Monday, October 13, 2008

Di sebalik teori `Mahathirism' lontaran Zaid
CUBIT-CUBIT13 Oktober 2008

KATA Zaid Ibrahim, jika Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau akan meneruskan dasar `Mahathirism' dan tidak banyak membawa pembaharuan.Berita itu disiarkan oleh The Star, akhbar yang mendukung kuat perjuangan bekas menteri undang-undang de facto yang lebih menguntungkan pakatan pembangkang selama ini.Apa tujuan Zaid membuat komen tersebut? Apa tujuan The Star memberikan ruang kepada orang yang sudah dianggap `melukut di tepi gantang' dalam UMNO itu. Pada pandangan Si Keldai yang bahlul ini, Zaid ada niat tertentu. Zaid orang Kelantan. Semua orang tahu ada orang Kelantan yang masih membara cita-citanya untuk jadi Presiden UMNO setelah gagal menumbangkan Tun Mahathir Mohammad dulu. Namanya Tengku Razaleigh dan lebih popular dengan gelaran Ku Li.Ku Li adalah orang yang pertama menawarkan diri bagi bertanding jawatan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Mac 2009. Malangnya setelah 28 bahagian UMNO bermesyuarat, Ku Li masih belum mendapat sebarang pencalonan.Pada hemat Zaid, dengan melontarkan teori `Mahathirism', akan tertanam keraguan terhadap Najib yang setakat ini mendapat pencalonan jawatan Presiden UMNO daripada kesemua bahagian yang telah bermesyuarat.Jika ahli-ahli UMNO tidak mahu `Mahathirism' maka mereka perlu mencari orang lain yang bebas daripada bayang-bayang Mahathir. Siapa lagi jika bukan Ku Li.Itulah yang Zaid cuba lontarkan. Nakal juga mu ni Zaid! SI KELDAI

CUBIT-CUBIT
11 Oktober 2008

DIALOG Senyum Kambing di muka satu Utusan Malaysia hari ini agak sinis.Kambing diberitahu: ``Melaka anugerahkan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.''Jawab Kambing: `` Agaknya dia banyak berjasa...''Eloklah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam jelaskan apakah jasa-jasa bintang Bollywood itu kepada Malaysia, khususnya negeri Melaka. Lagipun Ali Rustam mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Manalah tahu kalau-kalau beliau menang dan jadi Timbalan Perdana Menteri nanti, Shah Rukh Khan akan dapat gelaran Tan Sri pula.Penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan bukan sahaja menimbulkan tanda tanya kepada Kambing Utusan Malaysia, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.Memanglah seluruh Malaysia maklum bahawa setiap tahun Melaka akan melambakkan anugerah Datuk kepada sebaris panjang penerima. Sebilangan besar mereka bukan rakyat Melaka dan tidak diketahui apa jasa mereka kepada negeri Hang Tuah ini. Tapi memberikan kepada seorang bintang filem asing adalah satu bahan menggeletek kewarasan kita. Ramai yang bertanya, sudah tiadakah lagi rakyat Malaysia atau orang Melaka yang layak? Juga ditanya apakah tujuan gelaran tersebut? Adakah Ali Rustam atau Yang Dipertua Negeri Melaka peminat Shah Rukh Khan?Dan yang tidak kurang menariknya, si Rukh Khan ini tidak datang pun ke istiadat penganugerahan sempena Hari Jadi Ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob. Jika Rukh Khan menghargai anugerah tersebut tentulah beliau datang segera untuk menerima gelaran Datuk.Kepada Ali Rustam diucapkan `Selamat bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.''

No comments: