Sunday, December 28, 2008

Pas rakan kongsi kelas dua Pakatan


CUBIT-CUBIT
24 Disember 2008


DALAM Barisan Nasional (BN), UMNO adalah kepala atau ketua gabungan.

Dalam pakatan pembangkang yang Anwar Ibrahim bahasakan sebagai Pakatan Rakyat (rakyat adalah istilah politik kegemaran Anwar), Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kepala, DAP adalah penasihat eksekutif (yang cakapnya mestilah didengar dan dilaksanakan), manakala Pas adalah rakan kongsi yang lebih bersifat penumpang.

Tiba-tiba Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam satu majlis wacana dengan Khairy Jamaluddin di Kota Bharu menegaskan, jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, hukum hudud dan qisas akan dilaksanakan. Dia bercakap begitu setelah didesak oleh Khairy supaya menyatakan pendiriannya mengenai perkara tersebut.

Beberapa hari kemudian, Husam dilaporkan menarik balik kata-katanya. Hukum hudud dan qisas hanya boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan PKR dan DAP.

Nyatalah bahawa cakap Husam hanyalah cakap kosong. Sebenarnya, jika ...(ulangi)... jika...takdirnya Pakatan Rakyat memerintah, hukum hudud dan qisas tidak akan dilaksanakan. Sebabnya Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan Karpal Singh telah membantah keras kenyataan Husam. Suara mereka adalah suara mutlak DAP.

Suara mutlak PKR ialah Anwar. Tapi Anwar masih membisu. Walaupun Karpal telah mendesak keras, Anwar belum mengeluarkan komen berhubung kenyataan Husam. Sebabnya sangat jelas. Siapalah Anwar dan PKR tanpa sokongan DAP dan Pas.

Anwar tidak mampu untuk menyinggung perasaan sama ada DAP atau Pas. Kalau memihak kepada DAP, akan menyinggung Pas. Kalau memihak kepada Pas, akan menyinggung DAP. Lebih baik berdiam diri.

Kepada orang-orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di kawasan pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan berlangsung tidak lama lagi, sedarlah hakikat ini.

Pas boleh bercakap apa sahaja, tapi akhir kata terletak pada Anwar, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal. Bukan pada Haji Hadi Awang, Nik Aziz atau Husam.

Di Kuala Terengganu, kalau Pas menang pun pilihan raya kecil 17 Disember, ia tidak akan membawa makna kepada suara Melayu dan Islam. Pas hanyalah rakan kelas dua dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dibuktikan oleh episod kenyataan hukum hudud Husam.

Sebaliknya jika BN menang, ia menjamin harapan UMNO untuk meneruskan tanggung jawabnya sebagai pemelihara kepentingan Melayu dan Islam dalam kerangka mufakat Barisan Nasional. Berbeda dengan Pas, UMNO adalah kepala dalam Barisan Nasional. Pas hanyalah rakan kongsi kelas kedua.

SI KELDAI

Wednesday, December 17, 2008

RM425 juta untuk keluarga bekas komunis di Malaysia

17 Disember 2008

SEKUMPULAN aktivis Cina yang disokong oleh DAP telah menuntut kerajaan Britain membayar dosa tenteranya membunuh 24 penduduk keturunan Cina di sebuah kampung di Batang Kali Selangor dengan pampasan sebesar 80 juta pounds (RM425 juta) kerana mereka bukan pengganas komunis seperti yang didakwa.
Kumpulan ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur baru-baru ini dan menyampaikan memorandum tuntuan mereka itu. Perkara ini juga pernah di perjuangkan oleh parti cauvinis Cina DAP ke Parlimen
Anggota kumpulan aktivis ini tidak pernah menyaksikan sendiri peristiwa pembunuhan itu tetapi membuat tuntutan berasaskan kepada fakta sejarah yang memihak kepada mangsa seperti yang ditulis oleh pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dalam memoirnya “My Side of History.”
Chin Peng mendakwa mangsa pembunuhan itu bukan pengganas, tetapi orang awam dan beliau menyamakan tindakan tentera British itu seperti peristiwa My Lai yang berlaku 19 tahun kemudiannya di Vietnam iaitu pada 16 Mac I968 di mana tentera Amerika melakukan pembunuhan orang awam secara beramai-ramai.
Menurut Chin Peng, sebuah akhbar mingguan popular British The People telah mendapat maklumat tentang perisitiwa yang sama berlaku di Malaya semasa dururat dan menjalankan siasatan dengan menemuramah bekas-bekas tentera yang berkhidmat pasa masa itu dan mendedahkannya di muka hadapan The People keluaran 1 Febuari 1970.
Pendedahan itu berkata: `` It flatly charged that on December 1948, the Scots Guards platoon had perpetrated a cold blooded massacre civillian workers at Batang Kali.''
Menurut Chin Peng lagi, semua fail polis mengenai Batang Kali masih dirahsiakan hingg hari ini. Beliau menyifatkan dakwaan British terhadap mangsa pembunuhan itu sebagai “pengganas” adalah “emotive terminology “yang digunakan supaya tidak berlaku pendewaan tehadap perjuangan PKM. Beliau mengemukakan hal ini sebagai satu kes “sejarah disunting” atau dipinda atau diputarbelitkan(edit history).
Perjuangan menuntut pampasan bagi Batang Kali ini telah dibuat berulang kali, lama sebelum Hindraf menuntut beratus juta ringgit pampasan daripada kerajaan Britain kerana tidak menjaga kebajikan orang India sebagai pendatang dan buruh di bawah pemeritahan penjajahan British.
Yang tidak menuntut pampasan dari kerajaan Brirtish ialah orang Melayu kerana mereka merasakan bahawa dengan pemberian kemerdekaan negara ini, maka British tidak lagi berhutang kepada mereka.
Kemerdekaan inilah pengikhtirafan terhadap ketuanan mereka tetapi pihak-pihak lain harus mengesahkan perjuangan haram sebagai perjuangan yang halal bagi mengesahkan ketuanan dan hak mereka ke atas negara ini. Inilah yang dikehendaki oleh PKM yang telah menegakkan pemerintahan bintang tiga beberapa hari selepas kekalahan Jepun dan sebelum anggota MPAJA atau PKM lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan bersenjata bagi menegakkan pemerintahan Cina di Malaya pada tahun 1948.

Nampaknya buku sejarah perjuangan Parti Komnunis Malaya yang ditulis oleh pemimpin pemimpin Parti Komunis Malaya yang masih hidup dan yang telah mati, sedikit sebanyak berjaya menjadi isu kontroversi di negara ini setelah PKM dikalahkan dan dihapuskan.
Golongan caunivis Cina di Malaysia mahu meneruskan perjuangan yang gagal ini dan jika sekiranya Kerajaan Britain bersetuju membayar pampasan itu, maka bererti pengikhtirafan terhadap perjuangan PKM dan banyak lagi pembunuhan pengganas akan dituntut untuk diiktiraf sebagai pembunuhan awam dengan bukti dari bekas-bekas pemimpin PKM dan juga orang yang bersimpati dengan mereka di luar negara.
Tidak hanya Ching Peng yang telah menulis memoirnya yang begitu terperinci, tetapi Rashid Maidin dan Shamsiah Fakir dan beberapa orang lagi bekas pemimpin Parti Komunis Malaya dari keturunan Melayu juga menulis kisah masing-masing untuk membenarkan dan mengesahkan perjuangan mereka.
Harus diingatkan jika PKM berjaya, negara ini tidak lagi mempunyai orang Melayu sebagai raja dan Yang di-Pertuan Agong dan tidak ada lagi perbincangan mengenai ketuanan Melayu.
Sesungguhnya bukan sukar untuk “edit history” kerana secara perlembagaan Singapura telah pun berjaya melakukankannya dan di Malaysia usaha secara perlembagaan juga sedang berlaku sekarang.- malaysiaaktif.com

Tuesday, December 16, 2008

Syabas RTM

Syabas RTM !

IZINKAN Si Keldai sesekali menepuk belakang, bukannya asyik mencubit. Kalau sepanjang masa mencubit, banyak orang menyampah.Syabas kepada RTM kerana berjaya membuat liputan peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dengan baik, malah lebih baik daripada stesen-stesen TV lain.Dulu, RTM sentiasa di belakang stesen-stesen TV lain dalam laporannya terutama mengenai isu dan peristiwa semasa.Kali ini Si Keldai nampak sebuah stesen yang dulu jauh lebih ke depan daripada RTM, kini sangat mengecewakan penonton. Kalau tak silap, RTM lebih dulu daripada yang lain dalam membawa laporan pertama kepada penonton. Dan kemudian sentiasa ada laporan terbaru dalam siaran berita setiap sejam.Unit Bencana RTM, yang menurut Menteri Penerangan Shabery Cheek akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2009, telah berjaya menjalankan tugas lebih awal daripada yang dijadualkan. Syabas!Sebaliknya, sebuah stesen yang dulunya menjadi ikutan ramai, kali ini sungguh menghampakan. Bayangkan ketika membuat lintas lansung dari studio ke tempat kejadian, pelapor yang bertugas di kawasan Bukit Antarabangsa tidak bercakap sepatah pun selama kira-kira seminit. TV berkenaan hanya mampu menyiarkan wajah pelapor berkenaan (wanita) berdiri tercegat dan membisu di depan mikrofon yang dipegangnya.Tentulah kegagalan itu berlaku kerana pelapor berkenaan tidak mendapat isyarat supaya bercakap. Bagaimana ini boleh berlaku? Barangkali peralatan stesen TV berkenaan sudah lapuk, atau penerbitnya tidak buat kerja dengan betul.Apa pun, tahniah kepada RTM yang sekian lama dianggap ketinggalan. Anda boleh bangkit daripada tidur jika ada kemahuan dan kesungguhan. Teruskan kerja baik ini dengan persiapan dan perancangan yang betul. Yang lebih penting, mesti ada iltizam di semua pihak yang berkaitan di RTM dan Kementerian Penerangan.SI KELDAI

Monday, December 15, 2008

Wan Farid bukan calon pilihan raya kecil KT?

CUBIT-CUBIT15 Disember 2008
NAMPAK gayanya ditakdirkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga dikenali sebagai Wan F tidak akan menjadi calon UMNO/BN bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009. Walaupun UMNO akan mengumumkan secara rasmi nama calon pada minggu ini, isyaratnya amat jelas apabila tempoh perkhidmatan Wan F sebagai senator disambung sepenggal lagi semalam.
Wan F disebut-sebut sebagai calon favorit atas kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, tapi ternyata andaian itu meleset dan bermakna gagalnya kempen media yang dialunkan oleh Media Prima, kumpulan media yang berada di bawah cengkaman Khairy Jamaluddin dan `Tingkat 4 JPM.' Misalnya, Ketua Pengarang Kumpulan NST, Hishamuddin Aun menulis dalam Berita Minggu 14 Disember 2008 bahawa BN akan menghadapi pelbagai masalah jika bukan Wan Farid yang dipilih menjadi calon di Kuala Terengganu.
Wan F sebelum menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri (Pak Lah). Apabila Khairy tidak lagi memegang jawatan Pembantu Khas Pak Lah, peranan beliau di Tingkat 4 JPM diserahkan kepada Wan F. Oleh kerana Wan F adalah anak Terengganu, tentulah peranan beliau sebagai tangan Khairy dan Tingkat 4 amat kuat di negeri yang kaya dengan duit minyak itu.
Dalam dunia blog, begitu banyak cerita mengenai duit minyak Terengganu digunakan untuk projek-projek yang dikatakan tidak membawa manfaat secara langsung kepada rakyat biasa. Ahli perniagaan Patrick Lim dikaitkan dengan projek-projek ini.
Maka jika Wan F tidak dipilih menjadi calon, keputusan tersebut mudah dibaca sebagai ada kaitan dengan peralihan kuasa dalam UMNO yang akan menyaksikan Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO dan PM selepas Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009. Ini boleh mendorongkan spekulasi bahawa kem Pak Lah, Khairy dan Tingkat 4 JPM sudah hilang pengaruh lebih awal. Mereka tidak boleh mempengaruhi pemilihan Wan Farid.
Walaupun Berita Minggu dari kumpulan Media Prima menguar-uarkan BN akan menghadapi banyak masalah jika Wan F tidak dipilih, cakap-cakap politik yang Si Keldai dengar membayangkan kemungkinan adalah sebaliknya.
Dikatakan bahawa Wan F akan dikaitkan oleh Pas dengan peristiwa Batu Buruk pada 9 September 2007, di mana polis didakwa menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan perhimpunan politik tanpa permit. Isu itu akan menyukarkan peluang BN jika Wan F yang bertanding.
Pergolakan politik ekoran pertandingan jawatan Ketua Bahagian Kuala Terengganu yang Wan F menangi juga menjadi perhitungan. Dikatakan bahawa beliau masih mempunyai ramai musuh di bahagian itu yang hanya menunggu peluang untuk `cas keting' jika beliau menjadi calon.
Mengambil kira faktor-faktor ini, UMNO dijangka memilih seorang calon yang akan mendapat sokongan semua kalangan UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan tidak mempunyai cacat-cela yang boleh dijadikan modal serangan pembangkang.
SI KELDAI

Sunday, December 14, 2008

Sikap materialistik di Bukit Antarabangsa

Khairul Jervin14 Disember 2008
TRAGEDI tanah runtuh di Bukit Antarabangsa telah seminggu berlaku. Setakat waktu ini hanya empat sahaja yang terkorban. Jika anda melihat kemusnahan yang berlaku di Bukit Antarbangsa ini anda tentu tidak menyangka hanya sedikit sahaja yang terkorban berbanding dengan kemusnahan yang begitu dasyat. Di sebalik kemusnahan yang dasyat itu terselindung beberapa misteri dan persoalan yang belum terjawab.
Menurut para petugas penyelamat yang ditubuhkan untuk membantu operasi menyelamat bencana Bukit Antarabangsa, sikap segelintir mangsa bencana alam itu adalah begitu materialistik. Mereka sanggup berbohong atau melaporkan aduan palsu demi untuk menyelamatkan harta benda mereka. Menimbulkan pertanyaan mengapa setelah tiga hari kejadian barulah mereka membuat aduan tentang kehilangan pekerja mereka.
Misalnya, seorang mangsa melaporkan seorang pekerjanya terperangkap dalam timbunan. Lalu dia membawa pasukan penyelamat ke runtuhan ruamhnya di mana operasi mencari dijalankan selama dua hari. Apabila kawasan bilik yang dikatakan tempat pekerjanya terperangkap berjaya dikorek, dia mengambil barang-barangnya dan terus meninggalkan pasukan penyelamat sedangkan mayat yang dicari tidak dijumpai. Apakah dia hanya memperalatkan pasukan penyelamat untuk mendapatkan barang-barang berharganya?
Malah sikap tidak menghormati para petugas juga amat dikesali. Para petugas sanggup mengorbankan cuti mereka demi membantu mangsa-mangsa yang mengalami bencana tetapi sikap mereka tidak dihargai. Mungkin sesetengah mangsa mengalami trauma akibat bencana itu, tetapi mereka harus faham tugas dan beban anggota para penyelamat. Namun atas semangat kecekalan dan ingin membantu mangsa yang mengalami bencana, mereka meneruskan operasi sehingga mereka benar-benar yakin tiada lagi mangsa dikesan. Walaupun para petugas menyelamat sanggup bertungkus-lumus berkerja dan menggadai nyawa, mereka masih menerima kritikan dan tanggapan yang negatif. Ada yang mengatakan para petugas ini menyelongkar dan mencuri di rumah mereka.
Ada juga dakwaan yang mengatakan petugas sanggup membiarkan mayat mangsa yang terkorban dalam keadaan yang tidak terurus. Sikap manusia yang menyebarkan berita palsu ini amat tidak bertanggungjawap malah sedikit sebanyak mengganggu para petugas operasi menyelamat.
Iktibar perlu diambil daripada kejadian bencana tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ini, agar semua pihak harus berkerjasama tanpa mengira ideologi politik masing-masih dan tidak menyalahkan apa yang telah berlaku. Syabas diucapkan kepada para petugas penyelamat, pasukan tentera yang membina jambatan sementara, Bomba dan SMART atas ketangkasan mereka berada di lokasi dalam jangka masa yang pantas, Jabatan Penerangan atas bantuan mereka untuk menyalurkan maklumat terkini melalui siaraya maklumat kepada mangsa yang terputus hubungan dan pasukan polis dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman di sekitar kawasan bencana tanah runtuh tersebut.
Apa yang dapat dirumuskan, mangsa-mangsa sepatutnya menghargai apa jua pertolongan yang diberikan dan janganlah kita mementingkan harta semata-mata sehingga sanggup berdusta dan membiarkan orang lain sengsara akibat tingkah-laku mereka.Tiap satu perbuatan yang tidak elok pasti akan pasti mendapat balasan Tuhan nanti.- malaysiaaktif.com

Thursday, December 11, 2008

Lagu Oh Bangau di Bukit Antarabangsa

CUBIT-CUBIT10 Disember 2008ADA pepatah Melayu berunsur nasihat yang berbunyi `jangan berumah di tepi laut jika takut dilanggar badai.' Si Keldai ingin menambah satu lagi pepatah yang maksudnya agak sama. Jangan berumah di kawasan bukit jika takut tanah runtuh.Apabila berlaku lagi kejadian tanah runtuh di Kuala Lumpur, kali ini di Bukit Antarabangsa, maka sekali lagi timbul cerita pemaju dan pihak berkuasa kerajaan akan disaman. Dulu mangsa-mangsa tragedi Highland Towers menuntut gantirugi daripada pihak berkuasa tempatan, tapi tuntutan ditolak oleh Mahkamah Tinggi kerana wang yang dituntut adalah duit rakyat yang dibayar sebagai cukai untuk membiayai pelbagai kemudahan awam. Lagi pun, kata hakim, mereka yang menuntut adalah orang-orang yang kaya belaka.Adalah munasabah jika pemaju yang disaman. Itu pun jika mereka telah memberikan jaminan tidak akan berlaku tanah runtuh, atau kejadian berlaku kerana kecuaian atau penipuan.Pembeli atau pembina rumah sendiri di kawasan lereng bukit tentulah sangat menyedari akan bahaya tanah runtuh. Sama juga dengan membina rumah di tepi sungai yang terdedah kepada banjir. Jika mereka sudah mengetahui risikonya, kenapa masih mahu berumah di lereng bukit. Apakah tiada lagi kawasan lain di bumi Malaysia ini yang sesuai untuk kediaman?Sebab itulah pihak syarikat insurans kediaman tidak akan memperuntukkan ganti rugi bagi kemusnahan akibat bencana semula jadi atau yang diistilah dalam bahasa Inggeris sebagai `act of God.' Jika pemilik kediaman mahukan perlindungan, mereka akan diminta membayar premium yang sangat tinggi. Dan syarikat insurans juga tidak akan menyediakan perlindungan dengan begitu mudah tanpa membuat kajian teliti tentang risiko di sesuatu kawasan.Cerita menyalahkan pihak itu dan pihak ini adalah sama seperti cerita lagu Oh Bangau.Jika tiada permintaan, pasti pemaju tidak akan membangunkan projek perumahan di kawasan bukit. Dan rumah-rumah yang dibina di kawasan bukit, biasanya lebih mahal daripada kawasan rendah. Tapi permintaan tetap ada kerana masih ramai yang mahu berumah di kawasan bukit. Barangkali kerana mempercayai fengsui, termasuk sebilangan Melayu. Atau kerana mempunyai persepsi bahawa rumah di atas bukit akan menjadikan mereka lebih elit daripada orang lain. Atau semata-mata sukakan udaranya yang lebih segar dan pemandangan sekitar yang menarik.Jika begitu, janganlah lekas menuding jari kepada orang lain apabila berlaku musibah. Masakan tidak tahu risikonya.Kesimpulannya, kalau takut tanah runtuh, janganlah berumah di kawasan bukit. Jika tiada pembeli, tiada pemaju yang akan membina rumah di kawasan bukit. SI KELDAI

Tuesday, December 9, 2008

PM nafi pelan peralihan kuasa Mac depan akan berubah

Utusan Malaysia9 Dis 2008
Oleh AMRAN MULUP dan ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR . – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa akan berlaku perubahan dalam pelan peralihan kuasa yang dipersetujui dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac depan.
Abdullah berkata, semua perkara yang dipersetujui antara beliau dengan Najib sebelum ini tidak akan berubah dan beliau akan berpegang kepada pelan berkenaan.
Justeru, Perdana Menteri meminta semua pihak agar tidak lagi menimbulkan sebarang persoalan atau khabar angin berhubung pelan peralihan kuasa itu.
“Tidak perlu timbulkan perkara-perkara ini... yang tetap itu tetaplah,” katanya ketika mengulas kenyataan beberapa penulis blog termasuk bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa wujud kemungkinan Abdullah hanya akan menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Najib dan bukannya jawatan Perdana Menteri.
Abdullah bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau sebelum ini pernah menyatakan akan menyerahkan tugas-tugas Perdana Menteri kepada penggantinya beberapa hari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac depan.
Abdullah berkata, beliau memerlukan sedikit masa selepas perhimpunan tersebut untuk menyelesaikan beberapa perkara sebelum menyerahkan jawatannya itu kepada Najib.
Mengulas mengenai pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan pada Januari depan, beliau yang juga Pengerusi BN berkata, beberapa pemimpin BN telah memberikan pandangan masing-masing berhubung pilihan raya kecil itu.
Katanya, calon BN daripada parti UMNO akan diumumkan dalam masa terdekat.
Menurut Perdana Menteri, BN yakin akan dapat mengekalkan kerusi di kawasan Parlimen berkenaan yang dimenangi dalam pilihan raya umum Mac lalu.
Selain itu, katanya, konvensyen BN akan diadakan pada Februari depan seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.
Pada peringkat ini, ujar Abdullah, semua parti komponen BN sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak sebelum membawa isu-isu masyarakat ke konvensyen berkenaan.
Katanya, walaupun tidak banyak yang diperkatakan mengenai konvensyen itu ketika ini ia tidak bermakna konvensyen itu dilupakan.
Beliau juga memberitahu, pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini beberapa perkara sensitif turut dibangkitkan tetapi ia tidak boleh didedahkan.
Katanya, adalah menjadi perkara biasa Dewan Tertinggi BN berbincang mengenai semua jenis isu.
KOMEN

Monday, December 8, 2008

Adakah Najib akan teruskan dasar liberalisasi?

KOPITIAM TALK7 Disember 2008
ABDULLAH Ahmad Badawi yang menyangka kemenangan terbesar BN penuh bersejarah dalam pilihan raya 2004 kerana keyakinan seluruh rakyat kepadanya , telah mengambil langkah berani bagi membuat eksperimen terhadap kekuatan demokrasi Malaysia dengan membuka “era liberalisasi baru” sesuai dengan tuntutan globalisasi.
Beliau menampakan perpisahan dari aliran lama dan mahu mencatatkan sejarah baru era kepimpinannya. Beliau merungkaikan ikatan tertulis dan tidak tertulis antara rakyat yang sekian lama menjadi syarat hidup bersama . Beliau mengizinkan tunjang kekuatan negara yang masih rapuh diganggugugat yang menyebabkan kecairan nilai-nilai yang selama ini bertahan di bawah pengawalan.
Keadaan ini diburukkan lagi oleh berleluasanya media siber dengan blog dan portal berita yang tidak terbatas dan terkawal.
Dengan itu kita melihat pendekatan media bukan Melayu telah melampaui batas kesopanan yang telah dipersetujui bersama. Kawasan isu-isu sensitif telah diceroboh dan dibicangkan secara terbuka. Provokasi terhadap nilai-nilai nasional dilakukan tidak sahaja di media cetak dan eletronik tetapi juga di jalan raya termasuk oleh golongan peguam yang hanya memahami kebebasan dari buku undang-undang dan bukan daripada proses sejarah sosialisasi negara.
Jelas orang bukan Melayu terutama generasi baru telah mendapat kesedaran baru bahawa sekatan-sekatan di bawah kontrak sosial adalah semata-mata untuk kepentingan orang Melayu dan Islam sehingga mereka melihat orang Melayu sebagai “pembuli”.
Sikap kepimpinan negara yang tidak menunjukan reaksi keras terhadap pelbagai isu sensitif sama ada bersifat ucapan, tulisan dan yang sebelum ini dianggap sebagai hasutan dan perkauman telah menggalakkan lagi berbagai-bagai provokasi sehingga kepada soal Ketuanan Melayu.
Tanpa disedari oleh orang Melayu, eksploitasi bijak media bukan Melayu ( Inggeris, Cina dan Tamil) mengenai isu-isu kepentingan Melayu telah berjaya memprojekannya sebagai isu perkauman dan isu perjuangan bukan Melayu digambarkan sebagai perjuangan nasional.
Dasar liberalisasi, keterbukaan dan ketelusan telah memberikan kesempatan keemasan kepada bukan Melayu untuk memperkecilkan kepimpinan Melayu yang selama lebih 50 tahun telah dapat membuktikan kewibawaan mereka dalam krisis dan dalam damai.
Ketika orang Melayu berada dalam krisis keyakinan yang paling mencabar ini dan ketika peralihan pucuk pimpinan daripada Abdullah kepada Najib Tun Abdul Razak telah pasti, seorang wartawan bukan Melayu yang akan meninggalkan The New Straits Times dalam sebuah tulisannnya telah menasihatkan bakal Perdana Menteri baru supaya meneruskan dasar kebebasan yang telah dijuarainya bersama rakan-rakannya dari keturunan India.
Apakah Najib akan meneruskan dasar liberalisasi yang telah menghancurkan asas kekuatan rakyat Malaysia?
Apakah kita berasa amat malu dan berat untuk kembali kepada nilai dan prinsip asas sedangkan di bawah dasar liberalisasi sekarang kita berasa perlu untuk menutup semula majlis rumah terbuka hari raya Aidilfitri yang setiap tahun berjalan dengan aman damai sebelum perisytiharan dasar keterbukaan dan ketelusan?
Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak telah mengembalikan keyakinan rakyat dalam keadaan negara masih berdarah. Tetapi adalah lebih rumit dan sukar bagi Najib untuk membetulkan suatu keadaan negara yang terbukti kesetiaan sesetengah rakyat, persahabatan dan setiakawan mereka adalah palsu.
Negara memerlukan pemimpin yang dapat menghayati dan menyempurnakan Wawasan 2020 menerusi dasar, nilai dan identiti sendiri yang telah pun terbukti berkesan dan berjaya.
Kembalilah kepada prinsip asal. MUNSYI ABDULLAH
KOMEN

Thursday, December 4, 2008

Cadangan Mukriz amat wajar

CUBIT-CUBIT4 Disember 2008

UTUSAN Malaysia hari ini menyiarkan reaksi Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Presiden Kesatuan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaysia terhadap syor Mukhriz Tun Mahathir supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan. Tajuk laporan itu Bukan Melayu tolak.Jika cadangan Mukhriz itu dilaksanakan, maknanya akan tiada lagi sekolah aliran Cina dan Tamil. Sudah tentulah kalangan yang Utusan Malaysia tanya itu menyuarakan bantahan keras. Tidak ditanya pun kita boleh tahu isi hati mereka. Yang peliknya, mereka yang ditanya itu menganggap kenyataan Mukhriz berbaur perkauman.Eh...eh...Siapa yang perkauman? Mereka atau Mukhriz.Si Keldai berharap Utusan Malaysia akan bertanya kepada badan-badan perguruan dan pelajar Melayu pula. Sudah pasti mereka akan menyokong Mukhriz, walaupun Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa kerajaan tidak akan menerima cadangan Mukhriz itu.Jika Najib menyatakan bahawa kerajaan sedia mengkaji cadangan tersebut, tentulah melenting parti-parti komponen BN terutama MCA dan MIC. Apatah lagi Timbalan Presiden MCA, jaguh video Dr. Chua Soi Lek baru sahaja menghentam Ketuanan UMNO.Tapi pendirian Najib itu tidak seharusnya menyekat NGO-NGO Melayu daripada menyuarakan sokongan kepada Mukhriz. Cadangan ini jelas bertujuan untuk mengurangkan masalah polarisasi kaum yang semakin menebal sekarang. Anak-anak Melayu bersekolah kebangsaan, anak-anak Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan anak-anak India di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Sampai bila?Dan Si Keldai berharap Utusan Malaysia menyiarkan pula komen-komen menyokong cadangan Mukhriz sebagai berita utama di muka depan. Jika tidak disiarkan, maka Utusan Malaysia tidak berlaku adil.SI KELDAI

Wednesday, December 3, 2008

Anwar pelanduk yang lupakan jerat

KOPITIAM TALK2 Disember 2008
ORANG RAMAI boleh mengharapkan pelbagai akiviti akan dijalankan dengan lebih giat dan lebih agresif lagi oleh Parti Keadilan Rakyat( PKR) untuk memburukkan Jabatan Perundangan dan Kehakiman Negara menjelang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim tidak lama lagi.
Kempen PKR dalam hal ini akan untuk kesekian kalinya memfokuskan ketidakadilan sistem perundangan dan kehakiman negara.
Rakyat harus ingat betapa dari sejak sebelum pilihan raya umum Mac lalu, kes Anwar Ibrahimn telah menjadi isu jalanan untuk menyekat polis daripada menangkap dan menuduh Anwar Ibrahim di mahkamah, diikuti dengan tindakan Anwar sendiri membuat aduan kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan ( Jawi) mengenai laporan polis Saiful mendakwa Anwar meliwatnya.
Terakhir ialah kempen yang dijalankan oleh golongan pro-Anwar bahawa Saiful mengidap penyakit kelamin, terlantar sakit dan telah meninggal dunia.
Apakah sebenarnya di sebalik fitnah, berita rekaan , keriuhan, tempik sorak dan demonstrasi orang-orang Anwar yang telah berterusan sekian lama?
Di Kongres Tahunan ke-5 PKR di Stadium Melawati Shah Alam Selangor baru-baru ini, wartawan-wartawan tidak lagi nampak Anwar Ibrahim seperti Anwar dulu. Kata mereka Anwar nampak sugul dan lebih banyak termenung. “Anwar kelihatan berserabut,” kata seorang wartawan portal berita.
Kenapa? Yang lebih tahu hal yang sebenarnya adalah Anwar sendiri. Semakin hampir hari perbicaraannya, beliau kelihatan semakin sugul dan tidak mustahil akan semakin banyak perhimpunan protes akan diadakan untuk mengkondisikan pemikiran rakyat terhadap Jabatan Perundangan dan Kehakiman. Maka apabila Anwar dihukum kelak rakyat akan menganggap penghukuman itu sebagai penganiayaan. Tetapi kesnya kali ini akan membuktikan bahawa Anwar adalah pelanduk yang melupakan jerat.
Perlu disebutkan bahawa bekas penulis ucapan Anwar Ibrahim, Munawar A. Anees seorang keturunan Pakistan masih belum bebas daripada kesalahan membenarkan Anwar meliwatnya.
Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan sabitan liwat terhadapnya yang dijatuhi pada September I998.
Dalam penghakiman 10 tahun lepas, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atasnya selepas beliau mengaku bersalah membenarkan Anwar meliwatnya. Beliau kemudiannya lari menetap di Amerika Syarikat.
Anwar sekarang tahu bahawa semua sorak-sorai di kelilingnya akan berakhir dan kesepian akan melandanya lagi apabila semua lakonannya akan terbukti sia-sia dan tidak akan dipercayai lagi dalam suatu pendedahan di mahkamah yang akan amat mengejutkan rakyat dan dunia.
Hanya Anwar yang merasakan debaran dan tahu masanya sudah tidak panjang lagi.

Wednesday, November 26, 2008

Fatwa yoga: Bersoraklah syaitan-syaitan di Malaysia

BASHIR AHMAD26 November 2008
FATWA mengharamkan yoga bagi umat Islam yang diumumkan oleh media pada Sabtu lalu telah menjadi isu besar. Akhbar membincangkannya melalui kenyataan dan komen-komen yang disiarkan, bukan sahaja dari mulut orang Islam tapi juga bukan Islam.Pada hari ini penulis meneliti kandungan Utusan Malaysia yang boleh dianggap sebagai suara Melayu dan masyarakat Islam. Tiada lagi berita atau rencana mengenai isu fatwa yoga. Tentu ada sebabnya Utusan Malaysia menghentikan polemik mengenai fatwa yoga. Sebaliknya isu tersebut masih mendapat perhatian besar akhbar The Star dan theSun, yang selalu ke depan dalam mengemukakan tuntutan dan pandangan bukan Islam.The Star yang semalam menyiarkan berita utama di muka depan berjudul Yoga Fatwa on hold (Fatwa yoga ditangguh), hari ini sekali lagi menjadikan isu tersebut berita utama muka depan dengan tajuk Rulers decide. Mesej tersurat yang The Star cuba sampaikan ialah fatwa tersebut belum muktamat dan setiap negeri hanya boleh mengharamkan yoga setelah diperkenan oleh Sultan atau Raja. Yang tersirat, Islam telah diperlekeh.theSun yang turut menjadikan isu tersebut bahan laporan utama di muka depan semalam dengan tajuk Yoga fatwa on hold, bagaimanapun mengendurkan sedikit perhatiannya pada hari ini dengan menyiarkan kenyataan MB Perak sebagai berita utama di muka 6 dengan tajuk Fatwa not a problem if royal consent given: MB.Sekadar maklumat latar, dua akhbar ini turut ke depan dalam menyiarkan pandangan pihak gereja di Malaysia yang menuntut hak menggunakan perkataan Allah dalam kitab-kitab agama Kristian.Peranan akhbar Inggeris dalam mengupas dan menjuarai isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam adalah satu fenomena baru. Ketara hanya pada zaman pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat telah memberikan ruang kepada perbincangan mengenai agama. Isu Inter Faith Council juga muncul pada zaman Abdullah dan mendapat tentangan hebat umat Islam.Melalui pengalaman, semua pengarang akhbar tahu bahawa isu agama amat sensitif dan perlu ditangani dengan penuh kewaspadaan kerana ia boleh membangkitkan kemarahan yang mudah menggoncang keamanan. Namun pada kebelakangan ini, kewaspadaan terhadap isu agama kelihatan tidak dipedulikan lagi. Kenapa The Star dan theSun cuba menjuarai perbincangan isu yoga? Ingin ditanya apakah motif pengarang-pengarang bukan Islam berkenaan? Jika perbincangan mengenai fatwa yoga dijuarai oleh akhbar berbahasa Melayu, ia adalah berbeza kerana khalayaknya boleh dikatakan orang Melayu yang beragama Islam walaupun sebilangan kecil pembaca adalah bukan Melayu. Apabila akhbar yang pengarang dan sebahagian besar pembaca dan kakitangan jabatan pengarangnya adalah bukan Islam, maka ia adalah satu perkara yang berbeza.Amat jelas suara yang mahu disampaikan oleh The Star dan theSun ialah fatwa mengenai yoga itu tidak munasabah dan wajar ditentang. Apa hak The Star dan theSun mahu menentang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, iaitu pihak yang diberi kuasa oleh negara untuk mengeluarkan fatwa mengenai apa jua perkara yang berkaitan dengan umat Islam?The Star yang lebih ke depan daripada akhbar lain lebih banyak mengetengahkan pandangan yang mempertikai Majlis Fatwa Kebangsaan dan fatwa yoga yang dikeluarkannya. Akhbar ini antara lain memetik pandangan Sultan Selangor, Raja Muda Perak, Mufti Perlis dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Natijah persoalan yang cuba dibangkitkan ialah kenapa yoga diharamkan sedangkan bab senaman tanpa membabitkan mantra dan meditasi (beratib) tidak menyalahi ajaran Islam? Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pun menjelaskan bahawa pengharaman itu bertujuan supaya umat Islam tidak terjerumus ke tahap yang boleh menjejaskan akidah dengan mengamalkan yoga yang secara sistematik boleh menyebabkan pengamal secara tidak sedar beralih daripada senaman biasa ke tahap lebih tinggi yang mengandungi unsur ajaran Hindu.Umat Islam sepatutnya menerima secara terbuka dan ikhlas fatwa ini sebagai satu panduan demi kebaikan mereka, jika mereka mahu memelihara iman mereka. Banyak lagi senaman lain yang tidak melibatkan unsur agama boleh diamalkan. Kenapa yoga dijadikan isu? Barangkali ada unsur komersial kerana penentangan ini berpunca daripada kalangan yang menjadikan yoga sebagai sumber pendapatan. Atau ada udang yang lebih besar di sebalik batu, iaitu mahu memperlekeh Islam dan institusi-institusi Islam di Malaysia. Di manakah keutuhan agama Islam jika sebahagian umat Islam sendiri mempertikai perkara-perkara yang dilaksanakan hanya dengan tujuan demi memilihara kesucian Islam. Sungguh malang orang-orang seperti Mufti Perlis dan Nik Aziz turut diseret oleh The Star untuk mempertikai fatwa ini yang telah dibuat selepas kajian dan perbincangan yang halus dan panjang lebar? Jangan lupa pengumuman fatwa ini pernah ditangguhkan. Pasti ada sebab dan kewajarannya.Penulis percaya Mufti Perlis dan Nik Aziz amat memahami tentang sejarah bagaimana arak diharamkan bagi umat Islam. Sebelum larangan diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w, arak bebas diminum oleh umat Islam. Larangan diturunkan apabila seorang sahabat Rasulullah mengimamkan sembahyang dalam keadaan mabuk, menyebabkan tunggang-langgang solat jemaah yang dipimpinnya.Larangan yang diperintahkan bukan setakat tidak minum, tapi hendaklah menjauhi arak. Tidak pula larangan itu sekadar ``minum arak boleh, tapi haram sampai mabuk.''Dalam semangat yang samalah, penulis yakin Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan yoga. Walaupun ada bab yang tidak menyalahi agama, tapi ditakuti ada pengamal yang secara tidak disedari terlajak ke peringkat yang boleh merosakkan akidah. Tujuan fatwa itu ialah supaya umat Islam menjauhi sebarang bentuk senaman yang pada akhirnya boleh menjejaskan atau merosakkan akidah mereka, sama seperti menjauhi arak yang mengotorkan hati dan merosakkan fikiran.Dan penulis juga percaya bahawa bersoraklah syaitan-syaitan di Malaysia apabila fatwa mengenai yoga ini dipertikai termasuk oleh kalangan yang beragama Islam.Bertambah gempitalah sorakan syaitan-syaitan itu kerana kehidupan umat Islam di Malaysia boleh dicorakkan oleh bukan Islam, termasuk The Star dan theSun. Di manakah maruah umat Islam, termasuk Sultan dan Raja yang menjadi ketua agama negeri, apabila mereka dengan begitu mudah diperalatkan oleh puak yang mahu memperlekeh Islam sehingga akhirnya agama ini diragui oleh umatnya sendiri.Jika Sultan dan Raja mempunyai pandangan yang berbeza dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, bincangkan perkara ini dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Jangan bincang dalam media terutama akhbar yang sahih tidak berjiwa Islam. Segala keputusan hendaklah disampaikan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak-pihak berkuasa agama dengan cara bijaksana.Semua orang tahu, termasuk bukan Islam, bahawa arak dan babi adalah haram bagi umat Islam. Tapi di Malaysia tiada pun sekatan kepada bukan Islam daripada minum arak atau memakan babi. Malah penternakan babi dibenarkan dan iklan-iklan arak disiarkan begitu kerap dan ketara oleh akhbar bukan Islam, terutama The Star dan theSun.Jika umat Islam membiarkan bukan Islam mencorakkan apa yang halal dan haram bagi mereka, di manakah letaknya martabat Islam sebagai agama rasmi dan agama majoriti penduduk Malaysia. Kelihatan proses itu sudah bermula. Satu benteng kekuatan iman telah roboh, dirobohkan oleh kelemahan umat Islam itu sendiri. - malaysiaaktif.com

Tuesday, November 25, 2008

Sisters In Islam atau Sisters Anti-Islam?

CUBIT-CUBIT24 November 2008
APA hal bising-bising fasal fatwa yang mengharamkan yoga bagi umat Islam. Fatwa sudah dikeluarkan setelah Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil masa yang panjang untuk mengkaji sama ada amalan yoga itu haram atau halal bagi umat Islam. Tidak mungkin fatwa itu akan ditarik balik, sekalipun banyak NGO yang menggunakan nama Islam membantah. Apatah lagi jika yang membantah itu NGO bukan Islam.Antara yang lantang ialah Sisters In Islam (SII), sebuah NGO wanita yang kononnya mewakili wanita Islam atau Muslimin. Ada-ada sahaja yang SII bantah. Dulu ia membantah fasal poligami, seolah-olah menuntut amalan itu diharamkan. Andainya SII layak memberikan fatwa, pasti sudah banyak benda yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan.(Lihat komen Sisters In Islam dalam Utusan Malaysia ) Maaf cakap. Ada satu hadis yang menyebut bahawa ramai penghuni neraka adalah wanita. Agaknya suka membantah hukum-hakam adalah salah satu sebab ramai wanita terjerumus ke dalam neraka, selain tidak taat kepada suami.Dalam soal fatwa mengenai yoga ini, apa perlu SIS bising-bising. Ikut sahajalah. Janganlah berhujah dari segi logik tentang kebaikan senaman yoga.Majlis Fatwa Kebangsaan pun telah menjelaskan bahawa bab senaman fizikal yoga adalah tidak bercanggah dengan ajaran agama. Yang majlis itu khuatir ialah apabila pengamal-pengamal yoga cuba meningkatkan amalan mereka dengan mencuba bab-bab yang melibatkan unsur-unsur rohaniah agama Hindu, termasuk mencari kedamaian melalui mantra dan meditasi untuk mencapai kesatuan dengan Tuhan. Apa yang ditakuti ialah kemungkinan pengamal-pengamal yoga dari kalangan penganut agama Islam ini merosakkan akidah tanpa sedar apabila mereka mengamalkan senaman budaya Hindu secara sistematik ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya, adakah tanpa yoga ahli-ahli SII tidak mempunyai cara lain untuk menyihatkan tubuh badan dan akal fikiran? Setahu Si Keldai ada banyak bentuk senaman yang boleh dilakukan tanpa sebarang unsur yang melibatkan akidah. Malah orang-orang Melayu sendiri mempunyai amalan senaman tradisi yang wujud lebih lama daripada senaman aerobik yang diperkenalkan oleh Barat. Tanyalah orang-orang tua yang panjang umur. Pasti mereka mengamalankan senaman yang diwarisi daripada nenek-moyang dahulu. Orang Cina pula mewarisi senaman taici yang tidak melibatkan unsur-unsur kerohanian.Jika ahli-ahli SII masih mahu meneruskan amalan yoga, tepuklah dada dan tanya selera. Nah...berapa ramai yang mengaku Islam berzina dan minum arak, walaupun mereka tahu perbuatan itu adalah dosa besar. Ini adalah soal iman. Apa yang Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan adalah satu panduan setelah melihat semakin ramai umat Islam, khususnya wanita terlibat dalam amalan ini. Jika fatwa tidak dikeluarkan, mungkin lebih ramai lagi yang akan menyertai kelas-kelas yoga. Sekiranya SII menganggap amalan yoga itu tidak bertentangan dengan kesucian agama Islam, teruskanlah beryoga.Tapi ingatlah betapa ketika Rasulullah s.a.w menyampaikan larangan meminum arak dulu, ada sahabat-sahabat yang sedang minum arak terus mencampakkan gelas minuman. Dan mereka tidak lagi mengulangi amalan jahiliah itu sampai mati. Mereka lakukannya tanpa soal atas dasar keimanan.Maka apa perlunya SII dan lain-lain NGO yang dianggotai orang Islam mempertikai fatwa mengenai yoga ? Nampak sangat mereka tidak memahami erti iman dan beriman. Orang yang beriman bukan sahaja tidak akan melakukan perkara yang sah haram, malah akan menjauhi perkara-perkara yang hanya berunsur was-was dan syak wasangka.Perbuatan SII hanyalah memburukkan imej Islam di kaca mata bukan Islam. Maka jika SII membantah, tentulah NGO-NGO bukan Islam akan teransang untuk membantah 10 kali lebih hebat.Jika SII mahu terus membantah, pakailah saja nama baru Sisters Anti-Islam.SI KELDAI

Tuesday, November 18, 2008

Suara ghaib di sebalik pengarang akhbar

Nasir Sukiman17 November 2008

INGAT lawatan mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair ke Malaysia, beberapa bulan lalu. Beliau telah memberi ucapan di sebuah majlis anjuran kerajaan.
Sebelum beliau pulang, mantan PM kita, Tun Dr Mahathir Mohamed mengadakan sidang akhbar dihadiri ramai wartawan tempatan dan luar negara.
Melihatkan gambar di salah satu blog, jelas wartawan yang hadir cukup ramai dan kecaman serta saranan Mahathir agar Blair dibicarakan sebagai penjenayah perang mendapat tempat esoknya.
Tetapi bukan di dalam dada akhbar-akhbar arus perdana tempatan mahupun akhbar kerdil. Media elektronik juga turut memulaukan liputan dan gambar sidang akhbar Mahahtir.
Mengapa? Semuanya tidak penting. Apakah tidak wajar Blair diheret ke Mahkamah Jenayah Dunia di The Haque kerana 16 perkataannyalah antara penyebab Iraq digempur tentera George W Bush.
(The British government has learned that Saddam Husssein recently sought significant quantities or uranium from Africa.- petikan buku WHAT HAPPENED Steve McClellan)
Kerana penipuan dan keceluparan Blairlah maka terhukum dan matinya Presiden Saddam Hussein dan musnahnya sebuah negara Islam.
Malang sungguh keadaan pada hari sidang akhbar dan malang juga bagi semua media yang tidak mempedulikan kenyataan negarawan agung kita, Dr Mahathir.Jika tidak silap antara yang menyiarkan kenyataan beliau itu adalah sebuah laman web akhbar Singapura.
Kesimpulannya, hampir semua media di Malaysia tidak berani atau diberitahu usah siarkan sebarang kenyataan bekas PM kita itu. Ada suara dan tangan ghaib yang berkuasa atau mabuk kuasa hingga tergamak dan nekad berbuat demikian.
Apa berlaku itu dicatat oleh Dr Mahahtir dalam blog beliau chedet.com. Dulu ketika menjadi PM selama lebih 22 tahun, semua kenyataan dan ucapan beliau dilaporkan secara menyeluruh , tetapi sejak Oktober 2003, keadaan tiba-tiba berubah. Bukan saja Dr Mahathir mula disekat oleh semua media tempatan, malah tulisan dan pandangan orang sekelilingnya seperti Datuk Mohd Noor Azam (setiausaha politik) pun dinyahkan daripada akhbar.
Khabarnya di Balai Berita, Kalimullah Hassan sendiri memastikan tulisan Noor Azam diteliti sebelum disiarkan. Akhirnya oleh kerana tidak mahu Noor Azam ‘marah’ dan merajuk, maka rencana beliau tidak jadi disiarkan. Maka sejak itu berkuburlah ruangan Cetusan Rasa yang ramai pengikutnya.
Siapa yang menghalang tersiarnya berita agar Blair diheret ke The Haque. Mungkin ada pengarang takut melanggar larangan daripada suara ghaib atau khuatir dipecat menyebabkan ansuran bulanan Mercedes tidak terlunas, ansuran bagi banglo tergendala atau bilik mandi RM10,000 tidak lengkap!
Tetapi hari ini, Dr Mahathir sudah pun mula mendapat tempat semula di dalam akhbar dan di kaca televisyen. Malah kenyataanya sudah diulas dan dipaparkan. Semuanya bukan secara kebetulan atau mengikut selera editor media terlibat. Kata ‘orang dalam’ ada arahan siarkan semula semua berita berkaitan Dr Mahathir, lagipun tinggal beberapa bulan saja lagi Pak Lah di Putrajaya dan ‘orang KJ” pula dah mula meninggalkan Balai Berita dan Chan Sow Lin.
Permainan politik seperti ini sebenarnya bukanlah baru. Pada 80-an dulu, kecoh ‘orang Musa Hitam’ nak ambilalih Balai Berita. Dua tiga nama disebut-sebut. Selepas tu, ‘orang Daim’ pula diselangseli dengan ‘geng Halim Saad'. Kemudian orang ‘orang Anwar Ibrahim’ pula yang merampas kuasa di Balai Berita dan di Chan Sow Lin!

Thursday, November 13, 2008

Pas Selangor tak habis-habis majlis sambutan

NASIR SUKIMAN13 November 2008
SEMPENA Aidilfitri memanglah wajar Pas di bawah gabungan Pakatan Rakyat menganjurkan jamuan.
Dulu UMNO pun tidak pernah melepaskan peluang mendekatkkan diri dengan masyarakat. Tetapi hari ini, Pas melangkah setapak lagi dengan menganjurkan pula majlis korban perdana sempena Aidiladha.
Kedua-duanya adalah acara berkaitan agama dicampur dengan kempen senyap-senyap Pas untuk menguasai masjid dan surau seperti didakwa Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhd Muhammad Taib.
Tetapi pokoknya benarkah dakwaan Muhd Taib itu? Mungkin di beberapa kawasan di Selangor ada pertukaran di kalangan AJK surau dan masjid, tetapi jangan lupa di bawah kerajaan UMNO ada masjid tidak menganjurkan mesyuarat agung sehingga 10 tahun.
Ini menyebabkan wujudnya AJK yang jumud dan pelbagai projek bermanfaat tergendala sehingga ada juga rancangan terbantut dan pentadbiran tidak licin.
Bagaimanapun pada mata kasar, dua perubahan jelas sejak Pas berkuasa. Pertama pensyarah dan khatib solat Jumaat yang pernah ‘digam’ dulu kini boleh berkhutbah serancak dulu.
Tema yang mereka bawa pun amat relevan dan tidak ada kena mengena dengan politik semasa. Malah kehadiran semula khatib dan imam berwibawa ini amat dinantikan.
Di sesetengah tempat pula, bekas imam yang diyakini sebagai pro kerajaan pun diberikan peluang berkhidmat semula, sekali gus menolak dakwaan imam UMNO diketepikan.
Sepatutnya menteri menegur ahli-ahli UMNO yang jarang ke surau dan masjid supaya mengubah sikap mereka dan sedia berjemaah.
Dalam soal ibadat tidak timbul ‘orang Pas' atau ‘orang UMNO' tetapi selama ini memang ramai orang politik yang tidak tahu melangkah ke surau dan masjid, seolah-olah mereka asyik mencari duit dan bermesyuarat.
Pas dan Pakatan Rakyat pun usahlah sejak Mac hingga kini sibuk dengan acara sambutan saja. Di manakah projek membantu peniaga kecil Melayu seperti di Ampang Jaya.
Ramai yang berselerak berniaga di gerai kecil, kedai sederet tidak bermaya. Bilakah mereka ini boleh dibela? - malaysiaaktif.com

Wednesday, November 12, 2008

Mahathir pura-pura tidak tahu

KOPITIAM TALK12 November 2008
MANTAN Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun pura-pura bertanya bagaimanakah Datuk Zaid Ibrahim termasuk dalam golongan peguam yang berpendapatan lumayan di negara ini sedangkan beliau tidak pernah membaca berita Zaid mempertahankan mana-mana kes jenayah yang bayaran guamannya besar..
Lalu Mahathir menyatakan kemungkinan pendapatan Zaid itu daripada menjalankan urusan berkaitan dengan kes-kes penswastaan kerajaan dan lain-lain keperluan “conveyancing” kerajaan. Masakan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Mahathir tidak tahu yang sebenarnya.
Tun Mahathir telah mengulas kenyataan Zaid yang mempertahankan bayaran ex-gratia RM5 juta kepada bekas ketua hakim negara kerana dibandingkan dengan pendapatan peguam terkemuka pun mencecah RM2 juta setahun.
Zahid telah mengusahakan pembayaran itu dengan restu Perdana Menteri Datuk Abdullah Badawi dalam konspirasi mereka untuk membalas dendam terhadap Mahathir.
Sebenarnya bukan semua firma guaman Melayu yang berpendapatan dua juta ringgit setahun kecuali firma-firma yang mempunyai cable dengan kerajaan. Zaid tidak mungkin mendapat peluang-peluang kerja guaman dari kerajaan jika beliau bukan orang UMNO.
Bagaimanapun setelah meletakkan jawatan Menteri, Zaid menyatakan “Ketuanan Melayu” tidak perlu.
Keadaan sama seperti Tun Mahahtir sendiri yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun menerusi tiket UMNO, tetapi kemudian hentam UMNO dan meninggalkan UMNO kerana marahkan Abdullah. Marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Bezanya ialah Zaid sekalipun masih berada dalam UMNO, tetapi menggambarkan dirinya bukan orang UMNO. Mahathir pula sesudah keluar UMNO, tetap berdarah sejati UMNO, tidak lupa daratan dan tidak lupa ketuanan.
Zaid marahkan UMNO dan Mahathir kerana penyingkiran Anwar Ibrahim dari UMNO yang dengan itu melibatkan juga masa depan politiknya.
Bagaimanapun Perdana Menteri Abdullah telah memberikan semula tempat kepadanya atas nasihat menantunya Khairy, anaknya Kamaruddin dan beberapa orang lagi di `tingkat empat' untuk menjalankan misi khas tetapi ternyata senjata menikam diri. Apabila sesaorang yang dilantik tanpa berasaskan kepada akar umbi maka dia tidak memahami perasaan ramai.
Apabila Zaid membuat kenyataan-kenyataan yang melupakan asal usulnya setelah meletakkan jawatan sehingga ke tahap tidak dapat melihat faedah Ketuanan Melayu maka ternyatalah bahawa Abdullah Badawi telah melakukan satu lagi kesilapan politik besar yang menambah kemarahan orang kepadanya.
Perlu disebutkan bahawa Zaid juga adalah salah seorang pengasas Majlis Peguam Islam dengan tujuan untuk mencari populariti politik di kalangan orang Islam di negara ini ketika beliau memulakan karier politiknya..
Mungkin sekarang beliau juga berfikir tidak perlu lagi majlis itu baginya kerana tanpa Islam pun, dengan segala kekayaannya dia tidak sahaja boleh hidup di kalangan orang Islam tetapi boleh diterima dengan baik oleh kaum India dan Cina yang tidak beragama Islam.
Taraf pemikiran liberalnya adalah sejalan dengan Pak Lah yang nampak bahawa orang bukan Melayu pun berpeluang menjadi Perdana Menteri Malaysia berikutan dengan kemenangan keturunan kulit hitam Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Cuma Perdana Menteri Singapura Hsien Loong agak ketinggalan tetapi realistik apabila beliau tidak nampak orang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Singapura untuk suatu jangka waktu yang lama. Tetapi Pak Lah membarakan harapan perkara itu kerana beliau menyatakannya dalam keadaan DAP mengharapkan Lim Kiat Siang menjadi Timbalan Perdana jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Orang bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini memerlukan lebih banyak manusia seperti Zaid Ibrahim yang lupakan tongkat sekalipun pernah bertongkat.MUNSYI ABDULLAH
KOMEN

Tuesday, November 11, 2008

Papan tanda: Kenapa Anwar membisu seribu bahasa?

KOPITIAM TALK10 November 2008KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim adalah seorang bekas pejuang bahasa, rakan karib kepada penulis dan sasterawan, pencinta dan pembaca sajak, menghayati dan menjiwai hasrat serta semangat pejuang-pejuang Bahasa Kebangsaan di negara ini.
Kejayaannya dalam pilihan raya lalu adalah disokong kuat oleh imejnya sebagai pejuang rakyat dan dengan itu beliau membawa bersamanya tidak sahaja harapan akar umbi bukan Melayu, tetapi perasaan dan hati nurani orang Melayu di akar umbi terutama di Pulau Pinang yang berada dalam perasaan terhina.
Yang ada pun pada orang Melayu di Pulau Pinang ialah simbol-simbol yang mendaulatkan kedudukan mereka seperti masjid dan kedudukan Bahasa Kebangsaan.
Adalah mengejutkan dalam soal yang berkaitan dengan kedaulatan sekalipun hanya merupakan simbol tidak diambil berat oleh beliau. Anwar membisu seribu bahasa terhadap langkah kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP untuk memasang tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak Warisan di George Town.
Apakah sebagai Ketua Pembangkang beliau tidak mempunyai kuasa untuk menasihatkan sekutunya supaya jangan melakukan sesuatu yang boleh menghakiskan pengaruhnya sendiri (Anwar) di Pulau Pinang?

Tidakkah ini membayangkan sikap beliau sekiranya menjadi Perdana Menteri kelak.
Setelah kejayaan cemerlang parti pembangkang yang menghapuskan kuasa dua pertiga kerajaan Barisan Nasional, Anwar berazam untuk menggulingkan kerajaan BN dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Rakyat telah turut serta dalam keghairahan beliau ini dan sekalipun 16 Sepetember telah mencatatkan sejarah hitam dalam karier politiknya sebagai seorang yang tidak dapat menunaikan janjinya kepada mereka, namun sebahagian besar masih mempercayainya..
Sentimen politik, ketaksuban kepada kepimpinan dan kelemahan berfkir secara rasional, terpenaruh dengan karisma pemimpin, telah membutakan mata rakyat terhadap kemungkinan yang akan berlaku kepada kepentigan bangsa, agama dan negara jika Anwar Ibrahim menjadi Pedana Menteri.
Apakah beliau akan dapat mengawal sentimen dan dasar parti-parti yang meletakannya sebagai Ketua Pembangkang atau akan lebih mementingkan untuk membuat penyesuian bagi mengekalkan kuasa.
Tidak ada pejuang bahasa, tidak ada penulis dan sasterawan, tidak ada badan-badan bahasa yang sanggup melihat pencerobohan, penghinaan dan provokasi yang senghaja dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mengisi sentimen penyokong-penyokongnya atau untuk kepentingan politik dengan menghina kedudukan Bahasa Kebangsaan.
Anwar Ibrahim seolah-olah langsung tidak merasai perasaan ini yang telah bergegar di seluruh negara termasuk di kalangan ahli-ahli partinnya sendiri..
Terlalu merendahkan taraf pemikirannya jika Anwar Ibrahim dianggap turut percaya dengan strategi DAP meletakkan tulisan jawi untuk menjustifikasikan penggunaan pelbagai bahasa lain di papan tanda di Pulau Pinang. Apakah tulisan rumi yang bersifat tulisan antarabangsa tidak difahami oleh kebanyakan pelawat luar negara yang memahami bahasa Inggeris.
Kenapakah DAP menggunakan tulisan jawi di papan tanda di Pulau Pinang sedangkan seorang anggota Parlimen DAP mahu menghapuskan tuklisan jawi di Bukit Bintang Kuala Lumpuir? Tidakkah ini menghina kemampuan berfikir orang Melayu?
Apakah Anwar Ibrahim membisu kerana beliau percaya kepada matlamat menghalalkan cara?
Semua ini adalah membayangkan kepada orang Melayu tentang dasar dan cara kepimpinan Anwar Ibrahim sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sebagai seorang Melayu dan Islam, melihat kepada tindak tanduknya terutama selepas pilihan raya, saya yakin bahawa Anwar bijak sebagai seorang seniman jalanan untuk mencapai matlamat dengan menghalalkan cara tetapi dalam jangka masa cara dihalalkan, banyak sudah matlamat dan maruah yang berkaitan dengan dasar nasional dan keagamaan dihancurkan..
Saya bersukur Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008.MUNSYI ABDULLAH

Monday, November 10, 2008

Kaum minoriti mungkin jadi PM Singapura

Bernama9 Nov

SINGAPURA,-- Singapura, yang majoriti penduduknya berbangsa Cina, mungkin mempunyai perdana menteri daripada kaum minoriti suatu hari nanti, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.Bagaimanapun, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam tempoh terdekat, kata Lee pada sesi dialog bersama kira-kira 350 pemimpin peringkat akar umbi Melayu di sini semalam, yang dipetik oleh media tempatan.Lee menyatakan perkara itu apabila diminta mengulas keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini, yang menyaksikan Barrack Obama dipilih sebagai rakyat kulit hitam pertama menjadi pemimpin negara berkenaan."Bolehkah kita mempunyai perdana menteri bukan daripada bangsa Cina, seorang Melayu-Islam suatu hari nanti? Ini satu kemungkinan. Adakah ia akan berlaku tidak lama lagi? Saya tak fikir begitu kerana seseorang itu perlu menang dalam pengundian terlebih dulu," kata Lee.Beliau berkata wujud sentimen seperti siapa yang mengundi siapa dan kaitan yang wujud antara pemilih dan orang yang dipilihnya, yang tidak akan luput sepenuhnya dalam tempoh terdekat ini, sekali pun mungkin ada pihak yang berharap perasaan ini tidak wujud lagi.Lee berkata kemenangan Obama tidak bermakna soal bangsa tidak lagi menjadi isu di Amerika Syarikat kerana keputusan pilihan raya itu menunjukkan bahawa calon Republikan John McCain meraih sebahagian besar undi daripada bangsa kulit putih, manakala Obama pula menerima undi daripada pengundi berbangsa Latin, Asia dan Afrika.Katanya, realiti yang wujud di Singapura ialah pola pengundian berasaskan kaum akan berkekalan.Beliau berkata walaupun keadaan hari ini amat jauh berbeza daripada yang wujud dua atau tiga dekad lepas, namun masih sukar untuk melihat wujudnya sesuatu jawatan yang bebas daripada sentimen bangsa dan agama.Bagaimanapun, katanya, pemimpin tempatan perlu lebih mengutamakan kepentingan nasional daripada kepentingan bangsa masing-masing.Inilah sebabnya, tidak wujud amalan di mana seseorang Anggota Parlimen dipilih bagi mewakili kepentingan bangsa masing-masing, seperti di Malaysia dan New Zealand, kata Lee.Menjawab soalan sama ada pemimpin tempatan menghadapi masalah untuk mengimbangkan kepentingan kaum masing-masing dengan kepentingan negara, Lee berkata: "Kalau dia berbangsa Cina, saya akan bertanya kepadanya adakah dia seorang rakyat Singapura yang kebetulan berketurunan Cina atau adakah dia seorang berbangsa Cina, yang kebetulan tinggal di Singapura?"Beliau berkata Singapura tidak sama dengan Malaysia kerana republik ini tidak mempunyai "kerajaan gabungan di mana terdapat parti Cina, parti Melayu dan parti India dan kemudian kita cuba mendesak dan melihat siapa yang mampu mendesak dengan lebih hebat".Singapura juga tidak berniat untuk menuju kepada sistem perwakilan berasaskan nisbah seperti yang diamalkan di New Zealand, di mana segelintir Anggota Parlimen yang dipilih bagi mewakili kaum Maori, boleh mengenakan harga setiap kali kerajaan ingin mendapatkan sokongan mereka, kata Lee."Saya rasa amalan ini tidak sesuai dengan Singapura. Di Singapura, apabila anda dipilih, anda perlu berfikir tentang kepentingan Singapura," katanya.Mengenai kesulitan mencari orang Melayu yang memiliki bakat kepimpinan, beliau berkata perkara itu sukar ditemui dalam semua kaum.Walaupun jumlah orang Melayu yang berbakat telah banyak bertambah berbanding sebelum ini, namun jumlah ahli profesional Melayu seperti doktor, peguam dan jurutera, masih kecil berbanding purata nasional, katanya.

Sunday, November 9, 2008

Shahrizat...jangan tunggu lama-lama

CUBIT-CUBIT8 November 2008
ADA satu lagu yang liriknya antara lain berbunyi:`` Jangan tunggu lama-lama...nanti diambil orang.''
Maka Si Keldai tujukan lagu ini kepada Shahrizat Abdul Jalil yang sudah mendapat 66 pencalonan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, tapi masih membisu sama ada mahu bertanding jawatan itu atau mempertahankan jawatan Naib Ketua.
Khabarnya beliau mahu menunggu mesej yang lebih kuat melalui jumlah pencalonan yang lebih besar apabila sebahagian lagi Mesyuarat Wanita Bahagian berlangsung hujung minggu ini.
Setakat ini Rafidah Aziz mendapat 110 pencalonan. Jika mengambil kira bahawa Rafidah telah mengisytiharkan akan menyerahkan kuasa pimpinan sayap UMNO itu pada Jun tahun depan tapi 66 bahagian masih mahu mencalonkan Shahrizat, maka ia adalah satu mesej yang cukup jelas.
Apa yang Shahrizat tunggu lagi? Jangan tunggu lama-lama kerana seorang lagi tokoh pergerakan itu, Kamalia Ibrahim sudah mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia. Jika Shahrizat mengambil keputusan hanya akan mempertahankan jawatan Naib Ketua, maka bersedialah untuk dicabar oleh Kamalia.
Bagi jawatan Naib Ketua, Shahrizat memperoleh 98 pencalonan berbanding 51 pencalonan untuk Kamalia. Silap hari Kamalia akan menang kerana arus mahukan peralihan pucuk pimpinan dalam UMNO cukup jelas, apatah lagi Najib Tun Razak sudah menang jawatan Presiden tanpa bertanding.
Pencalonan terbanyak kepada Muyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden memberikan isyarat bahawa pada keseluruhannya ahli-ahli UMNO condong untuk memberikan sokongan pemimpin yang berani bersuara selaras dengan angin peralihan yang bertiup kencang.
Jika Shahrizat enggan menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita, ertinya beliau mengambil langkah yang menyongsang arus. Akhirnya Rafidah akan menang tidak bertanding dan Shahrizat akan terpaksa bertarung dengan Kamalia yang lebih awal lagi telah menunjukkan pendirian yang lebih tegas dan berani.
Rafidah menjanjikan akan menyerahkan jawatan Ketua Wanita kepada Shahrizat yang belum tentu dapat mempertahankan jawatan Naib Ketua. Apa jua alasan yang Rafidah berikan untuk mewajarkan peralihan kuasa pada Jun adalah dangkal kerana Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada Mac. Untuk apa Rafidah memegang kuasa hanya selama tiga bulan sebelum menyerahkan kepada orang lain sebagaimana yang dijanjikannya.
Maka dengarlah nasihat Si Keldai tua ini. Jangan tunggu lama-lama...nanti diambil orang.
SI KELDAI

Thursday, November 6, 2008

Pakatan blog propembangkang sudah berpecah

CUBIT-CUBIT6 November 2008

TIDAK banyak yang dilaporkan mengenai satu forum di Universiti Malaya baru-baru ini yang membincangkan masa depan media di Malaysia anjuran SSIG, sebuah bahagian di bawah Kementerian Penerangan.Ahli-ahli panelnya ialah Ahirudin Attan @ Rocky, penulis blog Rocky's Bru; Ketua Pengarang The Star, Wong Chun Wai; Presiden NUJ (Kesatuan Wartawan Malaysia) Norila Daud dan Bob Teoh dari portal berita Sin Chew Daily.Mauduk perbincangan ialah tiada kebebasan media di Malaysia kerana wujudnya banyak undang-undang yang menyekat kebebasan. Ahli-ahli panel sehati sejiwa menyuarakan perlunya undang-undang berkaitan dihapuskan. Selagi undang-undang ini wujud, apa perlunya ditubuhkan Majlis Media yang kerajaan cadangkan. Yang menariknya, salah seorang peserta kemudian bertanya: Adakah kebebasan media mempunyai kaitan dengan tadbir urus yang baik (good governance)?Bob Teoh memberikan jawapan yang pantas dan tepat. Katanya, di Singapura tiada kebebasan media tapi tadbir urusnya adalah yang terbaik. Sebaliknya di India ada kebebasan media, tapi tadbir urus negara itu semua orang tahu adalah tidak baik.Nah, jawapan Bob Teoh itu boleh dijadikan panduan yang baik untuk menentukan sama ada kebebasan media amat diperlukan di Malaysia. Yang amat ketara, Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkangnya sangat perlukan kebebasan media untuk menghentam dan meruntuhkan kerajaan BN.Jika anda masih belum pasti jawapannya, mungkin Ahirudin @ Rocky boleh membantu dengan jawapannya kepada seorang pemblog bernama Mahaguru yang turut hadir dan bertanya. Soalan Mahaguru yang dilontarkan kepada Rocky lebih kurang bermaksud: perlukah pemblog tidak memihak kepada mana-mana parti dalam menulis hal-hal politik?Sebelum bertanya Mahaguru menjelaskan bahawa sebelum pilihan raya 8 Mac lalu, beliau adalah penyokong PKR. Sekarang bagaimana? Beliau tidak menjelaskan tapi di hati kecil Si Keldai berkata, barangkali Mahaguru tidak lagi dengan PKR.Selayang fikir, pertanyaan Mahaguru itu bunyinya terlalu bahlul. Dua kali fikir, barulah Si Keldai dapat menangkap maksudnya. Rupa-rupanya beliau ingin kepastian sama ada pendirian Rocky juga sudah berubah.Rocky menjawab, sebelum dan semasa kempen PRU 12 itu, kesemua kira-kira 60 orang pemblog yang bergabung di bawah pakatan Bloggers United yang diketuainya adalah propembangkang. Beliau mengakui keadaan sekarang sudah berubah. Lalu Rocky menyimpulkan bahawa pada idealnya memang elok molok tidak memihak, tetapi jika mahu memihak terpulanglah kepada diri masing-masing. Tepuk dada dan tanya selera.Bagi Si Keldai kata-kata Rocky itu adalah satu jawapan yang jujur. Bloggers United yang boleh diterjemahkan sebagai Pemblog Bersatu, sekarang sudah berpecah haluan. Ada yang masih sokong pembangkang, tapi ada juga yang sokong parti-parti BN. Rocky berada di mana? Jika anda tidak dapat meneka jawapannya, lebih baiklah anda jadi keldai.Khabarnya Rocky juga sedang merancang untuk membina satu portal berita. Ala Malaysiakini, Malaysia Today, Agenda Daily atau Malaysian Insider? Oleh kerana kerja ini memerlukan modal, juga ingin ditanya siapa rakan kongsi Rocky? SI KELDAI

Tuesday, November 4, 2008

Kemenangan Hamilton isyarat kejayaan Obama?

CUBIT-CUBIT3 November 2008

IZINKAN Si Keldai ini beralih angin dari dalam negara ke perkembangan di seberang laut.Jika anda peminat sukan lumba kereta, anda pasti sudah mengetahui bahawa Lewis Hamilton melakar sejarah sebagai pelumba bukan kulit putih yang pertama menjadi juara dunia Formula One.Hamilton dari Britain dan berdarah kacukan. Walaupun media berbahasa Inggeris merujuknya sebagai `black driver' tapi hakikatnya kulit beliau tidaklah hitam. Warna kulitnya seakan sawo matang.Kemenangan Hamilton mencatat sejarah bukan sahaja kerana beliau bukan berkulit putih seperti juara-juara sebelumnya, malah beliau adalah juga juara paling muda pada usia 23 tahun.Dalam masa yang sama dunia juga sedang memerhatikan seorang lagi yang berketurunan kacukan dan berwarna kulit sama dengan Hamilton.Siapa tidak kenal Barack Obama, calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Democrat yang nasibnya akan diketahui dua hari lagi dalam pelihan raya dengan calon kulit putih dari Republican, John McCain. Ini juga perlawanan antara orang muda dan orang tua. Obama berusia 47 tahun, manakala McCain 72 tahun.Andainya Obama menang, maka beliau juga akan mencatat sejarah sebagai Presiden AS bukan kulit putih pertama.Adakah kemenangan Hamilton di litar Brazil boleh dilihat sebagai pembayang kepada apa yang akan berlaku di Amerika? Jika para pengundi di Amerika melihat kemenangan Hamilton sebagai petanda atau isyarat, maka akan tercatatlah dua sejarah dunia dalam tempoh selang beberapa hari sahaja. Yang ingin diketahui, jika menang, adakah angka majoriti kemenangan Obama kecil atau besar. Hamilton menang tipis apabila beliau berjaya menduduki tempat kelima dalam perlumbaan pagi ini. Jika Hamilton menduduki tempat keenam, gelaran juara dunia 2008 pasti milik pelumba kulit putih Brazil, Felipe Massa yang memenangi perlumbaan di negaranya itu.Jika berlaku perubahan di litar F1 dan di White House, apakah lagi perubahan yang akan berlaku di dunia ini? Yang pasti umat manusia sejagat akan berhadapan dengan perubahan iklim ekoran pemanasan bumi yang merupakan ancaman nombor satu kepada kesejahteraan dan survival seluruh makhluk di planet biru ini.Di Malaysia, bagaimana pula?

Sunday, November 2, 2008

Berita perkahwinan lebih menyenangkan

CUBIT-CUBIT2 November 2008
KETIKA pergolakan politik yang tidak menyenangkan masih menjadi sajian akhbar saban hari, berita perkahwinan anak lelaki ADUN Pas Sungai Abong, Johor Dr. Sheikh Ibrahim Salleh dengan anak perempuan ADUN BN Bukit Bunga, Kelantan Mohd Adhan Kechik amat menyenangkan.
DR. SHEIKH Ibrahim Salleh (kiri) dan isteri, Dr. Salmah Bahari (kanan) serta Mohd. Adhan Kechik (dua dari kiri) bergambar bersama pasangan pengantin iaitu Salleh dan Ernie Muneerah pada majlis perkahwinan anak mereka di Muar, semalam.
Harapan Si Keldai, semoga ia membuka pintu cahaya di zaman kemuraman yang menyelubungi umat Islam akibat suasana politik sekarang.Kata orang, perkahwinan bukan sekadar ikatan antara dua sejoli, tetapi juga menaut silaturrahim dua keluarga.Pada 30 Oktober lalu di Pakistan, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dikahwinkan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia empat. Polis menyerbu majlis perkahwinan itu kerana undang-undang di Pakistan melarang perkahwinan remaja berusia di bawah 18 tahun.Adalah jelas kenapa berita perkahwinan itu mendapat liputan hangat seluruh dunia. Namun kata bapa kanak-kanak lelaki itu, mereka dikahwinkan bagi menyelesaikan pertikaian antara dua keluarga.Tidaklah Si Keldai berharap sangat perkahwinan anak ADUN Pas dan UMNO akan menyelesaikan pertikaian antara dua parti Melayu ini, tapi ia sekurang-kurangnya membayangkan betapa dalam beberapa hal kedua-dua pihak juga boleh mengetepikan perbezaan politik.Alangkah baiknya jika kedua-dua ADUN itu mengundang pucuk pimpinan parti masing-masing ke majlis yang mulia ini.Namun begitu, ingin juga dicatatkan bahawa Mingguan Malaysia 2 November 2008 yang menyiarkan gambar dua wakil rakyat itu berdiri sebelah menyebelah bersama pasangan pengantin, turut menyiarkan berita Presiden Pas, Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar Pebadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). SI KELDAI

Thursday, October 30, 2008

Kenapa The Star tidak siarkan kecaman Jamaluddin terhadap pembangkang?

KOPITIAM TALK
30 Oktober 2008DALAM terbitan 24 Oktober, akhbar Inggeris The Star yang nyaring memperjuang dan mempertahankan kebebasan media dan menentang ISA, tidak menyiarkan sepatah pun ucapan anggota Parlimen BN Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang mengecam parti parti pembangkang kerana memusuhi akhbar dengan tindakan memboikot, menyaman dan sebagainya.
Saya tidak tahu sama ada akhbar perdana berbahasa Cina juga turut bersikap demikian.
Jamaluddin telah mendedahkan tindakan saman Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok terhadap akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM30 juta dan diikuti dengan saman RM100 juta terhadap akhbar yang sama kerana penyiaran cerpen oleh Chamil Wariya yang dianggap ditujukan kepadanya..
Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugor ( DAP) Karpal Singh pula telah menyaman Utusan Malaysia RM10 juta sekalipun Utusan telah meminta maaf.
Kerajaan pembangkang di Selangor dan Perak pula memboikot Utusan Malaysia dan kerajaan Kelantan memboikot Berita Harian.
Tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap Utusan adalah benar benar mengikuti jejak langkah Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menutup mulut pembangkang dan media di Singapura dan juga di luar negaranya termasuk Malaysia dengan tindakan saman yang angka kosnya menggerunkan
Utusan Malaysia dan The Star sendiri pernah menjadi mangsa saman Kuan Yew dan membayar kepadanya beratus ribu ringgit. Ini berlaku semasa Singapura dalam Malaysia dan sesudah Singapura keluar dari Malaysia.
Tidak mengejutkan DAP mengikuti langkah ini kerana ia adalah parti yang dilahirkan oleh PAP bagi mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia di Malaysia.
Parti-parti pembangkang melakukan ini kerana mereka percaya bahawa akhbar arus perdana tetap berpengaruh dan terus dibaca oleh rakyat walaupun mereka memburukannya sebagai suara kerajaan, tidak bebas, bohong, tidak berkredebiliti dan sebagainya.
Adalah hak parti pembangkang untuk menjalankan tindakan itu, tetapi rakyat yang berfikiran rasional dapat membaca tindakan ini sebagai amaran awal tentang taraf kebebasan yang akan dinikmati rakyat apabila parti parti pembangkang memerintah Malaysia kelak..
Tidak boleh dinafikan banyak orang yang tidak memahami etika kewartawanan dan hak awam dari segi undang-undang yang mengawal kebebasan akhbar arus perdana.Tindakan undang-undang oleh parti- parti pembangkang terhadap akhbar adalah menjadi bukti betapa akhbar senantiasa terkawal dan tidak dapat bebas dalam penyiaran dan penerbitan mereka setiap hari terutama dalam menyiarkan bahan- bahan yang bersifat politik.
Pengendali akhbar `nyamuk' parti-parti pembangkang dan juga akhbar mingguan atau bulanan yang tidak diterbitkan secara tetap dan media siber tidak menghadapi ancaman ini kerana orang ramai tidak menganggap mereka penting dan berkesan dan tidak berpengaruh (walaupun sebenarnya mereka berkesan) kerana tidak diterbitkan oleh institusi perniagaan dan perusahaan yang gagah, maju dan lama.
Kebanyakan akhbar perdana adalah berfungsi secara self-regulated, mengadakan penapisan penyiaran dengan ketat setiap hari bagi semua bahan penyiaran. Mereka bersikap demikian bukan kerana takut kepada tindakan dari kerajaan tetapi yang lebih ditakuti oleh mereka ialah jika terlepas sesuatu penyiaran yang membolehkan pihak orang awam mengambil tindakan saman malu dan sebagainya yang melibatkan kewangan syarikat mereka.
Inilah yang disedari oleh pemerintah Singapura yang cekap dan bijak yang mempunai rekod tidak pernah kalah dalam menyaman akkhar dan mingguan terkemuka luar. Singapura digeruni oleh media luar negara kerana menggunakan senjata hit the pocket.
Sebenarnya di Malaysia parti-parti pembangkang dan akhbar perdana tidak menghadapi ancaman udang-undang seperti di Singapura (sehinggga ini tidak diketahui apakah keputusan kerajaan Malaysia terhadap suara Parti Keadilan yang mendakwa Ketua Polis Negara lumpuh kerana serangan jantung).
Ancaman besar yang menakutkan akhbar di Malaysia ialah wabak saman dari Singapura yang dibawa oleh parti pembangkang sendiri, artis, individu dan syarikat-syarikat yang tindakan undang-undang mereka boleh membengkrapkan akhbar.
Tindakan ini tidak sahaja menutup kebebasan bersuara tetapi boleh membunuh industri akhbar, boleh menghapuskan para wartawan, melenyapkan bukan sahaja hak wartawan untuk menulis tetapi juga untuk bernafas, makan dan pakai setiap hari. Ia juga melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian pengeluaran dan pengurusan.
Bercakap tenang kebebasan akhbar adalah sesuatu yang ideal tetapi hak untuk hidup bagi setiap manusia adalah lebih mahal daripada kebebasan yang bersifat idealisma..
Semua akhbar dan wartawan di Malaysia menyedari hakikat bahaya ini tetapi mereka tidak bersatu dalam menentangnya. Ini tergambar apabila Utusan menghadapi ancaman itu, maka jelas akhbar Inggeris yang selama ini memperjuangkan kebebasan media tidak menunjukan semangat setiakawan.
Ini berbanding dengan setiakawan yang ditunjukan kepada sebuah akhbar Cina sehingga menjadikan wartawannya yang terlibat tahanan sehari ISA sebagai pejuang jihad..
The Star sebagai akhbar yang dipunyai oleh sebuah parti komponen Barisan Nasional sewajarnya memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia kenapa ia langsung tidak menyiarkan kecaman Jamaluddin Jarjis terhadap pembangkang yang menggugat kebebasan akhbar dengan saman beratus juta ringgit.
Sebenarnya sikap akhbar ini adalah membuktikan bahawa ia sendiri tidak bebas.Ia tertakluk kepada ideologi Malaysian Malaysia, bersikap prejudis terhadap Utusan sebagai suara orang Melayu dan Islam, berkongsi dengan pandangan dan pemikiran DAP.Dengan berselindung di sebalik parti tertentu, akhbar ini telah sekian lama memupuk perasaaan prejudis, syak wasangka dan juga kebencian bukan Melayu terhadap kerajaan dengan berbagai-bagai cara yang tidak dapat dibaca oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungawab tapi lemah dan oleh ahli parti BN yang tidak sensitif. .
Sesungguhnya akhbar ini telah berjaya besar dalam mengelirukan masyarakat bukan Melayu untuk menunjukan perjuangan orang Melayu bagi mempertahankan hak mereka dari segi perlembagaan sebagai rasis dan perjuangan bukan Melayu yang di luar perlembagaan dengan pelbagai provokasi terhadap orang Melayu adalah sebagai hak mereka.
Provokasi yang terkini ialah penggunaan tulisan Cina dan Tamil bagi nama jalan di Pulau Pinang.
Dengan tidak menyiarkan langsung ucapan Jamaluddin yang membidas pembangkang kerana tidak mempertahankan prinsip berkaitan dengan kebebasan akhbar dan blog adalah membuktikan bahawa akhhar ini mempunyai agenda yang besar untuk suatu tugas reformasi yang membahayakan kepentingan dasar nasional.
Sikap wartawan-wartawan Malaysia yang tidak menunjukan semangat setiakawan dalam menghadapi ancaman sebenar bererti mereka sedang membantu untuk menegakkan sebuah kerajaan authoritarian yang kelak akan membenamkan segala idealisme mereka terhadap kebebasan.
Mereka tidak perlu melihat hal ini lebih jauh kerana contohnya berada di muka pintu.
MUNSYI ABDULLAH

Tuesday, October 28, 2008

Debat saja tidak cukup untuk menilai calon Ketua Pemuda UMNO

CUBIT-CUBIT28 Oktober 2008
KHAIRY Jamaluddin yang ketinggalan daripada Mukhriz Mahathir dalam perlumbaan pencalonan jawatan Ketua Pemuda UMNO mencadangkan debat terbuka ala debat calon Presiden Amerika antara beliau, Mukhriz dan Khir Toyo.Memang bijak otak si lulusan Oxford ini. Pada fikirannya jalan terbaik untuk menghambat Mukhriz ialah dengan mencabar beliau untuk berdebat. Pada fikirannya, beliau boleh meratah Mukhriz dengan mudah jika berdebat. Sebaliknya jika Mukhriz menolak, para penyokong Khairy boleh mencanangkan bahawa Mukhriz seorang pengecut.Dan memang Mukhriz menolak pelawaan untuk berdebat atas alasan debat itu akan dimanipulasi oleh pembangkang. Ini satu alasan yang pasti akan dimanipulasi lebih awal oleh penyokong Khairy terhadap Mukhriz. Adakah Mukhriz akan menukar pendiriannya atau beliau akan terus enggan dengan memberikan apa jua alasan yang boleh diberikan?Sebaliknya Khir Toyo telah menyatakan kesediaan. Ini tidak menghairankan kerana beliau berada di belakang Khairy dan Mukhriz dalam perlumbaan ini. Kata orang putih, nothing to lose (tidak akan kehilangan apa-apa).Orang ramai terutama di kalangan Pemuda UMNO sedang bercakap mengenai debat ini. Maka ingin Si Keldai peringatkan bahawa seseorang pemimpin perlu mempunyai ciri-ciri kepimpinan tertentu yang membezakannya dengan mereka yang dipimpin. Adakah kepetahan berdebat satu ciri yang paling pokok? Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang hebat, tapi adakah Allahyarham seorang yang hebat bercakap dan berdebat? Seseorang yang tidak petah berdebat tidak semestinya seorang yang tidak boleh menjadi perancang dan pelaksana yang baik.Tidakkah lebih wajar seseorang bakal pemimpin dinilai terlebih dulu dari sudut integriti akhlak, perangai dan sama ada dia terlibat dalam politik wang.Namun tidaklah Si Keldai mahu sama sekali menentang debat yang dicadangkan. Cuma jangan jadikan ia sebagai faktor utama untuk menentukan sama ada seorang itu layak menjadi pemimpin generasi baru UMNO. Ada lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira, termasuk soal keimanan kerana mereka bertiga adalah orang Islam.Bagi Si Keldai, yang lebih penting kerana ia menjadi isu hangat dan tidak kunjung padam ialah sama ada mereka bertiga ini `bersih daripada politik wang.' Maka Si Keldai mencadangkan supaya setiap calon bersumpah bahawa mereka tidak terlibat dalam politik wang terutama semasa persaingan mendapatkan pencalonan. Pemuda UMNO boleh memilih sesiapa saja menjadi ketua mereka, tetapi soalnya adakah personaliti berkenaan akan diterima oleh rakyat jelata yang akan menjadi pengundi pilihan raya? Adakah personaliti berkenaan akan menjadi aset atau liabiliti kepada UMNO? Ingatlah bahawa senario politik negara sekarang sudah berbeza daripada dulu. Rakyat akan menolak pemimpin yang pada pandangan mereka berlumuran dengan najis politik wang.

Monday, October 27, 2008

The Star berkabung bantah pelantikan Zaki

KOPITIAM TALK23 Oktober 2008
THE STAR BERKABUNG BANTAH PELANTIKAN ZAKI
AKHBAR
The Star telah berkabung sebagai membantah perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Berbanding dengan Utusan Malaysia yang menjadikan berita ini sebagai tajuk utama muka satu keluaran 22 Oktober, The Star hanya menggunakan tiga para berita ini dari Bernama dimuka 22.
Berita yang lebih besar di samping berita itu ialah hasil kajian Transparency International Malaysia di kalangan peguam (kebanyakan orang India) yang mendapati mereka mempunyai persepsi “muram” terhadap badan kehakiman dan perundangan negara (judiciary).
Menurut presidennya Tan Sri Ramon Navaratnam, 91% dari 339 peguam yang ditinjau merasakan proses perundangan dan penghakiman di Mahakamah Tinggi, Mahakamah Rayuan dan Persekutuan adalah tertakluk kepada berbagai peringkat pengaruh daripada kerajaan dan lain lain.
Berita ini sebenarnya bertujuan menimbulkan keraguan terhadap ketulusan dalam pelantikan Tan Sri Zaki kerana beliau diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan kalangan pemerintah dan UMNO. Beliau pernah menjadi peguam dan penasihat kepada UMNO.
Bagi Star sekalipun sesaorang mempunyai kelayakan dan kualiti yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan penting dalam kerajaan tetapi jika terlibat dengan parti pemerintah maka kredebilitinya sudah terjejas. Sebaliknya sekalipun seseorang itu ditolak oleh rakyat tetapi kerana sikapnya yang liberal dan bukan seorang nasionalis Melayu maka dia adalah bersih dan layak untuk diberikan kedudukan penting.
Kita masih ingat Star merayakan perlantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai menteri undang-undang de facto kerana dia liberal, tidak mempunyai keperibadian bangsa , sanggup memalukan Tun Dr.Mahathir dan pejuang kebebasan dan demokrasi yang tidak mengenal batas dan sempadan .Orang seperti ini adalah celeberity kepada Star.
Star berselindung di sebalik imej MCA untuk menjadi suara kepada parti pelampau Cina yang anti Melayu. Dasarnya sama sahaja dengan Gerakan yang menjadi duri dalam daging dalam BN. Sikap talam dua muka inilah yang mengelirukan masyarakat Cina dan mendorongkan mereka untuk mengundi pembangkang dalam pilihan raya lalu.
Star percaya dengan hanya menunjukan imej bebas, propembangkang, anti-Melayu, antikeris dan anti-Kontrak Sosial akan meyakinkan pembaca terhadap kredebilitinya. Ia melalaikan peranan dan tanggungjawab utamanya untuk membentuk fikiran rakyat dan bukannya dikuasai oleh nilai-nilai rakyat yang bertentangan dengan aspirasi nasional..
Pada hari The Star berkabung kerana pelantikan Zaki sebagai Ketua Hakim Negara, akhbar itu juga menjadikan tajuk berita utama di muka yang sama tentang tindakan saman malu anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Datuk Chamil Wariya dan Utusan Malaysia sebesar $100 juta kerana sebuah cerpen yang dikatakan menyindirnya dalam Mingguan Malaysia dan juga berita tuntutan RM10 juta terhadap Datuk Syed Ali Alhabshee Ketua UMNO Bahagian Cheras atas sebab yang sama.
Sebelum itu berita tindakan Utusan meminta Teresa Kok meminta maaf kepadanya telah diperkecil oleh Star. Berita seorang anggota parti Keadilan di Ipoh yang dituduh menerima rasuah seks tidak disebutkan keanggotaannya dan berita seorang pemimpin parti Keadilan keturunan India yang memeras ugut dan ditahan oleh polis di Kedah tidak disiarkan langsung.
Sikap double standard akhbar itu dalam perjuangan kebebasan kewartawanan dan akhbar juga jelas apabila tekanan terhadap Utusan oleh kerajaan Selangor dan Perak dengan memboikot Utusan Malaysia dan melarang wartawannya membuat laporan diperkecilkan tetapi bila wartawan akhbar Berita Harian dilarang membuat liputan mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan dibesarkan. Sebabnya Star melihat ada kepentingan DAP di Selangor dan di Perak, tetapi di Kelantan hanya kerajaan Pas sahaja.Jika melibatkan dengan kepentingan DAP maka The Star akan lebih berhati-hati.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin UMNO dan orang Melayu umumnya tidak sensitif kepada peranan yang dimainkan oleh The Star selama ini terutama pemimpin-pemimpin yang sering diberikan publisiti olehnya. Mereka tidak nampak sikap perkauman Star .
Akhbar Star pernah digantung dalam masa Ops Lalang di bawah pemerintahan Dr.Mahathir kerana sering menghasut dengan cara halus. Di antaranya ialah menyiarkan gambar orang Cina miskin sedang makan di bawah gambar majlis jamuan Raja-Raja Melayu..
Wartawan-wartawannya yang jahat telah lari ke Hong Kong semasa Ops Lalang itu tetapi beberapa orang dari mereka telah kembali berkerja dengan New Straits Times akhbar kepunyaan UMNO dengan bantuan penasihat tidak rasmi Perdana Menteri, Kalimullah Hassan.
Kalimullah dan keluarganya telah pun lari meninggalkan negara ini untuk menetap di London..
Maka itu jangan hairan mengapa akhbar The Star semakin berani dan semakin agresif dalam menentang Institusi Melayu dan menyokong DAP untuk menegakkan Malaysian Malaysia.
Jika anasir-anasir subersif boleh berlindung di akhbar UMNO maka mengapakah Star tidak boleh menjadi suara DAP dengan berimejkan MCA.
Ibrahim Ali sebagai Ketua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia( Perkasa) mestilah memantau peranan akhbar The Star yang bersifat musang berbulu ayam dan janganlah kerana publisiti yang diberikannya akan menyebabkan Perkasa tidak nampak bahayanya kepada bangsa dan agama.
KENAPA RAVINDRAN MAHU BALIK KE MALAYSIA?
PERTUBUHAN haram Hindraf dan juga peguam-peguam India di Malaysia sering kali menggambarkan Malaysia sebagai negara yang tidak adil kepada bukan Melayu, tidak membela nasib orang India, meroboh kuil Hindu dan sebagainya.
Bagaimanapun adalah amat menghairankan apabila seorang India yang telah meninggalkan negara ini lebih 30 tahun masih mahu pulang untuk menetap di Malaysia.Mungkin baginya cerita Hindraf adalah cerita karut. .
Kes terbaru ialah C.K Ravindran yang berasal dari Melaka dan pergi melanjutkan pelajaran di India dalam tahun I967, berkerja di sana dan berkahwin dengan wanita India tetapi sekarang dia mahu balik ke Malaysia. Dia menghadapi masalah untuk pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai kad pengenalan dan surat beranak yang menurut dakwaannya telah diserahkan kepada kedutaan Malaysia pada tahun 1977. Dia juga pernah memohon passport India dan mengundi dalam pilihan raya India.
Sekali lagi yang menjadi juara untuk memperjuangkan kes seumpama ini ialah akhhar The Star.
Tetapi kita tidak harus lupa bahawa akhbar The Starlah juga yang membina perasaan tidak selamat di kalangan bukan Melayu dengan mendakwa berlaku “brain drain” orang Cina ke luar negara kerana tidak mendapat peluang perkerjaan di Malaysia. Star tidak boleh menafikan semua ini kerana semua keratan akhbar mengenainya ada dalam simpanan kami kecuali tidak ada di Kementerian Dalam Negeri yang tidak cekap.
Star menelefon Ravindran di India untuk menafikan semua tuduhan terhadapnya di samping mendapatkan rakan-rakan sekolah Ravindran di Malaysia untuk mengesahkan bahawa Ravindran memang berasal dari Malaysia.
Kerajaan harus sedar bahawa banyak kerja yang bertentangan dengan aspirasi nasional yang dijalankan oleh The Star. Datuk Syed Hamid Albar tak usahlah terpengaruh dan cepat gementar dengan “gempak” akhbar ini atau terlalu bertolak ansur dengan akhbar ini kerana banyak memberikan publisiti kepadanya.
Syed Hamid harus menjaga maruahnya sebelum orang Melayu mengambil langkah untuk menjatuhkan maruahnya.
Bagi orang Melayu dan bumiputra negara ini sesiapa juga boleh keluar mencari perkerjaan di luar negara. Sepuloh orang keluar seribu orang akan datang mengganti.
Ketua Pengarang The Star patut sedar bahawa kawan-kawannya yang lari ke Hong Kong juga balik cari makan di Malaysia.
MUNSYI ABDULLAH

Thursday, October 23, 2008

Pas penghalang Anwar tubuh kerajaan persekutuan

Nasir Sukiman23 Oktober 2008SETIAP kali Anwar Ibrahim membuat pengumuman beliau sememangnya sudah ada jumlah wakil rakyat yang mencukupi bagi membentuk sebuah kerajaan pembangkang yang baru menggantikan Barisan Nasional, maka Pas terus menegaskan syarat utamanya -- kerajaan baru itu mestilah bertunjangkan Islam dan majoriti wakil rakyat Islam. Tidak semena-mena Anwar menjadi kelu. Dia tidak berani mengumumkan nama atau mendedahkan senarai wakil rakyat yang didakwanya sudah ada dalam 'kocek' beliau. Contoh paling ketara adalah dua amaran keras Pas pada lewat September lalu dan awal Oktober ini. Sebelum ini Anwar sudah beberapa kali sama ada meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membolehkannya membentangkan undi tidak percaya atau beliau bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong. Terbaru Anwar yang mahu menenangkan hati penyokongnya yang semakin gelisah dan tidak lagi mahu mengiringinya ke bangunan Mahkamah Rendah di Jalan Duta, sekonyong-konyong mengumumkan mungkin menjelang Hari Raya Aidiladha ini, hajatnya menubuhkan kerajaan baru itu akan terkabul. Dengan sasaran 16 September, 2008 sudah berlalu begitu juga 23 September, Anwar tiba-tiba meminta penyokongnya agar usah bimbang kerana satu dua tahun akan datang mungkin mimpinya akan menjadi. Malang 1,000 kali malang bagi Anwar, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, tidak berganjak daripada pendiriannya bahawa "Pas tidak akan menyertai sesebuah kerajaan baru persekutuan jika majoriti wakil rakyatnya bukan Islam.'' Kata Hadi: "Apabila jumlah wakil rakyat bukan Islam melebihi kerusi wakil rakyat Islam, maka Pas akan membuat keputusan menarik diri daripada kerajaan Pakatan Rakyat."Ini ditegaskan ketika berucap pada satu majlis ceramah di Dungun, kata akhbar rasmi Pas, Harakah. Itu adalah syarat pertama, kedua Pas mahu kerajaan yang bakal dibentuk mestilah yang kukuh dan bukan dipenuhi wakil rakyat yang penakut. Hadi Awang lebih mengharapkan wakil rakyat UMNO menyertai Pas bagi membolehkan kekuatan Melayu dibina lantas mengukuhkan lagi kedudukan Islam. Memandangkan syarat inilah, maka Hadi menegaskan bahawa Pas mahu meneliti senarai wakil rakyat BN di tangan Anwar yang didakwanya mahu menyertai pembangkang. Timbalan Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa pula terang-terang menegaskan Pas tidak akan menggadai prinsipnya memperjuangkan Islam. Ini kerana bagi Pas, Islam itu wujud dalam semua bentuk sama ada ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Sudah tentulah agenda Islam ini berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Kini bukanlah satu rahsia lagi, Anwar mungkin ada 33 wakil rakyat dari BN yang menyatakan kesediaan berpindah kepada Pakatan Rakyat, tetapi gabungan pembangkang dalam sekelip mata akan kehilangan 23 wakil rakyat Pas. Syarat ketat Pas itu menjadi penghalang hingga membuat Anwar tidak berani membuka mulut lagi. Tergamam dia dibuatnya. Semua orang kini tahu, wakil rakyat yang melompat itu kelak bersama-sama 31 wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan 28 daripada DAP tidak mencerminkan peratusan atau komposisi pecahan penduduk di negara ini. Dengan komposisi pembangkang yang berat memihak mewakili sesuatu kaum saja, Anwar mendukung pakatan yang bukan saja tempang malah tidak mampu menyuarakan kehendak rakyat jelata. Hai Anwar kamu kini hanya mampu memendam rasa saja. Mimpi indah untuk dapat memujuk Tengku Razaleigh Hamzah berputus arang dengan UMNO kekal impian saja nampaknya. Begitu juga Zaid Ibrahim terus bermain sandiwaranya. Wakil rakyat dari Sabah yang lantang bersuara di Parlimen tidak menunjukkan minat mahu mengekori PKR. Lantas kini setiap kali kau Anwar membuka mulut mengenai pembentukan kerajaan baru secepat itu jugalah Hadi Awang akan memberi amaran keras berkaitan tuntutannya. Jahit sajalah mulutmu itu Anwar dan buai sajalah mimpimu itu hingga kamu terlena. UMNO, MCA giat membina semula kekuatan mereka dan sudah tentu akan mengganyang pembangkang yang masih tidak sekata dan berangan-angan kosong. - malaysiaaktif.com

Wednesday, October 22, 2008

Shabery patut ubah pendirian

CUBIT-CUBIT21 Oktober 2008
MENELITI senarai mereka yang mendapat pencalonan bagi Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang akhbar siarkan, mata terhenti lama sedikit pada nama-nama yang boleh dianggap barisan pemimpin pelapis parti itu.Antara nama yang menambat mata ialah Shabery Cheek, Menteri Penerangan yang dikenali ramai sebagai orang yang berani berdebat terbuka dengan Anwar Ibrahim mengenai isu kenaikan harga minyak.Shabery setakat ini memperoleh 20 pencalonan dan menduduki tangga ke-31. Kalau Si Keldai tak silap, Shabery adalah orang yang paling awal dan satu-satunya yang mengumumkan secara terbuka tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan jawatan tertinggi UMNO. Pengumumannya itu dilaporkan akhbar dua tiga bulan lalu.Katanya, beliau mahu memberikan tumpuan kepada tugasnya sebagai menteri. Itu yang tersurat, yang tersirat tidak dapat diselami.Tok..tok...beliau sudah dapat 20 pencalonan walaupun sudah siang-siang lagi mengisytiharkan tidak mahu bertanding. Kalau beliau menawarkan diri untuk bertanding, tentulah dapat lebih banyak pencalonan.Ini menunjukkan bahawa ramai kalangan ahli-ahli UMNO yang mahukan Shabery bertanding. Barangkali disebabkan pengumuman tersebut, sebilangan mereka mengambil pendirian untuk tidak mencalonkannya.Pada pandangan Si Keldai yang sudah beruban ini, Shabery patut bertanding dan layak menduduki kerusi MT UMNO. Tanpa mengambil kira kesanggupannya mencabar Anwar Ibrahim, sebenarnya beliau adalah salah seorang pemimpin pelapis yang berkebolehan dari segi kepimpinan. Seorang pemidato yang baik, pandangan dan buah fikiran yang dilontarkannya juga sering bernas dan mudah menjolok orang lain untuk berfikir.Dan jika mendapat cukup pencalonan, patut sangat Shabery mengubah keputusannya untuk tidak bertanding. Orang-orang muda yang berkebolehan seperti beliau boleh memberikan nafas baru kepada UMNO yang sedang melalui zaman peralihan sekarang.Sayang seribu kali sayang jika Shabery melepaskan peluang. Peluang lazimnya bergolek hanya sekali. Jika datang lagi ia tidak akan bergolek. Dan lazimnya juga, orang-orang lain tidak akan menghargai lagi orang yang tidak menghargai peluang.SI KELDAI

Tuesday, October 21, 2008

Ucapan Anwar Tiada Jati Diri

21 Oktober 2008
PEMIMPIN yang suka membuat petikan kata-kata orang lain untuk memperkuatkan hujahnya dalam perdebatan atau pun ucapan adalah pemimpin yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, tidak ada jati diri dan tidak berkualiti.Ada pemimpin yang berbuat demikian untuk menunjukkan bahawa dia seorang intelektual yang banyak membaca dan mempunyai pengetahuan yang luas sedangkan sebenarnya dia sendiri tidak membaca ucapannya yang disediakan oleh pembantu-pembantunya.Dan apabila bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat Anwar Ibrahim masih berbuat demikian ketika bercakap membahaskan belanjawan baru baru ini maka para wartawan yang senantiasa mengikuti perkembangan semasa dapat menilai bahawa pemimpin Keadilan itu mengulangi gaya lama.
Kata wartawan Star Zulkifli Abd.Rahman: ``There was the usual dose of the Anwar public-speaking style of his heyday when he was in the government.”
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir jarang sekali memetik kata-kata pujangga, ahli falsafah dan pemikir-pemikir pemikir Barat dalam ucapan-ucapannya, malah kata-katanyalah yang sering menjadi petikan orang lain.
Malah para wartawan tahu bahawa Tun Mahathir kuat membaca dan menyediakan sendiri ucapannya malah ada kalanya beliau menolak terus ucapan yang disediakan untuknya.
Anwar Ibrahim bukan sahaja ketika berucap di seminar, forum dan majlis-majlis perdebatan ilmiah mengemukakan petikan kata-kata hikmah, malah beliau berbuat demikian dalam ucapan di Parlimen.
Dalam hal ini , wartawan akhbar Sunday Star Zulkifli Abd Rhman dalam laporan Dewan Rakyatnya yang bertajuk No firewokrs In Anwar's Speech seterusnya menulis: “ He sprinkled his speech with quotes from anciet philosophers like Cacero to modern thinkers like businessman Waaren Buffet to highlight his points- that the government needed to present a new Budget to consider the economic onslaught of the current global financial crisis”.
Pada perhitungannya anggota-anggota Parlimen akan menunggu untuk mendengar ucapannya yang pada perkiraan pegawai-pegawainya hebat, tetapi Dewan telah kosong ketika beliau berucap kerana anggota-anggota Parlimen lebih bersedia untuk keluar duduk bersembang di luar sehingga loceng terpaksa dibunyikan untuk memanggil mereka masuk kembali bagi mencukupkan korum.
Penghinaan ini tentu lebih dirasai oleh Anwar Ibrahim terutama sekali apabila beliau dapat melihat bahawa ucapan penasihat DAP Lim Kit Siang lebih menarik perhatian anggota-anggota Parlimen dari BN. Sama ada kita suka atau tidak dengannya, Lim adalah juga seorang yang terkini dengan pembacaannya seperti Tun Mahathir berbanding dengan Anwar Ibrahim dan Abdullah Badawi.
Keupayaannya berhadapan dengan Menteri Penerangan, Shabery Cheek di forum yang disiarkan secara langsung oleh RTM tidak lama dahulu adalah oleh kerana beliau diberikan peluang untuk bersedia lebih dahulu dan hujahnya jelas bersifat retorik populis dan bukannya berdasarkan angka dan fakta, tetapi bermain dengan gambaran beliau mewakili rakyat miskin, petani, nelayan dan sebagainya.
Orang ramai menjangkakan Anwar pastinya akan berkecamuk jika berhadapan dengan ahli kewangan dan ekonomi seperti Noor Yaacob atau Najib Tun Abdul Razak.
Bagaimanapun kepada rakyat, seniman jalanan adalah lebih hebat daripada seorang pemimpin tulen yang realis, jujur dan benar-benar dapat berkhidmat kepada rakyat dan negara.
Rakyat boleh terpengaruh dengan mudah oleh retorik Anwar bahawa BN dan UMNO penuh dengan rasuah, penyelewengan, kronisme, nepotisme dan sebagainya dengan melupai hakikat bahawa Parti Keadilan Rakyat yang hanya baru berkuasa telah sanggup menerima rasuah seks sebagai `sedekah' dan beberapa orang Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak menghadapi tuduhan rasuah.
Demikianlah ketaksuban dan kefanatikan membutakan pandangan dan pertimbangan manusia sehingga mereka sendiri merima mala petaka kelak.
MALAYSIAKINI: NAJIB TAK BOLEH JADI NICE GUY
SEMASA pemerintahan Dr.Mahathir, Malaysiakini tidak boleh mendekati kerajaan. Mereka tidak dibenarkan memasuki Pejabat Perdana Menteri dan lain-lain jabatan kerajaaan.
Bagaimanapun tidak lama selepas Abdullah Badawi atas nasihat penasihat-penasihat medianya -- Kalimullah Hassan, Khairy, Zaki dan Kamal -- maka Pejabat Perdana Menteri memberikan kebebasan kepada Malaysiakini sekalipun tidak disenangi oleh jabatan-jabatan kerajaan.
Dengan itu Malaysiakini menjadi lebih seimbang dalam pemberitaan dan laporan mengenai kepentingan-kepentingan tingkat empat dan ada kalanya menjadi alat untuk menyebarkan lebih awal berita-berita yang bertujuan untuk mencemarkan menteri tertentu dengan menggunakan acumen kewartawanan untuk menggambarkan bahawa Malaysiakini tetap bebas, tidak berat sebelah dan berkredebiliti.
Maka itu laporan Malaysiakini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan manifesto bagi penawarannya untuk menjadi Presiden UMNO yang memberi implikasi bahawa beliau rasis, ultra, pro-Melayu dan anti bukan Melayu menimbulkan pelbagai pransagka kerana orang tahu budak-budak media tingkat empat Jabatan Perdana Menteri mempunyai hubungan rapat dengan Malaysiakini untuk kerja-kerja manipulasi mereka.
Budak-budak tingkat empat ini juga diketahui mempunyai hubungan istimewa dengan Kalimullah Hassan bekas Ketua Pengarang NST yang telah pun memberikan wasiatnya kepada bakal Perdana Menteri Najib dalam tulisan terakhirnya di NST supaya “the openness and freedom Abdullah allowed cannot be turned back and it does not pay to be a nice guy in politics.”
Oleh kerana itu di samping mendengar nasihat Kalimullah untuk meneruskan dasar keterbukaan Pak Lah yang telah menjatuhkan maruah bangsa Melayu maka Najib juga mestilah “hit the pocket of Malaysiakini just like ex Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew hit the pocket of foreign media for the national interest”.
Tidak perlu terima permintaan maaf, tidak perlu guna ISA untuk menjadikan sesaorang wartawan sebagai “martyr”, tetapi tindakan menggantung penyebaran sesebuah media cetak atau siber adalah lebih ertamadun, lebih berkesan dan lebih ditakuti oleh semua media.
MUSHYI ABDULLAH

Sunday, October 19, 2008

Tan Lian Hoe diingatkan tidak keluar kenyataan kontroversi - Shabery

Bernama18 Okt 2008By: Ramjit
-->
KEMAMAN -- Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe telah diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum dan menjejaskan keharmonian di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata beliau telah berjumpa dengan timbalannya itu Selasa lepas, sebelum berlepas ke China bagi menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan Asean-China dan telah meminta beliau supaya lebih berhati-hati serta tidak mengeluarkan kenyataan yang kontroversi.Sebagai pemimpin dalam parti komponen Barisan Nasional (BN), beliau berkata Tan sepatutnya tidak membuat kenyataan sedemikian."Saya sudah ingatkan beliau dan berharap beliau dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya dapat menjelaskan kepada orang ramai dan mengendurkan pandangan orang ramai terutama orang Melayu mengenai perkara itu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said yang juga Ketua Umno bahagian berkenaan, di sini, Sabtu.Minggu lepas, Tan mengeluarkan kenyataan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal-usul setiap kaum di negara ini.Kenyataan itu mendapat reaksi pelbagai pihak yang mendesak Tan dikenakan tindakan oleh Gerakan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.Mengulas lanjut, Ahmad Shabery yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, berkata perkara seumpama itu pernah disuarakan oleh pemimpin MCA satu ketika dulu dan tidak wajar perkara itu ditimbulkan semula oleh pemimpin Gerakan.Malah, beliau berkata sebelum ini ada pemimpin Umno yang telah diambil tindakan oleh Umno pusat kerana mengeluarkan kenyataan yang dilihat berbaur perkauman.Beliau berkata dalam pertemuan tersebut, Tan turut menjelaskan beberapa perkara berhubung kenyataannya itu dan menjelaskan ada perkara yang tidak dilaporkan sebagaimana yang disebutnya.-- BERNAMA

Thursday, October 16, 2008

Nasihat kepada `Cik' Tan

CUBIT-CUBIT16 Oktober 2008

KETUA Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau membangkitkan soal keturunan rakyat Malaysia. Antara lain, katanya orang Melayu berasal dari kepulauan Nusantara, sama seperti kaum Cina dari China dan kaum India dari India.Dulu, semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, beliau juga mencetuskan ribut kecil apabila menyatakan ramai ahli Gerakan mahukan parti itu keluar daripada Barisan Nasional. Kononnya kenyataan beliau turut mempengaruhi para pengundi Cina untuk memangkah Anwar Ibrahim.Apa fasal `Cik' Tan gemar mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan padah buruknya. Pada pandangan Si Keldai, ada sesuatu yang kurang lengkap pada diri `Cik' Tan. Kekurangan ini kadang kala boleh menyebabkan seseorang, tidak kira wanita atau lelaki, boleh naik angin tidak tentu fasal.Kekurangan ini boleh diatasi jika seseorang menjalani kehidupan normal melalui perkahwinan. Ya...`Cik' Tan masih membujang. Jika `Cik' Tan sudah kahwin, akan selesailah masalah naik angin tidak tentu fasal ini. Jika beliau tidak percaya, bolehlah minta pandangan lanjut daripada ramai pemimpin-pemimpin wanita dalam UMNO yang hidup bahagia sebagai isteri serta dapat menjalankan tugas sebagai ketua wanita tanpa naik angin tidak tentu fasal.Berkahwin adalah satu fitrah, atau kata orang putih nature. Tuhan yang menciptakan kita menuntut manusia berkahwin, bukan sahaja untuk menyambung zuriat, tapi juga untuk ketenteraman hidup. Untuk pengetahuan `Cik' Tan, Perdana Menteri wanita pertama India, Puan Indira Ghandi pernah berpesan kepada anak-anak buahnya dalam bahasa Inggeris yang berbunyi:`` Don't go against nature because if you go against nature, you go against God.''Kata-kata hikmat Puan Indira itu diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia berbunyi:``Jangan menentang fitrah kerana jika anda melakukannya, bererti anda melawan Tuhan.''Dan Puan Indira, sebagaimana ramai pemimpin wanita dunia yang terkenal termasuk Puan Margaret Thatcher, juga berkahwin dan mempunyai anak.Maka inginlah Si Keldai jantan ini menasihatkan `Cik' Tan supaya mencontohi Puan Indira dan Puan Thatcher.Nasihat ini juga ditujukan kepada `Cik' Chew Mei Fun, Ketua Wanita MCA yang baru dan `Cik' Azalina Othman yang bercita-cita untuk menjadi Ketua Wanita UMNO Malaysia.Malaysia lebih bahagia jika para pemimpin wanitanya tiada masalah `angin naik ke kepala.' - SI KELDAI * Komen Si Keldai juga boleh dibaca dalam blog cubit-cubit.blogspot.com