Thursday, May 21, 2009

Persaingan antara parti Cina dalam BN

Mei 2009
Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) telah meminta parti-parti politik terutama yang berasaskan Cina di negara ini supaya tidak menggunakan isu bekas pemimpin komunis, Chin Peng bagi menarik sokongan masyarakat Cina. Desakan telah dibuat oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan supaya membenarkan pemimpin PKM pulang ke Malaysia sekalipun mahakamah telah memutuskan dia tidak boleh pulang. Alasan yang diberikan oleh Gerakan ialah Chin Peng tidak lagi merupakan ancaman kepada keselamatan negara dan kerana itu pertimbangan dari sudut kemanusiaan harus diberikan kepadanya. Desakan ini tentunya tidak sahaja menyakitkan hati orang Melayu, tetapi orang Cina yang ibubapa atau saudara mara mereka menjadi mangsa dalam menentang keganasan pengganas komunis di negara ini dalam masa lebih 10 tahun darurat berlarutan di negara ini. Dr. Teng tidak sedar dia tidak akan bergelar Datuk sekiranya komunis berkuasa di negara ini. Apakah Dr.Teng tidak melihat mahkamah juga menimbangkan nilai kemanusiaan dalam menolak hasrat Chin Peng untuk kembali ke negara ini? .Apakah bukan kemanusiaan apabila mahakamah bersimpati dengan keluarga yang dibunuh dengan kejamnya oleh gerila-gerila Chin Peng. Lebih tidak berperikemanusiaan lagi apabila Gerakan boleh memejamkan mata terhadap keluarga anggota tentera dan juga rakyat biasa di negara ini yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng sebaliknya lebih menghargai perasaan pembunuh kejam untuk pulang ke tanah air yang pernah dikutuk dan dihinanya. Lebih buruk lagi sikap Gerakan apabila ia membuat desakan ini dalam masa fahaman perkauman sedang marak di negara ini. Gerakan ternyata bukan sahaja tidak faham terhadap sejarah negara ini, malah tidak sensitif kepada suasana politik semasa. Mengikut sejarah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman tidak takut kepada masyarakat Cina yang ramai tetapi lebih takut kepada Cina Komunis. Maka itu beliau menerima penyertaan Singapura dalam Malaysia dan menyingkirkannya setelah Sinagapura dapat menjamin tidak akan ada lagi kebangkitan komunis Cina di negara itu. Tuntutan Gerakan supaya membenarkan Chin Peng pulang adalah suatu provokasi jahat untuk merosakkan keharmonian hidup antara kaum di negara ini. Reaksi dari Kelab Veteran Komando Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi menguntungkan Gerakan dari segi politik untuk menunjukkan ia lebih hebat dalam memperjuangkan isu perkauman Cina.. Semakin banyak pertubuhan Melayu dan masyarakat Melayu membantah desakan itu maka Gerakan percaya ia ia akan menjadi semakin popular di kalangan orang Cina. Jika dilihat kembali sejak selepas pilihan raya 2008 yang memberikan keputusan buruk kepada BN, jelas nampak bahawa parti-parti Cina yang menjadi komponen BN bersaing memainkan isu-isu perkauman yang telah sekian lama dimainkan oleh DAP. Jelas bahawa MCA dan Gerakan telah menjadi Pak Turut dan tidak lagi mempunyai keupayaan fikiran dan fizikal untuk mencari pengaruh di kalangan masyarakat Cina atau isu sendiri. MCA dan Gerakan tidak lagi terlihat memperjuangkan semangat Perikatan atau Barisan Nasional sebaliknya berada dalam semangat DAP. Mereka mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu untuk mencari populariti di kalangan masyarakat Cina. Mereka telah bankrap dengan inisiatif dan idea baru. Sikap parti-parti komponen BN ini tidak memberikan sumbangan ke arah perpaduan dalam BN sebaliknya akan memusnahkan harapan Najib untuk 1 Malaysia. MUNSYI ABDULLAHmalaysiaaktif.com

No comments: