Bernama24 Mei 2009By: Ramjit
KOTA BAHARU, -- Umno Kelantan berpendapat masih terlalu awal untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Jumaat lepas.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata mesyuarat biro politik Umno negeri di sini malam tadi hanya membincangkan situasi politik semasa di Manek Urai."Kita hanya mendengar taklimat mengenai keadaan di Manek Urai dari Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman dan langsung tidak membincangkan soal calon di DUN itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat biro itu di Bagunan Umno Negeri di sini, malam tadi.Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob dari PAS akibat sakit jantung. Ismail dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak April lepas.Pada pilihan raya umum lepas, Ismail menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.Mustapa berkata Umno Kelantan akan membuat keputusan mengenai calon pilihan raya kecil itu selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai DUN itu, Khamis ini."Sebaik mendapat isyarat daripada ibu pejabat barulah Umno Kelantan akan bertindak segera. Jika bertanding, kita akan berjuang habis-habisan di Manek Urai kerana kita yakin peluang BN di sana adalah baik."Pakatan Rakyat akan memutar belitkan apa sahaja yang Umno dan BN lakukan dan kita tidak gentar berdepan sesiapa sahaja," katanya.-- BERNAMA
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment