Bashir Ahmad
26 Februari 2008SIAPA yang bercakap benar, Lim Guan Eng atau Shabudin Yahaya?Kata Shabudin selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Guan Eng telah menubuhkan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama yang meletakkan kedudukan semua agama sebagai sama.Ekoran kenyataan Shabudin itu, Guan Eng menafikan kerajaan negeri telah menubuhkan majlis tersebut. Tidak cukup dengan penafian, Setiausaha Agung DAP itu juga bercadang untuk menyaman Shabudin dan Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan Shabudin.Di peringkat nasional dulu juga ada usaha mewujudkan Majlis Antara Agama (Inter Faith Council), tapi akhirnya idea itu dikuburkan setelah mendapat tentangan keras masyarakat Islam sehingga akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak menutup perbincangan mengenai perkara tersebut.Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, agama-agama lain dibenarkan, tetapi ajarannya boleh dikembangkan hanya di kalangan bukan Islam.Sejak merdeka, perkara ini amat difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebab itulah wujudnya Jabatan Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Negeri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan upacara agama Islam (membaca doa) turut diadakan dalam majlis-majlis rasmi kerajaan.Hal ini sangat difahami oleh semua termasuk bukan Islam. Tiada bantahan mengenainya. Hanya sejak setahun dua yang lalu persoalan mengenai Islam dan status agama-agama lain mulai dibangkitkan. Akhirnya ada pandangan bahawa masyarakat pelbagai agama di negara ini saling tidak memahami. Lalu timbul syor pembentukan Inter Faith Council yang pada mulanya turut mendapat respons positif oleh Abdullah.Bagi umat Islam, usaha tersebut dilihat sebagai perubaan untuk meletakkan kedudukan Islam sama taraf dengan lain-lain agama. Ini amat sensitef kerana dari sudut akidah ia amat bertentangan dengan tuntutan iman seseorang Muslim. Sama ada bukan Islam suka atau tidak, seseorang Muslim hanya mengiktiraf agamanya sebagai agama yang diredai Allah untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Tiada kompromi dalam soal ini dan selagi mereka beriman, mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf agama lain setaraf dengan Islam. Dan mereka tidak akan mengacau agama-agama lain selagi agama mereka tidak dikacau. Sebab itulah Inter Faith Council dan apa jua badan yang semacam dengannya ditentang kuat kerana ia dilihat sebagai usaha untuk meletakkan agama-agama lain setaraf dengan Islam. Soal sama ada kedudukan di negara-negara lain tidak sama dengan di Malaysia tidak harus menjadi bahan perbincangan kerana apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui oleh semua pihak semasa kemerdekaan dulu. Jika ia mahu disifatkan sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, sifatkanlah.Hanya sehari selepas Shabudin membuat kenyataan tersebut, di Dewan Rakyat timbul pula satu isu yang turut menusuk hati nurani orang Melayu dan Islam.Pencetus isu ialah Govind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh, Pengerusi DAP yang mahu menyaman Sultan Perak. Isunya ialah beliau mencadangkan jawatan Perdana Menteri dipilih oleh rakyat, tidak lagi oleh parti yang menang pilihan raya dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.Apa niat Govind melontar cadangan tersebut? Adakah beliau mengutarakan supaya sistem demokrasi beraja dihapuskan. Jika Yang di-Pertuan Agong tidak lagi mempunyai kuasa untuk memperkenan pelantikan Perdana Menteri, apa lagi kuasa yang ada pada Raja. Andainya sistem itu dihapuskan di peringkat persekutuan, maka secara automatik raja-raja di peringkat negeri juga akan kehilangan kuasa memperkenan pelantikan Menteri Besar.Amat dipercayai bahawa Govind membuat syor ini berikutan apa yang berlaku di Perak sekarang. Barangkali beliau bercakap bagi pihak bapanya yang menghadapi kira-kira 100 aduan polis dan menerima dua butir peluru hidup ekoran sikap kurang ajarnya mahu menyaman Sultan Perak.Bagi penulis, tindak-tanduk para pemimpin DAP tidak mengejutkan kerana memang konsisten dengan dasar Malaysian Malaysia yang menuntut persamaan dalam semua bidang, termasuk agama. DAP mahukan sesiapa sahaja layak menjadi Perdana Menteri sekalipun bukan beragama Islam. Inilah yang dituntut oleh Govind sebagai susulan daripada tindakan bapanya untuk menyaman Sultan Perak dan penubuhan Inter Faith Council serta Suruhanjaya Silaturahim Antara Agama.Yang penulis tidak faham ialah pendirian Pas dalam soal ini. Adakah para pemimpin Pas bersetuju dengan tindak-tanduk DAP? Jika tidak setuju, tentulah ahli-ahli Pas di Perak tidak merusuh di depan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Jika tidak setuju, tentulah Datuk Seri Mohamad Nizar tidak merafak `sembah mohon derhaka.'Para pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak perlu dihiraukan sangat kerana berpendirian mereka dalam soal agama sangat liberal. Segalanya boleh asalkan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri.Sebaliknya Pas seolah-olah merestui pendirian DAP kerana para pemimpinnya tidak bersuara langsung apabila perkara ini dibangkitkan. Aneh, apabila para pemimpin Pas bercakap tentang hudud, Karpal Singh bertempik `langkah mayat saya dulu.' Tapi apabila anaknya Govind bercakap tentang menghapuskan kuasa Raja Melayu, para pemimpin Pas membisu.Barangkali Pas juga berhasrat menjadikan Malaysia sebuah negara republik, yang mempunyai seorang Presiden. Bezanya Pas mahu Malaysia menjadi republik seperti Iran, dan DAP mahukan sebuah republik seperti Singapura. PKR pula tidak kisah sangat, asalkan Anwar dapat menjadi Perdana Menteri. - malaysiaaktif.com
Monday, March 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment