'Persidangan
Bernama3 Mac 2009
-->
IPOH, -- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan daripada pembangkang hari ini mengadakan "persidangan tergempar DUN" di bawah pokok, 100 meter di luar bangunan DUN.Persidangan pada 10.20 pagi itu diadakan setelah kumpulan ADUN berkenaan dihalang oleh polis daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN Perak pagi ini, kerana persidangan itu disifatkan sebagai tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.Persidangan itu ditangguhkan 25 minit kemudian selepas meluluskan tiga usul.Sebelum itu, kekecohan berlaku di luar perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan apabila ADUN pembangkang cuba memasuki ke kawasan bangunan itu untuk menghadiri persidangan di dalam dewan.Polis bagaimanapun hanya membenarkan Sivakumar memasuki bangunan itu pada kira-kira 9.45 pagi dan orang ramai termasuk media yang berada di situ telah diminta bersurai.Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias memberi amaran akan menahan sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat yang enggan bersurai.Polis sejak petang semalam telah mengadakan kawalan ketat termasuk menutup beberapa jalan menghala ke bangunan berkenaan Perak Darul Ridzuan.Lebih 100 penyokong pembangkang berkumpul di luar bangunan itu sejak awal pagi ini.Pintu masuk utama ke bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang telah ditutup sejak petang semalam dan hanya kakitangan perkhidmatan awam yang bertugas dibenarkan masuk hari ini.Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Besar Perak, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Dewan Undangan Negeri.Jumaat lalu, Sivakumar telah memanggil persidangan tergempar Dewan hari ini, namun Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Dewan Abdullah Antong Sabri berkata persidangan itu tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.Sivakumar bagaimanapun tetap menyatakan ia sah dan dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.Anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan mengadakan kawalan di pintu masuk bahagian belakang bangunan berkenaan.Di Mahkamah Tinggi Ipoh pula, sekumpulan peguam mewakili sama ada Barisan Nasional atau pakatan pembangkang berada di perkarangan mahkamah menunggu kes yang difail oleh Zambry dan enam anggota exco kerajaan negeri bagi memohon perintah mengisytiharkan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang mereka menghadiri persidangan DUN sebagai terbatal dan tidak sah.Sivakumar sebelum ini menggantung dan melarang Zambry daripada menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan manakala enam anggota exco itu dikenakan larangan selama 12 bulan.Beliau semalam turut menggantung serta merta tugas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Abdullah Antong.-- BERNAMA
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment