Tuesday, April 22, 2008

KESILAPAN BESAR KHAIRY

BILA bermulanya kesilapan besar politik Khairy Jamaluddin menantu kepada Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Badawi yang menimbulkan kemarahan dan kebencian ahli UMNO dan juga orang ramai?Ia bermula beberapa hari selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan apabila Khairy denga tujuan untuk mencari populariti politik telah membawa pasport antarabangsa Anwar kepada bekas tahanan itu dengan tujuan untuk menunjukan betapa Pak Lah tidak menyimpan dendam. Kemudian Anwar dibawa pula duduk di sebelah Pak Lah dalam suatu majlis kenduri.

Bagaimanapun apa yang disangkanya sebagai langkah popular telah menimbulkan reaksi buruk yang meletuskan kemarahan di kalangan ahli UMNO sehingga terpaksa pula Ketua Pemuda UMNO, Dato' Hishamuddin membuat kenyataan untuk menenangkan keadaan.
Demikian budak muda ini salah membaca politik. Dia sangka Anwar masih mempunyai ramai penyokong dalam UMNO. Dia sangka tindakan Tun Mahathir menyingkir Anwar dan memenjarakan Anwar tidak disokong oleh UMNO dan dia sangka tindakannya itu akan meningkatkan popularitinya di kalangan Pemuda, tetapi bacaan politiknya salah. Bibit kebencian mulai timbul terhadapnya. Dia juga tidak sedar betapa perbuatannya itu menjadi permulaan kepada kecederaan imej bapa mertuanya.
Dia cerdik, pandai dan pintar, tetapi tidak bijaksana.
Banyak orang berkelayakan tinggi yang nampak hebat ketika menyertai UMNO, tetapi akhirnya dihukum keras oleh ahli UMNO yang bestari. Semunya bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Antaranya ialah Tan Sri Ghazali Shafee, Anwar Ibrahim dan Khairy.
Tan Sri Ghazali dan Anwar Ibrahim mengambil masa yang agak lama untuk tersingkir tetapi oleh
kerana Khairy yang paling tinggi kelayakannya sehingga memukau bapa mertuanya, maka dialah yang paling cepat disingkirkan.
TINDAKAN PATUTNYA PADA CINA DAN INDIA
PRESIDEN UMNO, Dato' Seri Abdullah Badawi menimbulkan sabotaj dari dalam UMNO sebagai sebab utama berlakunya tsunami politik ke atas Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-12. Beliau seolah-olah hendak mengalih perhatian daripada sebab yang utama iaitu sabotaj atau pengkhinatan yang dilakukan oleh orang India dan Cina atau ahli MCA dan MIC.
Sebagai Presiden UMNO sewajarnya perkara inilah yang harus dikemukakan untuk dibincangkan oleh cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO. Betapa MCA dan MIC tidak dapat mengawal orang Cina dan India. Tidak berani bersuara lantang dalam pekara ini menunjukan UMNO tidak berupaya untuk bersikap ketuanan dalam menghadapi pengkhianatan paling besar dalam sejarah hubungan antara komponen parti BN.
Bercakap untuk mengambil tindakan dalam keadaan UMNO yang lemah adalah menjemput bahaya yang lebih besar. Keadilan pastinya tidak mudah dicari dalam tindakan ini kerana kekalahan itu adalah lebih diketahui oleh Menteri-Menteri Besar dan calon-calon sendiri iaitu oleh kerana campurtangan Khairy sendiri. Khairy melakukannya tanpa persetujuan ketua-ketua bahagian kecuali pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri yang mengutamakan keselamatan diri dan bukannya parti..
Dalam keadaan sekarang, pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang bercakap mengenai formula untuk menyatukanpadukan parti dan bukannya tentang perkara-perkara yang boleh mencetuskan lebih banyak prasangka antara ahli parti.
JANGAN SINGKIR PAK LAH
JELAS pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Karpal Singh adalah sependapat dalam mahukan Datuk Seri Abdullah Badawi kekal sebagai Perdana Menteri. Sementara Karpal Singh meminta Mahathir bersara secara terhormat dan berhenti dari mengkritik Abdullah, Anwar Ibrahim pula menyatakan dalam satu interviu dengan The Star bahawa beliau tidak nampak perlunya dibawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam persidangan Parlimen kelak.
Dalam suratnya kepada The Star hari ini , Mahathir melihat hal ini sebagai strategi conspirators (pakatan) DAP, PKR dan Pas untuk menghakiskan pengaruh BN kerana mereka tahu bahawa Pak Lah tidak disenangi oleh orang Cina dan India dan dengan Pak Lah terus memerintah maka pengaruh BN makin terhakis dan pada pilihan raya akan datang berakhirlah riwayat BN.
Jika logik Mahathir dipakai iaitu pemimpin Malaysia yang tidak dapat menyenangkan hati semua kaum adalah pemimpin yang adil, maka Pak Lah berada pada kategori ini. Pak Lah juga tidak disenangi oleh orang Melayu. Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak disenangi oleh orang Melayu, tetapi popular di kalangan bukan Melayu. Akhirnya beliau tersingkir kerana sentimen Melayu sekalipun beliau dianggap paling adil oleh bukan Melayu.
Maka itu apakah logik Mahathir itu tidak dapat dipakai lagi seperti juga syarat atau kadar undi bonus yang diperkenalkannya sendiri sudah dianggap lapuk olehnya sendiri.
Yang tidak lapuk adalah Mahathir sendiri kerana fikirannya senantiasa berubah ubah mengikut kehendak semasa. malaysiaaktif

No comments: