi.
Nazri pula berkata tiada sebab untuk BN memberikan kemenangan percuma kerana tidak semua pengundi di DUN Penanti bersetuju dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat. Harus disedari bahawa semua kemenangan calon parti pembangkang dalam pilihan raya kecil setakat ini lebih kerana sentimen dan kebencian. Aliran ini akan berterusan dan akan juga menutup mata majoriti orang Penanti terhadap logik dan kewarasan. .
Perlu disebutkan pilihan raya kecil itu mahu diadakan kerana anggota DUN kawasan Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan kerana kes rasuah. Beliau sebenarnya tidak perlu berbuat demikian sebelum didapati sah bersalah.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak letak jawatan sekalipun dalam siasatan rasuah.
Kenyataan Mohammad Fairuz bahawa peletakan jawatannya untuk melanjutkan pelajaran adalah menunjukan bahawa dia yakin partinya tidak meanggapnya bersalah terhadap tuduhan yang dihadapinya malah ketuanya Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia akan membantu dalam pilihan raya kecil Penanti.
Hasrat kerajaan Pulau Pinang hendak membersihkan imej dengan peletakan jawatan Timbalan Ketua Menterinya itu tidak tercapai kerana Anwar menampakan keyakinan terhadapnya. Ini berbanding dengan UMNO sekalipun belum sah dari segi undang-undang tetapi pemimpin yang disyaki terlibat dengan politik wang telah pun di singkirkan dari parti, digantung atau tidak dibenarkan bertanding.
Tetapi semua ini sudah tidak kelihatan kepada sebahagian dari rakyat yang telah fanatik terhadap Anwar dan hilang kewarasan .
Sebenarnya Anwar Ibrahim menasihatkan Fairus supaya berhenti adalah untuk membolehkan piihan raya kecil diadakan lagi bagi tujuan perang sarafnya untuk menghina BN, untuk memberikan gambaran bahawa BN tidak lagi dikehendakki oleh rakyat kerana dia tahu rakyat telah tidak nampak lagi keburukannya. Yang buruk kepada rakyat hanya UMNO sahaja.
Sesungguhnya kekalahan dalam pertandingan dan kemenangan tanpa bertanding di dalam politik berbanding dengan pertandingan sukan, ia memberikan kesan yang berlainan. Orang ramai telah dapat mejangkakan bahawa di setiap kawasan yang diwakili oleh pembangkang yang menghadapi pertandingan semula maka pembangkang akan dapat mengekalkan kedudukannya.
Walaupun ini bukan merupakan suatu pencapaian baru bagi Pakatan Rakyat tetapi membangunkan persepsi bahawa BN tidak boleh menebus kekalahannya adalah memperkukuhkan persepsi bahawa BN tidak lagi diterima oleh rakyat. Semakin banyak pilihan raya kecil diadakan di kawasan yang telah pun diwakili mereka akan memperkukuh dan memperkembangkan lagi persepsi ini. Inilah matlamat Anwar Ibrahim setelah kegagalan 16 September 2008.
Maka itu soal menyerah kalah tidak timbul, sebaliknya jika BN bertanding berarti BN telah menyerah kalah dalam perang sarap, terperangkap dalam perancangan Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat untuk mengembangkan persepsi negatif rakyat terhadap BN di seluruh negara.
Selain dari itu harus diingatkan, Najib sendiri masih baru mengambil alih kuasa dan belum dapat melaksanakan rancangan-rancangan yang benar benar dapat meyakinkan rakyat di atas kesungguhan dan komitmentnya untuk membawa suatu perubahan dan pembaruan kepada masa depan mereka. Kekalahan juga akan membawa kesan buruk yang tidak perlu pada peringkat ini kepada BN.
Jika sekiranya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil Penanti, maka jelaslah kepada rakyat bahawa PKR atau Pakatan Rakyat hanya sekadar menggantikan wakil rakyatnya dan bukan mendapat suatu kemenangan baru atau mandat baru. MUNSYI ABDULLAHmalaysiaaktif.com

Monday, April 20, 2009

Wan Azizah calon PKR di Penanti?

NASIR SUKIMAN17 April 2009
DUA hari selepas mengumumkan perletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin iaitu pada 19 Mac dikatakan turut menyerahkan surat tidak lagi menjadi Adun N 12 Penanti.Namun rupa-rupanya Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menyimpan surat itu dan hanya mendedahkannya pada 14 April, menyebabkan Ketua Menteri Lim Guan Eng terkilan kerana tidak diberitahu lebih awal isu ini.Tunggulah Guan Eng, ada banyak lagi tindak-tanduk Anwar yang pasti akan mengklentong kamu kelak. Jika sudah puas mencapai matlamatnya, Anwar mungkin juga mengatur strategi lebih licik bagi menghumban DAP sebagaimana orang yang pernah menjadi konconya seperti Ezam Mohd Nor dan Ghani Haroon – dipinggirkan walaupun mereka ini sanggup masuk penjara kerana DSAI.Lebih menarik lagi, akhbar kerdil Buletin Rakyat di muka depan berkata Anwar akan mengumumkan satu kejutan April ini.Pembaca tentunya akan membuat pelbagai ramalan lantas menghidupkan perbincangan berkisar pada Anwar dan PKR.Satu kemungkinan ialah calon bakal bertanding di Penanti adalah Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang sudah tentu mengisi kekosongan jawatan TKM1 Pulau Pinang.Walaupun sudah ada nama-nama diuar-uarkan sebagai TKM1 yang baru, namun kedua-duanya ditolak dan dipenyapkan Anwar.Itupun, laporan berkata pengundi Penanti akan pasti memangkah siapa saja calon PKR biarpun ia kucing atau pokok pisang lawan calon BN.Kita kena tunggulah drama di Penanti ini dengan 15,421 pengundi membuat keputusan mereka mungkin pada Mei atau paling lewat Jun.Sebenarnya kemelut dan skandal rasuah sekitar Fairus, PKR Pulau Pinang dan perebutan kuasa dalaman dicanai oleh Anwar sendiri sudah lama berbunga hingga akhirnya melimpah ke dada akhbar beberapa bulan lalu.Menurut laporan sesetengah blog sejak 11 bulan lalu tercetus perebutan berkaitan kontrak untuk mencetak Majalah Rakyat, diikuti dengan penggunaan kad minyak milik kerajaan untuk kenderaan peribadi.Babak selanjutnya melibatkan pelantikan abang Fairus sebagai Penasihat Khas TKM 1, lantas terdedah pula kes rasuah membabitkan kuari dan pembelian kereta BMW dan Mercedes Benz.Percakaran dalaman PKR Pulau Pinang berterusan dengan terbentuknya dua kumpulan mewakili dengan Kem Selatan dan Kem Pulau. Kedua-duanya Abdul Malik Abul Kassim (Batu Maung) atau Makahtar Shapee (Sungai Bakap) walaupun dijangka terpilih sebagai TKM1, ditolak oleh Anwar.Berdasarkan inilah besar kemungkinan jika Wan Azizah dipilih bertanding di Penanti, maka jelaslah Anwar berangan-angan membina satu dinasti dengan isterinya menjadi TKM 1 Pulau Pinang pula.Itupun jika aktivis Umno-BN khususnya Abdul Jalil Majid yang tewas di Penanti pada pilih raya umum ke-12 terus berpeluk tubuh (jika beliau terus tidak dipilih lagi kali ini seperti di Permatang Pauh pada Ogos , 2008), maka akan tercapailah impian DSAI itu.Bagaimanapun, Fairus mengugut akan membongkar lebih banyak lagi skandal dalaman PKR dan juga pakatan pembangkang. Mungkin semua itu lebih memeranjatkan. - malaysiaaktif.com

Thursday, April 16, 2009

Exora: Proton kena buktikan keupayaan

CUBIT-CUBIT16 April 2009Proton lancarkan MPV pertamanya, Exora. Pelbagai komen kedengaran. Tentulah lebih banyak yang negatif daripada yang positif.Harapan Si Keldai kepada Proton, jadikanlah komen-komen negatif ini sebagai cabaran. Sebilangan yang menulis komen buruk dalam dunia siber adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebagai pemilik kereta buatan Proton.Sebahagian daripada masalah Proton ialah kerana terlalu bergantung kepada kerajaan. Sudah sampai masanya pergantungan ini dilepaskan sedikit demi sedikit.Proton juga berimej buruk kerana beberapa peralatannya tidak memenuhi tahap kualiti yang pengguna harapkan. Dulu, alasan Proton ialah peralatan berkenaan dibuat oleh `vendor' yang kerajaan tetapkan. Jika begitu kenalah Proton bertegas dengan vendor-vendor berkenaan.Dalam pasaran yang persaingannya cukup sengit, Proton kena menawarkan produk yang terbaik. Juga tidak boleh diharapkan untuk selamanya bergantung kepada pasaran tempatan. Dasar perlindungan yang kerajaan berikan adalah baik untuk Proton pada peringkat permulaan, tapi jika berpanjangan berkemungkinan ia akan melemahkan Proton itu sendiri kerana gagal membina keupayaan dan semangat untuk bersaing secara bebas di atas kaki sendiri.SI KELDAI malaysiaaktif.com

Wednesday, April 15, 2009

Elizabeth Wong diminta kembali bertugas Khamis

15 April 2009
SHAH ALAM -- Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan Selangor yang juga Exco Pelancongan Elizabeth Wong telah diminta untuk kembali bertugas bermula esok, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umumkan hari ini.Khalid berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esokKatanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi.Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu."Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya."Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang."Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan.Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut."Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," kata Khalid sambil menambah: "Anda datanglah esok".Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan."Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela."Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya. - malaysiaaktif.com

Tuesday, April 14, 2009

Malaysia juga boleh jadi macam Thailand

BASHIR AHMAD14 April 2009
LIHAT apa yang berlaku di Thailand sekarang. Jika anda fikir ia tidak baik untuk negara itu, fikirkanlah kemungkinan ia juga boleh berlaku di Malaysia.Bunga-bunganya sudah ada. Demokrasi disalahgunakan. Caci mencaci dan fitnah yang tidak berkesudahan antara parti-parti politik yang kononnya mahu menegakkan demokrasi, kebebasan dan integriti. Kebebasan bersuara dituntut dan dijunjung sehingga keaiban dan maruah orang lain tertolak masuk ke dalam longkang. Tidak cukup dengan apa yang diputuskan oleh pilihan raya, jalan pintas untuk berkuasa dicari. Lompat melompat parti menjadi alternatif demokrasi. Akibatnya perasaan dendam menebal. Kutuk mengutuk menambah geram.Protes jalanan juga sudah dijadikan budaya politik untuk menghakiskan keyakinan rakyat terhadap lawan yang memerintah. Kononnya tidak salah dan tidak bercanggah dengan demokrasi. Ia semakin digunakan sebagai senjata demokrasi untuk menjatuhkan lawan. Andainya lawan itu jatuh, tidakkah ia juga akan menggunakan cara yang sama untuk bertindak? Dan tentunya akan dilakukan dengan tahap yang lebih dahsyat.Di Thailand, Thaksin Shinawatra dulu jatuh kerana demonstrasi. Sekarang penyokong-penyokongnya melancarkan demonstrasi yang lebih hebat untuk menumbangkan musuh-musuh politik Thaksin.Apa jaminan senario yang sama tidak akan berlaku di Malaysia kelak? Undi tidak percaya juga berbibit. Mereka yang berkuasa yang sentiasa menoleh kiri, kanan dan belakang untuk melihat kalau-kalau ada cubaan untuk menjatuhkannya melalui undi tidak percaya. Dan ia sedang berlaku di Terengganu sekarang.Jika rakyat Malaysia cintakan keamanan, kedamaian dan ketenteraman, mereka patut bimbang. Thailand terletak hanya di sebelah rumah sahaja. Di Kelantan sudah berlaku rusuhan hanya kerana bola sepak. Perusuh-perusuh di Kelantan memakai baju merah, sama dengan baju perusuh-perusuh di Thailand. Jika kerana bola orang Kelantan boleh merusuh, tidakkah kuasa politik merupakan pertaruhan yang lebih besar?Demonstrasi jalanan, rusuhan, benci membenci, kutuk mengutuk, api mengapi...segalanya adalah ramuan mujarab untuk mencetuskan seperti apa yang berlaku di Thailand.Tidak boleh dibayangkan jika pada pilihan raya umum di Malaysia akan datang, parti yang menang hanya memperoleh majoriti yang tipis. Pasti bertambah ligat usaha mencuri ahli-ahli parti lawan untuk menubuhkan kerajaan. Sudah pastilah parti yang gagal menubuhkan kerajaan akan berdendam. Cara paling mudah untuk melepaskan geram dan kemarahan ialah dengan mengerahkan penyokong-penyokong ke jalan raya. Alasannya mudah sahaja. Pilihan raya tidak bersih. Menang dengan cara tidak demokratik. Dan banyak lagi alasan yang boleh diadakan.Demokrasi...demokrasi. Di Malaysia, bunga-bunga anarki yang bertopengkan demokrasi berkembang sejak muncul seorang manusia bernama Anwar Ibrahim ke gelanggang politik. Dan syaitan-syaitan yang suka mengadu-domba bersorak menyambut kehadirannya. - malaysiaaktif.com

Monday, April 13, 2009

Malaysian Malaysia

KOPITIAM TALK12 April 2009
Beberapa akhbar berbahasa Inggeris dan juga Cina nampaknya cenderung untuk memahami dan menafsirkan Satu Malaysia yang dihasratkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai Malaysian Malaysia.

Tafsiran ini tidak berasaskan kepada semangat perlembagaan, tetapi atas sentimen perkauman yang tidak kunjung padam sejak merdeka dan mendapat sokongan dan dukungan yang berani daripada kebanyakan media cetak bukan Melayu sejak DAP berjaya menjadi dalang utama dalam pakatan pembangkang.

Dasar ini memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja (Melayu dan Islam) , kedudukan lebih tinggi agama Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu termasuk DEB dan sebagainya.

Berselindung di sebalik alasan bahawa dasar itu tidak adil kepada orang Melayu sendiri,sejak lebih lima tahun lalu, mereka telah menggunakan kebebasan media yang direstui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi dengan mengeksploitasi secara bijak dan liar isu-isu yang menyebabkan bukan Melayu berasa taraf mereka lebih rendah dan dibezakan di negara ini sehingga menimbulkan anggapan kerajaan BN menjalankan dasar aparthied.

Inilah senario kebebasan media yang disaksikan oleh negara sejak tahun 2004 sehingga membawa kepada keruntuhan tonggak -tonggak keharmonian dan kesetabilan negara yang diasaskan oleh Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak.

Baru-baru ini Datuk Seri Najib telah diberikan amaran oleh akhbar The Star dan The Sun dalam tulisan para pengarang mereka dan juga penulis-penulis tertentu agar jangan berundur daripada kebebasan itu.Seorang dua penulis Melayu yang elitis turut memberikan sokongan.

Najib sendiri menunjukan kebijaksanaan untuk mempamerkan dirinya sebagai tidak berundur ke belakang sebaliknya menegaskan bahawa beliau mahukan kebebasan media yang bertaraf dunia dan berkualiti serta mempunyai kredebiliti. Liberalismaeya ditunjukkan dengan pembebasan tahanan ISA sebaik sahaja diistiyharkan sebagai Perdana Menteri baru Malaysia.
.
Tentunya fahaman The Star dan The Sun bahawa kebebasan ini adalah dalam kontek konsep Malaysian Malaysia yang menjadi tema dan warna perjuangan mereka dalam euphoria kebebasan baru tanpa mengambil kira perasaan pribumi. Mereka telah berjaya menjadikan ini sebagai persepsi sehingga MCA dan Gerakan sendiri melihat kebenenaran perjuangan DAP malah bercakap seperti DAP selepas kalah pilihan raya 2008.

Pengarang Urusan The Star, P.Gunsegaram dalam akhbar itu keluaran 4 April 2009 telah menyatakan bahawa seruan untuk mengawal suara yang sah sudah tidak mempunyai tempat lagi dan jika ini dilakukan akan memberikan kesan sebaliknya dalam pilihanrya akan datang.

Adakah suara yang sah apabila Star secara bijak menimbulkan gambaran yang salah terhadap DEB, kedudukan agama Islam, peristiwa 13 Mei (mempromosikan buku 13 Mei yang ditulis oleh orang DAP) dan menjadikan penjenayah sebagai hero. Tidak ramai orang yang dapat membaca perjuangan tersirat Star dalam pendekatan dan penyampaian beritanya di sebalik gambaran memperjuangkan kebebasan untuk rakyat.

Gunasegaram menyeru Najib meneruskan apa yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu (Abdullah Badawi) kepada peringkat kebebasan baru dan melihat dengan serius untuk menghapuskan undang-undang yang menekan seperti ISA, Akta Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej dan Akta Rahsia Rasmi.

Dan Ketua Pengarang The Star, Wong Chun Wai juga telah mengingatkan Najib dalam perkara yang sama dengan memberikan alasan popularnya bahawa kawalan terhadap kebebasan tidak lagi akan berkesan kerana adanya berbagai alat multi media.
Beliau sendiri menunjukan bahawa Najib juga berada dalam kepercayaan yang sama. Maka itu beliau mempunyai blognya sendiri.Dalam kata-kata lain Wong mahukan kebebasan yang sama diberikan kepada akhbar.

Dakwaan dan kepercayaan bahawa blog yang dijalankan oleh individu tertentu lebih berpengaruh daripada akhbar merupakan propaganda popular Star supaya akkhar diberikan kebebasan tidak terbatas untuk memperjuangkan hak rakyat dalam konsep Malaysian Malaysia.

Portal berita atau blog yang dijalankan oleh akhbar-akhbar terkemuka dalam negara seperti NST,Utusan Malaysia, Star atau akhbar-akhbar antarabangsa terkemuka seperti Washington Post, Herald Tribune, Financial Times dan sebagainya yang mempunyai jaringan liputan wartawan yang bertauliah memanglah diterima dengan keyakinan oleh umum tetapi blog orang perseorangan tetap merupakan alternatif media yang tidak bagitu diyakini dan ragui kredeblitinya.

Blog orang terkemuka seperti Tun Dr.Mahathir Muhammad tidak boleh dijadikan ukuran untuk memberikan penilaian kepada blog orang biasa yang tidak terkenal, malah Mahathir sendiri lebih percaya kepada pengaruh akhbar. Maka itu beliau tersinggung dan marah bila kenyataannya tidak disiarkan oleh media cetak.

Gunasegaram memberi amaran bahawa BN akan menerima akibat buruk kiranya kerajaan mengawal kebebasan media. Beliau tidak dapat melihat hakikat bahawa keruntuhan Barisan Nasional adalah disebabkan bekebasan liar yang gagal dikawal oleh pemerintahan Abdullah Badawi.

Pak Lah telah memberikan kebebasan tanpa persediaan untuk menguruskan kebebasan dengan cekap dan bijak dan beliau telah membayar kesilapan ini dengan harga yang sangat mahal,.

Yang berjaya menukarkan sikap rakyat terutama bukan Melayu untuk mempunyai prasangka buruk dan prejudis terhadap kerajaan dan menganggap polis sebagai musuh rakyat ialah media cetak yang berpengaruh. Di Malaysia ialah akhbar NST, Star, Sun dan juga akhbar Cina dan Tamil (bukan semua). Akhbar Melayu Utusan Malaysia berada dalam keadaan tertekan malah sering ditegur oleh `Tingkat Empat' Jabatan Perdana Menteri apabila memberikan reaksi bagi pihak orang Melayu atas perkara-perkara kepentingan nasional.

Datuk Seri Najib tidak seharusnbya bagitu yakin bahawa internet dan blog tidak lagi boleh dikawal dan lebih berpengaruh daripada akhbar. Usaha meyakinkan ini telah dilakukan oleh The Star secara konsisten supaya kerajaan tidak lagi menyekat kebebasan akhbar untuk kebebasan mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia.

Kebebasan akhbar tidak boleh diberikan sekiranya Satu Malaysia difahami oleh The Star, The Sun dan Sin Chew sebagai Malaysian Malaysia dan bukannya Satu Malaysia dalam kontek semangat Malaysia yang mempunyai pemerintahan beraja dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Nasional dan status hak hak semua rakyat seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
.
Najib mestilah membuat persediaan bagi mengawal media agar tidak mengulangi kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Abdullah Badawi dalam membiarkan pencerobohan terhadap tunggak dan nilai jati negara yang telah dibina oleh Tun Abdul Razak.

Thursday, April 9, 2009

Anggota kabinet angkat sumpah jawatan
Bernama10 April 2009By: Ramjit
-->
KUALA LUMPUR, -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengetuai barisan menteri dan timbalan menteri yang dilantik semalam mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.Upacara penuh adat istiadat itu disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad.Upacara itu yang diadakan di Balairong Seri Istana Negara bermula tepat 9.30 pagi dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri.Beliau melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Selepas Muhyiddin, lima menteri kanan iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan), Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan rahsia yang dipimpin Mohamed Nazri.Selepas itu, acara penyerahan surat cara pelantikan dan melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri pula dijalankan secara berkumpulan antara empat dan lima orang.Yang turut mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Peter Chin Fah Kui (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Mohd Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi).Mereka diikuti oleh Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Maximus Ongkili (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Unggah Embas (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan) dan Datuk Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).Kemudian diikuti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan), Datuk Shaziman Abu Mansor (Menteri Kerja Raya), Datuk Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan).Kumpulan seterusnya terdiri daripada Datuk Dr S. Subramaniam (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua) dan Datuk Kong Cho Ha (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Tuesday, April 7, 2009

Najib jadi PM, makin bengkak hati Anwar

MAULANA ARRIF3 April 2009
TIGA puluh lima tahun dulu, beberapa hari selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976, saya yang baru dua tahun bertugas sebagai pemberita Utusan Malaysia telah ditugaskan ke Sri Taman (sekarang Memorial Tun Abdul Razak), kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu untuk membuat mencari apa jua berita mengenai Allahyarham.
Merayau di dalam Sri Taman, saya ternampak Najib, anak sulung Allahyarham di dalam sebuah bilik, dikelilingi beberapa orang rakannya.
Peluang mendapat berita eksklusif, saya terus memanggilnya. Najib terus keluar dari biliknya dan bersetuju untuk bercakap apabila saya memperkenalkan diri sebagai pemberita dari Utusan Malaysia.
Saya masih ingat pertanyaan pertama saya. Adakah beliau akan mengikut jejak langkah bapanya untuk menceburi politik?
``Tidak saya tidak minat politik...barangkali adik saya (Ahmad) Johari berminat...dia belajar undang-undang,'' katanya yang masih segar dalam ingatan saya.
Pada hari ini, Jumaat 3 Mac 2009, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
Begitulah perjalanan hidup Najib, seorang yang pernah memberitahu seorang pemberita bahawa beliau tidak berminat dalam politik.Tapi takdir menentukan beliau mendaki tangga dengan pantas dalam arena politik apabila semua pihak termasuk Sultan Pahang mahukan beliau bertanding di kerusi Parlimen Pekan, Pahang yang dikosongkan bapanya.
Saya masih ingat betapa pertama kali Najib berucap di Dewan Rakyat selepas memenangi pilihan raya kecil Parlimen Pekan. Kebetulan penulis ini juga meliputi sidang Dewan Rakyat tersebut. Pada usia 23 tahun, satu rekod sebagai ahli Parlimen termuda, Najib telah menyampaikan ucapan sulungnya bagaikan seorang yang sudah sangat berpengalaman.
Hati kecil penulis berkata ketika itu, Najib akan pergi jauh barangkali sejauh bapanya.
Perjalanan Najib dalam karier politiknya berlangsung tanpa gangguan dan sangat mudah. Daripada ahli Parlimen, kemudian menjadi Menteri Besar Pahang, Menteri Kabinet sejak berusia 32 tahun dan akhirnya menjadi Perdana Menteri pada hari ini pada usia 56 tahun.
Dalam arena politik UMNO, perjalanan Najib juga sangat lancar. Bermula dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan sekarang Presiden UMNO. Beliau menang tidak bertanding hampir dalam semua jawatan kecuali Naib Presiden UMNO.
Bagaimanapun, laluan Najib mulai getir ketika beliau berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri dan hampir menjadi Perdana Menteri.
Ketika jelas bahawa tiada lagi orang lain yang akan menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun), muncul pelbagai cerita yang memburukkan Najib bagi menonjolkan bahawa beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri. Akhbar dan blog pembangkang hampir setiap hari memuatkan cerita memburukkan Najib.
Antara orang yang paling kuat mahu menghalangnya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, pemimpin de-facto PKR, yang suatu masa dulu menjadi bos politik Najib. Semasa Anwar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Najib adalah naibnya. Anwar sehingga kini masih menjaja pelbagai cerita mengenai Najib di pentas-pentas ceramah.
Di dalam UMNO sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah gagal menumbangkan Tun Dr. Mahathir, masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau dikatakan turut mahu menghalang Najib.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang datang dari Kelantan telah membuat kenyataan secara terbuka memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pertukaran kuasa antara Abdullah dan Najib. Perkara itu dipanjangkan dan diperbesarkan oleh Suara Keadilan dan Harakah yang menyebabkan dua akhbar pembangkang itu digantung penerbitannya selama tiga bulan. Amat mengejutkan pembangkang khususnya Anwar, apabila dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan oleh TV beliau mengumumkan pembatalan larangan penerbitan dua akhbar itu, pembebasan serta-merta 13 tahanan ISA dan kajian semula ISA. Kesemua perkara tersebut menjadi tuntutan pembangkang.
Pada hari ini Najib mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Antara lain beliau berikrar akan melaksanakan tanggung jawab secara ``jujur dan sedaya upaya.''
Kemudian pada sebelah tengah hari, Najib bersama Abdullah dan Mahathir turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyampaikan khutbah bertajuk ``Jawatan: Satu tanggungjawab, Bukan Keistimewaan.'' Mesej yang disampaikan adalah cukup jelas bagi Najib sebagai seorang Muslim untuk melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan oleh Allah s.w.t. ke atasnya mengikut jalan yang dikehendakki oleh Islam.
Allah yang memberikan jawatan dan kuasa kepada sesiapa sahaja yang dikehendakkinya. Tiada manusia yang boleh menghalang ketentuan Allah termasuk Anwar, Nik Aziz, Tengku Razaleigh dan Zahid.
Dan kini hanya Najib sendirilah yang boleh mencorakkan ketentuan masa depannya kerana kuasa yang diamanahkan telah berada di tangannya. Baik buruk di sisi Allah, beliau sendiri yang akan menentukannya. Bukan Anwar atau sesiapa sahaja. Malah Anwar sendiri pun tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas dirinya pada esok hari. - malaysiaaktif.com

Wednesday, April 1, 2009

BN kuasai Ruai Rumah Panjang Di Batang Ai

Beberapa penghuni rumah panjang berdiri di 'Ruai' untuk mendengar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Rumah Sandah. Ruai merupakan ruang istimewa yang wajib ada dalam seni bina rumah panjang di Sarawak yang mempunyai fungsi tersendiri dan khas untuk majlis seperti sambutan Hari Gawai, majlis perkahwinan, tempat meraikan tetamu dan juga tempat bersantai. Sejak beberapa minggu kebekalangan ini ruai-ruai rumah panjang di kawasan Batang Ai agak meriah bukan kerana sambutan keramaian Hari Gawai sebaliknya kerana kempen pilihan raya kecil DUN Batang Ai. Foto: Hairul LUBOK ANTUBernama1 April 2009"Ruai", ruang istimewa yang wajib ada dalam mana-mana rumah panjang di Sarawak, mempunyai fungsi tersendiri bagi majlis khas seperti sambutan Hari Gawai, perkahwinan, tempat meraikan tetamu dan juga untuk bersantai.Terletak antara beranda dan bilik ataupun lebih dikenali sebagai pintu, keluasan ruai biasanya bergantung kepada jumlah pintu rumah panjang dan ada yang mencecah sehingga 200 meter panjang dan 20 meter lebar.Dihiasi dengan tenunan pua kumbu, ruai juga dihampar dengan tikar rotan yang lebih dikenali sebagai tikar Sarawak. Biasanya ruai tidak mempunyai meja ataupun kerusi kerana ia juga menjadi ruang menjamu tetamu dengan duduk di atas lantai.Sejak akhir-akhir ini, ruai di beberapa rumah panjang di kawasan Batang Ai menjadi semakin meriah bukan kerana sambutan Hari Gawai tetapi kerana terdapat pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai.Pilihan raya kecil 7 April ini melibatkan calon Barisan Nasional, Malcolm Mussen Lamoh, dan lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang.Melihat kepada kempen Barisan Nasional di beberapa rumah panjang di sekitar kawasan Batang Ai, sambutan yang diberikan oleh penduduk rumah panjang sememangnya luar biasa.Bukan sahaja tetamu kehormat daripada kalangan pemimpin dan wakil rakyat BN yang diberi layanan istimewa oleh penduduk rumah panjang, malah kakitangan kerajaan dan petugas media juga disambut mesra.Di kebanyakan rumah panjang, hampir setiap sudut ruai rumah panjang dihiasi dan digantung bendera BN.Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang ketika berkempen di Rumah Panjang Dundang berkata ruai menjadi ruang istimewa kepada masyarakat Iban untuk membincangkan antara lainnya masa depan mereka dan anak cucu mereka."Kita tidak mahu ruai ini menjadi tempat untuk membawa masyarakat Iban mundur ke belakang," katanya.Menurut Jabu, mana-mana pihak yang mahu menghasut dan memecah belah perpaduan masyarakat Iban tidak seharusnya dijemput datang ke ruai rumah panjang."Jika ruang tersebut dibuka kepada orang luar yang hanya tahu mengkritik kerajaan tanpa membawa apa-apa kemajuan, masyarakat Iban akan terus ketinggalan di belakang," katanya.Pembangkang tidak ketinggalan mencuba nasib dan pengaruh mereka di ruai tetapi kurang mendapat sambutan.Pada 22 Mac lepas ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat rumah panjang calon PKR di Sayat, beberapa penduduk dikatakan meninggalkan tempat itu kerana tidak senang dengan kehadiran beliau.Ada juga penghuni rumah panjang dilaporkan memadamkan lampu dan menutup pintu ketika anggota PKR hendak berkempen, malah terdapat juga laporan, ada anggota PKR dihalau penduduk rumah panjang.Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Dublin Unting Ingkot bulan lepas akibat serangan angin ahmar.Batang Ai mempunyai 8,006 pengundi, 95 peratus daripadanya masyarakat Iban.-- BERNAMA