Monday, July 28, 2008

Drama Anwar ke peringkat antarabangsa

Nasir Sukiman25 Julai 2008
MASIH ingatkah anda skendal di Rumah Putih melibatkan bekas Presiden Bill Clinton dengan Monica Lewinsky? Ingat apa jadi pada sebatang cerut dihisap oleh Clinton yang begitu bijak bermain kata-kata apabila berdepan badan penyiasat yang mahu melucutkan jawatan beliau.Segalanya berakhir dengan presiden Demokrat itu terselamat tetapi sejak itu Clinton dicap sebagai `Bill Kelentong'.Inilah ingatan yang melayang ke benak penulis apabila membaca hampir 32 muka surat tulisan dan paparan di akhbar Keadilan, suara PKR keluaran 23 Julai, yang seolah-olah merupakan keluaran khas berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sampel DNAnya.Semua orang tahu Anwar enggan membenarkan pihak Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA itu tempoh hari.Selain itu turut dipaparkan kisah penahanannya oleh 'polis bertopeng'; kemungkinan beliau bertanding pilihan raya kecil di Kulim dan kononnya penasihat Pakatan Rakyat itu menang debat dengan Datuk Amad Shabery Cheek.Kononnya jika DNA diberikan maka secebis contoh akan dipalit pada tubuh Mohd Saiful Bahri yang menuduh diliwat Anwar. Jika tidak pun kononnya DNA itu akan disapu pada pakaian bekas pembantu berkenaan.Isu ini diheret terus melibatkan cara DNA boleh diperoleh seperti daripada rambut, air mani dan kulit.Memang benar sekali imbas ramai penyokong tegar Anwar terutama wanita akan termakan hujah-hujahnya itu.Pokoknya bekas Timbalan Perdana Menteri itu mahu rakyat amnya sependapat dengannya bahawa sistem pemeriksaan kesihatan hospital kita boleh diragui dengan adanya campur tangan polis.Pendek kata Anwar mahu orang ramai mempercayai bahawa beliau adalah mangsa komplot untuk membunuh karier politiknya ketika beliau `sangat hampir untuk menjadi Perdana Menteri.' Anwar mendakwa sistem perundangan dan kehakiman negara tidak boleh dipercayai lagi berikutan kes video V K Lingam. Beliau melontarkan bayangan bahawa penyiasatan dan pendakwaan terhadapnya pasti akan mendapati beliau bersalah. Sedangkan siasatan polis belum selesai dan lambat untuk diselesaikan kerana beliau enggan memberikan kerjasam sepenuhnya kepada polis untuk melengkapkan siasatan.Ini ditambah pula dengan kecaman beliau terhadap kewibawaan dan kecekapan polis yang dianggap beliau dan penyokongnya bertindak kejam apabila menahannya dekat jalan masuk ke rumahnya di Bukit Segambut. Pada hal polis tidak sedikit pun mengasari beliau kecuali meletakkannya di dalam bilik tahanan bertilamkan simen sejuk. Sudahkah beliau lupa siapa yang menyalahgunakan kuasa untuk memaksa Umi Hafilda menarik balik tuduhan terkandung dalam sebuah buku pada pada sekitar 90-an?Drama Anwar berlarutan lagi apabila beliau pada 22 Julai lalu pergi ke Singapura untuk memberikan taklimat kepada 38 diplomat asing di negara itu mengenai `konspirasi kerajaan Malaysia' untuk menyekatnya daripada kembali ke arena politik.Siapa yang mengatur dan memudahkan pertemuan Anwar di Singapura itu? Adakah ia berlangsung tanpa pengetahuan kerajaan Singapura? Adalah kurang manis pertemuan seumpama itu berlangsung di negara sebelah rumah.Pertemuan berlangsung ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN diadakan di negara republik itu dengan turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleeza Rice.Lantas Rice memanggil sebilangan wartawan ASEAN dan Amerika yang meliputi mesyuarat tersebut untuk memberitahu ``bahawa kami akan sentiasa bercakap mengenai kes hak asasi manusia, kes politik'' apabila ditanya mengenai kenyataan AS tentang kes Anwar.Kelihatan Anwar mulai tidak yakin rakyat Malaysia boleh mempercayai drama yang dipaparkannya berhubung kes aduan liwat Mohd Saiful. Lalu dia memaparkan dramanya kepada masyarakat antarabangsa untuk menjadi pembelanya.Ingin ditanya, untuk apa Anwar menyaman Datuk Syed Abdul Hamid Albar kerana menuduhnya melaporkan kepada Amerika Syarikat tentang kes yang dihadapinya? Pada hal beliau sendiri telah memberikan taklimat kepada 38 diplomat asing di Singapura berhubung kesnya.Terpaksalah pula Syed Hamid memanggil duta-duta asing di Malaysia untuk memberikan penjelasan balas.Kepada rakyat Malaysia, marilah kita memikirkan dengan waras dan sedalam-dalamnya sama ada drama Anwar ini berdasarkan cerita sebenar atau hanya cerita rekaan. Atau cerita sebenar yang digaul dengan cerita rekaan. - malaysiaaktif.com

No comments: