Sunday, March 30, 2008
Zaid menteri yang tersasar cara
31 Mac 2008
PELANTIKAN Datuk Zaid Ibrahim ke dalam kabinet baru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengejutkan banyak pihak. Ramai yang mengalu-alukan, tapi ada juga berperasaan antara percaya dengan tidak.
Menjadi bahan percakapan kerana sepanjang sepenggal menjadi Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, beliau terlalu kerap menongkah arus. Cakap-cakapnya sebagai Ahli Parlimen BN dan pemimpin UMNO sangat berbeza dengan suara arus perdana.
Beliau adalah antara orang yang pertama menyuarakan secara terbuka bahawa kes video Lingam perlu disiasat oleh Suruhanjaya Diraja bukannya panel penyiasat. Akhirnya cadangan beliau itu menjadi kenyataan, walaupun sedikit terlewat.
Keanggotaan Zaid dalam UMNO juga pernah digantung kerana beliau mengkritik Jawatankuasa Disiplin UMNO.
Di kalangan penulis-penulis blog yang propembangkang, Zaid dianggap seorang `jaguh’. Ahiruddin Atan telah menulis dalam blog Rocky’s Bru pada 15 Februari 2008:
“ This is one politician who can count on bloggers' support wherever he decides to contest on whichever political party's ticket. Now that Umno has dropped Zaid from the BN's list of candidates, we must wonder about the possibilities (Ahli politik ini dijamin boleh mendapat sokongan penulis-penulis blog di mana jua dan atas tiket apa jua parti politik beliau bertanding. Sekarang UMNO telah menggugurkan Zaid daripada senarai calon, kita ingin tahu apa kemungkinan selanjutnya).”
Sebenarnya pengguguran beliau daripada senarai calon PRU 2008 tidak sangat mengejutkan berdasarkan tindak-tanduknya yang menongkah arus. Sebaliknya, penyenaraian namanya dalam senarai kabinet baru yang membuka mata semua orang. Ada yang seolah-olah tidak percaya.
Wikipedia mencatatkan bahawa pelantikan Zaid sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dianggap sebagai usaha untuk memerangi rasuah dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
Salah seorang penulis blog perintis di Malaysia yang sekarang menjadi Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi pernah merakamkan dalam blognya: “Jika Zaid Ibrahim menjadi Presiden UMNO dan (Datuk) Shahrir Abdul Samad timbalannya, saya akan menyertai UMNO dengan syarat nama parti itu diubah kepada United Malaysian National Organisation.”
Zaid juga pernah dikecam oleh Pas apabila beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan loteri bagi membiayai kegiatan sukan.
Inilah imej ahli politik, peguam dan kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bernama Zaid. Dalam bahasa Inggeris perangainya boleh diistilahkan sebagai `maverick’ yang bermaksud seorang yang berfikiran lain daripada orang lain dan berpendirian bebas.
Apakah setelah menjadi menteri, Zaid berubah sikap? Berdasarkan kenyataan-kenyataannya sejak menjadi menteri, Zaid masih seorang maverick.
Kontroversi pertama yang beliau cetuskan ialah cadangan supaya kerajaan sekarang memohon maaf kepada Tun Salleh Abbas yang disingkir daripada jawatan Ketua Hakim Negara pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ada yang bersetuju, tapi lebih ramai yang membidas.
Antara yang setuju ialah Shahrir Samad, juga seorang lagi maverick dalam kabinet baru Abdullah. Antara yang membidas ialah Karpal Singh, Pengerusi DAP dan seorang peguam yang terkemuka yang berkata Mahathirlah yang perlu memohon maaf .
Bagaimanapun, ramai yang tidak senang dengan Zaid dalam isu ini bukan sangat kerana tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Tapi lebih kerana Zaid telah melanggar protokol dengan bercakap kepada media sebelum merujuk perkara itu kepada Perdana Menteri dan Kabinet terlebih dulu.
Mencadangkan kerajaan sekarang memohon maaf kepada Salleh bukan satu perkara yang enteng. Ia perkara serius yang perlu dihalusi dari segenap sudut implikasinya kepada kerajaan dan suasana negara.
Kemudian Zaid telah bercakap tentang perlunya penubuhan suruhanjaya kehakiman bagi mengendalikan urusan pelantikan hakim-hakim.
Orang yang pertama mengecamnya secara terbuka ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden UMNO. Katanya, Zaid tidak sepatutnya membuat kenyataan itu kerana perkara itu belum dibincangkan di peringkat kabinet.
Menurut Muhyiddin, sudah sewajarnya Zaid mendapat panduan ketika mesyuarat Kabinet minggu lalu yang memutuskan supaya dibezakan antara pendapat peribadi dan pandangan rasmi.
Beliau bimbang imej dan maruah kerajaan akan terjejas sekiranya seseorang menteri terus-terusan membuat kenyataan peribadi berhubung perkara penting seperti itu tetapi kemudiannya Kabinet tidak bersetuju, yang akhirnya menyebabkan rakyat menuduh kerajaan berpatah balik.
Pandangan Muhyidin ada kewajarannya. Zaid kena faham bahawa beliau sekarang berada dalam kerajaan. Apa jua kenyataannya akan dilihat sebagai pandangan dan suara kerajaan. Amat sukar untuk menyisihkan pandangan peribadi dan pandangan kerajaan dalam soal-soal yang menyentuh kuasa dan tugas kerajaan.
Jika Zaid terus menerus bersikap maverick, akhirnya beliau akan meletakkan Abdullah dalam keadaan susah dan serba salah. Jika Abdullah terus memberikan kebebasan kepada Zaid untuk bercakap tanpa merujuk terlebih dulu kepada beliau dan kabinet, akan wujud satu keadaan yang tidak harmoni dalam kabinet.
Menteri-menteri lain akan bertanya, adakah mereka juga berhak untuk bebas bercakap dan memberikan pandangan peribadi mengenai segala perkara, sekalipun melibatkan dasar kerajaan?
Dalam keadaan berhadapan dengan masalah demi masalah sekarang, Abdullah tidak mampu menambah beban ke atas dirinya sendiri. Sikap Zaid boleh menimbulkan kegelisahan dan memecah kesetiaan. – malaysiaaktif.com
Saturday, March 29, 2008
Dr Mahathir jelaskan isu suratnya mengenai pelantikan MB Terengganu
Bernama
29 Mac 2008
KUALA LUMPUR -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa suratnya yang tersiar di beberapa akhbar hari Jumaat merupakan satu penjelasan terhadap senario politik yang berlaku terutamanya mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
Beliau berkata penjelasan itu berdasarkan kefahaman beliau mengenai sistem perlembagaan negara.
"Saya ada pengetahuan tentang perlembagaan. Jadi saya fikir terdapat banyak kekeliruan dan kebimbangan berkenaan peranan yang dilakukan oleh Sultan. Saya rasa saya kena jelaskan apa yang saya tahu.
"Ini kerana, supaya orang yang berasa curiga dengan apa yang dilakukan oleh Sultan (Tuanku Mizan Zainal Abidin) akan faham tindakannya. Baginda tidak mengambil tindakan sewenang-wenangnya dan ada sebab," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) 2007 di sini malam Jumaat.
Surat tulisan Dr Mahathir itu disiarkan di dua akhbar berbahasa Inggeris yang menjelaskan kegusaran dan kekeliruan rakyat Malaysia mengenai peranan Sultan dalam pelantikan Menteri Besar.
Di dalam surat itu, Dr Mahathir berkata Perdana Menteri tiada peranan dalam pemilihan menteri besar atau ketua menteri. Tindakan Perdana Menteri menamakan calon yang sepatutnya menjadi menteri besar hanyalah atas hal ehwal parti semata-mata.
Mengenai sama ada perlu jawatan Presiden Umno dan Timbalannya dipertandingkan, beliau berkata jawatan itu boleh dipertandingkan sekiranya ahli-ahli parti mahukan perubahan.
"Jawatan itu boleh dipertandingkan. Kehendak ahli-ahli perlu dilayan dan tidak boleh ketepikan, jika ketepikan itu salah," katanya.
Pada majlis itu, sembilan orang menerima anugerah yang disampaikan oleh Dr Mahathir yang merupakan Yang Dipertua Perkim bagi tiga kategori iaitu Jasamu Dikenang, Kepimpinan Cemerlang dan Bakti Cemerlang.
Bagaimanapun satu lagi anugerah iaitu anugerah Ahli Kehormat tidak dapat disampaikan kerana penerimanya iaitu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dapat hadir diri kerana berada di luar negara.
Turut hadir pada majlis itu adalah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Setiausaha Agung Kehormat Perkim Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman.
Sunday, March 23, 2008
MEDIA CETAK PERLU PENDEKATAN BARU
24 Mac 2008
KECENDERUNGAN masyarakat sejak kebelakangan ini beralih ke media siber mencetuskan satu persoalan yang menarik. Bertambahnya masyarakat nettizen – ungkapan yang biasanya dirujuk kepada mereka yang gemar melayari internet menjadikan media siber hari ini mempunyai pengikut dan pengaruh tersendiri dalam masyarakat.
Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sehingga 2006, jumlah pengguna internet di negara ini mencecah 14,3609,000 juta orang berbanding 13,9196,000 juta orang pada tahun 2005 di mana anggaran tersebut adalah berdasarkan kadar yang diterima pakai di Malaysia iaitu bagi setiap akaun internet terdapat tiga orang pengguna.
Walaupun jumlah ini agak terkebelakang berbanding negara maju, media siber di negara ini dilihat berkembang dengan begitu pantas selari dengan kemajuan teknologi maklumat dan bertambahnya masyarakat nettizen di negara ini. Perkembangan tersebut mencetuskan satu persoalan, sejauh manakah media cetak dan elektronik mampu bertahan sebagai media berpengaruh atau apakah benar media cetak semakin hilang keberkesanannya?
Persoalan ini sudah banyak kali dibincangkan dan disebut. Malah di negara maju sekali pun, walaupun masyarakat nettizennya besar, media cetak dan elektronik masih mampu bertahan walaupun sudah wujud trend yang menunjukkan jumlah pengedarannya agak menurun. Dalam konteks Malaysia, media siber boleh dianggap sebagai sesuatu yang baru dan dalam proses berkembang. Justeru, media cetak dan elektronik dilihat masih mampu memainkan peranan tradisi dan masih diyakini oleh sebahagian besar masyarakat akan kredebilitinya.
Namun kemunculan media siber sebagai saluran alternatif untuk mendapatkan maklumat tetap memberikan satu cabaran kepada media tradisi untuk terus bertahan. Ia bakal mencetuskan satu saingan sengit yang sekali gus memerlukan media cetak mengambil pendekatan baru, menukar strategi dan mengkaji semula peranannya terutama dalam menyiarkan laporan-laporan yang lebih berwibawa untuk terus bersaing dalam dunia maklumat dengan lebih kompetetif.
Tambahan pula media siber adalah media paling efisien dan tidak mampu untuk dikawal sepenuhnya oleh pihak kerajaan dalam menyalurkan maklumat walaupun kesahihan berita yang disiarkan boleh dipertikaikan. Kawalan melalui akta sedia ada termasuk Artikel 10 (2) (a), 10 (4) Perlembagaan Negara, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Akta Pencetakan dan Penerbitan, Akta Komunikasi dan Multimedia, masih sukar dilakukan. Mengambil contoh undang-undang siber sedia ada, mungkin perlu dibuat kajian untuk melihat kelemahan dan kelompongannya bagi mengelakkan media siber dari dieksploitasi untuk tujuan dan kepentingan pihak-pihak tertentu.
Kelompongan tersebut secara tidak langsung menjadikan media siber umpama longgokan tong sampah, sama seperti ungkapan akhbar nyamuk kepada akhbar-akhbar tabloid yang terbit seminggu, dua minggu ataupun sebulan sekali. Satu ketika dulu akhbar-akhbar nyamuk ini begitu popular dan mempunyai jumlah pengedaran agak tinggi disebabkan tarikan yang kuat terhadap laporan sensasinya. Hari ini media siber mengambil alih peranan akhbar-akhbar nyamuk tersebut dalam suasana dan pendekatan berbeza. Media siber menjadi tempat longgokan pelbagai maklumat terutamanya berunsurkan berita sensasi yang menjurus kepada fitnah, hasutan, cacian secara terbuka kepada individu untuk tujuan dan kepentingan tertentu. Laporan berita yang bercorak lebih terbuka ini nyata banyak mempengaruhi fikiran dan tindakan sebahagian besar masyarakat yang mempercayai bulat-bulat apa yang ditulis atau disampaikan.
Terbukti media siber banyak memainkan peranan utama dalam beberapa isu besar negara. Pemecatan dan kes salah laku seks bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim umpamanya dianggap sebagai era bermulanya dunia siber di negara ini. Satu kajian pernah dibuat dalam tempoh pemecatan dan gerakan reformasi yang beliau lancarkan sekitar 1999, didapati hampir 82.7 peratus pengguna internet di Malaysia mengunjungi laman-laman web reformasi sebanyak tiga kali sehari. Ini jelas menunjukkan bagaimana besarnya pengaruh media siber melalui laman-laman web dan blog yang mengambil kesempatan daripada peristiwa tersebut.
Media cetak tempatan yang sepenuhnya dikawal oleh Kerajaan ketika itu tidak lagi diyakini kerana didakwa mereka banyak melindungi kebenaran dan menyiarkan kepalsuan semata-mata. Kredebeliti dan wibawa media tempatan mula dipersoalkan. Tumpuan dan perhatian masyarakat ketika itu mula beralih kepada media siber berikutan kemunculan berpuluh laman web dan blog pro Anwar.
Hakikatnya hari ini, media siber merupakan cabaran semasa yang wujud di seluruh dunia dan menjadi satu alternatif kepada sumber maklumat yang dulunya dimonopoli media cetak dan elektronik. Ia menjadi satu pilihan terutama bagi generasi muda untuk mendapatkan maklumat tanpa sempadan, mudah, murah dan satu gaya hidup masa kini. Media siber wujud sebagai satu medium yang tidak mempunyai sebarang mekanisme tapisan dan amat terbuka kepada penyalahgunaan sama ada penyebaran maklumat palsu, penyebaran fitnah, tuduhan tidak berasas atau cerita sensasi yang mampu menarik minat pembaca sehingga kebebasan maklumat ini kerap disalahgunakan untuk menyampaikan maklumat yang diragukan kesahihannya atau ketepatannya.
Ia kerap kali disalahgunakan oleh mereka yang berkepentingan – bukan setakat menyerang individu, tetapi ada kalanya boleh memberi impak kepada kehidupan sosial. Lebih teruk lagi ia boleh menjejaskan kestabilan politik, perpaduan kaum mahupun ekonomi sesebuah negara selain menjejaskan keselamatan negara. Ia menjadi pilihan kerana kecenderungan masyarakat untuk mengetahui atau memperoleh cerita-cerita ‘benar’ atau apa yang berlaku di sebalik sesuatu isu yang tidak mungkin dilaporkan oleh media cetak. Ini lah sebenarnya takrifan utama media siber – menyajikan sesuatu yang sememangnya ingin diketahui oleh umum tentang sesuatu isu panas yang tidak mungkin dilaporkan oleh akhbar arus perdana. Soal sama ada apa yang dilaporkan itu benar atau sebaliknya sudah menjadi perkara kedua.
Masalah yang timbul di sini adalah tanggapan umum yang semakin luntur terhadap media cetak. Sebagai media tradisi, tanggungjawabnya dalam menyiarkan berita mula dipersoalkan. Bahan yang disiarkan juga tidak lagi dianggap berwibawa. Sebahagian besar masyarakat hari ini lebih mudah menerima maklumat yang disiarkan menerusi laman web atau laman blog yang belum pasti kesahihannya.
Dalam isu perhimpunan Hindraf baru-baru ini, media siber dilihat paling banyak memainkan isu tersebut dan puluhan laman web dan blog baru muncul membicarakan isu tersebut sama ada secara bertanggungjawab atau sebaliknya. Begitu juga dengan isu kononnya wujud krisis antara Raja-Raja Melayu dengan pihak kerajaan di mana media siber memainkan dan memperbesar-besarkan isu tersebut seolah-olah krisis tersebut sememangnya berlaku. Banyak laman web dan blog dilihat secara tidak bertanggungjawab melaporkan isu tersebut.
Ini adalah kesan paling ketara terhadap peranan yang dimainkan oleh media siber hari ini di mana kebebasan bersuara telah disalahgunakan dengan menjadikan laman web dan blog sebagai saluran untuk mempromosikan demokrasi dan kebebasan hak bersuara tanpa batasan. Memetik kenyataan Thomas L Friedman dalam bukunya – The World Is Flat di mana dalam buku tersebut beliau menganggap bahawa budaya mewujudkan blog peribadi menjadi satu bentuk eksploitasi baru dunia siber. Kebebasan yang dibawa oleh media baru ini menimbulkan persoalan mengenai blogger sebagai kawan atau lawan. Mereka tidak lagi memperdulikan undang-undang yang ada dan trend tersebut dilihat semakin berkembang di negara ini dan cukup membimbangkan.
Apa yang menimbulkan persoalan di sini adalah peranan dan tanggungjawab bloger itu sendiri. Sebahagian besar bloger menganggap media arus perdana lebih cenderung kepada pihak kerajaan, berat sebelah dalam melaporkan sesuatu perkara atau kejadian. Bagi mereka, integriti media cetak mulai lenyap dan tidak lagi bersifat telus dalam laporan mereka. Persoalannya, apakah blog atau laman web milik mereka ini benar-benar berintegriti, telus dan berwibawa? Apakah mereka mengamalkan profesionalisme dan etika kewartawanan sebagai mana yang menjadi amalan dan pegangan wartawan di media cetak?
Apa yang mereka perjuangkan adalah semata-mata untuk kepentingan peribadi. Pengendali laman web dan blog yang berkepentingan politik akan membawa nilai yang menjurus kepada kepentingan mereka. Apabila kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya, ada kalanya mereka tidak menghiraukan rupa bentuk demografi negara ini yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya. Sensitiviti tersebut tidak lagi dipelihara. Isu-isu sensitif yang menjurus kepada sentimen agama dan kaum dicetuskan, dipermainkan dan diperbesar-besarkan.
Walaupun perkembangan media siber kini mula menguasai pemikiran sebahagian besar rakyat Malaysia, peranan media cetak mahupun elektronik sebenarnya masih relevan. Jika diambil peratusan mereka yang memperoleh akses kepada Internet dengan jumlah penduduk Malaysia yang mencecah 26, juta, peranan media cetak dan elektronik masih diperlukan. Dalam keterbukaan media siber ini, media cetak perlu mencari arah dan pendekatan baru – sekurang-kurangnya untuk terus mengikat kepercayaan rakyat dalam mendapatkan maklumat yang diyakini, berwibawa dan telus.
Apatah lagi pilihan raya umum 2008 telah memperjelaskan pengaruh media siber di Malaysia. Ia bukan sekadar alternatif, malah menjadi media utama bagi puak pembangkang dan generasi baru. – malaysiaaktif.com
Friday, March 21, 2008
Hishamuddin cari jalan selamat
19 Mac 2008
BERSANDARKAN persepsi banyak pihak, ramai menjangkakan mungkin juga mengharapkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan dikenakan tindakan berikutan kenyataan beliau melalui surat terbuka kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertanggungjawab dan meletakkan jawatan berikutan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12). Dalam senario politik yang melanda UMNO dan BN ketika ini, keputusan mesyuarat Exco Pemuda semalam yang memihak kepada Datuk Mukhriz jelas dibuat setelah mempertimbangkannya daripada pelbagai sudut. Dalam soal ini Pemuda UMNO nampaknya memahami dan menerima apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Datuk Mukhriz bukan sahaja kepada kepimpinan tertinggi UMNO tetapi ahli parti keseluruhannya. Sebagai ahli UMNO Datuk Mukhriz dianggap berani dan telus kerana bercakap atas dasar kepentingan parti, menyuarakan apa yang beliau dakwa adalah adalah cetusan suara rakyat terhadap beberapa perkara yang menyumbang kepada kekalahan besar UMNO dan BN dalam PRU 12. Dalam soal ini Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri untuk menentukan tindakan terhadap Datuk Mukhriz nampaknya memilih jalan selamat dan penuh kematangan. Datuk Mukhriz hanya menyuarakan pandangan rakyat dan sebagai pemimpin beliau merasakan wajar untuk membawa ke tengah apa yang menjadi kebimbangan rakyat. Kerana rakyat sudah pun membuktikan melalui protes undi mereka. Sebaliknya ada pihak yang cepat melatah dan menyalah tafsir kenyataan beliau yang dianggap tidak bertanggungjawab, tidak berhemah dan tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika parti berdepan dengan masalah. Malah Datuk Mukhriz telah dihukum oleh pemimpin-pemimpin UMNO tanpa memberi ruang untuk beliau membela diri, memberikan penjelasan. Sebagai pemimpin Pemuda, Datuk Seri Hishamuddin sudah menjelaskan pendirian pergerakan itu. Bermakna isu tersebut sudah tamat dan tidak perlu lagi diperbesar-besarkan. Pemuda UMNO harus matang dalam menanggani isu tersebut tanpa didorong oleh kepentingan bersifat peribadi. Penjelasan yang diberikan oleh Datuk Mukhriz boleh membuka ruang kepada Pemuda untuk membantu mengukuhkan parti, menjadikan suara rakyat yang dketengahkan oleh Datuk Mukhriz untuk memperbaiki kelemahan sekali gus mengembalikan semula perhatian orang Melayu terhadap UMNO. Mengenakan tindakan terhadap Datuk Mukhriz, implikasinya cukup besar kepada parti dan boleh memecah belahkan lagi UMNO. Ini yang cuba dielakkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Isu yang dibangkitkan oleh Datuk Mukhriz tersebut secara tidak langsung menunjukkan pendirian Pemuda yang sedia menerima dan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin untuk mengukuhkan semula UMNO. Sebagai kilang melahirkan pemimpin berpotensi, Pemuda UMNO perlu melihat isu yang diketengahkan oleh Datuk Mukhriz ini daripada sudut yang positif. Dalam soal ini Datuk Mukhriz jelas berani dan bersikap terbuka. Sebagai pemimpin, rasanya tidak salah jika beliau menyuarakan pandangan rakyat. Cuma yang menjadi persoalan, kenapa surat yang disifatkan sebagai pandangan peribadi dan mempunyai kepentingan kepada parti boleh terlepas kepada umum sehinggakan pelbagai pihak membuat pelbagai tanggapan. Sedangkan kalangan pemimpin dalam UMNO sendiri mempunyai pandangan dan perkiraan serupa dengan Mukhriz tetapi lebih senang memilih jalan selamat dengan berdiam diri dan bersikap tunggu dan lihat. Datuk Mukhriz berhak untuk mempertahankan kenyataan beliau dalam soal ini. Sekurang-kurangnya apa yang dibangkitkan oleh Datuk Mukhriz ini mampu membuka mata semua pihak terutama kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Rasanya lebih baik berterus terang daripada cakap belakang- belakang dan lebih bahaya lagi dalam senyap tetapi menikam dari belakang. Tetapi apakah budaya yang dibawa oleh Datuk Mukhriz ini dapat diterima oleh ahli-ahli UMNO lainnya iaitu sedia untuk ditegur atau menegur? Mungkin sudah sampainya untuk melakukan perubahan kerana rakyat sudah pun memberikan reaksi. – malaysiaktif.com
Wednesday, March 19, 2008
Kesalahannya mengenepikan arahan, mengaibkan PM sangat berat
Bashir Ahmad
19 Mac 2008
BERIKUT adalah petikan berita Bernama lewat tengah hari ini.
“KUALA LUMPUR, 19 Mac -- Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang digugurkan dari barisan kabinet yang baru dibentuk mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini.Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu berkata beliau tidak dapat bekerja secara efektif sebagai Setiausaha Agung kerana tidak lagi berada dalam kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam."Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai Setiausaha Agung ... saya tak boleh kerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.Radzi berkata keputusannya itu telah dimaklumkan kepada Abdullah yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN melalui telefon pagi ini dan menerusi sepucuk surat rasmi.Perdana Menteri telah menerima perletakan jawatan beliau, katanya.” - Bernama
Mungkin ada yang terkejut mendengar berita Radzi meletakkan jawatan Setiausaha Agung UMNO dan BN. Namun jika kita mengikuti perkembangan dan pergolakan politik di Perlis sejak beberapa bulan sebelum PRU 2008, kita seharusnya dapat menghidu bahawa Radzi telah melakukan sesuatu yang melayakkan dirinya bukan sahaja disingkir daripada jawatan Setiausaha Agung UMNO, malah patut disingikir daripada parti.
Segalanya bermula apabila beliau secara terbuka mengumumkan bahawa Dato’ Seri Shahidan Kassim tidak layak menjadi Menteri Besar Perlis? Ia menjadi tajuk perbualan hangat kerana beliau berkedudukan Setiausaha Agung UMNO ketika itu. Orang beranggapan bahawa amat tidak patut beliau menyerang Shahidan secara terbuka kerana ia mengaibkan imej parti dan menggugat kestabilan UMNO di Perlis..
Radzi orang Perlis dan Shahidan juga orang Perlis. Barangkali Radzi marah kerana Shahidan tidak memberikan beliau layanan yang sepatutnya sebagai veteran dan Setiausaha Agung dalam parti. Ada juga yang mendakwa bahawa Radzi tidak puast hati kerana Shahidan tidak mengagihkan projek dengan adil ke kawasan Parlimen Kangar (kawasannya) dan kawasan Datuk Seri Azmi Khalid (Parlimen Padang Besar).
Pertikaian itu berleretan hingga ke hari terakhir menjelang penamaan calon PRU 2008. BN Perlis adalah yang terakhir mengumumkan senarai calon. Kesukaran berlaku kerana wujud dua kem – kem Shahhidan dan kem Radzi yang turut dianggotai oleh Azmi Khalid yang ketika itu juga berjawatan menteri pusat, sama seperti Radzi. Shahidan mengemukakan senarai calon dan dalam masa yang sama Radzi dan Azmi juga menyerahkan senarai mereka.
Akhirnya penyelesaian dicapai dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan ketiga-tiga tokoh politik Perlis itu menamakan calon-calon bagi tiga kawasan Parlimendi negeri itu. Shahidan memilih calon bagi kawasan Arau, manakala calon-calon bagi kawasan Kangar dan Padang Besar masing-masing dipilih oleh Radzi dan Azmi.
Tanpa diduga BN mencapai kemenangan besar di Perlis. Hanya satu kerusi DUN dimenangi Pas. Umum menganggap kemenangan besar itu adalah hasil kejayaan Shahidan yang telah berpolitik dengan betul bagi mempertahankan keutuhan UMNO dan BN Perlis ketika beliau sendiri sedang menghadapi serangan daripada kem Radzi/ Azmi.
Kemuncak pertikaian berlaku selepas pilihan raya semasa pelantikan Menteri Besar. Orang ramai menyangka Shahidan akan terus menjadi MB kerana beliau turut mendapat restu daripada Perdana Menteri, tetapi tidak semena-mena Raja Perlis memperkenan pelantikan Dato’ Mat Isa Sabu.
Mat Isa adalah bekas exco yang digugurkan daripada senarai calon PRU 2004, tetapi dipilih semula bertanding di kawasan DUN Bintong pada PRU 2008. Bintong terletak dalam kawasan Parlimen Kangar yang ahli Parlimennya ialah Radzi.
Ini bermakna nama beliau naik semula atas pilihan Radzi. Ini juga bererti bahawa Mat Isa adalah orang Radzi. Apabila nama beliau disyor menggantikan Shahidan dan diperkenan pula oleh Raja Perlis, jelaslah bahawa segala yang berlaku adalah permainan politik Radzi dan Azmi.
Raja Perlis turut dipengaruhi oleh kem Radzi/ Azmi kerana mereka berjaya meyakinkan baginda bahawa Mat Isa mendapat sokongan daripada sembilan ADUN baru. Kesembilan ADUN itu adalah orang Radzi/ Azmi kerana hampir kesemua mereka adalah wakil rakyat di kawasan Parlimen Kangar dan Padang Besar. Mereka telah dipilih untuk menjadi calon oleh Radzi dan Azmi.
Apabila Abdullah tidak melantik semula Radzi dan Azmi dalam kabinet barunya, ia adalah jelas satu hukuman terhadap mereka. Radzi dalam kabinet 2004 adalah Menteri Dalam Negeri dan Azmi Menteri Sumber dan Alam Sekitar.
Pengguguran mereka adalah mesej yang jelas bahawa Abdullah marah sangat dengan tindakan Radzi dan Azmi. Sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri beliau mempunyai hak untuk marah kerana apa yang berlaku telah memalukan dirinya. Beliau yang memilih semula Shahidan, tapi keputusannya diketepikan oelh Radzi dan Azmi yang menggunakan istana untuk menjatuhkan Shahidan. Senang cakap, Radzi dan Azmi telah `menderhaka’ kepada ketua dengan memperalatkan raja Perlis untuk melantik orang lain menjadi MB .
Kini Shaidan tidak lagi menjadi MB Perlis, tapi dalam percaturan politik beliau masih menang walaupun tidak sepenuhnya kerana akhirnya Radzi telah memilih jalan untuk menghukum diri sendiri dengan meletakkan jawatan Setiausaha UMNO dan BN.
Sebenarnya, jika Radzi sendiri enggan meletakkan jawatan, kemungkinan Abdullah akan memecatnya. Sebelum Abdullah mengumumkan keputusan memecatnya, lebih baik dia sendiri mengundur diri secara sukarela.
Malah disebabkan kesalahan yang dilakukannya sangat berat iaitu menderhaka kepada ketua, UMNO layak mengkaji keanggotaan Radzi dalam parti. Setidak-tidaknya beliau patut dihadapkan ke hadapan Jawatankuasa Disiplin.
Radzi bukan ahli UMNO biasa, beliau adalah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung adalah jawatan yang dilantik oleh Presiden. Sepatutnya Radzi adalah orang yang paling setia kepada Abdullah. Ini juga satu tamparan hebat kepada Abdullah yang kini turut menghadapi pelbagai cabaran berat dari pelbagai sudut.
Segalanya berpunca daripada keputusan PRU 2008. Ternyata tarikh 13 Februari yang Abdullah pilih untuk membubarkan Parlimen bukanlah angka yang membawa tuah baginya. – malaysiaaktif.com
Tuesday, March 18, 2008
Sharkawi Jirim's interview of Pak Lah on TV8
Cc: dap.malaysia@pobox.com, editor@parti-pas.org, hdaily_editor@yahoo.com, info@anwaribrahim.comYang Amat Behormat,
Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Prime Minister of Malaysia
First let me congratulate you for being able to win and maintain a barisan nasional government for Malaysia.
I have received responses and explanations from all opposition heads when I wrote to them and I hope you will not be an exception.
During the whole session of the interview, I was disappointed to realise that you did not at any point of time mention the fact that the main factor for the overwhelming support given to the opposition was due to the VK Lingamgate fiasco. It can be clearly seen that the rakyat was gravely affected by the fiasco that they have lost all respect for our judiciary and its related system. How can the country accomodate judges who are not only corrupt but also so idiotic. Then I cannot understand why you were harping on the fact that we still have our "undang undang". It would have been to your utmost advantage if you had immediately looked into the issue, rectify the situation and restore law and order instead of that unnecessary long winded and money wasting royal commission. The issue brought up by DSAI is so clear and straight forward. I suspect you had to take that stand because of Dr M for selecting you to be the PM. Please remember that Dr M have a lot of grievances and hatred in his emotions. Dia menzalimi DSAI because DSAI refuse to agree to use the government machinery to help out his family problems.
From my point of view the main culprit here is still the great Dr M. He is the one to blame for the this legal fiasco but I cannot understand why you still agree to the nomination of the winning candidate for Putra Jaya when he was shown to be clearly involved in this legal fiasco. Is it due to the fact that Dr M has still got a strong influence on UMNO for such decision. Please accept the fact that Dr M is already irrelevant. I cannot understand why you choose to keep relatively quiet when you were attacked by Dr M but you became fierce when it comes to DSAI. It should have been the other way round and some votes for the opposition may have gone to BN.
Anyway the main reason for me to write to you is to let you know that it is important for you to realise that Dr M has been very influential in determining the result of the recently concluded 2008 elections. He managed to convince his moronic and hardcore UMNO supporters to stay away from voting and thats why you seem to lose all the support where it matters. Those supporters would definitely not vote for DSAI or the opposition front. All the votes that went for the opposition this time were genuine votes of people who are against corruption, nepotism, cronyism, idiosynchroyism, idiojudicioism dan apa apa lain yang sewaktu dengan nya.
It is timely now that I suggest that you do not waste anymore time and act quickly to determine who these people sleeping under the same blanket with you are surely and steadily undermining your front. After that is done it will be wise for you to gather all those people genuinely loyal to you to join up with the oppositon and form the new govenment with a better and strong majority( not necessarily 2/3rd).
I have suggested to PKR, PAS and DAP on the need for uniting under just one banner and organisation and I am quite sure welcoming you and your gang to unite under this banner will be betterfor them. Let Dr M and his cronies be in the opposition to provide effective criticism if they can.
This front may not be able to take full control of all the state governments but thats OK because we can let the rakyat determine whether they still need those governments in the next election. What is more important is the change of the present Malaysian government as desired by the masses.
Regards,
Wan Ishak Wan Mahmood
cc. Dato' Seri Anwar Ibrahim
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Mr Lim Kit Siang
MENGENALI Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
MENGENALI Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh . Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang . Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak). Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program-program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut ' ah, Jordan . Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut ' ah Jordan . Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik , Syria dan Universiti Lebanon . Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri. Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya.
"Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau. Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).
Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan surau-surau. Malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah korban termasuk penyembelihan bintang korban. Di samping itu Ir Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh berkhutbah Jumaat.
Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak
Sunday, March 16, 2008
Shahidan gagal sambung jawatan MB
MB baru, Dr. Md Isa dilantik atas lobi Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid. Perkembangan terbaru ini menggambarkan bahawa politik UMNO di Perlis akan terus bergolak panjang. Mungkin badinya akan tempias hingga ke Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
BN Perlis adalah yang paling lambat memuktamadkan senarai calon pilihan raya umum 2008. Kelewatan itu kerana senarai awal tidak diterima dan menimbulkan banyak bantahan. Akhirnya senarai muktamad menunjukkan tidak banyak perubahan dibuat berbanding senarai PRU 2004.
Datuk Seri Shahidan Kassim yang disebut-sebut akan disenaraikan sebagai calon Parlimen terus kekal sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN). Dua orang menteri pusat, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai musuh politik Shahidan juga kekal bertanding di kerusi Parlimen. Radzi adalah juga Setiausaha Agung UMNO, satu jawatan yang menunjukkan hubungannya dengan Ptresiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sangat akrab.
Sebagai rekod, Radzi dengan sokongan Azmi telah mengumumkan bahawa Shahhidan tidak layak lagi menjadi Menteri Besar Perlis.
Bagaimanapun, BN Perlis di bawah kepimpinan Shahidan mencapai kemenangan besar dengan kehilangan hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pas pada PRU 2008.
Ini berlaku ketika Kedah, Perak dan Kelantan yang berhampiran jatuh ke tangan parti-parti pembangkang. Kemenangan besar BN Perlis ketika tsunami politik melanda negeri-negeri lain hanya memberikan satu isyarat, iaitu Shahidan telah memperkukuh kedudukan politiknya.
Apa yang umum duga tidak berlaku. Sebaliknya orang lain yang tidak dikenali di luar Perlis mengangkat sumpah menjadi MB baru Perlis hari ini. Beliau ialah Datuk Dr Md Isa Sabu.
Shahidan memberitahu media, beliau sepatutnya menjadi MB dan Perdana Menteri telah bersetuju. Katanya, perubahan berlaku kerana ada orang `munafik.’ Ini menimbulkan pelbagai pertanyaan yang belum dijawab sepenuhnya.
Jika benar Shahhidan pilihan Abdullah, kenapa Raja Perlis menolaknya? Memang undang-undang tubuh negeri memberikan kuasa kepada raja untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi MB dengan syarat dia adalah ADUN. Tapi menjadi kelaziman orang berkenaan dicalonkan oleh parti yang membentuk kerajaan.
Apa yang berlaku? Adakah Shahidan kelabu mata atau mata beliau dikelabui?
Rupa-rupanya kegagalan Shahidan untuk dilantik semula menjadi adalah petanda bahawa pergolakan politik dalam UMNO Perlis belum berakhir, malah semakin panas.
Apatah lagi kem Shahidan telah menyalahkan Radzi kerana tidak memberikan nasihat yang betul kepada Abdullah mengenai kekuatan UMNO dan BN sehingga menyebabkan parti itu tidak dapat menduga langsung tsunami politik yang berlaku pada PRU 2008.
Perkembangan terbaru ini menggambarkan bahawa politik UMNO di Perlis akan terus bergolak panjang. Mungkin badinya akan tempias hingga ke Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Kebetulan pemilihan jawatan parti akan berlangsung pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Di Perlis sudah ada dua kem UMNO. Kem mana lebih kuat – kem Shahidan atau kem Radzi?
Apakah ini juga tanda akan terbentuk juga dua kem di lain-lain negeri menjelang Perhimpunan Agung UMNO akan datang? Tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Nampaknya tsunami politik 2008 sungguh hebat kerana ia turut mengakibatkan kerosakan dalaman parti-parti politik BN.
Datuk Chua Jui Ming yang tewas kepada Ong Ka Ting dalam pemilihan jawatan Presiden MCA dulu telah memulakan serangan terhadap lawan politiknya itu ekoran prestasi MCA jatuh teruk pada PRU 2008.
Dalam MIC, Datuk Seri Samy Vellu telah menghulurkan tangan perdamaian kepada bekas timbalannya Datuk S. Subramaniam yang dimusuhinya dulu. Apakah ini menandakan Samy berasa dirinya tidak kuat lagi selepas kekalahan teruk MIC yang dipimpinnya? Jika musuh-musuh politiknya mahu menggunakan kesempatan, inilah masanya untuk menumbangkan Samy. – malaysiaaktif.com
Friday, March 14, 2008
Inilah dia...Samyvellu
Bukan saje email, macam-macam sms mengenai calon BN yang kalah dalam pilihan raya umum 12 yang lepas.. rata-rata sms ni memperlekehkan calon BN..masih lagi berkisar dalam character assisination.. patut ke camtu.. bagilah kritikan membina gak .. jangan asyik mengutuk giler je..ada juga yang Murai dapat mengenai BA..kutuk BA gak..
Cabaran pertahankan pemerintahan selepas 50 tahun
14 Mac 2008
KEMENANGAN pembangkang di lima buah negeri, iaitu empat di Pantai Barat Semenanjung dan satu di Pantai Timur semestinya memberikan dampak baru dalam pembinaan format politik Malaysia untuk masa hadapan. Senario yang dahulunya dijangka tidak akan melanda parti pemerintah di negara ini ternyata meleset.
Jika dahulu, kita melihat parti Kongres di India yang diasaskan oleh perjuangan Ghandi yang berkuasa lebih setengah abad berjaya ditumbangkan pembangkang dan begitu juga yang terjadi pada parti Kuomintang di China, kini UMNO, MIC dan MCA serta Gerakan dan Barisan Nasional (BN) pula berhadapan dengan krisis ketidakyakinan pengundi kepada kewibawaan kepimpinan parti gabungan yang menerajui negara lebih 50 tahun.
Kini setelah 50 tahun merdeka, dan rakyat mengecapi kejayaan serta kemakmuran dan kestabilan, para pengundi memberikan ‘hadiah’ terbesar jubli emas kemerdekaan negara dengan usaha menumbangkan pemerintah yang sedia berbakti kepada mereka.
Apakah ini yang sebenarnya berlaku? Kenapa hadiah seumpamanya ini diberikan kepada kerajaan yang telah pun menunjukkan rekod kejayaan yang memberangsangkan.
Senario yang berlaku menunjukkan bahawa BN kini tidak boleh lagi bersikap alpa dan leka.
Sekiranya kita melihat akan karakter para pemimpin kini, ada di antaranya yang tidak lagi digemari rakyat, namun masih diperturunkan untuk menjadi calon. Apabila sahaja diletakkan calon baru, maka ada pula yang menentang dan mensabotaj calon tersebut. Maka proses melestarikan kepimpinan gagal dicapai.
Maka, dengan kepelbagaian isu yang wujud, dengan kenaikan harga barang susulan daripada dampak akibat kenaikan harga minyak global, rakyat gagal diberikan penerangan yang jitu.
Akibatnya rakyat keliru dan masing-masing berpersepsi negatif dan sering berfantasi bahawa situasi ini pasti akan mampu ditangani dengan memberikan undi kepada blok pembangkang yang kini mendapat kelebihan kerusi di lima negeri.
Jika diimbau akan bentuk pengundian yang berlaku pada 8 Mac yang lalu, maka pastinya kita akan dapat mengenal pasti bahawa wujud peralihan besar-besar undi di kalangan kaum Cina dan India di negara ini.
Ini kerana kaum Cina dan juga India yang mendiami kawasan pekan, bandar dan juga bandar raya seolah-olah membina blok undi yang tersendiri dengan mengadakan protes undi besar-besaran terhadap BN dan beralih kepada pembangkang, termasuklah dengan kesanggupan mereka memberi undi kepada bukan sahaja DAP dan PKR, malahan juga kepada Pas yang sebelum ini mereka takuti dengan slogan negara Islam.
Penduduk bandar dan bandar raya yang sudah tersedia segala nikmat dan kemudahan infrastruktur terbaik serta mempunyai pengurusan majlis bandaran serta dewan bandaraya, dan disediakan pula peruntukan yang begitu besar untuk tujuan pembangunan kawasan kini telah menjadi sia-sia.
Berbanding kawasan luar bandar, yang ada di antaranya masih belum lengkap segala kemudahan, serta susah pula mendapatkan peruntukan berbanding kawasan bandar, mereka yang rata-ratanya pengundi Melayu, walaupun mempunyai perubahan daripada corak pengundian, namun, BN menerusi UMNO masih berjaya memenangi sebahagian besar dari kawasan luar bandar berbanding parti-parti komponen lain di Semenanjung yang kelihatan gagal mempertahankan kerusi masing-masing di kawasan bandar dan juga luar bandar.
Inilah senario yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan. Untuk itu, BN seharusnya terus memberikan peruntukan yang lebih meluas serta wakil rakyat BN terutamanya UMNO perlu lebih kerap turun ke padang dan mendalami kesusahan para pengundi dikawasan mereka.
Pada pilihan raya kali ini juga, aspek dampak pengundi muda kelihatan begitu mempengaruhi keputusan pilihan raya yang cenderung ke arah pakatan pembangkang. Dengan ramainya pengundi generasi pascamerdeka yang kini sudah berusia 50 tahun dan ke bawah, serta memiliki keluarga sendiri dilihat cenderung membina satu persepsi yang jauh berbeza daripada perjuangan generasi pengundi veteran.
Ini kerana corak perjuangan generasi pascamerdeka adalah bukan lagi perjuangan bercorak ‘kesusahan’ dan kemelaratan, tetapi perjuangan mereka adalah perjuangan untuk mendapatkan kemakmuran dan juga menikmati hasil pembangunan masa kini.
Jika aspek kehidupan mereka dirasakan terancam, maka mereka semestinya ‘berjuang’ dengan memberikan respons bahawa sesuatu langkah perlu diperbetulkan bagi mengembalikan semula kepada asal dalam apa saja persoalan politik, ekonomi dan sosial.
Kini Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang dipayungi BN perlulah memikirkan usaha bagi memantapkan agenda perjuangan politik nasional.
Senator daripada kalangan generasi muda yang berusia dalam lingkungan 20 ke 30-an perlulah dilantik, dan peraturan lantikan ke jawatan Senator juga harus dikaji bagi membolehkan laluan kepada BN untuk meletakkan generasi muda di Dewan Negara yang pastinya mampu menyeimbangi peranan Dewan Rakyat. Ini adalah sejajar dengan hasrat melestarikan dan mengawetmudakan kepimpinan negara.
Generasi warga emas dalam Kabinet dan kepimpinan parti adalah perlu, namun, generasi usia muda serta pertengahan umur juga perlu dimantapkan bagi membolehkan jurai generasi dapat dibentuk secara berjajaran dan berterusan kesinambungannya.
MD. SHUKRI SHUIB ialah Pensyarah Kolej Kerajaan, Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM). - utusan malaysia
Shahidan gagal sambung jawatan MB
Bashir Ahmad
14 Mac 2008
BN Perlis adalah yang paling lambat memuktamadkan senarai calon pilihan raya umum 2008. Kelewatan itu kerana senarai awal tidak diterima dan menimbulkan banyak bantahan. Akhirnya senarai muktamad menunjukkan tidak banyak perubahan dibuat berbanding senarai PRU 2004.
Datuk Seri Shahidan Kassim yang disebut-sebut akan disenaraikan sebagai calon Parlimen terus kekal sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN). Dua orang menteri pusat, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Azmi Khalid yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai musuh politik Shahidan juga kekal bertanding di kerusi Parlimen. Radzi adalah juga Setiausaha Agung UMNO, satu jawatan yang menunjukkan hubungannya dengan Ptresiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sangat akrab.
Sebagai rekod, Radzi dengan sokongan Azmi telah mengumumkan bahawa Shahhidan tidak layak lagi menjadi Menteri Besar Perlis.
Bagaimanapun, BN Perlis di bawah kepimpinan Shahidan mencapai kemenangan besar dengan kehilangan hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pas pada PRU 2008.
Ini berlaku ketika Kedah, Perak dan Kelantan yang berhampiran jatuh ke tangan parti-parti pembangkang. Kemenangan besar BN Perlis ketika tsunami politik melanda negeri-negeri lain hanya memberikan satu isyarat, iaitu Shahidan telah memperkukuh kedudukan politiknya.
Maka kebanyakan orang yakin bahawa Shahidan akan terus kekal sebagai MB Perlis bagi penggal keempat.
Apa yang umum duga tidak berlaku. Sebaliknya orang lain yang tidak dikenali di luar Perlis mengangkat sumpah menjadi MB baru Perlis hari ini. Beliau ialah Datuk Dr Md Isa Sabu.
Shahidan memberitahu media, beliau sepatutnya menjadi MB dan Perdana Menteri telah bersetuju. Katanya, perubahan berlaku kerana ada orang `munafik.’ Ini menimbulkan pelbagai pertanyaan yang belum dijawab sepenuhnya.
Jika benar Shahhidan pilihan Abdullah, kenapa Raja Perlis menolaknya? Memang undang-undang tubuh negeri memberikan kuasa kepada raja untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi MB dengan syarat dia adalah ADUN. Tapi menjadi kelaziman orang berkenaan dicalonkan oleh parti yang membentuk kerajaan.
Apa yang berlaku? Adakah Shahidan kelabu mata atau mata beliau dikelabui?
Rupa-rupanya kegagalan Shahidan untuk dilantik semula menjadi adalah petanda bahawa pergolakan politik dalam UMNO Perlis belum berakhir, malah semakin panas.
Dr. Md Isa dikatakan dilantik atas lobi Radzi dan Azmi yang masih memusuhi Shahidan.
Apatah lagi kem Shahidan telah menyalahkan Radzi kerana tidak memberikan nasihat yang betul kepada Abdullah mengenai kekuatan UMNO dan BN sehingga menyebabkan parti itu tidak dapat menduga langsung tsunami politik yang berlaku pada PRU 2008.
Perkembangan terbaru ini menggambarkan bahawa politik UMNO di Perlis akan terus bergolak panjang. Mungkin badinya akan tempias hingga ke Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Kebetulan pemilihan jawatan parti akan berlangsung pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Di Perlis sudah ada dua kem UMNO. Kem mana lebih kuat – kem Shahidan atau kem Radzi?
Apakah ini juga tanda akan terbentuk juga dua kem di lain-lain negeri menjelang Perhimpunan Agung UMNO akan datang? Tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Nampaknya tsunami politik 2008 sungguh hebat kerana ia turut mengakibatkan kerosakan dalaman parti-parti politik BN.
Datuk Chua Jui Ming yang tewas kepada Ong Ka Ting dalam pemilihan jawatan Presiden MCA dulu telah memulakan serangan terhadap lawan politiknya itu ekoran prestasi MCA jatuh teruk pada PRU 2008.
Dalam MIC, Datuk Seri Samy Vellu telah menghulurkan tangan perdamaian kepada bekas timbalannya Datuk S. Subramaniam yang dimusuhinya dulu. Apakah ini menandakan Samy berasa dirinya tidak kuat lagi selepas kekalahan teruk MIC yang dipimpinnya? Jika musuh-musuh politiknya mahu menggunakan kesempatan, inilah masanya untuk menumbangkan Samy. – malaysiaaktif.com
Thursday, March 13, 2008
LIM KIT SIANG APOLOGIES TO PERAK REGENT
In Ipoh, Perak DAP chief Ngeh Koo Ham, who will be made Deputy Mentri Besar, said Thursday that all representatives from the DAP-PKR-PAS coalition will attend the swearing-in of the Mentri Besar at 4pm today.
DAP adviser Lim Kit Siang has apologised to the Regent of Perak Dr Raja Nazrin Shah for his statement on Wednesday over the appointment of Perak Pas secretary Mohammad Nizar Jamaluddin as Mentri Besar.
The following is Lim's full statement issued on Thursday:
No disrespect to Perak Sultan and Regent ever intended and apology for any offence caused as the statement was on party position at the time.
My three-paragraph statement at 7 pm last night that the DAP Central Executive Committee emergency meeting on 9th March had not given approval for a PAS Mentri Besar to head a Perak coalition state government was not made out of disrespect to the Perak Sultan and Regent both of whom whom I have always held in the highest regard and I apologise for any offence caused. The statement was on the party position at the time.
There have been further discussions and developments on the matter in the hours after the statement. Announcements of the latest position will be made.
Khairy mahu rebut kepimpinan negara?
Kenyataan yang disiarkan oleh banyak akhbar itu telah menimbulkan pelbagai percakapan dan spekulasi.
Disebabkan Zam tidak menghuraikan lebih lanjut dalam kenyataannya dan enggan menjawab pertanyaan wartawan, umum tertanya-tanya siapakah golongan muda itu dan siapakah ketua mereka?
Menyorot perkembangan dalam UMNO sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tidak sukar untuk meneka siapakah ketua golongan muda itu.
Sudah pasti golongan muda itu berada dalam UMNO. Barangkali kerana itulah Zam sukar untuk menjawab pertanyaan wartawan pada sidang akhbarnya itu.
Sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan UMNO boleh meneka dengan menjawab kepada soalan-soalan berikut:
1. Siapakah orang muda dalam UMNO yang kelihatan paling gelojoh dan rakus untuk berkuasa?
2. Siapakah orang muda yang kelihatan paling berpengaruh walaupun jawatannya dalam UMNO baru di peringkat pertengahan?
3. Siapakah orang muda yang mendapat publisiti paling meluas walaupun tidak memegang jawatan dalam kerajaan?
Banyak lagi pertanyaan yang boleh dikemukakan, tapi tiga soalan di atas sudah memadai untuk menunjukkan siapa orang muda ini.
Apabila disebut golongan muda dalam UMNO, tentulah mereka dari kalangan Pemuda UMNO atau setidak-tidaknya Putera UMNO. Tidak mungkin Puteri UMNO kerana peranan mereka tidak ketara untuk mengambilalih kepimpinan negera.
Menoleh ke kiri dan kanan, depan dan belakang, orang yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Khairy Jamaluddin. Perlukah diceritakan dengan panjang lebar siapa Khairy? Tentulah tidak kerana cerita mengenainya sudah menjadi `rahsia umum.’
Khairy tidak pernah menafikan spekulasi dalam dunia siber bahawa beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum usianya 40 tahun. Beliau baru meraikan hari jadinya yang ke-32 pada 10 Januari lalu.
Beliau sekarang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bagaimana mungkin beliau menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat tanpa memanjat tangga ke jawatan Presiden UMNO terlebih dulu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba melakukannya dengan pantas dulu, tapi hanya sekadar hampir-hampir berjaya. Porak-peranda UMNO dibuatnya.
Jika Khairy mahu melakukannya, tentulah memerlukan jalan yang lebih singkat dengan masa yang lebih pantas daripada Anwar. Bagaimana mungkin? Jika dia cuba melakukannya, tentulah kesannya lebih buruk daripada apa yang Anwar lakukan dulu.
Banyak pemimpin UMNO yang akan kena cantas, lebih banyak daripada apa yang Anwar lakukan dulu. Dan mereka ini telah berjuang dan berkorban sekian lama dalam UMNO.
Jika Anwar dulu menyingkir Allahyarham Tun Ghafar Baba untuk naik ke atas, apakah Khairy boleh melakukannya tanpa menolak ke tepi Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak?
Semasa kempen PRU 2008, peranan Khairy melalui media telah mengatasi hampir kesemua pemimpin UMNO kecuali Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Malah beberapa stesen TV memberikan keutamaan kepada Khairy melebihi Najib.
Jika berdasarkan jawatan dalam kerajaan dan parti, Khairy tidak sepatutnya mendapat liputan yang kedua terpenting selepas bapa mertuanya. Tapi itu tidak berlaku. Malah dibandingkan dengan publisiti yang Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein peroleh semasa kempen adalah ibarat gunung dan busut.
Dengan keputusan PRU 2008 kurang memihak kepada BN yang kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kuasa memerintah di lima negeri, golongan muda UMNO kini dalam keadaan defensive dan menghadapi masalah untuk mengejar cita-cita mereka.
Percaturan politik mereka tidak menjadi kerana kedudukan Abdullah juga sangat terjejas. Jika Abdullah berundur, percaturan politik Khairy akan turut ranap.
Buat masa ini Khairy terpaksa merancang langkah defensif selanjutnya. Dikatakan beliau akan berusaha untuk menempatkan dirinya dalam kerajaan melalui kabinet. Jika Abdullah melantik Khairy sebagai menteri Kabinet barunya, itu adalah bukti yang jelas bahawa dakwaan Zam mengenai golongan muda mahu mengambilalih kuasa adalah benar.
Kita sama-sama perhatikan sama ada Khairy berjaya menganggotai Kabinet baru Abdullah. _ malaysiaaktif.com
Monday, March 10, 2008
Enam faktor kemerosotan undi BN
9 Mac 2008
KEPUTUSAN pilihan raya umum (PRU) 2008 akan menjadi bahan perbincangan yang panjang setelah ia melanda ibarat tsunami. Pasti tiada siapa yang terfikir bahawa pembangkang akan menawan lima negeri dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Satu suasana politik yang tidak menentu menyelubungi masa depan negara. Adakah ia akan memberikan kesan ke atas perkembangan ekonomi dan kestabilan? Pemerintahan pusat oleh sebuah kerajaan yang akan berhadapan dengan kesukaran untuk mengemukakan dasar baru, peruntukan dan undang-undang di Parlimen. Jika dulu wakil-wakil BN boleh mampu untuk selalu bersenda-loka di luar dewan persidangan, akan datang mereka tidak boleh lagi berbuat demikian kerana kerajaan sentiasa memerlukan kehadiran mereka untuk menghadapi tindak-tanduk pembangkang yang tidak diduga.Tiada siapa termasuk pembangkang sendiri menjangka keputusan begitu teruk bagi BN. Mengapa perubahanboleh berlaku begitu mendadak? Ramai yang menuding jari kepada faktor-faktor berikut:
FAKTOR PERTAMA IALAH KEPIMPINAN: Sebagaimana yang diketahui umum, PRU 2008 adalah pilihan raya kad laporan bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi.Setelah rakyat mengesahkan pelantikannya dengan memberikan sokongan paling besar kepada BN dalam PRU 2004, kali ini tibalah masanya bagi mereka menilai prestasi beliau. Keputusan PRU 2008 adalah markah yang mereka berikan kepada beliau. Perihal mengapa mereka memberikan penilaian yang begitu teruk, memerlukan kupasan yang panjang dalam satu tulisan berasingan.
FAKTOR HARGA BARANG: Jika golongan menengah dan penduduk bandar menjadikan faktor kepimpinan sebagai markah utama penilaian, kenaikan harga barang-barang keperluan harian ekoran pengurangan subsidi minyak adalah faktor yang kuat menimbulkan perasaan tidak suka terhadap kerajaan BN terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.Pihak kerajaan cuba memberikan aneka penjelasan bagi mewajarkan pengurangan subsidi, tapi pembangkang memutar hujah dengan membentangkan angka pendapatan besar, Petronas. Keuntungan besar yang syarikatminyak negara itu peroleh setiap tahun sepatutnya digunakan untuk mengekalkan harga minyak. Kenaikan yang berlaku dianggap terlalu tinggi.Malah pembangkang memanipulasi isu ini dengan membuat pelbagai tawaran istimewa melalui manifesto mereka. Antaranya dijanjikan harga minyak akan turut serta-merta, bonus RM6,000 setahun untuk golongan miskin dan negara kebajikan. Mereka sendiri tidak percaya ia mudah dilaksanakan, tapi tujuan mereka hanyalah memomokkan kerajaan BN di kaca mata rakyat ekoran kenaikan harga minyak. Sungguhpun gaji kakitangan kerajaan telah dinaikkan dengan kadar yang tinggi atas alasan bagi mengimbangikenaikan harga barang tetapi kenaikan pendapatan tidak berlaku di sektor swasta yang jumlah pekerjanyajauh lebih besar.
FAKTOR MAHATHIR: Serangan Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap penggantinya Abdullah secara terbuka turut memberikan kesan yang mendalam. Kritikannya yang berterusan terhadap dasar dan pengurusan ekonomi kerajaan pimpinan Abdullah turut mencemarkan imej penggantinya itu bukan sahaja di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri.Kemuncak serangan Mahathir ialah apabila beliau mendedahkan tentang `gentlemen's agreement' antaranya dan Abdullah. Kononnya mereka bersetuju bahawa Abdullah akan melorongkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas satu penggal perkhidmatan. Abdullah menafikan kewujudan perjanjian berkenaan, tapi orang ramai tentulah lebih mempercayai cakap Mahathir.
FAKTOR MEDIA INTERNET: Penggunaan internet yang semakin meluas sebagai media alternatif dimanfaatkan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak BN.Pembangkang yang selama ini tidak mendapat tempat dalam oleh akhbar dan TV yang sangat pro-BNmenggunakan blog dan laman berita sebagai media alternatif. Beratus blog propembangkang muncul sejakera Reformasi tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir 90-an.Antara bahan utama siaran mereka ialah serangan peribadi terhadap Abdullah dalam bentuk tulisan, posterdan kartun. Serangan dalam internet ini tidak ditangkis oleh akhbar dan TV kerana mereka telah `dinasihatkan' supaya tidak respons kepada apa jua yang datang dari blog.BN yang terlalu bergantung kepada media tradisional akhbar dan TV tidak memanfaatkan internet sebagaimana pembangkang. Ini kebetulan berlaku ketika internet menjadi saluran utama hiburan dan maklumat bagi generasi baru. Disebabkan akhbar dan TV memberikan liputan yang terlalu berat sebelah, akhirnya media tradisional ini tidak lagi mendapat kepercayaan sebagai sumber maklumat yang tepat.Dalam peperangan media ini, blog dan laman berita propembangkang yang lebih agresif dan tidak tertakluk kepada pantang larang yang diamalkan oleh akhbar dan TV ternyata mempunyai kelebihan. Mereka lebih pantas dalam menyebarkan propaganda melalui tulisan, gambar dan video yang boleh disiarkan pada bila-bila masa.Bahan-bahan propaganda yang boleh disimpan lama menjadi bahan yang sangat berkesan apabila dimuat turun pada bila-bila masa bagi penyebaran yang lebih luas di kalangan pengundi-pengundi yang tidak sempat akses kepada internet kerana faktor masa atau langsung tidak memiliki komputer.
FAKTOR KHAIRY: Media alternatif telah menggarap imej yang sangat negatif terhadap Khairy jamaluddin, menantu Abdullah. Khairy digambarkan sebagai seorang muda rakus kuasa yang sangat berpengaruh ke atas Perdana Menteri.Istilah `tingkat empat' Pejabat Perdana Menteri menjadi bahan sindiran untuk menggambarkan bahawa di situlah segala dasar dan urusan pentadbiran Abdullah dirancang dan diarahkan. Tingkat empat itu merujuk kepada pejabat Khairy dan rakan-rakannya yang menjadi pembantu Perdan Menteri. Malah media alternatif mendakwa senarai calon BN juga dimuktamadkan di `tingkat empat.' Ini pasti menimbulkan kegelisahan, jika tidak kemarahan di kalangan ahli-ahli UMNO. Tuduhan ini mewujudkan kem Abdullah dan kem Najib.Semasa kempen PRU 2008, Khairy juga dituduh menggunakan kedudukannya untuk menghakiskan pengaruhNajib dalam UMNO dengan mengenepikan para penyokongnya daripada menjadi calon. Cerita ini tersebar luasdi kalangan ahli-ahli UMNO dan tiada sesiapa pun di kalangan pemimpin parti itu cuba menafikannya.Sedikit sebanyak gambaran negatif terhadap Khairy menempias Abdullah dan menjejaskan integritinyasebagai pemimpin negara.
FAKTOR BN/ UMNO: Sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun, kritikan yang bertali arussekian lama terhadapnya boleh menimbulkan kesangsian terhadap BN/UMNO.Budaya hidup mewah dengan memiliki kereta dan rumah besar di kalangan orang-orang BN/UMNOtidak membantu untuk menangkis tuduhan-tuduhan politik wang, rasuah dan kronisme yang dilemparkanterhadap mereka.Apa jua tuduhan, sekalipun tidak benar, jika diulang setiap hari lama kelamaan akan dipercayai. Jika tidakoleh semua orang, sebilangan orang akan menganggapnya perkara yang benar.
FAKTOR PROPAGANDA PEMBANGKANG: Pembangkang berjaya menampilkan imej mereka sebagai mangsa `penganiayaan' kerajaan BN. Mereka mendakwa pilihan raya di Malaysia memihak kepada BN dan tidak adil kepada parti-parti pembangkang.Apabila SPR membatalkan cadangan menggunakan dakwat hitam bagi penyelewengan dalam pengundianhanya empat hari sebelum hari mengundi, jentera kempen pembangkang dengan pantas mengambil kesempatan untuk menjadikan langkah tersebut sebagai bukti bahawa SPR menolong untuk memenangkanBN.Pembangkang berjaya memperlihatkan bahawa pertarungan dengan BN dalam pilihan raya ini seolah-olah antara manusia kerdil David dan gergasi Goliath.Ini melengkapkan ramuan supaya lebih banyak pengundi bersimpati kepada pembangkang. Sebilangan mereka hanya sekadar mahu memberikan isyarat untuk menegur BN melalui undi kepada pembangkang, tapi oleh kerana undi adalah rahsia, akhirnya mereka memberikan `pukulan', bukannya isyarat.
Sesama mereka tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa banyakkah undi yang perlu diberikan kepada pembangkang. Akhirnya begitu ramai pengundi atas pagar yang mengundi pembangkang.Akhirnya PRU 2008 berakhir dengan satu keputusan yang membuka era baru yang tidak menentu. Limakerajaan negeri di bawah pemerintahan pembangkang dan kerajaan pusat di bawah BN yang gagal mendapat majoriti dua pertiga. Bolehkah mereka bekerjasama?Muafakat antara tiga parti pembangkang (DAP, PKR dan Pas) pula terlalu longgar dan bersifat sementara.Ibarat perkahwinan mutaah, menimbulkan tanda tanya berapa lama mereka boleh hidup rukun damai.- malaysiaktif.com
ANALISIS PILIHAN RAYA 2008
Bashir Ahmad
9 Mac 2008
(4.39 pagi)
BARISAN NASIONAL (BN) gagal memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan melepaskan kepada pembangkang untuk menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) di lima negeri dalam pilihan raya umum ke-12.Pembangkang berjaya menawan Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang di samping terus menguasai Kelantan.
Ini adalah keputusan pilihan raya terburuk bagi BN dalam sejarah dan di luar dugaan orang ramai termasuk pembangkang sendiri.
BN hanya memenangi 139 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, manakala pembangkang memperoleh 82. Satu lagi kerusi Hulu Rajang di Sarawak akan ditentukan melalui pengundian pada hari ini ekoran bot yang membawa kakitangan SPR karam dalam perjalanan ke tempat-tempat pembuangan undi semalam.
Kedudukan majoriti dua pertiga di Parlimen hanya boleh dicapai dengan penguasaan 148 kerusi. Ini akan menyukarkan kedudukan kerajaan untuk meluluskan undang-undang dan peruntukan.
Kekalahan yang tidak diduga oleh BN berlaku di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
Di Selangor BN hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi DUN. Di kalangan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang 15 kerusi, DAP 13 dan Pas 10.
Di Kedah BN memenangi 14 daripada 36 kerusi DUN. Pas menang 16 dan PKR 10.
Di Pulau Pinang DAP yang memenangi 17 daripada 40 kerusi DUN akan membentuk kerajaan bersama PKR yang menang 9 kerusi.
Di Kelantan Pas menguasai 37 daripada 45 kerusi dan PKR mendapat 1. BN hanya berjaya mempertahankan 7 kerusi.
Di Perak BN memenangi 28 daripada 59 kerusi DUN.
Di Terengganu, BN masih berkuasa tapi dengan kemenangan tipis 17 daripada 33 kerusi DUN. Pas menawan 15 kerusi.
Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, BN hanya menang di kawasan Parlimen Setiawangsa yang dipertahankan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique. BN juga menangi Putrajaya dan Labuan, manakala 10 yang lain disapu oleh pembangkang.
Pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembentukan kerajaan apabila parti gabungan itu memperoleh 121 kerusi pada jam 3 pagi.
Pada sidang medianya di PWTC, beliau yang ditanya oleh wartawan sama ada akan meletakkan jawatan berkata:” Tidak...tiada siapa tekan saya.”
Di Pulau Pinang BN hanya berjaya mempertahankan dua daripada 13 kerusi Dewan Rakyat termasuk Kepala Batas yang dipertahankan oleh Abdullah. Satu lagi dimenangi Menteri Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Tasek Gelugor.
Tiga pemimpin parti komponen BN turut tewas dalam pilihan raya ini.
Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang dipegangnya lapan penggal berturut-turut. Kebetulan 8 Mac (hari mengundi) adalah hari jadinya. Lawannya dari PKR, Dr. Michael Jeyakumar menang.Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon juga tewas dalam cubaan pertama bertanding kerusi Parlimen di Batu Kawan. Beliau ditewaskan calon DAP, Dr. P. Ramasamy.Presiden PPP, Datuk M. Kayveas tewas di kawasan Parlimen Taiping kepada calon DAP, Nga Kor Ming. Empat orang menteri kalah termasuk Menteri Kerja Raya, Samy Vellu. Tiga orang lagi ialah Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Aziz Shamsuddin. – malaysiaaktif.com
Friday, March 7, 2008
BN IS LIKE WELL RESTORED ANTIQUE CAR
There are several factors that may affect the antique car value as not all cars of the same make and model are restored properly or professionally.
Of course, if the car is in bad shape, no matter which celebrity owned it, the value will belong to the lower price range.
The car of BN is like the well taken antique car that has little restoration done to them. It has most of its original parts intact a functional, so has higher prices than other restored cars of the same make and model.
The opposition is like the old car that not professionally restored, so the value is automatically belong to the lower price range or no value, so it has to be changed.
The wise choice is “Security, Peace and Prosperity.”
Thursday, March 6, 2008
A VOTE FOR THE FUTURE OF OUR COUNTRY
Ironically, I don't have any problem with this, how about you?.o obligations, as the mandate has been undertaken in an open and transparent manner. Before casting the votes, use your wisdom, by taking into consideration the social and political responsibility as well as the future of our country.
You have the chance to help to shape our country’s future. A Vote for the future of our country…………
Posted by freelittlebrain
Betulke KJ Camtu...Eh..Eh.. Tak Baik..
Katanya video ni akan hilang dalam masa 3 jam. tengoklah di.
http://antikhairy.blogspot.com/2008/03/terpulang-untuk-kamu-menilainya.html
dan nilailah sendiri... tak taulah..
Ramalan keputusan Pilihan Raya Umum 2008
KETIKA Abang Mat mencoret tulisan ini, tinggal kira-kira 36 jam sahaja lagi sebelum 10.7 juta pengundi menentukan keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008.
Maka Abang Mat telah berjumpa dengan Nujum Pak Belalang untuk meneropong keputusan PRU 2008.
Menurut Pak Belalang, janganlah percayai sangat teropongnya kerana sudah dipakai sejak pilihan raya pertama. Sekarang pilihan raya ke-12. Disebabkan sudah lama dipakai, maka lensa teropongnya agak kelabu sedikit.
Tidak mengapalah. Kelabu pun kelabulah, asalkan masih boleh meneropong. Tapi kena beri ruang untuk kesilapan sebanyak 20 peratus.
Beginilah ramalan Pak Belalang berdasarkan teropong kelabunya.
Masih ingatkah cakap Haji Hadi Awang, panglima angkatan Pas beberapa hari selepas pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu. Katanya, Pas akan terus berkuasa di Kelantan, menawan semula Terengganu dan menawan buat kali pertama negeri Kedah.
Kata Pak Belalang, jangan percaya sangat cakap Haji Hadi kerana dia bukan ahli makrifat. Nasibnya sendiri di Rhu Rendang (DUN) dan Marang (Parlimen) beliau tidak pasti.
Cakap Haji Hadi untuk berkuasa di tiga negeri itu hanyalah angan-angan peribadinya. Dan sekadar mahu memberikan semangat kepada orang-orang Pas supaya berkempen bermati-matian menentang BN.
Abang Mat agak tidak sabar mendengar mukadimah Pak Belalang, lalu meminta dia terus pergi kepada ramalan secara spesifik.
“Sabar..sabar,” kata Pak Belalang.” Teropong ini mengambil masa sedikit untuk nampak apa yang diteropong kerana kelabu.”
Abang Mat terpaksalah diam selama beberapa minit sebelum tersentak apabila Pak Belalang bertempik:” Sudah nampak!”
Kata Pak Belalang sambil telinga Abang Mat mendengar dengan penuh suspens:” Barisan Nasional akan terus berkuasa di Terengganu, Kedah dan negeri-negeri lain...tapi di Kelantan kurang jelas.”
“Isyyy...tak boleh nampak jelas,” sambung Pak Belalang sambil menggosok lensa teropong dengan kertas tisu.” Sekejap nampak biru...sekejap nampak hijau...susahlah.”Selepas lebih dua jam menghabiskan masa di pondok Pak Belalang, Abang Mat beredar kerana jawapan bagi negeri Kelantan masih kelabu.
Maka terpaksalah Abang Mat mencari kaedah lain untuk mendapatkan jawapan bagi negeri Kelantan. Kaedah teropong Pak Belalang tidak jelas bagi Kelantan.
Mula-mula Abang Mat menggunakan kaedah analisis statistik dengan membelek keputusan PRU 2004. Dalam pilihan raya itu BN menang besar di semua negeri, kecuali di Kelantan yang mempunyai 45 kerusi DUN.
Pas memenangi 24 kerusi, BN memperoleh 21 kerusi. Perlawanan sengit berlaku di 21 kerusi di mana majoriti kemenangan tidak sampai 1,000 undi. Ertinya kali ini apa jua boleh berlaku di 21 kerusi itu – 11 dipegang Pas dan 10 BN.
Di antara 21 kerusi itu, lima dimenangi dengan majoriti bawah 100 undi. Pas menang di Gaal (majoriti 43 undi), Kota Lama (34), Temangan (80) dan Kemuning (2), manakala BN menang di Manek Urai dengan majoriti 53 undi.
Berdasarkan statistik 2004 ini, memang agak sukar untuk membuat andaian. Siapa yang menggunakan taktik kempen yang betul boleh mengubah kedudukan 2004. BN berjanji macam-macam projek akan dibawa ke Kelantan. Tapi dulu pun BN telah menjanjikan seribu macam projek pembangunan, tapi orang-orang Kelantan masih pangkah `bule.’
Suasana PRU 2008 sangat berbeza daripada suasana PRU 2004. Tentulah ia juga akan mempengaruhi pendirian pengundi.
Maka Abang Mat terpaksalah merisik maklumat daripada seorang rakan yang bekerja di sebuah agensi kerajaan yang tugasnya sekarang memantau pilihan raya di Kelantan.
“Susah cakaplah,” katanya.``Ini hari begini...esok berubah pula.”
Maka akhirnya Abang Mat terpaksalah membuat andaian dengan melambung duit 20 sen. Kalau tepak sireh menang BN, kalau angka 20 menang Pas.
Duit 20 sen pun dilambung...bergolek di atas lantai....terus bergolek sehingga terpaksa Abang Mat mengejarnya....terus bergolek jauh...ehh..ehh...bergolek ke bilik air dan terus masuk ke dalam saluran air dan hilang.
Abang Mat minta maaf kerana belum dapat memberikan jawapan yang kata orang putih “affirmative.” Terpaksa merisik lagi daripada sumber-sumber lain. Hasilnya jika dapat akan disiarkan esok. Sementara menunggu hasil pencarian seterusnya, pandai-pandailah serkap jarang kalau ditanya rakan-rakan. - malaysiaaktif.com