Thursday, May 28, 2009

Anwar bimbang PKR tewas

Nasir Sukiman27 Mei 2009PENANTI? Encik nak nanti…bukan saya hendak ke Penanti, Pulau Pinang..ada Pilihan Raya Kecil (PRK) . Dialog ringkas ini penulis rakam ketika hendak menaiki pesawat dari KL ke Bayan Lepas, petang Selasa.
Kerani di kaunter pesawat di Lapangan Terbang Subang, sama seperti ramai rakan di KL sama ada tidak tahu, tidak peduli atau tidak pernah dengar berita mengenai PRK di kawasan Dun N.12 Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, 31 Mei depan. Rasanya ramai tidak peduli.
Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana sejak 23 Mei lalu setelah Umno-Barisan Nasional memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di Penanti, akhbar dan stesen televisyen terutama arus perdana meminggirkan berita mengenai PRK itu.
Sambutan dingin dan kegagalan Penanti mencuri tumpuan semakin parah apabila mood pilihan raya langsung tidak dirasakan walaupun jika kita berada di tengah pekan Penanti sekali pun.
Dari Bayan Lepas ke Jambatan Pulau Pinang lantas ke lebuh raya di Seberang Perai menuju Bukit Mertajam tidak kelihatan walau satu pun bendera atau kain rentang menunjukkan ada PRK. Rentak hidup penduduk di ‘Pulau Mutiara’ berjalan seperti biasa.
Di Tanah Liat berdekatan Penanti kesesakan di jalan raya tidak kelihatan langsung. Bolehlah disimpulkan ini pertama kali pilihan raya kecil yang diharapkan Anwar Ibrahim menjadi ‘pukulan’ kepada Umno-BN bertukar menjadi seperti majlis mengusung keranda bagi Parti Keadilan Rakyat dan turut sama Pas dan DAP sekali.
Lebih malang lagi, calon di uar-uarkan Anwar Ibrahim iaitu Dr Mansor Othman, orang kuat Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang pun tidak mendapat tempat langsung di media arus perdana.
Cuma Malaysiakini, Malaysianinsider dan Suara Keadilan online cuba membuat liputan. Tetapi tanyalah rakan ramai tidak berminat membaca tiga portal berita ini apatah lagi Malaysiakini perlu dibayar untuk membacanya.
Jelas Mansor tidak ada daya penarik dan lebih buruk lagi tidak begitu berketerampilan. Begitu juga dua lagi bebas iaitu Nai Khan Ari Nai Keow dan Kamarul Ramizu Idris.
Namun kini jelas nama calon Bebas penentang utama Mansor iaitu Aminah Abdullah semakin bermain di bibir penduduk, pembaca akhbar, penonton tv dan paling penting pengundi di Penanti.
Sebaik saja mengumumkan hasrat bertanding pada awal Mei dan sehingga kelmarin Aminah yang membahasakan dirinya sebagai Kak Min atau lebih dikenali sebagai Mami dari Jelutong sudah muncul di dada-dada akhbar baik di muka dalam mahupun di muka satu The Star dan Sinar Harian.
Kehebatan mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu diakui sendiri oleh Anwar yang dikatakan menghantar perwakilan untuk ‘merujuk’ kembali Kak Min dengan tawaran RM80,000 dan jawatan Presiden Majlis Perbandaran Seberang Perai jika beliau menarik diri daripada bertanding menentang Mansor.
Berikutan penampilan Kak Min yang saban hari menghiasi akhbar dan muncul di kaca televisyen itu, Anwar terkial-kial berusaha menggembleng jentera PKR yang hanya mengatur dua atau tiga ceramah di Penanti sejak Ahad lalu.
Anwar dan Mansor kini sedar pengundi sebenarnya bosan dengan permainan politik kotor pemimpin pembangkang itu yang memfitnah Fairus Khairuddin hingga memaksa mantan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu meletak jawatan.
Rupa-rupanya dakwaan Fairus wujud komplot menjatuhkan beliau sememangnya benar dan dalangnya adalah Anwar sendiri.
Bagi Dr Mansor, 31 Mei depan mungkin adalah hari paling malang bagi beliau kerana jika tewas maka ia menandakan betapa beliau ditolak terus oleh pengundi Pulau Pinang tidak kira di mana kawasan DUN beliau bertanding.
Pada satu ceramah perdana malam kelmarin Anwar sendiri mengakui PKR akan mengalami kekalahan mengejut kepada calon Bebas Aminah jika pengundi Penanti tidak keluar membuang undi kerana menganggap parti itu tetap akan menang tanpa mereka memangkah nya pada Ahad depan.
Ada 15,384 pengundi berdaftar di Penanti dengan 72.6 peratus Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 India dan 0.7 bangsa lain.-malaysiaktif.com

No comments: