Monday, May 11, 2009

Nizar diisytihar sebagai MB Perak yang sah

Bernama11 Mei 2009KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin. ini.Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah -- Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir -- yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik bagi tempoh lebih 100 hari, akhirnya terjawab.Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar."Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?""Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," kata Abdul Aziz dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.Pada 13 Feb, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah Menteri Besar Perak yang sah.Nizar, yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas apabila pakatan pembangkang memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum ke-12, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar.Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.Abdul Aziz berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih, dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz, yang merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang ketiga mendengar kes itu, tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar boleh memohon bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri."Peguam Negara berhujah bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti."Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi Menteri Besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada Menteri Besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz.Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.Abdul Aziz berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih, dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.Abdul Aziz berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti."Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan."Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam Dewan (apabila Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.Krisis politik Perak bermula apabila dua anggota Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri tetapi permohonan itu ditolak.Dalam penghakimannya hari ini, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi."Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.Hakim itu turut mempersoalkan kenapa Barisan Nasional, selepas mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz."Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari. Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.-- BERNAMA

No comments: