Wednesday, February 18, 2009
Khir Toyo menang debat calon Ketua Pemuda
BASHIR AHMAD17 Februari 2009JIKA debat tidak rasmi dalam rancangan Hujah TV9 yang disiarkan secara tertunda malam ini mahu dijadikan ukuran, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo mendapat lebih markah daripada dua lagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia - Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin.Ini berasaskan jumlah tepukan yang diberikan oleh penonton dalam dewan debat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Jumlah tepukan hanyalah tidak boleh diambil kira sekiranya jumlah penonton dalam dewan itu lebih ramai penyokong Khir Toyo. Rasa-rasanya jumlah penonton adalah adil kerana masing-masing dibenarkan membawa sama banyak penyokong.Apabila masing-masing memberikan hujah kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh pengerusi debat Dr. Mohamad Agus, pensyarah UKM, penonton-penonton memberikan tepukan tanda setuju dan menyokong hujah yang disampaikan.KEPUTUSANNYA: Khir Toyo dapat 8 tepukan, Mukhriz 3 tepukan dan Khairy 0 tepukan.Sebaliknya apabila Dr. Agus mengemukakan soalan-soalan yang agak tajam dan amat kena dengan batang hidung pendebat, penonton-penonton juga memberikan tepukan yang mengiakan maksud soalan itu.Khir Toyo menerima satu soalan yang mendapat tepukan gemuruh penonton. Soalannya (lebih kurang): ``BN Selangor di bawah pimpinan Datuk Seri kalah dalam pilihan raya umum lalu, bagaimana Datuk Seri mahu menjadi Ketua Pemuda UMNO?''Sebaliknya Khir Toyo memanfaatkan soalan tersebut dengan memberikan jawapan yang mendapat dua kali tepukan gemuruh. Katanya (lebih kurang): `` Kalah di Selangor kerana gelombang nasional (maksudnya bukan kerana faktor kepimpinan beliau), bukan sahaja BN kalah di Selangor tapi juga Pulau Pinang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan (tepukan penonton). Lagi pun Tun Mahathir pernah tewas pilihanraya kepada (Allahyarham) Yusof Rawa dari Pas...Datuk Seri Abdullah pernah tewas pemilihan Naib Presiden UMNO...dan saya tetap berada di sini untuk terus berjuang (lagi tepukan penonton).''Khairy pula mendapat dua kali tepukan seumpama yang boleh dianggap sebagai cemuhan. Penonton-penonton memberikan tepukan kepadanya apabila beliau menjawab soalan mengenai apakah peranan Pemuda UMNO mengenai harga minyak. Jawab Khairy, Pemuda UMNO lebih memberikan perhatian kepada aspek harga barang tidak turun walaupun harga minyak telah turun.Lalu Agus mencelah:`` Yang Berhormat sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO...apa yang Pemuda telah buat?''Soalan Agus itu mendapat tepukan gemuruh penonton. Kemudian penonton bertepuk sekali lagi apabila Agus membangkitkan soal Khairy sebagai `liabiliti' kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu. Dan sepanjang debat itu, hujah-hujah Khairy langsung tidak mendapat tepukan.Mukhriz pula mendapat tepukan paling awal apabila menjawab soalan mengenai pengambilalihan kuasa oleh BN di Perak yang dituduh sebagai tidak adil dan merampas kuasa oleh pakatan PKR, Pas dan DAP.Kata Mukhriz, kenapa perkara itu tidak dibangkitkan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mencuri 32 Ahli Parlimen untuk mengambilalih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008? Penonton-penonton memberikan tepukan gemuruh. Malah Mukhriz adalah penerima pertama tepukan pada debat tersebut.Ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu turut menggariskan apakah pembaharuan yang akan dibawa kepada pergerakan tersebut.Bagi penulis, jawapan Mukhriz paling menarik. Katanya, beliau akan mengubah Pemuda UMNO supaya menjadi sebuah pergerakan yang memiliki integriti, berwawasan dan mesra rakyat.Mukhriz telah bercakap sesuatu yang benar. Ciri-ciri tersebut dahulunya ada pada Pemuda UMNO, tapi kini semakin luntur, jika tidak lenyap sama sekali. - malaysiaaktif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment