Sunday, April 13, 2008
Anwar tak setuju Khairy diserang
DATO' Seri Anwar Ibrahim berkata, Khairy Jamaluddin tidak patut dipersalahkan sepenuhnya terhadap `kekalahan' BN dalam pilihan raya umum 2008.Kata pemimpin de facto PKR yang pernah menjadi Timbalan Presiden UMNO, beliau tidak bersetuju dengan serangan peribadi terhadap Khairy yang banyak dilemparkan terhadapnya."Saya mengikuti politik UMNO secara dekat tapi saya tidak bersetuju dengan serangan peribadi terhadapnya. Apa yang saya cakap ini tentulah tidak disukai."Ia boleh dianggap mempertahankannya walaupun saya bukan mempertahankannya," kata Anwar dalam interviu dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.Anwar ditanya: Sesetengah orang menyifatkan Khairy Jamaluddin seperti anda semasa muda - bercita-cita tinggi, pandai bercakap, punyai daya tarikan, ada aura dan cepat naik sehingga memijak kaki ramai orang. Setujukah anda bahawa Khairy menyerupai anda semasa muda?Jawab Anwar : " Sebenarnya saya tidaklah sangat kenal dia. Saya cuma bertemu dengan dia sekali selepas saya dibebaskan dan saya minta dia membantu saya mendapatkan pasport (untuk rawatan di luar negara) kerana saya sedang sakit."Semasa dia menemui saya, saya sakit sangat. Bagi saya dia nampaknya pintar dan sangat berbudi bahasa semasa pertemuan itu."Tapi saya fikir beberapa kenyataannya kemudian nampak angkuh sedangkan saya tegas dan kuat pendirian. Ada beza antara tegas dan angkuh dan dia adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya." - malaysiaaktif.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment