Thursday, May 29, 2008

Yang Tersurat dan Tersirat

Yang Tersurat dan Tersirat
Bashir Ahmad
29 Mei 2008

ADAKAH pilihan raya umum akan diadakan sekali lagi pada tahun ini?
Jawapannya bergantung kepada sama ada Pakatan Rakyat boleh menumbangkan
Barisan Nasional di peringkat persekutuan dengan `mencuri' sekurang-kurangnya 30 orang
Ahli Parlimen BN.

Cerita mengenai sebilangan Ahli Parlimen BN akan melompat sudah
lama menjadi buah mulut umum setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin de
facto Pakatan Rakyat mengacah-acah melalui beberapa kenyataannya. Namun
setelah dua bulan berlalu, acahannya belum menjadi kenyataan.

Menurut kem Pakatan Rakyat, kononnya perkara itu akan berlaku selepas
Julai. Sebelum itu salah seorang Ahli Parlimen PKR akan mengosongkan kerusi
untuk membolehkan Anwar bertanding. Jika Anwar menang pilihan raya kecil, barulah lompatan akan berlaku bagi membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dikatakan Pakatan Rakyat memilih tarikh 31 Ogos 2008, ulang tahun Hari
Kemerdekaan, sebagai hari untuk merayakan penubuhan kerajaan
Pakatan Rakyat dan `pertabalan' Anwar sebagai Perdana Menteri.

Perubahan kerajaan persekutuan melalui cara yang dianggap oleh banyak pihak
sebagai tidak bermoral itu hanya boleh dihalang melalui pilihan raya umum
yang boleh dipanggil secara mengejut atas permintaan Perdana Menteri dan
persetujuan Yang di-Pertuan Agong bagi membolehkan Parlimen dibubarkan.

Walaupun negara akan terpaksa menanggung kos yang besar bagi mengadakan
pilihan raya baru peringkat Parlimen dalam masa yang singkat selepas PRU
ke-12 pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan lain untuk menyekat kejatuhan kerajaannya jika Ahli-Ahli BN melompat.

Pilihan raya baru itu juga mungkin dapat membuahkan keputusan baru untuk menyelesaikan tidak menentu daripada berpanjangan disebabkan BN sekarang hanya menguasai 180 daripada 212 kerusi Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Dalam keadaan sekarang, tiada pihak yang boleh meramalkan keputusan yang lebih baik untuk mereka sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Jika keputusan PRU ke-12 sama sekali tidak diduga oleh BN dan pembangkang, pilihan raya baru ini juga menawarkan kemungkinan yang sama.

Jika PRU ke-12 diadakan serentak bagi bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri (DUN), pilihan raya baru jika berlangsung dijangka tidak melibatkan pilihan raya peringkat DUN. Tidak mungkin Pakatan Rakyat yang memenangi lima negeri (Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor) mahu meletakkan diri mereka dalam keadaan tidak menentu.

Dengan mengandaikan tiada pilihan raya peringkat negeri diadakan, bermakna
parti-parti yang bertanding boleh memberikan tumpuan kepada pilihan raya
Parlimen dengan sumbangan tenaga dan logistik yang lebih besar.

Agak menarik Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman baru-baru ini menyebut tentang kemungkinan pilihan raya baru akan
diadakan secara mengejut. Kenyataan beliau telah dikritik oleh Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP (theSun 29 Mei
2008).

Guan Eng menyoal sama ada suruhanjaya itu telah menjadi alat pihak tertentu
untuk menggertak Pakatan Rakyat supaya tidak meneruskan rancangan memikat
Ahli-Ahli Parlimen BN untuk berpaling tadah. Mesej Guan Eng ialah kenyataan
Rashid itu menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya bukanlah badan
bebas.

Dalam masa yang sama, kritikan Guan Eng itu juga boleh dibaca sebagai suara
kebimbangan DAP untuk menghadapi pilihan raya baru yang memerlukan
perbelanjaan yang besar. Jika begitu keadaannya, eloklah DAP memberitahu PKR supaya menghentikan rancangan menarik Ahli-Ahli Parlimen BN supaya berpaling tadah.

Lagi pun jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN, yang menjadi Perdana
Menteri ialah Anwar. Habis kuat pun Lim Kit Siang, ayah Guan Eng akan dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri bersama Datuk Seri Hadi Awang.

Tapi sebenarnya Guan Eng juga sangat teringin Pakatan Rakyat membentuk kerajaan
persekutuan. Disebabkan kerajaan persekutuan sekarang di bawah BN, beliau
telah mendapati bukannya mudah untuk mentadbirkan sebuah kerajaan negeri
yang tidak sehaluan dengan pentadbiran di Putrajaya. Lain ceritanya jika
Pakatan Rakyat yang menguasai kerajaan pusat.

Bagaimanapun, setelah dua bulan berlalu, Guan Eng bolehlah melupakan keinginan tersebut kerana cerita melompat parti beramai-ramai tidak mungkin berlaku.

Sabtu ini Perdana Menteri akan melawat Sabah dan dijangka akan membuat pengumuman untuk meredakan keresahan Ahli-Ahli Parlimen BN Sabah yang dikatakan tidak puas hati mengenai banyak perkara. Yang diramalkan paling ramai mahu melompat ke Pakatan Rakyat ialah Ahli-Ahli Parlimen Sabah.

Apa yang akan diumumkan tentulah bertujuan untuk menyejukkan hati Ahli-Ahli Parlimen Sabah. Setelah melantik melantik orang Sabah ke dua jawatan penting di Dewan Rakyat - Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Bung Mokhtar - tentulah Pak Lah sangat arif apa yang perlu ditokok tambah. - malaysiaaktif.com

Tuesday, May 27, 2008

Mahathir’s worst fear

Mahathir’s worst fear
Tawfiq Zawawi

Why is Tun Dr Mahathir Mohamad fidgeting more than Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?
TDM is former prime minister, if you will allow me to be so crude, a has-been.
Meanwhile AAB is the man of the hour; he is the one with everything to lose in the world of politics.
If anyone should worry about Anwar pulling the carpet under Barisan Nasional it should be Abdullah but he seems to be going on as normal and even taking time to listen to Umno grassroot grouses.
Dr. Mahathir on the other hand seems to be sweating buckets at the prospect of Anwar becoming Prime Minister?
Don’t you think that is odd?
I asked this question to an old hand at politics and the answer surprised me.
Well actually if I had thought about it I may have arrived at the same conclusion but anyway this is what he said: “He is just making noise to scare Umno and protect himself. What do you think would happen if Anwar became PM?"
Ah hah!
Let’s face it, in 22 years of power Mahathir has made many mistakes, far more than Abdullah could have made in his five years in office so maybe he is just worried about the past being dug up.
The mood is such in this country that I am sure a few thousands would volunteer to be political forensic scientists, examining mud encrusted evidence of wrongdoing, impropriety, abuse of power, cronyism, nepotism etc.
Just last week I was talking to a senior Umno member and he was fighting the urge to reply to Mahathir’s screams of nepotism and cronyism under Abdullah’s administration.
“Not that I am saying it is not happening now, but I am saying that it happened then too and on the same scale.
He asked me to find out:
Who profited from the construction of tower one and two of the KLCC complex;
Whose company supplied the expensive Arkwright office furniture for the entire project;
Which individual made money from the North-South Highway project;
Who had a fatter bank account after the Government bought Skyhawk flying coffins for the RMAF;
Go back in history and check who used to control ECM Libra.
Anwar may say that he can forgive and forget but if TDM continues to be a prick on his side, then Saudara may well just do something to shut him up once and for all.
Maybe that’s is why he is so unhappy with the current level of transparency.
After all, if we read the blogs and believe them all, then the complete catalogue of Abdullah’s shortcoming is already on public display and as is often the case, with time and new revelations of Mahathir’s own shortcomings, Abdullah’s list is looking less and less pathetic. And we are still assuming everything written in blogs are true, some of them may be pure fantasy and fabrications.
Whereas Mahathir’s list can only grow and grow as he did a good job hiding all secrets but as God promises the truth will always prevail. Malaysians should just sit back and enjoy the show.-malaysiaaktif

Sunday, May 25, 2008

Pulau Batu Puteh milik Singapura

Bernama23 Mei 2008THE HAGUE -
Mahkamah Keadilaan Antarabangsa (ICJ) hari inimenetapkan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Putehmanakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan adalah milik negaradi mana terletaknya perairan wilayah.Penghakiman itu menamatkan pertikaian selama 28 tahun antara Malaysia danSingapura berhubung pulau itu, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Blanca,dan juga dua terumbu karang itu. Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh di Johor.Kedua-dua negara telah memberi jaminan akan akur dengan keputusan ICJ,badan kehakiman utama Pertubuhan Bangsa Bersatu. Keputusan mahkamah itu adalahmuktamad dan tidak boleh dirayu.Malaysia dan Singapura juga berulang kali menyatakan bahawa apa sahajakeputusan tidak akan menjejaskan hubungan dua hala.Penghakiman itu dibacakan oleh Naib Presiden ICJ Shawkat Al-Khasawneh, yangbersama dengan 15 hakim lain, telah mendengar penghujahan dari kedua-dua negarapada perbicaraan kes itu dari 6 hingga 23 Nov tahun lepas. Keputusan itudisiarkan secara langsung oleh RTM1 mulai 10 pagi di sini (4 petang diMalaysia).Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengetuai rombongan Malaysiamendengar penghakiman itu di sini menyifatkan keputusan itu sebagai"menang-menang".Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di the Hague, Belanda, Raisberkata walaupun kedaulatan Pulau Batu Puteh berpihak kepada republik itu,namun penting juga dilihat bahawa kedaulatan Terumbu Karang Tengah, yangdikenali sebagai Middle Rocks, diberi kepada Malaysia. "Keputusan pada pagi ini (waktu Belanda) adalah memberi kemenangankepada kedua-dua pihak...pada satu peringkat mahkamah ICJ memutus mengikut faktasejarah dan perundangan antarabangsa serta menimbulkan kesan-kesan pentadbirandan lain-lain hal berkaitan tuntutan (Pulau) Batu Puteh."Mahkamah memutuskan untuk memberi kedaulatan kepada republik Singapura,tapi pada masa yang sama...ini penting...Pulau Middle Rocks adalah diberi milikkedaulatan kepada Malaysia. Dan ini merupakan satu kemenangan kepada Malaysiajua," katanya.Mengenai Terumbu Karang Selatan yang juga dikenali South Ledge, Raisberkata, mahkamah menentukan bahawa kedaulatannya tertakluk kepada persempadananperairan yang dimiliki oleh sesebuah negara. "Ia mungkin nanti merupakan satu isu yang harus disusul bersama olehSingapura dan Malaysia menentukan tahap serta status kedaulatan kepulauantersebut," kata Rais dalam temubual yang disiar secara langsung oleh RTM1.Rais berkata kedua-dua pihak sedang mengkaji alasan yang diberi olehmahkamah berkaitan keputusan yang diumumkan hari ini."Jadi kesimpulannya pada pagi ini dalam keadaan win-win situation inilahkita dapat menentukan kedaulatan atas kedua-dua tuntutan berkenaan,"katanya.Rais berkata susulan keputusan ini, kedua-dua pihak akan mewujudkanjawatankuasa dan perkara selanjutnya akan diumumkan melalui jawatankuasaberkenaan.
Beliau berkata alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan PulauBatu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953,Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang bolehditerima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupunpenyeliaan atas Pulau Batu Puteh."
Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat olehMalaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutanSingapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situsebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura," katanya.Rais berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johorpada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulauitu."Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamahbahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasankedaulatan."Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan MiddleRocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia," katanya.

Friday, May 23, 2008

TEMBAKAN MAHATHIR TERSASAR KE ANAKNYA SENDIRI

Ahmad23 Mei 2008
TINDAKAN Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO yang bertujuan untuk menambah tekanan supaya Pak Lah berundur daripada jawatan Perdana Menteri ternyata tidak memberikan kesan yang ketara. Tiada Ahli Parlimen UMNO yang menyahut seruannya termasuk anaknya sendiri Datuk Mukhriz. Setakat yang diketahui hanya isterinya Tun Dr. Siti Hasmah dan seorang lagi anaknya, Datuk Mokhzani serta beberapa orang pemimpin UMNO peringkat tengah dan bawah di Kedah yang turut keluar daripada UMNO setakat ini.Malah banyak pihak percaya bahawa percaturan Mahathir itu telah memperkukuhkan kedudukan Pak Lah, sekurang-kurangnya sehingga pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO Disember akan datang. Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuarat khas untuk membincangkan tindakan Mahathir itu telah menyatakan sokongan kepada Pak Lah. Begitu juga seluruh Ahli Parlimen UMNO dilaporkan telah menyatakan sokongan kepada beliau.Sudah tentu langkah Mahathir juga tidak mendapat sokongan parti-parti Pakatan Rakyat. Walaupun sokongan Pakatan Rakyat kepada Pak Lah dikatakan mempunyai niat tersembunyi kerana kononnya pembangkang akan untung selama mana beliau terus menjadi Perdana Menteri, ada juga komen yang rasional daripada mereka.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar menyifatkan tindakan Mahathir itu tidak wajar kerana ia boleh menggugat kestabilan negara. Pandangan tokoh muda Pas ini ada kewajarannya.Jika kedudukan Pak Lah boleh dikatakan tidak terjejas dalam masa yang terdekat ekoran tindakan Mahathir, sebaliknya orang yang kelihatan paling gelisah sekarang ialah anaknya sendiri, Mukhriz. Ahli Parlimen Jerlun yang juga berjawatan ahli EXCO Pemuda UMNO Malaysia ini yang siang-siang lagi sudah mengumumkan hajatnya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah ditanya oleh wartawan apakah itu sebabnya beliau tidak mengikuti jejak langkah ayahnya keluar daripada UMNO.Mukhriz menjawab bahawa beliau kekal dalam UMNO tidak kena mengena dengan faktor mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Jawapannya itu sukar ditelan bulat-bulat.Dalam membuat keputusan untuk kekal dalam UMNO, Mukhriz tidak dapat mengelakkan daripada mengambil kira kedudukannya sebagai Ahli Parlimen. Jika beliau keluar daripada UMNO dan tidak menyertai mana-mana parti lain, bermakna beliau akan menjadi Ahli Parlimen bebas yang tunggal di Dewan Rakyat. Datuk Ibrahim Ali yang hadir sebagai Ahli Parlimen bebas sebelum ini dikatakan dalam proses menyertai Pas.Mukhriz perlu juga mengambil kira bahawa dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang, segala kemungkinan boleh berlaku. Andainya ada Ahli-Ahli Parlimen BN melompat ke Pakatan Rakyat, kemungkinan besar pilihan raya baru akan diadakan sebagai jalan keluar terbaik daripada keadaan tidak stabil dan tidak menentu yang boleh mendatangkan kesan-kesan buruk kepada negara. Jika Perdana Menteri terpaksa memanggil pilihan raya baru, mahukah Mukhriz bertanding atas tiket bebas?Ternyata bahawa anak Mahathir ini tidak mempunyai pilihan melainkan untuk kekal dalam UMNO walaupun beliau menyedari bahawa tindakan bapanya itu menyusahkan dirinya. Jika UMNO sudah memandang sepi suara bapanya yang telah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, siapalah Mukhriz. Malah bosnya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn telah menyatakan rasa tidak senang terhadapnya kerana masih mendesak Pak Lah supaya meletakkan jawatan. Selepas pilihan raya pada 8 Mac lalu, Mukhriz telah menghantar sepucuk surat kepada PakLah memintanya meletakkan jawatan. Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat exco Pemuda UMNO Malaysia, tapi Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin, hanya sekadar diberi peringatan.Hishamuddin yang mempengerusikan mesyuarat tersebut menyatakan beliau berpuas hati dengan penjelasan Mukhriz.Terbaru, Hishamuddin berubah pendirian. Beliau akan merujuk Mukhriz kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO kerana beliau mengulangi desakan supaya Pak Lah meletakkan jawatan. Apakah yang mendorong Hishamuddin untuk berubah pendirian? Jika dulu beliau tidak mencadangkan sebarang tindakan diambil terhadap Mukhriz, sekarang lain pula ceritanya.Adakah Hishamuddin melihat kedudukan Pak Lah sekarang lebih kuat daripada hari-hari awal selepas 8 Mac? Jika semua orang tahu bahawa Mukhriz mahu jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, mereka juga tahu bahawa Hishamuddin mahu jadi Naib Presiden UMNO.Barangkali Hishamuddin berpendirian bahawa dengan menekan Mukhriz dan menyokong kuat Pak Lah, peluang beliau untuk memenangi salah satu daripada tiga jawatan Naib Persiden UMNO adalah lebih cerah. Jika pendapat beliau betul, maka ia juga membawa makna bahawa peluang Mukhriz untuk merebut jawatan yang Hishamuddin kosongkan telah bertukar daripada cerah kepada kelabu.Jika benar andaian ini, maka nyatalah bahawa tembakan Mahathir tersasar kepada anaknya sendiri, bukan Pak Lah.Setakat ini tiga orang telah menyatakan niat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang Hishammuddin. Mukhriz, Datuk Seri Khir Toyo dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin. Jika peluang Mukhriz semakin kelabu, peluang siapakah yang akan lebih cerah? Anda tentu tahu jawapannya. - malaysiaaktif.com

Monday, May 19, 2008

Dulu Tunku keluar UMNO kerana Mahathir

Bashir Ahmad19 Mei 2008

SEORANG rakan menghantar mesej SMS kepada saya berbunyi:``Kasihan Tun...''Lima belas minit kemudian, seorang lagi rakan menelefon dan bercakap tentang Tun Mahathir Mohammad yang baru sahaja mengumumkan keluar daripada UMNO tengah hari ini.Kata Tun, beliau hanya akan kembali ke UMNO selepas Pak Lah berundur daripada jawatan pemimpin parti dan kerajaan. Betapa marahnya Tun kepada Pak Lah.Kepada si rakan yang menelefon saya, diceritakan betapa penulis ini teringat kepada ramalan seorang rakan yang dibuat pada Disember 1990, beberapa hari selepas kematian Almarhum Tunku Abdul Rahman. Ketika itu kami sedang bercerita mengenai Tunku dan sejarah politiknya.

Turut dibangkitkan tentang Tunku yang boleh dianggap sebagai salah seorang pengasas UMNO, tapi Almarhum meninggal dunia semasa tidak lagi menjadi ahli UMNO.Almarhum meletakkan jawatan selepas peristiwa 13 Mei 1969 atas desakan dari dalaman parti. Antara yang mendesak ialah Dr. Mahathir Mohamad yang telah menulis sepucuk surat meminta Tunku meletakkan jawatan kerana bertanggung jawab terhadap banyak kepincangan yang berlaku, yang sedikit sebanyak menjadi punca peristiwa 13 Mei.Ekoran tindakannya, Mahathir dipecat daripada UMNO pada 26 September 1969.

Semasa dalam buangan, Mahathir nyaris-nyaris menyertai Pas tapi atas pujukan beberapa orang rakan beliau membatalkan niatnya. Antara mereka yang kuat memujuknya ialah Tan Sri Hussin Ahmad dan Allahyaraham Datuk Harun Idris.Mahathir menyertai semula UMNO pada 1972 pada zaman Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri dan presiden parti itu.Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri, tiba pula giliran Tunku menjadi pengkritik kuatnya. Tunku yang kemudiannya memiliki The Star turut menjadikan akhbar itu sebagai suara mengkritik Mahathir.

Akibatnya Mahathir mengharamkan The Star seketika pada 1987. Tindakan itu menyebabkan perpecahan dalam UMNO sehingga akhirnya parti itu diharamkan.Ekorannya Tunku dan seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn cuba menubuhkan parti UMNO Malaysia. Bagaimanapun Mahathir berjaya menghalang dan menubuhkan UMNO baru. Kalangan ahli-ahli UMNO yang menentang Mahathir menubuhkan pula parti Semangat 46 yang diketuai Tengku Razaleih Hamzah. Almarhum Tunku turut menyertai Semangat 46 hingga ke akhir hayatnya.Begitulah sejarah hubungan Tunku dan Mahathir, menurut si rakan penulis itu. Beliau menambah dengan meramalkan bahawa apa yang berlaku kepada Tunku juga akan berlaku kepada Mahathir kemudian kelak.Begitu hukum alam.

Apa yang dialami oleh Tun Mahathir pada hari ini mempunyai sedikit persamaan dengan apa yang berlaku ke atas Tunku. Mahathir mengkritik dan meminta Pak Lah meletakkan jawatan. Disebabkan Pak Lah masih berada di jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir terpaksa memilih jalan keluar daripada UMNO sebagai langkah politik seterusnya untuk menjatuhkan Pak Lah.Tunku pada tahun-tahun terakhir hayatnya juga menjadi penentang utama Mahathir yang tidak berundur sehinggalah akhirnya beliau sendiri yang membuat keputusan untuk bersara. Beliau memilih Pak Lah sebagai pengganti, dan akhirnya beliau pula yang menjadi pengkritik utama Pak Lah.Apa yang berlaku ternyata mengeruhkan lagi keadaan. Apakah UMNO boleh bertahan sebagai parti utama orang Melayu selepas gelora demi gelora yang berlaku? - malaysiaaktif.com

Thursday, May 15, 2008

BPR kena siasat pendedahan YB Rahman

Bashir Ahmad
14 Mei 2008


ADA dua perkara yang sangat menarik berlaku di Parlimen semalam.

Pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekian lama. Tuduhan berhubung komisen pembelian kapal selam Scorpene; tuduhan komisen pembelian jet Sukhoi dan tuduhan kononnya Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam pembunuhan Altantuya yang kesnya masih dalam perbicaraan.

Najib mengambil kesempatan untuk menjawab dengan panjang lebar di Dewan Rakyat kerana tuduhan-tuduhan itu dibangkitkan oleh pembangkang semasa perbahasan titah diraja. Semua orang tahu bahawa tuduhan-tuduhan tersebut turut dijadikan modal pembangkang untuk menyerang BN semasa pilihan raya lalu, dan dalam pilihan raya Machap dan Ijok sebelumnya.

Selepas pilihan raya umum, serangan terhadap Najib berhubung tuduhan-tuduhan tersebut telah ditingkatkan dalam blog-blog yang propembangkang. Kelihatan seperti agenda mereka ialah untuk membunuh kewibawaan bakal Perdana Menteri itu selepas mereka berjaya melumpukan karakter Pak Lah.

Di kalangan para pemimpin pembangkang, semua arif siapa yang paling kerap dan lantang menggunakan tuduhan-tuduhan ini untuk menyerang Najib, UMNO dan BN.

Najib agak konsisten dalam jawapannya berhubung tuduhan-tuduhan ini. Misalnya beliau enggan mengulas panjang tuduhan berhubung Altantuya kerana katanya kes berkaitan masih dalam perbicaraan.

Oleh kerana Najib telah membuat penjelasan, maka tuduhan-tuduhan itu tidak boleh diulangi. Apatah lagi jika dibuat di luar Parlimen, sama ada dalam blog atau di pentas ceramah. Najib perlu mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang mengulangi tuduhan terhadapnya. Jika tidak, umum akan terus beranggapan bahawa tuduhan-tuduhan itu berasas.

Percayalah bahawa pembangkang tidak akan menerima jawapan dan penafian Najib kerana mereka akan menanggung kerugian besar dari segi politik kerana membuat tuduhan palsu atau memfitnah.

Perkara kedua yang lebih menarik ialah pendedahan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa beliau menerima tawaran wang yang sangat besar supaya berpaling tadah dan melompat ke kem pembangkang.

Katanya, nilai yang ditawarkan membolehkan ``hidup senang-lenang tiga generasi." Ini membuatkan kita mencongak angka dalam ringgit Malaysia. RM3 juta atau lebih lagi? Katakan RM3 juta. Jika Pakatan Rakyat perlukan sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan, bermakna pihak yang membuat tawaran perlu menyediakan kira-kira RM90 juta (RM3 juta x 30).

Jumlah tersebut adalah sangat besar. Dari mana wang itu diperoleh? Adakah daripada sumber kewangan dalam negeri atau daripada luar negara? Jika daripada luar negara, bermakna pihak yang membuat tawaran sudah `dibeli' oleh kuasa luar. Bagaimana kerajaan yang mahu dibentuk itu dapat berfungsi secara bebas dan berdaulat sedangkan ia berada dalam kocek kuasa luar? Ini satu kerja sabotaj yang boleh mengancam kestabilan dan keselamatan negara kita.

Siapakah petualang di belakang kerja jahanam yang boleh menggadai negara ini? Tanpa menyebut nama, semua orang boleh membuat andaian.

Jika benar bagai dikata, apa yang berlaku adalah juga satu kes rasuah paling serius yang tidak boleh dimaafkan. Badan Pencegah Rasuah mestilah menyiasat dan mengambil tindakan. Menurut Abdul Rahman ketika membuat pendedahan kepada wartawan di lobi Parlimen, beliau kenal siapa yang membuat tawaran. - malaysiaaktif.com

Monday, May 12, 2008

Yang Tersurat dan Tersirat

Yang Tersurat dan Tersirat
Bashir Ahmad11 Mei 2008
UMNO yang mencecah usia 62 tahun pada Ahad ini (hari ini) harus terus relevan, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.
Justeru beliau menggesa ahli parti bekerja keras kerana hanya dengan cara itu UMNO akan terus mendapat kepercayaan masyarakat untuk menjadi wadah perjuangan rakyat khususnya kaum Melayu.
"Dalam politik ada pasang surut. Itu tidak bermakna UMNO harus mengalah dan tidak meneruskan perjuangannya untuk membela nasib Melayu dengan mengambil kira kepentingan kaum lain," katanya.
Begitulah laporan Bernama pada 9 Mei 2008 atau Jumaat lalu.
Kebetulan sebelum terbaca laporan ini semalam, penulis ketika membeli bekalan lauk untuk seminggu telah berbual dengan seorang penjual ikan di sebuah pasar tani di Taman Melawati, Ulu Kelang. Diceritakan bahawa beliau tinggal di Sabak Bernam. Wakil rakyatnya adalah orang UMNO yang menang dalam pilihan raya 2008 dengan kelebihan kira-kira 100 undi sahaja.
Penulis bertanya, pada pandangannya jika wakil rakyat itu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang adakah beliau akan menang lagi?
Jawabnya, susah untuk menang.
Kenapa? Jawabnya lagi, wakil rakyat UMNO sudah kaya. Baru sepenggal jadi wakil rakyat, kereta dua tiga biji mahal sudah tersergam depan rumah.
Moral cerita ini ialah orang Melayu golongan bawahan yang menjadi penyokong kuat dan pengundi UMNO selama ini telah berubah pendirian terhadap parti berlambang keris, lambang Ketuanan Melayu kerana persepsi mereka juga sudah berubah.
Sebabnya parti ini, pada pandangan orang-orang seperti penjual ikan yang tidak berkelulusan tinggi ini, UMNO telah menjadi sebuah parti elitis untuk orang-orang kaya dan mahu cepat kaya.
Penjual itu bercerita lagi. Katanya ada seorang bekas office-boy yang menjadi orang kuat UMNO dan sangat kaya kerana dia rapat dengan Muhammad Taib semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor dulu.
Perihal UMNO menjadi parti orang kaya dan mahu kaya ini bukan tidak diketahui oleh para pemimpin UMNO. Sesiapa sahaja yang pergi ke PWTC ketika Perhimpunan Agung UMNO dapat melihat barisan kereta mewah yang memenuhi pekarangan bangunan tinggi yang menjadi simbol kekuatan parti orang Melayu ini.
Dan pada setiap pilihan raya kecil, deretan kereta-kereta besar 4WD dan sedan mewah bercermin gelap dilihat oleh orang-orang kampung bergerak megah seperti konvoi mafia ke kawasan kempen. Kereta-kereta siapa itu, tanya hati kecil mereka. Tidak sukar mengetahuinya kerana mereka yang berada di dalamnya adalah orang-orang UMNO yang datang berkempen dari seluruh pelosok tanah air.
Jika mereka ditanya kembali, apa salahnya orang-orang UMNO kaya? Sekalipun mereka diam, kita boleh membaca jawapan di hati kecil mereka.
Oleh kerana Muhammad Taib adalah orang yang arif, walaupun pelbagai kata-kata nesta dalam dunia blog telah dilemparkan mempertikai kebijaksanaannya, beliau tentulah dapat menyelami hati nurani orang-orang Melayu seperti si penjual ikan ini.
Untuk mengembalikan kepercayaan orang-orang yang selama ini setia kepada UMNO seperti si penjual ikan itu, ia bukan sekadar memerlukan ahli-ahli parti bekerja keras dan bersatu padu seperti yang Muhammad Taib sarankan. Ia memerlukan pemantapan iman, kawalan nafsu dan pengorbanan seperti yang dilakukan oleh para pengasas parti ini di semua peringkat, sama ada nasional, negeri, bahagian dan cawangan.
UMNO memerlukan anjakan pradigme untuk merebut semula kepercayaan orang Melayu di peringkat rakyat jelata yang selama ini hanya melihat betapa office-boy boleh menjadi kaya raya dalam masa yang singkat setelah aktif dalam UMNO dan sering dilihat berada dalam kelompok para pemimpin yang berkuasa, sama ada dalam parti dan kerajaan.
Politik wang dalam UMNO, sebagaimana yang disuarakan dengan penuh kekhuatiran oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Presiden UMNO dulu, akhirnya terbukti benar sebagai faktor yang menikam parti ini.
Pada zaman internet yang bebas, cerita-cerita mengenai rasuah tersebar luas. Yang menjadi bahan cerita ialah orang-orang yang menjadi pemimpin dan penegak Ketuanan Melayu. Yang bercerita ialah bukan Melayu dan sebilangan orang Melayu sendiri. Ramai juga orang Cina yang kaya raya kerana rasuah dan kegiatan haram, tetapi disebabkan kuasa pemerintahan berada di tangan Melayu, maka `tuan-tuan Melayu' inilah yang menjadi sasaran.
Oleh kerana yang internet-savvy atau mahir internet ialah generasi baru, maka tertanamlah imej buruk terhadap UMNO di kalangan mereka yang merupakan penentu kuasa politik akan datang. Cerita-cerita ini mereka panjangkan dari kawasan bandar hingga ke kampung halaman mereka.
Saya masih ingat kata-kata Mahathir dalam ucapan presiden lebih kurang empat lima tahun sebelum beliau bersara. Katanya (lebih kurang) : `` Pemimpin-pemimpin mestilah bukan sahaja bersih daripada rasuah, tapi mestilah juga kelihatan bersih daripada rasuah."
Merujuk kepada kata-kata hikmat Mahathir, apakah orang-orang Melayu golongan bawahan boleh menerima seseorang wakil rakyat yang belum cukup sepenggal menjadi wakil rakyat sudah mempunyai banglo dan dua tiga biji kereta mewah sebagai ``kelihatan bersih daripada rasuah.''
Mungkin sebilangan kecil mereka ini benar-benar memperolehi harta dan kekayaan secara halal, tapi perkara-perkara seperti ini mudah menimbulkan persepsi buruk yang menyeluruh kesannya. Apatah lagi orang-orang UMNO ini sentiasa datang dengan Mercedes apabila memenuhi jemputan kenduri kahwin di kampung.
Bayangkan jika mereka ini boleh berbahasa Inggeris dan membaca laporan The Star mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menaikki kapal terbang dengan tiket kelas ekonomi, walaupun beliau berhak sekurang-kurangnya membeli tiket kelas bisnes.
Orang-orang UMNO boleh mengatakan bahawa Guan Eng sengaja berbuat begitu untuk tujuan politik. Mereka juga boleh berkata, lihatlah berapa lama beliau boleh terbang di kelas ekonomi? Tapi sama ada berpolitik atau tidak, ini adalah perkara-perkara yang mudah melekat di hati rakyat seperti si penjual ikan itu.
Samalah juga dengan Datuk Nik Abdul Aziz yang masih hidup sederhana dan terus menjadi imam di madrasah dekat rumahnya, walaupun beliau sudah berpenggal menjadi Menteri Besar Kelantan.
Kesimpulannya, jika UMNO mahu kembali gagah sebagai penegak Ketuanan Melayu yang turut dihormati oleh bukan Melayu, cakap si penjual ikan itu hendaklah menjadi renungan dan landasan untuk pembaharuan semula supaya UMNO terus relevan. - malaysiaaktif.com