TSUNAMI politik yang menghakiskan kuasa Barisan Nasional tidak menghancurkan semangat politik dan prinsip-prinsip BN. Sebaliknya telah meluaskan nilai nilai majmuk BN kepada parti pembangkang. Ini menunjukan kemajuan dalam pembangunan politik persahanam dan tolak ansur yang tinggi dalam masyarakat berbilang kaum selepas pilihan raya ke-12 yang bukannya semakin runtuh malah semakin berkembang apabila teruji dan tercabar.
Ini dapat dilihat daripada penerimaan DAP, sebuah parti cauvinis Cina yang telah menerima pakai songkok untuk istiadat mengangkat sumpah dan juga pakaian sebagai Speakar Dewan Undangan Negeri. Demikian juga penerimaan projek ternakan babi oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Melayu dan Islam dari Parti Keadilan Rakyat yang disokong oleh Pas.
Hal ini tidak mungkin akan berlaku sekiranya tidak ada perkongsian kuasa anatara DAP, PKR di Perak dan di Selangor.
Ketua Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong menganggap ini sebagai suatu perkembangan positif.
Katanya: “ Pada masa lalu bila pemimpin MCA memakai songkok di upacara rasmi atau majlis pengadapan di raja, DAP mengkritik kami sebagai membelakangkan kebudayan sendiri kerana songkok bukan pakaian tradisi Cina. Sekalipun kami telah menerangkan bahawa pemakaian itu adalah untuk penghormatan dan juga budaya tuan rumah, tetapi mereka tidak mempedulikannya. Sekarang baru mereka sedar tentang keperluan untuk mematuhi peraturan dan undang undang.”
MCA dan MIC telah memahami ini sejak lebih 50 tahun dulu ketika persetujuan tentang tolak ansur dan kontrak sosial dibuat untuk asas kemerdekaan. DAP baru faham setelah berkawan dengan PKR dan Pas.
Pokoknya ialah Pas, PKR dan DAP sanggup untuk mengorbankan sikap dan dasar melampau masing-masing demi untuk mengekalkan kuasa yang berada di tangan rakyat. Rakyat hanya mahu menukarkan kerajaan, tetapi tidak dapat menerima sikap yang tidak bersifat toleransi. Malah tolak ansur DAP lebih hebat lagi apabila sanggup menerima songkok, dan PAS serta PKR sanggup terima babi.
Oleh kerana Pas dilihat sebagai parti pelampau Islam dan DAP sebagai pelampau Cina, maka perubahan sikap kedua-dua parti itu dilihat sebagai “murtad” terhadap ideologi masing masing. PKR pula dilihat sebagai bayang-bayang UMNO yang memainkan peranan merasionalisasikan kedua-dua parti itu.
Maka itu sekarang pemimpin besar DAP Lim Kit Siang agak diam kerana beliau bimbang jika PKR jadi Perdana Menteri.
CINA DAN INDIA PUN BERPECAH
BUAT pertama kalinya sejak merdeka, orang Melayu merasakan kehilangan maruah dan kuasa. Mereka merasakan telah dikhianati oleh orang Cina dan India selepas BN kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen dan kehilangan kuasa di lima negeri.
Perasaan orang Melayu ini jelas digambarkan oleh Tengku Mahkota Kelantan yang menyatakan bahawa ketuanan Melayu semakin tercabar apabila kaum lain lebih dominan dari segi ekonomi dan politik. Sebenarnya dari segi ekonomi sudah lama, tetapi dari segi politik adalah baru.
Dalam menghadapi tekanan dari Hindraf sebelum pilihan raya ke-12, kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah Badawi menunjukan baik sikap dengan meluaskan cuti Thaipusam ke Wilayah Persekutuan yang sebelumnya hanya di Selangor. Tetapi balasannya ialah orang India menolak calon-calon Melayu dan India sendiri termasuk di kawasan tradisi menang. Sekalipun sebilangan orang Melayu juga tidak menyokong BN, tetapi jika Cina dan India terus menyokong, BN tidak akan kalah teruk.
Orang Melayu terus bersikap mengalah (defeatist) setelah mengalami tsunami politik tanpa melihat kekuatan dan hikmah yang tersirat di sebalik kekalahan ini iaitu MCA,Gerakan dan MIC hilang kekuatan suara dan kuasa dalam BN. Dalan keadaan ini, Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin berasa perlu untuk meminta maaf kerana menghunus keris di perhmpunan Pemuda UMNO tiga tahun lalu.
Sekalipun penjelasan telah dibuatnya berpuluh kali, namun kerana kekalahan BN dalam pilihanraya baru lalu, beliau merasakan penjelasan itu masih tidak diterima oleh Melayu dan bukan Melayu.
Sementara itu menurut keputusan terakhir kerajaan, sami dari India akan dibenarkan untuk terus berkhidmat di negara ini sekalipun pada mulanya mahu dibatalkan. akhbar Tamil Makkal Osai yang memainkan api perkauman dalam pilihan raya dan sebelumnya telah dibenarkan untuk berada semula di pasaran dengan kerajaan membaharui lesennya sekalipun permohonannya ditolak sebelum itu.
Akhbar ini telah memainkan isu-isu sensitif termasuk menuduh RTM membuang pegawai India kerana menyokong Hindraf walaupun sebenarnya mereka tidak diperbaharui khidmat oleh RTM kerana masalah disiplin.
UMNO dan orang Melayu tidak dapat meliht kekuatan mereka dalam keadaan sekarang ini. Sebenarnya bukan orang Melayu sahaja yang berpecah tetapi orang Cina dan India juga telah hilang kubu pertahanan mereka. MCA telah hancur dan MIC boleh dikatakan telah musnah. Inilah benteng pertahanan bukan Melayu yang memperjuangkan nasib sekolah Cina, bahasa China dan Tamil dan mempertahankan sami-sami dari India dan kuil-kuil Hindu . Sokongan bukan Melayu kepada parti pembangkang bukanlah memberikan kekuatan kepada orang Cina dan India dalam Parlimen seperti kehadhiran ramai anggota dari MCA dan MIC di Parlimen yang lalu.
Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Melayu sekarang jika mahu boleh tidak mempedulikan suara MCA, Gerakan dan MIC kerana mereka tidak lagi mempunyai pertahahan yang kuat. Bagaimanapun hal ini tidak berlaku kerana orang Melayu sebenarnya hanya suka memuka gendang perang tetapi sebenarnya penakut. Lebih menjatuhkan semangat dan maruah orang Melayu dalam keadaan ini ialah bila Ketua Pemuda UMNO, anak kepada seorang wira Melayu yang hebat, Datuk Hishamuddin Onn telah meminta maaf kepada Melayu dan bukan Melayu kerana katanya perbuatannya menghunuskan keris telah menyebabkan kekalahan BN.
Beliau tidak memikirkan sebaliknya. Beliau tidak memikirkan bahawa sikapnya yang membisu terhadap perbuatan, percakapan dan tindakan-tindakan yang menyentuh perasaan orang Melayu termasuk sikap Pemuda Gerakan Pulau Pinang yang meyokong Hindraf telah menyebabkan beliau dianggap sebagai bacul. Parti Gerakan tidak mempedulikan desakan Hishammuddin supaya tindakan diambil terhadap pemimpin pemuda Gerakan yang membuat kenyataan itu. Satu demi satu sikap toleransi Hishammuddin menghakiskan keyakinan Melayu terhadap UMNO.Ada kalanya beliau menjerit dan bertempik tidak pada tempatnya. Jeritan dan tempikan ini pula tidak selari dengan tindakan.
Permohonan maaf Hishammudin juga boleh menimbulkan pertanyaan orang Melayu terhadap Ketua Pemuda UMNO itu. Tidakkah simbol keris terhunus di bendera UMNO yang dijulang dan dikibarkan setiap hari juga menyebabkan UMNO atau Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya Parlimen lalu?
Tidakah Hishammuddin juga berasa perlu untuk bendera itu diturunkan dan digantikan dengan bendera yang simbol tidak menakutkan yang lebih sesoai bagi mempastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang?
Munsyi Abdullah
27 April 2008
Sunday, April 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment