Kit Siang tewaskan Hadi CUBIT-CUBIT10 Januari 2009
DULU ceramah-ceramah Pas tak sah kalau tidak menjaja isu hudud. Di Kelantan, kerajaan pimpinan Nik Aziz bentang enakmen hudud untuk laksanakan hukum hudud. Kemudian Pas di bawah pimpinan Hadi Awang juga bentangkan enakmen hudud walaupun mereka tahu ia tidak boleh dilaksanakan.
Apa yang Nik Aziz dan Hadi buat hanyalah sekadar untuk menunjukkan kononnya Pas serius untuk melaksanakan hukum hudud. hakikatnya mereka tahu ia sukar dilaksanakan di Malaysia yang bersistem demokrasi berparlimen. Mesti mendapat sokongan bukan Islam jika mahu dilaksanakan. Lainlah jika demokrasi digantung dan pemerintahan diktator memaksa undang-undang hukum hudud dilaksanakan.
Tapi dalam kempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu, sudah tidak kedengaran penceramah-penceramah Pas menjaja isu hudud. Barangkali mereka telah dapat arahan supaya tidak menyentuh isu tersebut supaya tidak menyinggung perasaan DAP. Baru-baru-baru ini Lim Kit Siang dan Karpal Singh melenting apabila Naib Presiden Pas, Husam Musa bercakap kononya hukum hudud akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.
Kalau macam itu, sahlah Kit Siang, Karpal dan DAP lebih berkuasa dalam Pakatan Rakyat. Mana dia perjuangan dan semangat Islam sejati Pas. Disergah Kit Siang dan Karpal, Hadi pun arah penceramah-penceramah Pas tutup mulut di Kuala terengganu.
Maka benarlah mesej sebuah poster mini yang Si Keldai temui dalam blog bolokwokganu. Jika anda belum melihatnya, silalah renungi maksud poster di bawah ini yang berjudul Hudud Mania yang diilhamkan daripada kejohanan gusti paling popular Wrestle Mania anjuran World Wrestling Federation (WWF).
SI KELDAI
Sunday, January 11, 2009
Thursday, January 8, 2009
MB arah kain BN balut pusat media ditanggalkan
Wow…besarnya! Begitulah luahan rasa terkejut teman Si Keldai apabila melihat kain pemidang BN yang terpampang di luar bangunan Pusat Media Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.
Kami ke sana kerana ada sidang media Menteri Besar, Ahmad Said. Bukan sekadar nak dengar cakap MB, tapi juga nak jumpa rakan-rakan dari akhbar yang berlabuh di situ.
Langkah kanan, rupa-rupanya ada makan tengah hari. Oleh kerana ramai reporter yang berbaris menunggu hidangan bufet, Si Keldai nampak ada kerusi kosong di sebelah MB. Lalu cari jalan mudah untuk makan.
``Boleh duduk sini Datuk,’’ Si Keldai minta izin.
``Silakan,’’ kata MB dengan senyuman yang asli.
Meja lapan kerusi itu dipenuhi pembantu-pembantu politik beliau dan pegawai-pegawai kerajan. Mereka berborak dalam loghat Terengganu. Susah orang luar nak tumpang semangkuk perbualan rancak mereka.
Di tengah perbualan, salah seorang pembantu merapati beliau lalu menyuakan handphone kepada MB sambil berkata:``Datuk Bandar...(Kuala Terengganu).’’
Si Keldai yang duduk di sebelahnya dapat mendengar perbualan MB dengan Datuk Bandar.
Rupa-rupanya sifat MB Terengganu tidaklah seperti cerita yang Si Keldai dengar. Kononnya dia gedebe (istilah orang Kelantan yang bermakna samseng).
Apa yang Si Keldai dengar, MB melayan Datuk Bandar Kuala Terengganu dengan penuh sopan-santun. Nada suaranya langsung tidak tinggi macam kebanyakan bos.
Dia memberi salam dan menjemput Datuk Bandar itu menghadiri satu majlis perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri di Kuala Terengganu.
``Kalau tak boleh tak mengapa,’’ katanya.
Mendengar cerita `gedebe’ mengenai MB itu, Si Keldai menyangkakan tentulah lebih mudah beliau memberi arahan kepada Datuk Bandar supaya hadir, bukannya bertanya sama ada boleh hadir jika tidak sibuk.
Selesai makan tengah hari, MB keluar daripada bangunan dan mendongak melihat kain pemidang kempen BN yang membaluti hammpir seluruh bangunan pusat media itu.
``Bila pasang ni?’’ tanyanya disusuli dengan arahan ``tanggalkankanlah, ini pusat media, bukan tempat kempen.’’

Wednesday, January 7, 2009
Anwar resah pembangkang mulai berpecah
Nasir Sukiman7 Jan 2009
ANWAR Ibrahim mengakui Pakatan Rakyat (PR) sedang menghadapi krisis dalaman agak parah berikutan perselisihan pendapatan di kalangan sesetengah pemimpinnya.
Sebagai contoh, katanya, Ronnie Liu, beranggapan jalan keluar bagi sesuatu isu adalah menggunakan agama dianutinya begitu juga pemimpin Islam mahu cara agama mereka digunakan.
Mendedahkan ini ketika berucap di ceramah Pas di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam semalam, Anwar turut mengumumkan PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika ia berkuasa.
Ini jelas bagi meraih sokongan pengundi Cina, iaitu kira-kira 10 peratus daripada 80,200 pengundi berdaftar di P.36 Kuala Terengganu.
Anwar juga berkata ada juga wakil rakyat cuba memperjuangkan sesuatu golongan saja pada hal ada kumpulan lain pula mendakwa merekalah yang patut diberi perhatian.
Tanpa menghuraikan lebih lanjut inti isu berkenaan, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu semua pemimpin muhasabah diri dan menghindari isu sensitif yang akhirnya mengancam untuk memecahbelahkan gabungan pembangkang itu.
Jelas bahawa Anwar merujuk kepada ugutan ahli Parlimen, S Manikavasagam, untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berikutan pertelagahan isu pemindahan stesen bas Klang dengan Speaker Dun Selangor Teng Chang Khim.
Ia mengheret sekali Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menyebelahi Manikavasagam dalam memperjuangkan nasib peniaga India yang terjejas.
Beliau juga tentunya resah dengan ketegangan memuncak di antara Pemuda Pas Pulau Pinang dengan DAP kerana menganjurkan pesta tarian jalanan membabitkan pasangan belia Melayu-Islam.
Krisis itu tidak padam walaupun pucuk pimpinan Pas negeri menggesa cabang Pemuda agar bertolak-ansur dalam isu berkenaan.
Anwar yang berada di Terengganu selepas lawatannya ke Jordan dan Turki bukan saja turut berkempen menyokong calon Pas, Abdul Wahid Endut pada pilihanraya kecil P.36 Kuala Terengganu, malah merasmikan Bilik Gerakan Utama, PKR di Gong Kapas, pagi Rabu.
Nampaknya PKR tidak mahu hanya membiarkan Pas bergerak cergas malah berusaha meluaskan sayapnya ke negeri Pantai Timur ini.-malaysiaaktif.com

Sunday, January 4, 2009
Perpaduan menerusi bahasa Inggeris di Singapura
KOPITIAM TALK4 Januari 2009
KERAJAAN Perikatan dan Barisan Nasional dibentuk sejak lebih 50 tahun lalu atas dasar dan keyakinan akan dapat membentuk integrasi nasional yang bermaruah bagi negara ini. Dalam proses ini beberapa tolak ansur telah berlaku antara kaum.
Tolak ansur yang paling besar ialah dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan dengan membenarkan terus wujudnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina. Harapan kerajaan akan hapus dengan sendirinya sekolah Cina danTamil tidak berlaku kerana sikap pragmatik dan praktik orang Cina, kecuali sekolah Tamil yang menjadi semakin lemah.
Ini adalah oleh kerana Sekolah Kebangsaan tidak berjaya menjadi sekolah yang menarik dan benar-benar melambangkan identiti nasional.
Dengan itu orang Cina yang mempunyai kekuatan ekonomi membantu memajukan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina sehinga ke peringkat menengah sekalipun kebenaran hanya diberikan sekadar sekolah rendah sahaja. Orang India yang miskin tidak mampu untuk menyuburkan sekolah-sekolah Tamil kecuali bergantung kepada bantuan kerajaan.
Kebanyakan keturunan India ke Sekolah Kebangsaan maka itu sebilangan besar orang India dapat berbahasa Melayu dengan fasih.
Sikap cauvanis orang Melayu dan guru Melayu yang mendapat pendidikan Melayu tidak menampakkan kebijaksaan dalam mengendalikan sekolah berbilang kaum. Ada antara mereka yang mempromosikan sikap kebangsaan dan keagamaan yang sempit sehingga menyebabkan anak-anak bukan Melayu berasa terasing di Sekolah Kebangsaan.
Malah terdapat guru-guru agama yang fanatik bercakap di hadapan pelajar pelajar bukan Islam bahawa mereka akan dihantar ke neraka apabila mati dan orang Islam akan ke syurga. Pengasingan diri pelajar pelajar bukan Melayu tidak sahaja jelas di sekolah rendah dan menengah malah di peringkat universiti.
Maka itu aliran kebangsaan tidak dapat melahirkan anak-anak bangsa seperti Prof. Khoo Kay Kim yang menjadi orang Malaysia tulen hasil sistem pelajaran Inggeris. Sekolah-sekolah Inggeris di zaman kolonial menekankan ketuanan Inggeris secara halus dan dalam pada itu mereka tidak perlu berbuat demikian kerana ketuanan bahasa Inggeris telah pun diterima dunia.
Berbanding dengan Singapura yang apabila melihat kebangkitan perkauman Melayu dengan berlaku rusuhan kaum di negara itu dalam tahun 60-an maka ia terus mengubah haluan dari penekanan kepada Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kepada menegakkan aliran Inggeris dengan menghapuskan sekolah aliran Cina, Tamil dan Melayu.Ia masih mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional di negara itu tanpa pengisian.
Bagaimanapun Malaysia tetap bertolak ansur dalam soal hendak mewujudkan satu aliran sekolah slepas perisitiwa 13 Mei dan banyak bertolak ansur dari masa ke masa dalam usaha untuk menegakkan bahasa kebangsaan, malah masih berjalan seperti kura-kura dalam hasrat untuk meneruskan Sekolah Bestari untuk matlamat integrasi nasional.
Keyakinan bahawa masa akan mengubati segalanya tidak berlaku. Pilihan raya umum 2008 memberikan gambaran yang jelas bahawa Malaysia yang percaya kepada integrasi dan bukan assimilasi adalah “FAILED NATION” sebaliknya Singapura telah menjadi sebuah negara yang berjaya dalam perpaduan nasionalnya menerusi Bahasa Inggeris.
Malaysia masih ada jalan ke arah itu dengan memperkuatkan kedudukan bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dalam mata pelajaran tertentu. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris mesti diteruskan.Sekolah Kebangsaan mesti kekal dengan pengantarnya Bahasa Melayu. Jika sekolah Jenis Kebangsaan Cina mahu meneruskan dalam bahasa Cina, maka biarkanlah “si luncai terjun dengan labu-labunya.'
Sama ada kita bertegas atau bertolak ansur, telah terbukti Malaysia menjadi suatu bangsa yang gagal dari segi perpaduan nasional. Fahaman perkauman bukannya semakin pudar tetapi semakin berkembang subur selepas 50 tahun merdeka. Kita mesti melakukan apa yang kita percaya dengan secara tegas.
MUNSYI ABDULLAH

Sunday, December 28, 2008
Pas rakan kongsi kelas dua Pakatan
CUBIT-CUBIT
24 Disember 2008
DALAM Barisan Nasional (BN), UMNO adalah kepala atau ketua gabungan.
Dalam pakatan pembangkang yang Anwar Ibrahim bahasakan sebagai Pakatan Rakyat (rakyat adalah istilah politik kegemaran Anwar), Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kepala, DAP adalah penasihat eksekutif (yang cakapnya mestilah didengar dan dilaksanakan), manakala Pas adalah rakan kongsi yang lebih bersifat penumpang.
Tiba-tiba Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam satu majlis wacana dengan Khairy Jamaluddin di Kota Bharu menegaskan, jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, hukum hudud dan qisas akan dilaksanakan. Dia bercakap begitu setelah didesak oleh Khairy supaya menyatakan pendiriannya mengenai perkara tersebut.
Beberapa hari kemudian, Husam dilaporkan menarik balik kata-katanya. Hukum hudud dan qisas hanya boleh dilaksanakan jika mendapat persetujuan PKR dan DAP.
Nyatalah bahawa cakap Husam hanyalah cakap kosong. Sebenarnya, jika ...(ulangi)... jika...takdirnya Pakatan Rakyat memerintah, hukum hudud dan qisas tidak akan dilaksanakan. Sebabnya Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan Karpal Singh telah membantah keras kenyataan Husam. Suara mereka adalah suara mutlak DAP.
Suara mutlak PKR ialah Anwar. Tapi Anwar masih membisu. Walaupun Karpal telah mendesak keras, Anwar belum mengeluarkan komen berhubung kenyataan Husam. Sebabnya sangat jelas. Siapalah Anwar dan PKR tanpa sokongan DAP dan Pas.
Anwar tidak mampu untuk menyinggung perasaan sama ada DAP atau Pas. Kalau memihak kepada DAP, akan menyinggung Pas. Kalau memihak kepada Pas, akan menyinggung DAP. Lebih baik berdiam diri.
Kepada orang-orang Melayu yang merupakan majoriti pengundi di kawasan pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan berlangsung tidak lama lagi, sedarlah hakikat ini.
Pas boleh bercakap apa sahaja, tapi akhir kata terletak pada Anwar, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal. Bukan pada Haji Hadi Awang, Nik Aziz atau Husam.
Di Kuala Terengganu, kalau Pas menang pun pilihan raya kecil 17 Disember, ia tidak akan membawa makna kepada suara Melayu dan Islam. Pas hanyalah rakan kelas dua dalam Pakatan Rakyat sebagaimana yang dibuktikan oleh episod kenyataan hukum hudud Husam.
Sebaliknya jika BN menang, ia menjamin harapan UMNO untuk meneruskan tanggung jawabnya sebagai pemelihara kepentingan Melayu dan Islam dalam kerangka mufakat Barisan Nasional. Berbeda dengan Pas, UMNO adalah kepala dalam Barisan Nasional. Pas hanyalah rakan kongsi kelas kedua.
SI KELDAI
Wednesday, December 17, 2008
RM425 juta untuk keluarga bekas komunis di Malaysia
17 Disember 2008
SEKUMPULAN aktivis Cina yang disokong oleh DAP telah menuntut kerajaan Britain membayar dosa tenteranya membunuh 24 penduduk keturunan Cina di sebuah kampung di Batang Kali Selangor dengan pampasan sebesar 80 juta pounds (RM425 juta) kerana mereka bukan pengganas komunis seperti yang didakwa.
Kumpulan ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur baru-baru ini dan menyampaikan memorandum tuntuan mereka itu. Perkara ini juga pernah di perjuangkan oleh parti cauvinis Cina DAP ke Parlimen
Anggota kumpulan aktivis ini tidak pernah menyaksikan sendiri peristiwa pembunuhan itu tetapi membuat tuntutan berasaskan kepada fakta sejarah yang memihak kepada mangsa seperti yang ditulis oleh pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dalam memoirnya “My Side of History.”
Chin Peng mendakwa mangsa pembunuhan itu bukan pengganas, tetapi orang awam dan beliau menyamakan tindakan tentera British itu seperti peristiwa My Lai yang berlaku 19 tahun kemudiannya di Vietnam iaitu pada 16 Mac I968 di mana tentera Amerika melakukan pembunuhan orang awam secara beramai-ramai.
Menurut Chin Peng, sebuah akhbar mingguan popular British The People telah mendapat maklumat tentang perisitiwa yang sama berlaku di Malaya semasa dururat dan menjalankan siasatan dengan menemuramah bekas-bekas tentera yang berkhidmat pasa masa itu dan mendedahkannya di muka hadapan The People keluaran 1 Febuari 1970.
Pendedahan itu berkata: `` It flatly charged that on December 1948, the Scots Guards platoon had perpetrated a cold blooded massacre civillian workers at Batang Kali.''
Menurut Chin Peng lagi, semua fail polis mengenai Batang Kali masih dirahsiakan hingg hari ini. Beliau menyifatkan dakwaan British terhadap mangsa pembunuhan itu sebagai “pengganas” adalah “emotive terminology “yang digunakan supaya tidak berlaku pendewaan tehadap perjuangan PKM. Beliau mengemukakan hal ini sebagai satu kes “sejarah disunting” atau dipinda atau diputarbelitkan(edit history).
Perjuangan menuntut pampasan bagi Batang Kali ini telah dibuat berulang kali, lama sebelum Hindraf menuntut beratus juta ringgit pampasan daripada kerajaan Britain kerana tidak menjaga kebajikan orang India sebagai pendatang dan buruh di bawah pemeritahan penjajahan British.
Yang tidak menuntut pampasan dari kerajaan Brirtish ialah orang Melayu kerana mereka merasakan bahawa dengan pemberian kemerdekaan negara ini, maka British tidak lagi berhutang kepada mereka.
Kemerdekaan inilah pengikhtirafan terhadap ketuanan mereka tetapi pihak-pihak lain harus mengesahkan perjuangan haram sebagai perjuangan yang halal bagi mengesahkan ketuanan dan hak mereka ke atas negara ini. Inilah yang dikehendaki oleh PKM yang telah menegakkan pemerintahan bintang tiga beberapa hari selepas kekalahan Jepun dan sebelum anggota MPAJA atau PKM lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan bersenjata bagi menegakkan pemerintahan Cina di Malaya pada tahun 1948.
Nampaknya buku sejarah perjuangan Parti Komnunis Malaya yang ditulis oleh pemimpin pemimpin Parti Komunis Malaya yang masih hidup dan yang telah mati, sedikit sebanyak berjaya menjadi isu kontroversi di negara ini setelah PKM dikalahkan dan dihapuskan.
Golongan caunivis Cina di Malaysia mahu meneruskan perjuangan yang gagal ini dan jika sekiranya Kerajaan Britain bersetuju membayar pampasan itu, maka bererti pengikhtirafan terhadap perjuangan PKM dan banyak lagi pembunuhan pengganas akan dituntut untuk diiktiraf sebagai pembunuhan awam dengan bukti dari bekas-bekas pemimpin PKM dan juga orang yang bersimpati dengan mereka di luar negara.
Tidak hanya Ching Peng yang telah menulis memoirnya yang begitu terperinci, tetapi Rashid Maidin dan Shamsiah Fakir dan beberapa orang lagi bekas pemimpin Parti Komunis Malaya dari keturunan Melayu juga menulis kisah masing-masing untuk membenarkan dan mengesahkan perjuangan mereka.
Harus diingatkan jika PKM berjaya, negara ini tidak lagi mempunyai orang Melayu sebagai raja dan Yang di-Pertuan Agong dan tidak ada lagi perbincangan mengenai ketuanan Melayu.
Sesungguhnya bukan sukar untuk “edit history” kerana secara perlembagaan Singapura telah pun berjaya melakukankannya dan di Malaysia usaha secara perlembagaan juga sedang berlaku sekarang.- malaysiaaktif.com

Tuesday, December 16, 2008
Syabas RTM
Syabas RTM !
IZINKAN Si Keldai sesekali menepuk belakang, bukannya asyik mencubit. Kalau sepanjang masa mencubit, banyak orang menyampah.Syabas kepada RTM kerana berjaya membuat liputan peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dengan baik, malah lebih baik daripada stesen-stesen TV lain.Dulu, RTM sentiasa di belakang stesen-stesen TV lain dalam laporannya terutama mengenai isu dan peristiwa semasa.Kali ini Si Keldai nampak sebuah stesen yang dulu jauh lebih ke depan daripada RTM, kini sangat mengecewakan penonton. Kalau tak silap, RTM lebih dulu daripada yang lain dalam membawa laporan pertama kepada penonton. Dan kemudian sentiasa ada laporan terbaru dalam siaran berita setiap sejam.Unit Bencana RTM, yang menurut Menteri Penerangan Shabery Cheek akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Januari 2009, telah berjaya menjalankan tugas lebih awal daripada yang dijadualkan. Syabas!Sebaliknya, sebuah stesen yang dulunya menjadi ikutan ramai, kali ini sungguh menghampakan. Bayangkan ketika membuat lintas lansung dari studio ke tempat kejadian, pelapor yang bertugas di kawasan Bukit Antarabangsa tidak bercakap sepatah pun selama kira-kira seminit. TV berkenaan hanya mampu menyiarkan wajah pelapor berkenaan (wanita) berdiri tercegat dan membisu di depan mikrofon yang dipegangnya.Tentulah kegagalan itu berlaku kerana pelapor berkenaan tidak mendapat isyarat supaya bercakap. Bagaimana ini boleh berlaku? Barangkali peralatan stesen TV berkenaan sudah lapuk, atau penerbitnya tidak buat kerja dengan betul.Apa pun, tahniah kepada RTM yang sekian lama dianggap ketinggalan. Anda boleh bangkit daripada tidur jika ada kemahuan dan kesungguhan. Teruskan kerja baik ini dengan persiapan dan perancangan yang betul. Yang lebih penting, mesti ada iltizam di semua pihak yang berkaitan di RTM dan Kementerian Penerangan.SI KELDAI

Subscribe to:
Posts (Atom)