Wednesday, January 7, 2009

Anwar resah pembangkang mulai berpecah

Nasir Sukiman7 Jan 2009
ANWAR Ibrahim mengakui Pakatan Rakyat (PR) sedang menghadapi krisis dalaman agak parah berikutan perselisihan pendapatan di kalangan sesetengah pemimpinnya.
Sebagai contoh, katanya, Ronnie Liu, beranggapan jalan keluar bagi sesuatu isu adalah menggunakan agama dianutinya begitu juga pemimpin Islam mahu cara agama mereka digunakan.
Mendedahkan ini ketika berucap di ceramah Pas di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam semalam, Anwar turut mengumumkan PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika ia berkuasa.
Ini jelas bagi meraih sokongan pengundi Cina, iaitu kira-kira 10 peratus daripada 80,200 pengundi berdaftar di P.36 Kuala Terengganu.
Anwar juga berkata ada juga wakil rakyat cuba memperjuangkan sesuatu golongan saja pada hal ada kumpulan lain pula mendakwa merekalah yang patut diberi perhatian.
Tanpa menghuraikan lebih lanjut inti isu berkenaan, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu semua pemimpin muhasabah diri dan menghindari isu sensitif yang akhirnya mengancam untuk memecahbelahkan gabungan pembangkang itu.
Jelas bahawa Anwar merujuk kepada ugutan ahli Parlimen, S Manikavasagam, untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berikutan pertelagahan isu pemindahan stesen bas Klang dengan Speaker Dun Selangor Teng Chang Khim.
Ia mengheret sekali Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menyebelahi Manikavasagam dalam memperjuangkan nasib peniaga India yang terjejas.
Beliau juga tentunya resah dengan ketegangan memuncak di antara Pemuda Pas Pulau Pinang dengan DAP kerana menganjurkan pesta tarian jalanan membabitkan pasangan belia Melayu-Islam.
Krisis itu tidak padam walaupun pucuk pimpinan Pas negeri menggesa cabang Pemuda agar bertolak-ansur dalam isu berkenaan.
Anwar yang berada di Terengganu selepas lawatannya ke Jordan dan Turki bukan saja turut berkempen menyokong calon Pas, Abdul Wahid Endut pada pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu, malah merasmikan Bilik Gerakan Utama, PKR di Gong Kapas, pagi Rabu.
Nampaknya PKR tidak mahu hanya membiarkan Pas bergerak cergas malah berusaha meluaskan sayapnya ke negeri Pantai Timur ini.-malaysiaaktif.com

No comments: