Tuesday, March 31, 2009

Anwar guna media Amerika hentam Najib

CUBIT-CUBIT31 Mac 2009

Saudara (comrade) Anwar Ibrahim semalam dan hari ini berada di Bangkok untuk secara rasmi (menurut laporan Bernama) menyampaikan ucapan di Universiti Chulalongkorn. Ucapannya berjudul "Global Economic Crisis and the Future of Asean (Krisis Ekonomi Global dan Masa Depan Asean)".Dalam kesibukannya (barangkali) sempat juga beliau meluangkan sedikit masa untuk bercakap dengan wakil akhbar Amerika Syarikat, The Wall Street Journal (TWSJ). Menurut apa yang Si Keldai baca dalam internet, TWSJ melaporkan bahawa Anwar memberi amaran bahawa jika Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, dia akan melancarkan tindakan membanteras sesiapa jua yang menentang kerajaan.BANGKOK – Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim on Monday again warned that the imminent rise to power of rival Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak will likely provoke a further crackdown on popular dissent in the economically struggling Southeast Asian nation.Eh...eh...disebutnya Malaysia sebuah negara yang ekonominya terkapai-kapai (economically struggling). Macamlah ekonomi Amerika hebat sangat sekarang. Gara-gara Amerika bangkraplah seluruh dunia kucar-kacir sekarang.Jika anda mahu membaca lanjut sila ke http://online.wsj.com/article/SB123841049627269365.html Cerita bernada yang sama Si Keldai jumpa dalam Voice of America (VOA) versi online. VOA adalah suara rasmi kerajaan Amerika Syarikat atau dalam kata lain suara gomen.Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim warns of rising repression in the country as a new prime minister takes office this week.Tidak pula VOA nyatakan sama ada cerita itu dibuat berasaskan temubual eksklusif dengan Anwar. Jika anda mahu membaca lanjut silakan ke http://www.voanews.com/english/2009-03-30-voa21.cfmTengoklah betapa jahatnya Anwar. Si Najib belum pun jadi Perdana Menteri dia sudah jolok dengan tuduhan yang berasaskan prasangka. Ini Pak Syeikh kalau berucap dimulakan dengan salam dan doa dalam bahasa Arab yang panjang untuk menampilkan keIslamannya.Tapi dia buat tuduhan berasaskan sangkaan. Ini tidak Islamik. Pulak tu, cerita ini disebarkan oleh media Amerika. Apa tujuan Anwar? Baru-baru ini akhbar Perancis, Liberation serang Najib dengan cerita Altantuya. Siapa sumber cerita?Sakit hati betul Anwar dengan Najib. Selepas Pak Lah, Anwar ingat dia ada peluang jadi PM. Dia cuba sekat Najib dengan pelbagai tuduhan dan angkara, tapi kalau tiada aral Najib akan tetap jadi PM pada 3 April ini. Terkulat-kulatlah Anwar.VOA juga menyebut bahawa Anwar akan bertemu dengan Perdana Menteri Thai, Abhisit Vejjajiva untuk membincangkan kerjasama dalam menangani masalah kepengganasan (insurgency) Muslim di selatan Thai.Anwar Ibrahim is in Bangkok until Tuesday and will meet Thai Prime Minister Abhisit Vejjajiva and other officials. Anwar and Mr. Abhisit are expected to discuss cooperation in addressing the Muslim insurgency in southern Thailand, which borders Malaysia.Apa komen Kementerian Luar Negeri mengenai hal ini?SI KELDAI

Sunday, March 29, 2009

Nizar tidak ceria di pusat penamaan calon

NASIR SUKIMAN29 Mac 2009CALON Pas, Nizar Jamaludin, tidak kelihatan ceria bila berjalan masuk ke Pusat Penamaan Calon P.059 Bukit Gantang, pagi ini. Beliau tahu bukit yang perlu didakinya begitu licin kerana kawasan undi ini merupakan kubu UMNO dan Barisan Nasional sejak lama dulu lagi dan hanya terlepas daripada genggaman sekali saja iaitu pada 8 Mac, 2008.Itupun berikutan masalah calon didatangkan dari luar. Kini Nizar harus berdepan anak jati Bukit Gantang, Ismail Saffian, ketua penerangan Umno bahagian didukung kuat oleh jentera parti yang bersatu padu selepas proses muhasabah diri pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlalu.Saingan dan tentangan kuat UMNO yang diyakini mampu merampas semula Bukit Gantang daripada Pas pada 7 April ini semakin dirasai bukan saja berikutan perpaduan di kalangan ahli dan pucuk pimpinan di peringkat bahagian, tetapi juga kekentalan dan semangat juang barisan baru parti di bawah Najib Tun Razak.UMNO di bawah Najib bergandingan dengan Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh jentera dikerah ke Bukit Gantang sekaligus mengubah dan menggugat keyakinan awal Pas dan Nizar yang lebih banyak mengharapkan simpati pengundi.Betapa pentingnya BN dan Umno khususnya mencapai kemenangan ditekankan oleh Muhyiddin memandangkan ia adalah pilihan raya kecil pertama selepas berlakunya peralihan kuasa dan kepimpinan dalam parti melibatkan bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Muhyiddin memberitahu barisan kepimpinan baru Umno yang dibentuk Khamis lepas akan memberi keyakinan kepada rakyat tentang kesungguhan kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan seperti yang diharapkan mereka.Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar berpendapat pucuk pimpinan baru Umno sudah pasti mahu membuktikan kemampuan masing-masing dalam usaha membawa kemenangan kepada BN di Bukit Gantang.Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, 49, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris, 42. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula menganggap BN mempunyai kelebihan dalam pilihan raya itu kerana mereka mempunyai segala keperluan dan jentera pilihan raya mencukupi. Pilihan raya ini diadakan berikutan penyandangnya Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Februari lepas, akibat serangan jantung. Pada 8 Mac, 2008 Roslan memenangi kerusi berkenaan setelah menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon bebas M. Mohganan dengan majoriti 1,566 undi. Sebagaimana kempen tahun lalu, Pas dijangka terus menggunakan surau dan isu Islam dalam ceramahnya selain menggesa pengundi ‘menderhaka’ terhadap Sultan. - malaysiaaktif.com

Wednesday, March 25, 2009

BN perlu kerja lebih keras di Bukit Gantang

BASHIR AHMAD22 Mac 2009
SUASANA di sepanjang jalan apabila kami memasuki kawasan Parlimen Bukit Gantang dari Kuala Kangsar semalam bagaikan kempen selepas hari penamaan calon sudah bermula.Bendera-bendera BN dan Pas sudah dipasang di kiri, kanan dan merentangi jalan. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac 2009. Lazimnya lambang-lambang parti yang bertanding akan membanjiri persekitaran bermula pada hari berkenaan.Begitulah hangatnya suasana pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang diadakan pada 7 April akan datang ekoran kematian Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Pas yang menewaskan calon BN, Datuk Abdul Azim Mohamad Zabidi dengan majoriti 1,566 undi pada pilihan raya umum Mac 2008.Kawasan ini dulunya adalah kubu BN, tapi entah macam mana terlepas kepada Pas dalam pilihan raya umum lalu. Ada yang mengandaikan faktor tsunami politik yang melanda seluruh negara turut mempengaruhi kawasan parlimen ini yang 35,265 pengundinya adalah Melayu dan 15,057 lagi bukan Melayu.Ada juga andaian bahawa calon BN ketika itu tidak dikenali oleh pengundi kerana beliau adalah `calon paracut' dari Kuala Lumpur. Maka kali ini BN mengambil keputusan memilih anak tempatan yang dikenali oleh rakyat tempatan, Ismail Saffian, Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara.Pas belum lagi menamakan calonnya dan dijangka melakukannya pada 24 Mac ini. Ada cadangan supaya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin bertanding bagi membolehkannya membalas dendam terhadap BN yang mengambilalih kuasa pemerintahan Perak berikutan dua anggota DUN PKR dan seorang daripada DAP keluar parti dan menyokong BN.Berdasarkan pengalaman pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu, jika pucuk pimpinan Pas merasakan peluang Nizar untuk menang adaklah lebih besar daripada calon-calon lain, kemungkinan besar nama Nizar akan naik walaupun beliau seorang ADUN. Di Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih seorang ADUN, Abdul Wahid Endut untuk bertanding dan akhirnya beliau menang.Bagi Pas, kemenangan di Bukit Gantang bermati-matian dicari untuk membuktikan bahawa parti itu lebih mendapat sokongan rakyat selepas kemelut politik Perak menyaksikan Sultan Perak memperkenan BN mengambilalih pemerintahan. Bukit Gantang akan menjadi medan untuk mengukur sejauh mana kesan kemelut politik itu terhadap para pengundi Melayu di negeri itu.Kesungguhan Pas untuk mempertahankan Bukit Gantang dapat dilihat daripada kehadiran jentera kempennya yang awal-awal lagi sudah berkampung di kawasan Parlimen ini.Hampir setiap kawasan Pas di Kelantan telah menghantar wakil dan membuka markas di setiap ceruk. Ini berlaku ketika UMNO masih sibuk dengan persiapan dan suasana menjelang Perhimpunan Agung ke-58 yang akan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac ini.Pada hari ini penulis dan rakan bertemu dengan dua orang kakitangan UMNO yang masih tercari-cari rumah penginapan untuk dijadikan markas kumpulan mereka di kawasan Kamunting.Bersama si rakan Cina itu, penulis kemudian memandu ke Kuala Sepetang untuk makan mi udang di gerai yang masyhur di tepi jalan ke pekan nelayan Cina itu. Selepas pertama kali menikmati mi udang yang berharga RM10 semangkuk di gerai yang diselubungi bau busuk longkang di tepinya, kami beredar ke Kuala Sepetang.Kuala Sepetang adalah pekan nelayan Cina. Dulu kawasan yang majoriti penduduknya orang Cina itu dikuasai oleh MCA.Setibanyanya kami di pekan itu, kelihatan sesuatu yang janggal. Bendera dan sepanduk Pas tampak di merata tempat. Bendera BN amat sedikit dan kecil-kecil pula, kelihatan ketara hanya di markas Parti Gerakan. Jika bendera menjadi ukuran kekuatan, nampaknya Kuala Sepetang adalah kawasan Pas walaupun penduduknya adalah Cina, kecuali kakitangan kerajaan termasuk polis yang bertugas di sebuah balai di situ.Pas Kelantan sudah membuka markas di pekan itu dan sedang giat berkempen.Ketika kami berada di pekan itu, jarum jam menunjukkan waktu kira-kira 1.00 tengah hari.Di sebuah kedai minum Cina, seorang lelaki Melayu berumur 50-an yang memakai kopiah dan berbaju Melayu duduk di sebuah meja yang dipenuhi lelaki-lelaki Cina. Sebilangan lelaki Cina itu sedang sedang minum bir, tetapi lelaki Melayu itu tidak minum apa pun.Lelaki Pas itu dari Kota Bharu Kelantan. Dia sedang memujuk orang-orang Cina Kuala Sepetang di kelilingnya supaya mengundi Pas. Katanya dalam bahasa Melayu, di Kelantan Pas memerintah tanpa sedikit pun menganggu kehidupan bukan Islam. Orang Cina masih boleh minum arak yang hanya diharamkan untuk orang Islam.Menurut lelaki itu, jika pengundi-pengundi Cina tidak percaya cakapnya, mereka boleh pergi sendiri ke Kelantan untuk melihat keadaan sebenar.Rakan penulis bertanya kepada penduduk di situ sama ada jentera kempen BN sudah berkempen di kedai-kedai kopi di Kuala Sepetang sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki Melayu Pas dari Kota Bharu itu. Jawapannya, Pas sudah lebih ke depan dalam berkempen.Pada malam ini, Naib Presiden Pas Mohamad Sabu dijadualkan beceramah di Kuala Sepetang.Dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan di Taiping, kelihatan bendera-bendera BN dan Pas hampir sama banyak di kawasan perumahan Melayu. Menariknya, bendera-bendera BN sekarang juga dikibar pada batang-batang buluh, satu perkara yang dulu hanya dilakukan oleh Pas.Kami kembali ke Taiping dengan membuat kesimpulan bahawa BN perlu bekerja 10 kali lebih keras jika mahu merampas kembali Bukit Gantang daripada tangan Pas. - malaysiaaktif.com

Sunday, March 22, 2009

Segalanya berlaku selepas Anwar gagal gantikan Mahathir

BASHIR AHMAD22 Mac 2009Akhbar Harakah keluaran 23-26 Mac 2009 yang dipasarkan lebih awal pada 22 Mac menjerit di muka depan dengan tajuk besar.``AGONG BERKUASA TOLAK NAJIB''Tajuk kecil pula berbunyi: ``Tuanku Mizan berhak untuk tidak melantik Najib Razak sebagai Perdana Menteri.''Di bawah tajuk besar itu, akhbar milik Pas itu membariskan petikan kata-kata Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dari UIAM yang kononnya dipetik sebagai berkata:``Dalam sebuah sistem demokrasi yang adil, terbuka dan telus memang Yang di-Pertuan Agong wajib mengikut kehendak majoriti sebagaimana ditetapkan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan. Tetapi dalam sebuah sistem yang kotor dan penuh dengan misteri dan penipuan, baginda perlu bijak dan berani jika tidak negara ini akan jatuh ke kancah kebinasaan.''Sebelum itu, akhbar milik Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, dalam keluaran 17-24 Mac 2009 pula menyiarkan di muka depan cerita yang bertajuk besar: ``Abdullah kekal PM?''Apakah yang tersirat di sebalik cerita-cerita akhbar milik pembangkang ini? Mereka tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Mereka tidak mahu Najib kononnya kerana beliau berlumuran dengan masalah peribadi. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz tumpang semangkuk dengan meminta Najib `membersihkan dirinya' sebelum jadi PM. Sebelum ini, semua orang tahu tentang Gobind Singh Deo, anak Pengerusi DAP Karpal Singh membuat tuduhan di Dewan Rakyat tentang penglibatan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya.Sebenarnya pembangkang tidak mahu Najib jadi PM kerana mereka tahu anak Tun Razak itu lebih berkaliber untuk berhadapan dengan para pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Hadi Awang.Selepas hampir-hampir menumbangkan BN di bawah pimpinan Abdullah, Anwar yang lebih mengenali Najib khususnya amat percaya bahawa beliau adalah satu-satunya pemimpin dalam UMNO yang boleh menyekat `kemaraan' pembangkang.Dan secara peribadi, Anwar juga sangat percaya bahawa jika Najib menjadi PM, peluangnya untuk ke Putrajaya akan terus tertutup.Sebenarnya, apa kurangnya Pak Lah selepas memimpin BN untuk mendapat mandat paling besar dalam pilihan raya umum 2004. Apa yang tidak dikata tentang Pak Lah. Pelbagai penghinaan disiarkan dalam blog dan laman web yang propembangkang.Pokoknya, pembangkang akan menentang siapa jua pemimpin BN, khususnya yang telah jadi PM dan akan jadi PM. Tapi terhadap Najib, nampak usaha mereka sudah keterlaluan. Ada juga cerita tersebar, kononnya ada satu komplot yang turut melibatkan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dengan Anwar untuk menyekat Najib. Kononnya lagi, mereka cuba mendapat sokongan Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir. Sejauh mana kebenaran cerita ini, telitilah perkembangan yang berlaku sepanjang sebulan lalu dan seterusnya pada dan selepas Perhimpunan Agung UMNO yang bermula 24 Mac ini.Episod-episod selanjutnya kelihatan seperti jigzaw puzzle yang belum dicantumkan sepenuhnya. Semakin hampir Perhimpunan Agung UMNO yang akan mengesahkan Najib sebagai Presiden UMNO yang baru, semakin jelas cebisan-cebisan jigzaw itu.Tidak lama dulu kononnya ada pertemuan sulit antara Ku Li dan Pak Lah. Pertemuan itu diadakan atas permintaan Ku Li. Isi dan tujuan perbincangan tiada siapa yang tahu. Kononya, Ku Li juga ada bertemu dengan Anwar sebelum itu.Tidak lama kemudian dua orang ahli UMNO telah memfailkan saman menuntut perintah Mahkamah Tinggi membatalkan Perhimpunan Agung UMNO sekiranya kira-kira 900 aduan rasuah politik tidak diselesaikan.Selepas itu heboh cerita Anwar bertemu Pak Lah atas jemputan Syeikh Mahmud Al-Majzub di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat.Kemudian heboh pula fasal bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim menyeru Yang di-Pertuan Agong supaya tidak melantik Najib sebagai PM.Ini diikuti dengan cerita-cerita dalam Harakah dan Suara Keadilan yang jelas berupa hasutan dan adu-domba untuk menghalang Najib daripada jadi PM. Suasana yang keruh selepas pilihan raya umum 2008 nampaknya semakin hari bertambah keruh.Rakyat Malaysia yang saban hari diracuni dengan pelbagai cerita kini semakin bingung. Disebabkan semakin bingung, mereka kini sudah tidak tahu lagi untuk membezakan cerita yang benar, cerita karut dan fitnah. Yang berserban sangat percaya, yang berkopiah menerima apa sahaja dan yang tidak berkopiah apatah lagi . Akhirnya kaca akan disangka intan. Yang bohong akan disangka benar. Yang benar akan disangka bohong. Ketika itu, akan terjunamlah Malaysia ke dalam kancah kebinasaan. Hura-hara negara angkara fitnah yang berleluasa.Dan segalanya semakin berlaku dan menjadi-jadi selepas Anwar gagal untuk menjadi pengganti Mahathir. - malaysiaaktif.com

Thursday, March 12, 2009

Najib tidak akan jadi PM?

Najib tidak akan jadi PM?
BASHIR AHMAD12 Mac 2009LEBIH kurang dua bulan lalu, penulis ke Kota Bharu bersama seorang rakan. Singgah di sebuah kedai makan, kami bersembang dengan seorang lelaki yang duduk di meja sebelah. Daripada sapaan biasa, perbualan kami akhirnya menjalar ke cerita politik. Lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya pesara kerajaan nyata banyak tahu mengenai hal-ehwal politik semasa.Agak mengejutkan apabila lelaki berkenaan yang berumur 60-an tiba-tiba bercakap dengan penuh keyakinan bahawa ``Datuk (Seri) Najib tidak akan jadi Perdana Menteri.''Rakan penulis yang tercengang lalu bertanya, kenapa?Jawab lelaki itu:`` Saya tidak boleh cerita panjang...tapi saya berani bertaruh...berapa banyak taruhan pun saya berani.''Oleh kerana teman saya itu adalah Cina, beliau secara berjenaka menyebut angka pertaruhan RM2 juta. Katanya, ada sindiket judi yang sanggup membuat taruahn sebanyak itu. Lelaki berkenaan menjawab, berapa banyak pun boleh. Memendekkan cerita, selepas beredar, penulis dan teman meneruskan bualan mengenai dakwaan lelaki berkenaan. Tentu ada sesuatu yang dia tahu, tapi kami tidak tahu.Najib tidak akan jadi Perdana Menteri? Ketika itu semua orang sudah tahu bahawa seluruh bahagian UMNO telah mencalonkan Najib menjadi Presiden UMNO, kecuali Bahagian Gua Musang yang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah. Pak Lah juga sudah mengisytiharkan Najib akan mengambilalih tempatnya. Mana mungkin Najib tidak akan jadi Perdana Menteri.Dalam masa yang sama, seorang teman penulis yang rapat dengan Tengku Razaleigh mendakwa bahawa anak raja itu baru sahaja menemui Pak Lah. Beliau tidak tahu apa yang dibincangkan, tetapi berkaitan dengan peralihan pucuk pimpinan dalam UMNO.Teman itu juga memberitahu penulis, ada kira-kira 900 aduan berhubung rasuah politik dalam UMNO yang telah dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO dan Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Katanya, jika aduan-aduan itu tidak diselesaikan segera akan menjadi `masalah besar' yang boleh menyekat peralihan kuasa dalam UMNO.Menurut pemberi maklumat itu, Razaleigh juga ada menghubungi Anwar Ibrahim mengenai perkara yang sama.Perkembangan tersebut mengingatkan penulis kepada cakap lelaki di Kota Bharu yang begitu yakin meramalkan bahawa Najib tidak akan jadi Perdana Menteri. Oleh kerana beliau senegeri dengan Tengku Razaleigh, penulis mengandaikan kemungkinan beliau juga tahu sesuatu yang sedang tersebar luas di kalangan orang-orang UMNO di Kelantan. Persoalannya, adakah Tengku Razaleigh sebagai faktor dalam perkara ini?Kemudian, tidak semena-mena dua orang ahli UMNO telah memfailkan permohonan injunksi ke mahkamah bagi menyekat Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 27 Mac ini. Mereka ialah Dato' Kadar Shah Tun Sulaiman Ninam Shah dan bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Mazlan Harun (anak Allahyarham Datuk Harun Idris) memohon injunksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang dalam UMNO gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung."Kita menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguh supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan laporan yang dikemukakan berhubung politik wang sama ada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun kepada Lembaga Disiplin," tegas Mazlan.Jika perhimpunan itu dapat disekat, tentulah peralihan kuasa melalui pemilihan dalam UMNO juga tersekat. Najib yang menang tanpa bertanding juga tidak disahkan jawatan Persiden UMNO. Maka Presiden UMNO lama akan terus kekal di tangan Pak Lah. Sudah tentulah beliau akan terus kekal di jawatan Perdana Menteri.Itulah andaian politik mengenai tindakan dua ahli UMNO tersebut. Siapa di belakang mereka? Siasatlah dengan kumpulan mana mereka rapat. Sudah tentu bukan dengan kem Najib.Dalam masa yang sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri sehingga telah selesai `masalah peribadinya.'Dan yang menjadi bualan hangat sekarang ialah pertemuan antara Pak Lah dan Anwar dengan kehadiran pengasas Madrasah Nurul Iman, Sheikh Mahmud al-Majzub selama 20 minit. Mereka hadir atas jemputan Syeikh Mahmud bagi majlis sambutan Maulidur Rasul madrasah itu. Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan membangkitkan kemampuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Abdullah. Pak Lah telah memberikan penjelasan kepada media mengenai perkara ini.Menurut Utusan Malaysia hari ini, perbincangan empat mata hanyalah rekaan semata-mata. Seterusnya akhbar tersebut melaporkan:Perdana Menteri berkata, beliau mengenali tokoh agama, Sheikh Mahmud Al-Mazjub dan menerima jemputan makan tengah hari sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran madrasah itu.Katanya, selain Mulidur Rasul, majlis tersebut turut diadakan sempena sambutan tamat latihan kerohanian 40 tahun tokoh agama tersebut.``Semasa saya sedang makan, Anwar tiba sebab dia pun dijemput. Itu sahaja.``Semasa saya sedang bercakap dengan Sheikh Mahmud, dia bagi pandangan macam-macam tentang masalah yang dihadapi dunia. Mengenai pentingnya kepimpinan negara. Kita mesti adil dan kita mesti mengawal keamanan. Itu yang ditekankan,'' katanya.Menurut Perdana Menteri, beliau hanya bercakap dengan Sheikh Mahmud dan bukannya dengan Anwar.``Dia (Sheikh Mahmud) bercakap dengan saya, bukannya dengan Anwar dan saya pun tidak bercakap dengan dia (Anwar) sebab dia sedang dengar tok guru bercakap. Tidak ada yang lebih selain itu,'' jelas Abdullah. Namun persoalan sama ada Najib akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung UMNO terus menjadi perbualan dan bahan teka-teki, sekalipun Pak Lah menegaskan peralihan kuasa akan tetap berlaku.Siapa yang beria-ia sangat mahu menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam? Dalam UMNO atau luar UMNO? Pelbagai andaian dilontarkan, tetapi semuanya andaian.Yang paling jelas, Anwar memang tidak suka Najib menjadi Perdana Menteri kerana peluangnya sendiri semakin tertutup. Dulu Anwar begitu yakin bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri kelima selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Itu tidak berlaku atas sebab-sebab yang semua orang tahu.Seterusnya Anwar merancang dan mengatur muslihat politik untuk ke Putrajaya kononnya pada 16 September 2008. Sekali lagi ia tidak berlaku.Namun hajat Anwar untuk jadi PM terus membara. Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu, Anwar telah memberitahu sebuah akhbar Cina teori perkataan RAHMAN yang mengaitkan dengan nama-nama orang yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. R bagi Tunku Abdul Rahman, A bagi Tun Abdul Razak, H bagi Tun Hussein Onn, M bagi Mahathir, A bagi Abdullah Ahmad Badawi dan N....(logiknya Najib).Menurut Anwar kepada akhbar Kwong Yik, Perdana Menteri selepas Abdullah ialah Anwar, bukannya Najib. Katanya, perkataan RAHMAN itu sepatutnya dieja sebagai RAHMAAN (dua A) kerana mengikut sebutan tulisan jawi MAN adalah lebih panjang dan patut dieja sebagai MAAN.Selain Anwar, Tengku Razaleigh juga masih bercita-cita untuk jadi PM. Sebab itulah beliau menawarkan diri untuk jadi Presiden UMNO selepas Pak Lah, tapi hanya mendapat satu pencalonan daripada Bahagian Gua Musang.Berdasarkan senario ini, jelas bahawa laluan Najib untuk menggantikan Pak Lah bukannya mudah walaupun UMNO telah memberikan kemenangan tidak bertanding kepadanya. Usaha untuk menyekatnya akan diteruskan hingga ke saat-saat terakhir. Pelbagai cerita buruk telah dan akan dilemparkan terhadapnya walaupun tanpa bukti. Sebab itulah ramai juga yang termakan kempen menentang Najib dengan mempercayai bahawa peluang anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak itu untuk mengikuti jejak langkah bapanya tidak akan tercapai. Bagi penulis mudah sahaja jawapannya. Yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Bukan Anwar, Tengku Razaleigh, Nik Aziz atau Pak Lah. Sama-samalah tunggu perkembangan selanjutnya- malaysiaaktif.com

Tuesday, March 3, 2009

'Persidangan DUN Perak' di bawah pokok

'Persidangan
Bernama3 Mac 2009
-->
IPOH, -- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada pembangkang hari ini mengadakan "persidangan tergempar DUN" di bawah pokok, 100 meter di luar bangunan DUN.Persidangan pada 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak pagi ini, kerana persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas meluluskan tiga usul.Sebelum itu, kekecohan berlaku di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan apabila ADUN pembangkang cuba memasuki ke kawasan bangunan itu untuk menghadiri persidangan di dalam dewan.Polis bagaimanapun hanya membenarkan Sivakumar memasuki bangunan itu pada kira-kira 9.45 pagi dan orang ramai termasuk media yang berada di situ telah diminta bersurai.Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias memberi amaran akan menahan sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat yang enggan bersurai.Polis sejak petang semalam telah mengadakan kawalan ketat termasuk menutup beberapa jalan menghala ke bangunan berkenaan Perak Darul Ridzuan.Lebih 100 penyokong pembangkang berkumpul di luar bangunan itu sejak awal pagi ini.Pintu masuk utama ke bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang telah ditutup sejak petang semalam dan hanya kakitangan perkhidmatan awam yang bertugas dibenarkan masuk hari ini.Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Undangan Negeri.Jumaat lalu, Sivakumar telah memanggil persidangan tergempar Dewan hari ini, namun Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan Abdullah Antong Sabri berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.Sivakumar bagaimanapun tetap menyatakan ia sah dan dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan mengadakan kawalan di pintu masuk bahagian belakang bangunan berkenaan.Di Mahkamah Tinggi Ipoh pula, sekumpulan peguam mewakili sama ada Barisan Nasional atau pakatan pembangkang berada di perkarangan mahkamah menunggu kes yang difail oleh Zambry dan enam anggota exco kerajaan negeri bagi memohon perintah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.Sivakumar sebelum ini menggantung dan melarang Zambry daripada menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan manakala enam anggota exco itu dikenakan larangan selama 12 bulan.Beliau semalam turut menggantung serta merta tugas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Abdullah Antong.-- BERNAMA

Monday, March 2, 2009

Pas sokong pandangan anak Karpal Singh

Bashir Ahmad

26 Februari 2008SIAPA yang bercakap benar, Lim Guan Eng atau Shabudin Yahaya?Kata Shabudin selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Guan Eng telah menubuhkan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama yang meletakkan kedudukan semua agama sebagai sama.Ekoran kenyataan Shabudin itu, Guan Eng menafikan kerajaan negeri telah menubuhkan majlis tersebut. Tidak cukup dengan penafian, Setiausaha Agung DAP itu juga bercadang untuk menyaman Shabudin dan Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan Shabudin.Di peringkat nasional dulu juga ada usaha mewujudkan Majlis Antara Agama (Inter Faith Council), tapi akhirnya idea itu dikuburkan setelah mendapat tentangan keras masyarakat Islam sehingga akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak menutup perbincangan mengenai perkara tersebut.Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, agama-agama lain dibenarkan, tetapi ajarannya boleh dikembangkan hanya di kalangan bukan Islam.Sejak merdeka, perkara ini amat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebab itulah wujudnya Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan upacara agama Islam (membaca doa) turut diadakan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.Hal ini sangat difahami oleh semua termasuk bukan Islam. Tiada bantahan mengenainya. Hanya sejak setahun dua yang lalu persoalan mengenai Islam dan status agama-agama lain mulai dibangkitkan. Akhirnya ada pandangan bahawa masyarakat pelbagai agama di negara ini saling tidak memahami. Lalu timbul syor pembentukan Inter Faith Council yang pada mulanya turut mendapat respons positif oleh Abdullah.Bagi umat Islam, usaha tersebut dilihat sebagai perubaan untuk meletakkan kedudukan Islam sama taraf dengan lain-lain agama. Ini amat sensitef kerana dari sudut akidah ia amat bertentangan dengan tuntutan iman seseorang Muslim. Sama ada bukan Islam suka atau tidak, seseorang Muslim hanya mengiktiraf agamanya sebagai agama yang diredai Allah untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Tiada kompromi dalam soal ini dan selagi mereka beriman, mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf agama lain setaraf dengan Islam. Dan mereka tidak akan mengacau agama-agama lain selagi agama mereka tidak dikacau. Sebab itulah Inter Faith Council dan apa jua badan yang semacam dengannya ditentang kuat kerana ia dilihat sebagai usaha untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan Islam. Soal sama ada kedudukan di negara-negara lain tidak sama dengan di Malaysia tidak harus menjadi bahan perbincangan kerana apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui oleh semua pihak semasa kemerdekaan dulu. Jika ia mahu disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, sifatkanlah.Hanya sehari selepas Shabudin membuat kenyataan tersebut, di Dewan Rakyat timbul pula satu isu yang turut menusuk hati nurani orang Melayu dan Islam.Pencetus isu ialah Govind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mahu menyaman Sultan Perak. Isunya ialah beliau mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, tidak lagi oleh parti yang menang pilihan raya dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.Apa niat Govind melontar cadangan tersebut? Adakah beliau mengutarakan supaya sistem demokrasi beraja dihapuskan. Jika Yang di-Pertuan Agong tidak lagi mempunyai kuasa untuk memperkenan pelantikan Perdana Menteri, apa lagi kuasa yang ada pada Raja. Andainya sistem itu dihapuskan di peringkat persekutuan, maka secara automatik raja-raja di peringkat negeri juga akan kehilangan kuasa memperkenan pelantikan Menteri Besar.Amat dipercayai bahawa Govind membuat syor ini berikutan apa yang berlaku di Perak sekarang. Barangkali beliau bercakap bagi pihak bapanya yang menghadapi kira-kira 100 aduan polis dan menerima dua butir peluru hidup ekoran sikap kurang ajarnya mahu menyaman Sultan Perak.Bagi penulis, tindak-tanduk para pemimpin DAP tidak mengejutkan kerana memang konsisten dengan dasar Malaysian Malaysia yang menuntut persamaan dalam semua bidang, termasuk agama. DAP mahukan sesiapa sahaja layak menjadi Perdana Menteri sekalipun bukan beragama Islam. Inilah yang dituntut oleh Govind sebagai susulan daripada tindakan bapanya untuk menyaman Sultan Perak dan penubuhan Inter Faith Council serta Suruhanjaya Silaturahim Antara Agama.Yang penulis tidak faham ialah pendirian Pas dalam soal ini. Adakah para pemimpin Pas bersetuju dengan tindak-tanduk DAP? Jika tidak setuju, tentulah ahli-ahli Pas di Perak tidak merusuh di depan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Jika tidak setuju, tentulah Datuk Seri Mohamad Nizar tidak merafak `sembah mohon derhaka.'Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu dihiraukan sangat kerana berpendirian mereka dalam soal agama sangat liberal. Segalanya boleh asalkan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri.Sebaliknya Pas seolah-olah merestui pendirian DAP kerana para pemimpinnya tidak bersuara langsung apabila perkara ini dibangkitkan. Aneh, apabila para pemimpin Pas bercakap tentang hudud, Karpal Singh bertempik `langkah mayat saya dulu.' Tapi apabila anaknya Govind bercakap tentang menghapuskan kuasa Raja Melayu, para pemimpin Pas membisu.Barangkali Pas juga berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara republik, yang mempunyai seorang Presiden. Bezanya Pas mahu Malaysia menjadi republik seperti Iran, dan DAP mahukan sebuah republik seperti Singapura. PKR pula tidak kisah sangat, asalkan Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. - malaysiaaktif.com