Monday, February 16, 2009

Isu gambar atas katil Elizabeth Wong dipolitikkan

CUBIT-CUBIT16 Februari 2009ELIZABETH Wong? Umurnya 37 tahun, belum berkahwin, ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan, Selangor dan Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal pelancongan, pengguna dan alam sekitar.Kenapa tiba-tiba saja perhatian kita diheret kepada Elizabeth Wong?Akhbar theSun dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk `` Nude bid to smear rep'' mendedahkan tentang gambar-gambar seorang wakil rakyat Selangor yang sedang tidur dengan pakaian terdedah dan mendedahkan bahagian yang sepatutnya tidak terdedah. Tidak pula didedahkan nama wakil rakyat itu.Akhbar petang Malay Mail melangkah setapak ke depan dengan bertanyakan hal tersebut kepada Elizabeth sendiri. Lalu beliau mengakui yang gambar-gambarnya sedang tidur di atas katil di rumahnya sendiri dalam keadaan `terdedah' telah disiarkan kepada umum. Tidak disebut sama ada gambar-gambar itu diedar melalui blog atau telefon bimbit atau dari tangan ke tangan.Apakah tujuan gambar-gambar tersebut diedarkan? theSun melaporkan kononnya seorang sumber berkata:`` This is geared towards discrediting her and PR (Pakatan Rakyat) and is timed for the two by-elections in Perak and Kedah.'' (Tujuannya untuk mengaibkan beliau dan PR dan dilakukan untuk dua pilihan raya kecil di Perak dan Kedah).''Si Keldai bersetuju bahawa gambar-gambar tersebut tidak wajar menjadi bahan untuk mencela peribadi Elizabeth, jika benar ia diambil tanpa pengetahuannya. Bukan dia mendedahkan tubuh di tempat awam, tapi di tempat tidur dalam bilik rumahnya sendiri. Orang yang mengambil gambar tersebut dan mendedahkannya kepada umum memang jahat dan patut dihukum.Soalnya siapakah yang merakam gambar-gambar tersebut? Bukan semua orang boleh masuk ke bilik tidur Elizabeth kecuali suami. Tapi Elizabeth belum berkahwin. Mungkin saudara-mara yang rapat seperti ibu dan adik beradik yang melakukannya? Tidak munasabah kerana perlu apa mereka merakam gambar Elizabeth sedang tidur.Oleh kerana persoalan ini boleh menimbulkan macam-macam teori konspirasi, eloklah Elizabeth sendiri memberikan jawapannya dengan bantuan polis kerana beliau telah pun membuat laporan kepada polis.Yang Si Keldai amat tidak setuju, kenapa laporan theSun cuba mengaitkan isu gambar Elizabeth ini sebagai perbuatan bermotifkan politik dengan tujuan untuk mengaibkan gabungan PKR, DAP dan Pas yang akan menghadapi pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Seolah-olah jari dituding kepada Barisan Nasional. Inilah mentaliti PKR, DAP dan Pas yang tekah menggunakan gambar untuk mencela Wan Farid (calon BN) semasa pilihan raya kecil kawasan Parlimen Kuala Terengganu dulu. Gambar Wan Farid menyanyi karaoke bersama anak saudara perempuannya telah disiarkan begitu rupa seolah-olah beliau menyanyi secara sulit dengan seorang wanita bukan muhrimnya. Pada hal gambar asal jelas menunjukkan Wan Farid menyanyi dalm satu majlis keluarga bersama anak saudaranya (muhrim).Sedikit sebanyak gambar itu turut menyumbang kepada kekalahan Wan Farid. Malah Presiden Pas, Haji Hadi Awang pada majlis mengumumkan Abdul Wahid Endut sebagai calon parti itu turut secara sinis dalam ucapannya menyebut:`` Calon kita tidak menyanyi.''Kini apabila tiba-tiba muncul isu gambar Elizabeth Wong, mereka cuba menuding jari kepada BN. Jahat sungguh. Sedangkan Elizabeth sendiri mendakwa beliau tidak tahu siapa yang merakam gambar-gambar tersebut.Andainya kita mahu mengikut rentak permainan jahat mereka ini, kita juga boleh berfikir bahawa gambar-gambar Elizabeth ini mungkin disebarkan dengan sengaja oleh puak Pakatan Rakyat sendiri dengan tujuan untuk mengaibkan BN. Buktinya, belum apa-apa lagi jari mereka sudah menuding kepada BN sebagaimana laporan theSun.Dari sudut etika kewartawanan, theSun tidak patut menyiarkan tuduhan tersebut dengan hanya memetik pandangan `sumber.' Ini menunjukkan bahawa theSun sudah prejudis terhadap BN dan memihak kepada gabungan PKR, DAP dan Pas. SI KELDAImalaysiaaktif.com

No comments: