Wednesday, July 29, 2009

Sumbangan Pakatan Rakyat kepada 1Malaysia

KOPITIAM TALK29 Julai 2009Di bawah sikap keterbukaan Pakatan Rakyat telah terdedah beberapa perkara dan peristiwa yang menghakiskan keyakinan rakyat kepada keupayaan mereka kerana terbukti tidak berpengalaman dan tidak dapat menahan nafsu untuk mengekalkan imej bermoral.Keyakinan rakyat berasaskan kepada sentimen segala-galanya akan jadi baik apabila pembangkang berkuasa ternyata merosot, sebaliknya apa yang mereka dapat lihat ialah perebutan kuasa, ketamakan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan mereka yang diharapkan.Sekalipun beberapa krisis yang timbul dan mengancam perpaduan antara mereka telah berjaya ditutup atau diatasi dengan menampilkan keutamaan kepada perpaduan dan kesepakatan, tetapi semuanya dalam keadaan sementara dan longgar dan bukannya atas fahaman kepada persamaan dasar dan fahaman.Sama ada keadaan ini akan dapat dikekalkan atau bersifat sementara adalah masih menjadi tanda tanya dan masa akan menentukannya.Bagaimanapun kita telah dapat melihat kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP adalah sebuah kerajaan yang lemah yang sanggup tunduk kepada kehendak sekelompok rakyat demi untuk kepentingan politik dan tidak sanggup menunjukan ketegasan untuk pembangunan.Dalam hal ini, contoh yang paling jelas ialah ketidakupayaan Ketua Menterinya Lim Guan Eng untuk membuat keputusan muktamad dalam usaha untuk memindahkan penduduk Kampung Buah Pala bagi pembinaan projek di kawasan itu, sebalinya tunduk kepada kehendak sekelompok kecil rakyat yang memainkan isu perkauman untuk bertahan di situ.Ini memberikan gambaran buruk dan juga menggoyahkan keyakinan penanam modal dalam dan luar negara. Imejnya ialah kerajaan Pulau Pinang adalah kerajaan yang bermain politik dan tidak mementingkan dasar.Kelemahan ini ditambah dengan kes rasuah anggota-anggota Exco kerajaan Negeri Selangor yang sekarang dalam siasatan SPRM. Ini telah menconteng arang ke muka Lim Kit Siang dan DAPyang amat ghairah memburukan BN dalam soal rasuah dan sebagainya.Sekarang barulah Kit Siang, Penasihat DAP tahu tanah tinggi rendah, tahu betapa sakitnya apabila difitnah. Selama ini Kit Siang adalah Raja Fitnah yang membuat berbagai-bagai tuduhan tanpa bukti terhadap Datuk Seri Najib dan juga kerajaan BN. Sekarang dia berada dalam keadaan terpaksa menjawab fitnah.Orang ramai dapat melihat bagaimanana Kit Siang sedang kelam-kabut membasuh mukanya di hadapan awam.Pakatan Rakyat juga cuba menjadikan isu siasatan ke atas rasuah orang mereka sebagai isu perkauman dengan memburukan Polis Diraja Malaysia dan juga Suuruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menutup kekotoran mereka yang telah sampai kepada peringkat berlakunya pembunuhan diri atau dibunuh yang masih belum dapat dipastikan.Mereka juga telah menimbulkan prasangka terhadap cara siasatan kes dijalankan dan mahu menentukan cara mereka sendiri, mahu ikut selera dan masa mereka. Ini menimbulkan reaksi balas dari bekas pengarah Akademi SPRM, R. Rathakrishnan yang mempunyai rekod kejayaan 99.9% daripada siasatan yang dijalankannya. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan pembangkang atau Pakatan Rakyat yang mahu saksi disiasat di luar masa pejabat atau pada bila-bila masa yang ditentukan oleh yang terlibat.Katanya kepada akhbar The Star “masa adalah emas kepada mana-mana juga penyiasat kerana mereka perlu menjamin agar keterangan tidak dirosakan, diganggu atau di musnahkan oleh pihak-pihak yang sedang disiasat.''“ Kami terpaksa bertindak pantas apabila menyiasat kes rasuah kerana ia merupakan jenayah yang paling sukar dan sulit untuk disiasat dan didakwa,” katanya.Sebelumnya Menteri Besar Selangor telah tidak membenarkan Ahli Majlis Kerja Kerajaan Negeri disiasat di luar pejabat sebaliknya polis atau pegawai SPRM mesti datang menyiasat mereka di pejbatnya yang menunjukan Khalid mahukan kekebalan seperti Sultan atau Raja.Di Johor, Ketua Pembangkang DAP, Dr Boo Cheng Hau meminta Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan (DAP) Gwee Tong Hian supaya letak jawatan kerana tidak setuju dengan cara pembelian Pusat Khidmat DAP Muar.Menurut Dr Boo, Gwee tidak pernah memberitahu atau merundingkan dengan parti untuk meminta kebenaran bagi pembelian bangunan itu dari ejen yang merupakan seorang rakyat Singapura.Kita angkat topi kepada keterbukaan sikap DAP dan juga lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Sesungguhnya semua perkembangan ini adalah baik ke arah menambah keyakinan rakyat kepada Dasar 1Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan tidak kepada sistem dua parti yang diuar-uarkan oleh pakatan pembangkang.MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Sunday, July 26, 2009

Nik Aziz sekarang lebih liberal daripada UMNO

KOPITIAM TALK
24 Julai 2009

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat mempertahankan tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock walaupun Dewan Ulama Pas menyifatkannya dari segi Islam sebagai meragukan.

Nik Aziz hairan apabila masalah itu diperbesarkan sedangkan ramai masyarakat Islam hari ini meraikan majlis sambutan hari jadi dengan menyalakan lilin.

Katanya, tiap tahun anak kita merayakan ulang tahun hari jadi dengan memasang dan menghembuskan lilin.

Ertinya Nik Aziz sebagai” tok guru pondok” dengan kenyataannya itu menunjukan beliau sekarang menerima upacara meniup lilin pada hari ulang tahun kelahiran sebagai keharusan dalam Islam. Dulu bila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak merayakan hari jadi, mereka sifatkan sebagai “meniru Barat” dan bila Allahyarham Khir Johari Menteri Pelajaran berpakaian opera Cina mereka sebarkan gambarnya ke seluruh negara sebagai kafir..

Jika dibandingkan Nik Aziz pada zaman kuno dengan zaman sekarang dengan pemodenan berbagai-bagai fatwa, maka ternyata beliau menjadi ulama yang meragukan orang Islam, yang menghalalkan dan mengharuskan yang dahulunya haram.Ternyatalah Nik Aziz pada abad ke-20 ini jauh lebih liberal daripada UMNO sendiri.

Demikianlah apabila orang jakun baru masuk bandar, baru tahu berkawan dengan Cina, baru rapat dengan orang kafir, baru sedar terhadap keperluan membuat penyesuaian politik sehingga sanggup menafsirkan ayat Quran dan hadis untuk menjustifikasikan selera sendiri.

Lebih menarik lagi, walaupun Nik Aziz mempertahankan perbuatanya, namun Mohammad Nizar sendiri tetap berasa bersalah. Maka itulah beliau sanggup untuk menafikan bahawa beliau menghadiri upacara menyalankan lilin bagi memperingati Beng Hock sekalipun dibuktikan oleh Utusan Malaysia dan NST dengan gambar.

Beliau menjelaskan beliau hanya menghadiri sidang akhbar bersama DAP mengenai majlis menyalankan lilin dan bukannya upacara menyalakan lilin. Yang jelas ialah beliau juga menunujukkan kepada umum bagaimana cara untuk memperingati majlis itu.

Akhbar New Straits Times memberikan keterangan gambar bahawa beliau turut memegang lilin bagi memperingati mendiang Teoh dalam keluaran 18 Julai 2009.

Jika Nizar merasakan perbuatan ini tidak bersalah maka beliau sewajarnya mempertahankan dirinya apabila Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib mengatakan Nizar tidak sepatutnmya hadir dalam majlis tersebut .

Hadir boleh, tetapi buat apa memegang lilin jika tidak kerana iman Nizar untuk menyukakan hati DAP dan orang Cina lebih hebat dari iman dan pegangannya kepada prinsip Pas.

Demikianlah kecairan imej Pas yang terus berlaku dan akan terus berlaku sejak berkawan dengan Anwar Ibrahim yang juga berasal dari UMNO demi untuk tujuan politik untuk menunjukan PKR dan PAS lebih liberal dari UMNO dan pada kahirnya nanti imej Pas akan semakin pudar di kalangan penyokong penyokong setianya yang menyokong Pas kerana imej fanatik dan ketaksubannya.

Pas bukan PAS dahulu lagi yang tidak sanggup mengorbankan dasar dan prisnsipnya. Akhirnya Pas akan hancur lebih dahulu dari UMNO. Inilah matlamat Anwar.

Friday, July 24, 2009

Hentikan spekulasi, jangan jadikan kes Teoh isu perkauman, kata Nazri

Bernama20 Julai 2009
-->
KUALA LUMPUR, -- Orang ramai khususnya pembangkang diminta menghentikan spekulasi berhubung kematian setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock atau menjadikannya isu perkauman.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pemimpin pakatan pembangkang khususnya tokoh veteran DAP Lim Kit Siang, sepatutnya biarkan polis menyiasat insiden itu terlebih dahulu sebelum membuat sebarang rumusan."Saya nak bagi ingatan sedikit kepada Lim Kit Siang, biarlah polis jalankan penyiasatan. Siapa beliau, bukan ketua pembangkang pun."Jangan alihkan isu itu menjadi isu lain, saya menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya, saya fikir beliau yang patut tutup mulut dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. Biar polis siasat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum mengenai Integriti dan Pematuhan: Agenda Malaysia anjuran Siemens di sini Isnin.Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor Khamis lepas, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Teoh adalah seorang daripada beberapa saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan salah guna peruntukan exco kerajaan negeri Selangor.Mohamed Nazri berkata SPRM juga tidak boleh diarah menghentikan siasatannya.Ketika ditanya mengenai status pegawai SPRM yang terbabit menyoal siasat Teoh iaitu sama ada mereka akan digantung kerja atau sebaliknya, beliau berkata perkara itu tidak timbul kerana ketika ini, kes itu masih dalam siasatan polis.Mengenai tindakan orang ramai yang mempertikaikan kaedah SPRM menjalankan soal siasat, Mohamed Nazri berkata cara sedemikian telah digunakan sejak berpuluh tahun lalu."Saudara pun jangan lupa, saya juga pernah disiasat oleh BPR atau SPRM pada tahun 2003, dan itu kaedah mereka menyiasat...kadangkala ada permintaan supaya penyiasatan itu tidak dilakukan pada waktu kerja kerana ada setengah orang bimbang dan takut kalau dia pergi waktu kerja, ramai orang akan tahu dan tidak akan rasa selesa kerana dia absent (tidak hadir) waktu ofis, jadi ada yang minta supaya disiasat luar masa kerja... itu perkara biasa," katanya.Katanya, proses yang sama juga perlu dilalui exco kerajaan negeri Barisan Nasional yang disoal siasat SPRM."Jadi kita jangan buat kesimpulan kalau kita merasakan menyiasat di luar waktu kerja itu menyusahkan...ini juga menyusahkan kepada pegawai terbabit, kalau nak ikut, baik pegawai itu buat pada waktu kerja.Mohamed Nazri juga berkata ketidakhadiran peguam ketika seseorang individu itu disoal siasat SPRM bukanlah satu masalah besar."Lim Guan Eng pun jumpa dengan penduduk Kg Buah Pala tanpa kehadiran peguam. Dalam kes ini, sebenarnya peguam hadir tetapi dia berada di luar...saya juga ketika kena siasat pada 2003 tak panggil peguam kerana apa yang kita takutkan... nak pula kita hanya sebagai seorang saksi sahaja bukan yang dituduh, jadi saya kira, kalau peguam hadir sekalipun, kalau dia terpaksa menjawab, jadi dia terpaksa jawab juga."Katanya, beliau percaya pegawai-pegawai SPRM adalah profesional dan akan melakukan siasatan tanpa mengira kaum.Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini membidas pihak yang sanggup bermain kotor dengan memutarbelitkan dan mempolitikkan kes kematian Teoh.Menyifatkannya tindakan itu sebagai satu "pembohongan untuk kepentingan diri", Ong berkata pihak-pihak tertentu itu sanggup berbuat demikian bagi mendapatkan "pengaruh politik".Katanya beliau telah menerima satu laporan semalam mengenai satu laporan dalam talian yang menyalahgunakan nama ketua biro komunikasi MCA Lee Wei Kiat dengan mengeluarkan kenyataan bertentangan daripadanya yang disiarkan terdahulu.Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata Lee sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat secara menyeluruh kematian Teoh"Tetapi malangnya kenyataannya telah diputar-belit yang kononnya Lee menyarankan kematian Teoh adalah pilihan peribadinya dan ia sesuatu yang bukan sahaja terkejut tetapi tidak dapat diterima sama sekali," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani persefahaman di antara Bernama Radio24, Sunlight Radio Taxi Sdn Bhd dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Wisma Bernama di sini.-- BERNAMA

Monday, July 20, 2009

Kematian Teoh jangan dipolitikkan

BASHIR AHMAD20 Julai 2009
Kematian Teoh Beng Hock adalah satu tragedi.Tragedi kepada keluarganya dan mereka yang rapat dengannya. Tetapi ia adalah tragedi yang lebih besar kepada negara disebabkan suasana penuh sangkaan buruk yang menyelubungi kematiannya.Asas keadilan telah diruntuhkan oleh semua pihak yang membuat kesimpulan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab terhadap kematian pembantu khas kepada seorang exco kerajaan negeri Selangor daripada parti DAP.Sisatan belum pun bermula, apatah lagi inkues atau perbicaraan, tetapi DAP dan sekutu-sekutunya dalam pakatan pembangkang telah membuat kesimpulan bahawa SPRM bersalah. Kesimpulan dibuat hanya kerana suasana atau keadaan kematian yang berlaku selepas Teoh baru habis disoalsiasat di pejabat SPRM.Asas keadilan ialah mana-mana pihak tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak dibicarakan dengan adil dan perbicaraan mendapatinya bersalah. Kononnya, inilah tiang keadilan yang dlaungkan dan dituntut oleh pembangkang selama ini. Jika orang lain melakukan perkara yang sama, mereka akan kutuk dan serang habis-habisan.Malangnya pihak pembangkang khususnya DAP telah menyalahkan SPRM ketika siasatan baru hendak dimulakan. Pihak kerajaan termasuk Perdana Menteri sendiri telah memberikan jaminan bahawa kes ini akan disiasat dengan teliti dan saksama. Tiada yang boleh dan akan disorokkan. Malah siasatan oleh polis sedang giat berjalan. Maka janganlah membuat tokok-tambah kesimpulan.Apa yang berlaku hanya memperjelaskan bahawa pembangkang cuba menangguk di air keruh dan mempolitikkan kes ini untuk mebangkitkan perasaan benci rakyat kepada kerajaan. Disebabkan kenyataan-kenyataan yang dilemparkan terhadap SPRM sangat keterlaluan, maka ada kalangan orang Melayu yang melihat kes ini sudah menjadi isu perkauman.Biarkanlah proses penyiasatan berjalan dengan betul dan sempurna tanpa tekanan. Disebabkan kes ini telah menjadi perbualan hangat di seluruh negara, tiada sebab dan tiada jalan bagi mana-mana pihak untuk menyembunyikan kebenaran.Penulis percaya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mahukan kebenaran. Jika kebenaran disembunyikan, bahananya akan menimpa mereka dan kerajaan Barisan Nasional. Sebab itulah mereka sendiri secara terbuka turut mendesak kes ini disiasat sedalam-dalamnya.Jika ada yang tidak kena di pihak SPRM, tiada sebab bagi pihak kerajaan untuk membela mereka. Jika kerajaan BN membela pihak yang tidak betul, mereka sendiri akan menghadapi hukuman yang lebih teruk daripada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.Tetapi amatlah tidak adil bagi pembangkang untuk menyemai atau bertindak atas premis syak wasangka bahawa SPRM adalah alat kerajaan. Maka selain menuduh SPRM bertanggungjawab ke atas kematian Teoh, juga mereka cuba menyalahkan kerajaan. Semasa institusi ini bergelar Badan Pencegah Rasuah (BPR) dulu, ia dituduh tidak adil dan menjadi alat kerajaan.Setelah kerajaan sendiri mengubah BPR menjadi SPRM yang lebih bebas dan berkuasa, amatlah tidak wajar jika pembangkang terus menerus menuduh ia masih menjadi alat kerajaan. Jika berlaku kesalahan oleh mana-mana anggota SPRM, patutkan kesalahan itu dikaitkan dengan kerajaan yang dalam kes ini telah membuktikan bahawa mereka juga sangat terkejut dan prihatin dengan apa yang berlaku.Malangnya sudah ada penulis blog pro pembangkang yang secara jelas menuduh anggota-anggota SPRM yang menyebabkan Teoh jatuh dari tingkat 14 bangunan pejabat SPRM Selangor.Soalnya benarkah Teoh jatuh dari tingkat 14? Ini pun belum dapat dipastikan. Ada orang berpendapat, jika seseorang jatuh dari tingkat 14 tentulah kepalanya berkecai. Adakah kepala si mati pecah berkecai?Apa pun hanya siasatan yang mendalam dan adil boleh memberikan jawapan. Setakat ini, apa jua yang disebarkan sama ada melalui internet atau perbualan di kedai kopi adalah teori yang hanya berasaskan syak wasangka yang sama sekali bercanggah dengan prinsip keadilan.Elakkan kematian mendiang Teoh daripada menjadi tragedi yang lebih buruk kepada negara dengan tidak membuat sebarang kesimpulan berdasarkan sikap buruk sangka atau niat jahat untuk mendapat laba politik. - malaysiaaktif.com

Sunday, July 19, 2009

Kit Siang, DAP keramatkan 100 hari Najib

KOPITIAM TALK17 Julai 2009
Untuk sekian lama Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengganas dengan berbagai-bagai tuduhan liar terhadap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional khususnya Datuk Seri Najib, Polis Diraja Malaysia, badan kehakiman dan keadilan, media perdana dan lain-lain jentera kerajaan. Tetapi beberapa peristiwa yang menimpa parti itu dan kerajaan perkongsiannya telah menimbulkan pertanyaan di manakah integriti dan maruah pemimpin besar DAP ini.
Kelantangan suara keras pemimpin DAP itu dalam menentang kemungkaran ternyata berbalas dengan partinya kini ditimpa satu demi satu bencana yang dilihat menggugat kredebiliti pada pandangan masyarakat. Lim Kit Siang jujur mengakui hakikat ini dan menyatakan kebimbangannya.
Pukulan yang paling hebat sekali ialah peristiwa terkini yang menggemparkan dengan terbunuhnya Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mayatnya ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam tidak lama setelah keluar dari bilik siasatan Suruhnjaya Pencegahan Rasuah Malaysia( SPRM)
Rekasi sepontan daripada penyokng DAP ialah memberikan gambaran buruk kepada SPRM. Mereka telah mengadakan tunjuk perasaan dengan membawa sepandu mendakwa SPRM gagal menjaga keselamatan Beng Hock dan terus menuduh kematian Beng Hock itu sama dengan kes kematian S.Kugan didalam lokap polis awal tahun ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang juga meletakan kesalahan sepenuhnya kepada SPRM dengan berkata ia bertanggungjawab sepenuhnya di atas kematian Beng Hock. Dia lupa sebenarnya dia adalah orang kerajaan.
Sementara itu Pemuda Gerakan Pulau Pinang pula telah membuat laporan kepada SPRM berhubung dengan pemindahan Guan Eng dari rumah kediaman rasmi Ketua Menteri ke banglo mewah yang kerja-kerja pengubahsuainnya memakan belanjar yang besar.
Peguam bagi penduduk Kampung Buah Pala, Darshan Singh Khaira pula telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri itu kerana berulangkali menghina, mencercanya dan juga mempersoalkan agamanya. Lim dilaporan oleh sebuah akhbar Inggeris mempersoalkan Darshan kerana masih menggunakan nama Sikh walaupun telah memeluk agama Islam.
Penduduk Kampung Buah Pala Pulau Pinang yang tidak mahu berpindah telah meminta supaya Guang Eng meletak jawatan.
Lima ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP dan dua Exco kerajaan negeri termasuk Ean Yong Hian Wah yang setiuasaha politiknya dikatakan jatuh mati setelah siasatan SPRM adalah sedang disiasat berhubung dengan kes salah guna peruntukan kerajaan negeri.
Exco Negeri Selangor Azmin Ali pula telah menyatakan ketidakyakinannya kepada beberapa orang Exco negeri yang terdiri daripada anggota DAP. Dalam kata-kata lain beliau juga tidak yakin lagi kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.
Ahli Parlimen DAP Wangsa Maju Wee Choon Keong pula telah tampil ke hadapan memberi keterangan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor berhubung dengan dakwaannya terdapat anggota Exco negeri dari DAP yang terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap.
Sementara itu Sulaiman Abdullah, peguambela utama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan liwat kali kedua telah menarik diri dengan alasan sakit yang banyak menimbulkan keraguan sama ada merupakan satu lagi langkah untuk melewatkan perbicaraan atau dia benar-benar telah mengetahui bahawa kes pelanggannya sangat lemah.
Lim Kit Siang dan anaknya Lim Eng Guan akan berusaha untuk menimbulkan pelbagai prasangka terhadap apa yang kelihatan kepada umum sebagai mala petaka yang menimpa Pakatan Rakyat satu demi satu termasuk kemenangan tipis Pas hanya dengan 65 undi di Manek Urai.
Anwar pula akan berusaha untuk mengatakan semua kejadian buruk yang dialami pembangkang sengaja diperbesarkan oleh media dan ia adalah pekara kecil sahaja. Dalam hal ini Lim Kit Siang adalah lebih jujur menghadapi realiti.
Sebenarnya semua perkembangan yang tidak lagi memihak kepada pembangkang ini adalah menunjukan bahawa 100 hari pemerintahan Najib tidak berlalu bagitu sahaja sebaliknya telah membangunkan ombak keyakinan baru yang mengkeramatkan Najib dengan anasir-ansir yang membawa sokongan baru rakyat terutama dengan sumbangan dari DAP, Lim Kit Siang dan anaknya sendiri Lim Guan Eng.
MUNSYI ABDULLAHmalaysiaaktif.com

Thursday, July 16, 2009

Golongan muda Manek Urai sokong UMNO

NASIR SUKIMAN16 Julai 2009SEGOLONGAN kecil peneroka asal di kawasan hutan Sungai Peria dan Lata Rek yang membuang undi pada 14 Julai lalu pada pilihan raya kecil N.41 Manek Urai memberi kelebihan kepada Pas untuk terus menguasai kawasan undi itu.
Mereka ini adalah golongan tua dan generasi kedua yang kekal di kebun getah dalam Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) dikendalikan Pas sejak 1970. Mereka tidak syak lagi adalah antara 65 pengundi yang memberikan suara majoriti kepada Mohd Fauzi Abdullah, 50 calon Pas dalam mengalahkan calon Umno-BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39 .
Peniaga ikan, Fauzi lebih dikenali sebagai Abe Uji mendapat 5,348 undi berbanding 5,283 untuk Tuan Aziz, bekas pengurus kanan Kesedar.
Peneroka awal itu diingatkan dua perkara utama oleh Pas pada ceramah-ceramah khususnya di kampung Lata Rek dan kampung Sungai Peria. Pertama betapa salahnya mereka jika mengundi Umno-BN yang dituduh berbuat salah seperti menghadiahkan kain dan sejadah yang didakwa belum dibayar sejak 2004; berdosa jika tidak memangkah Pas kerana ia saja memperjuangkan Islam manakala Nik Aziz pula menggesa peneroka asal agar tidak lupa jasa Pas memberi mereka 10 ekar tanah seorang.
Apa yang Nik Aziz tidak sentuh adalah betapa peneroka Sungai Peria dan Lata Rek itu masih kekal hidup di takuk lama sejak 1970 hingga hari ini kerana kegagalan Pas menyediakan prasarana dan kemudahan serta suntikan modal baru bagi membawa keluar peneroka dari lubuk kemiskinan.
Oleh kerana termakan pujukan ‘tidak payah mengejar harta dunia’ inilah selain pangkah Pas ‘dapat masuk syurga’ pengundi juga penyokong tegar Pas ini memberi undi kemenangan kepada Abe Uji.
Penelitian senarai saluran undi di Pusat Penjumlahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai menunjukkan Umno-BN menang tipis di tujuh kawasan mengatasi Pas tetapi undi dari Sungai Peria dan Lata Rek mengubahnya membuat Tuan Aziz tewas.
Tuan Aziz antara lain menang di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama, Chuchoh Puteri dan Sungai Sok begitu juga di Temalir terletak dalam kawasan kebun getah kira-kira 40 kilometer dari simpang Jalan Gua Musang-Jalan Kuala Krai.
Pemerhatian dan tinjauan juga menunjukkan golongan muda yang antara lain mendapat bantuan padang permainan dan peralatan sukan memberi sokongan kepada Umno-BN begitu juga kakitangan dan pekerja yang pulang dari Lembah Klang yang sedar sumbangan kerajaan pusat kepada Kelantan dan Manek Urai.
Dengan aktivis dan pemimpin Pas sendiri mengakui kemenangan tipis itu adalah bukti Umno semakin diterima semula rakyat berikutan kegagalan pada pilihan raya umum Mac 2008 itu, jelas kerajaan pusat tidak lagi boleh mengabaikan kebajikan pengundi yang memangkahnya dan perlu terus membina jambatan lebih besar menyambungkan Manek Urai baru dengan Manek Urai Lama.
Dua jambatan gantung yang uzur di Lata Rek juga perlu diganti sebagai persediaan memenangi hati pengundi dan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum pada 2013 kelak.
Ada pemerhati lain pula beranggapan, kehadiran pemimpin Umno dan Pemuda yang berkempen dengan hanya menaiki kereta Perodua Viva dan bukannya Mercedes Benz menjalar selain Rexton hitam seperti di Permatang Pauh memikat hati penduduk kampung.
Sokongan padu dan pertambahan pengundi berbanding majoriti 1,352 bagi Pas pada Mac 2008 juga perlu diambilkira Umno dalam menyalurkan bantuan dan merangka projek khususnya untuk mengeluarkan lagi kira-kira 200 keluarga Manek Urai daripada paras miskin tegar.
Nik Aziz mesti ingat menggesa penduduk bersabar dan berdoa menantikan berkat tidak lagi boleh diterima penduduk yang rata-rata memperolehi RM750-RM1,000 sebulan dengan harga makanan terutama beras yang naik mendadak tahun lalu.
Pas juga tidak lagi mampu menipu golongan muda khususnya lulusan pusat pengajian tinggi yang bekerja di Kuala Lumpur yang sudah pun melihat apa itu kemajuan dan pembangunan.
Hakikat mereka lulusan universiti dari Manek Urai dan Kelantan terpaksa berhijrah mencari pekerjaan di tempat lain membuka mata mereka terhadap kegagalan Pas melaksanakan tuntutan Islam yang tidak hanya mahu umatnya berdoa tanpa usaha gigih membina negeri dan menambah kebajikan.
Umno yang jelas telah bangkit daripada penolakan pengundi pada pilihan raya umum 2008 perlu menguatkan lagi jentera kempen terutama Pemuda yang bekerja keras siang dan malam di Manek Urai demi memastikan sokongan padu kembali kepadanya pada pilihan raya kecil akan datang (jika ada).
Kemenangan tipis Pas di Manek Urai adalah bukti pengundi Melayu sudah celik dan tidak mahu terus dibuai dengan impian ‘masuk syurga’ jika undi Pas kerana Islam tidak mengajar umatnya membiarkan kemiskinan membelenggu kehidupan di dunia. - malaysiaaktif.com

Wednesday, July 15, 2009

Dewan Bahasa memerlukan pembedahan besar

KOPITIAM TALK15 Julai 2009

Keputusan kerajaan untuk kembali kepada Bahasa Malaysia bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik telah memuaskan nafsu fanatik bahasa daripada kaum Cina dan Melayu di negara ini dan bukannya kehendak rasional masyarakat Malaysia.
Saya dapat memahami kekecewaan mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad dalam hal ini yang mempunyai visi dan strategi terhadap masa depan Sekolah Kebangsaan dalam melaksanakan dasar itu sekalipun menghadapi tentangan besar daripada orang Melayu yang tidak dapat membaca matlamatnya, tetapi kepimpinan Najib yang dalam keadaan terdesak telah membuat keputusan yang bersifat politik untuk mencari populariti di kalangan Melayu dan bukan Melayu.
Dalam pengunduran dasar PPSMI ini, kerajaan tidak sahaja memenuhi tuntutan golongan cauvinis Melayu tetapi juga cauvinis Cina kerana jika dasar ini diteruskan maka yang akan terserlah kelak ialah kemajuan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan akan menjadi sekolah yang mundur. Inilah yang ditakuti oleh orang Cina.
Fanatik bahasa yang mahu mengekalkan pengajaran dalam bahasa Cina bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut kebanyakannya terdiri daripada golongan yang mendapat pendidikan Cina dari awal sekalipun telah menguasai bahasa Inggeris tetapi kalangan Melayu dijuarai oleh kebanyakan mereka yang berpendidikan Inggeris dari sejak sekolah rendah hingga ke universiti.
Mereka ini seperti Hassan Ahmad, Nik Safiah atau A. Samad Said tidak menghadapi masalah “perasaan tertekan” kerana tidak tahu berbahasa Inggeris seperti kebanyakan orang Melayu di kampung dan di bandar. Anak mereka juga tidak berasa rendah diri atau terpinggir, malah merekalah yang menjadi golongan elit generasi baru sebagai profesional dalam bank, korporat, institusi perniagaan antarabangsa, syarikat petrolium dan sebagainya.
Sikap, taraf pemikiran, gelagat dan keyakinan diri mereka adalah jauh lebih mantap dan tinggi daripada anak Melayu yang mendapat pendidikan dalam Bahasa Malaysia.
Dalam hasrat memulihkan imej Sekolah Kebangsaan menerusi strategi yang halus itu, Tun Mahathir tidak bermaksud untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan seperti yang dihasratkan oleh golongan Cina yang tidak dapat menerima status bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Inilah yang dikehendakki oleh akhbar The Star didalam rencana Ketua Pengarangnya Datuk Wong Chun Wai dan juga aktivis masyrakat Lee Lam Thye dalam tulisan mereka di Sunday Star 12 Julai.
Sekalipun alasan mereka dengan mewujudkan hanya sekolah pengantar bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi lama kelamaan bahasa Melayu akan terkesamping terus. Kiranya sekolah pengantar Melayu tidak ada lagi maka janganlah diharapkan bahasa Melayu akan terus dinilai. Minat terhadapnya pasti akan jatuh, akhbar bahasa Melayu, buku Melayu, sastera dan penulisan Melayu tidak lagi akan mempunyai pasaran di negara ini.
Sebaliknya pula fanatik bahasa Melayu tidak menyedari bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, Sekolah Kebangsaan akan bertambah mantap. Yang akan menerima akibat buruk ialah sekolah jenis kebangsaan Cina kerana sekolah ini akan menjadi sekolah yang ketinggalan dalam aliran perdana negara.
Masyarakat cina yang practical minded akan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan dari peringkat rendah lagi kerana tidak mahu anak mereka menghadapi masalah penguasaan Bahasa Inggeris apabila memasuki universiti kelak atau apabila belajar di luar negara. Ini akan memulihkan keyakinan kepada sekolah aliran kebangsaan. Malangnya strategi dan visi bijak Dr.Mahathir ini tidak dapat dikongsi oleh pelampau-pelampau Melayu.
Pemimpin besar sebuah parti politik Cina di dalam komponen BN memberitahu saya “sekiranya dasar PPSMI diteruskan maka habislah sekolah Cina.”
Dalam beberapa hal ketidakyakinan Tun Dr.Mahathir kepada Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah mendorongkannya membuat kepetusan untuk menjalankan dasar PPSMI kerana perkembangan istilah Sains dan Matematik yang bagitu pantas dan pesat yang tidak mungkin akan dapat dikejar dengan terjemahan Dewan Bahawa dan Pustaka yang merangkak macam kura-kura.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran harus menyedari hakikat bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebuah institusi Melayu yang tebal dengan sifat-sifat kemelayuan yang tidak lagi sesuai dengan zaman sekarang. Ia berasa selesa kerana sentiasa berada di persekitran Melayu.
Dalam keadaan sekarang Dewan Bahasa adalah merupakan sebuah institusi Melayu yang bubruk, tidak berdisplin, tidak produktif, malas, kakitangan rajin ponteng kerja, datang lewat balik awal dan lain-lain sifat yang tidak sewajarnya wujud dalam keadaan bangsa dan negara menghadapi cabaran persaingan.
Bagaimanapun keburukan dan kelemahan Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah ditutupi dari masa ke masa dan sesiapapun yang diberikan tugas untuk mendinamikkan pusat ini akan menghadapi tentangan keras dari golongan Melayu pasif yang menguasai dewan ini.
Dewan Bahasa dan Pustaka bukan sahaja sekadar memerlukan rawatan biasa, tetapi pembedahan besar dan demikian juga Institut Terjemahan Negara perlu disusun semula atau diswastakan sekiranya kerajaan benar-benar hendak menjayakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan tekonologi dari peringkat rendah hingga ke universiti.
Tan Sri Muhyiddin mesti mendapatkan cerita sebenar tentang Dewan Bahasa dan Pustaka jika tidak mahu namanya tercemar kerana kagagalan dalam menjayakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menguasai sains dan teknologi.
MUNSYHI ABDULLAHmalaysiaaktif.com

Tuesday, July 14, 2009

BN janji projek, Pas janji akhirat

Nasir Sukiman14 Julai 2009
PERJALANAN yang selesa dan jalan yang lengang dari Simpang Pulai dan Gua Musang khususnya bagi kenderaan dari Lembah Kelang mungkin adalah salah satu pertanda tidak baik bagi Pas yang mengajak kira-kira 1,500 pengundi dari Manek Urai pulang membuang undi Selasa.
Jumlah itu dikatakan adalah antara penyokong tegar Pas yang dipujuk pemimpin yang menganjurkan jamuan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur dan di Batu Caves bagi menjamin kemenangan parti itu pada pilihan raya kecil N.41 Manek Urai.
Namun tinjauan dan pemerhatian di dua kawasan masuk ke jalan utama Kuala Krai-Manek Urai-Kota Bharu menunjukkan tidak ada konvoi kenderaan dari Selangor atau plat Kuala Lumpur menuju ke Manek Urai.
Bagi Pas kehadiran pengundi tegar itu sangat-sangat diharapkan bagi melawan arus sokongan kepada Barisan Nasional yang dipercayai meningkat sejak gagasan perpaduan Melayu-Islam diketengahkan pemimpin UMNO selain projek jambatan lebih besar diumumkan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin bagi penduduk di antara Manek Urai Lama dengan Manek Urai Baru.
Muhyiddin menegaskan kerajaan pusat sudah pun menunaikan janjinya menyediakan sekolah rendah dan menengah di kampung pendalaman seperti di Temalir dan Lata Rek dengan peruntukan bagi Kelantan saja melebihi RM124 juta.
Bagaimanapun, isu rundingan perpaduan Melayu jelas menjadi topik hangat penduduk kampung apatah lagi Pas dan UMNO asyik menekankan pentingnya sesama Islam berbaik-baik demi kepentingan masa depan negara.
Namun penduduk yang dikatakan marah apabila mendapati Pas sengaja melengahkan rundingan itu menyalahkan Husam Musa dan Mahfuz dan tidak Nik Aziz Nik Mat yang dianggap tidak mungkin tersilap dalam perhitungan politik beliau walaupun beliau menolak gagasan itu.
Kini satu lagi isu baru menjadi bisikan terutama di kalangan pengundi muda adalah ‘habuan’ diberikan Pas berupa ganjaran wang bagi memujuk golongan pengundi pertama kali itu memangkahnya sedangkan Parti Keadilan Rakyat juga dilaporkan cuba memujuk dengan menawarkan lebih banyak wang.
Tidak kira apa pun dijanjikan Pas atau PKR, bagi Nik Aziz beliau mahu pengundi Manek Urai membalas budi parti itu yang memberikan penduduk tanah di bawah Rancangan Kemajuan Tanah pada 1970-an ketika penerokaan dilakukan di kawasan undi itu.
Bagi Pas juga, pengundi tidak harus mempersoalkan isu pembangunan kerana seperti kata Mahfuz projek dan pembangunan di Manek Urai adalah tanggungjawab kerajaan pusat yang membuka kawasan seperti Kesedar.
Sementara itu, PKR yang menghantar sejumlah aktivisnya ke Manek Urai tidak hirau sama ada Pas menang atau kalah kerana baginya kekalahan Pas adalah jauh lebih baik kerana ini boleh membuat Nik Aziz sedar betapa tanpa Anwar Ibrahim Pas kekal berkuasa di Kelantan saja dan tidak keluar dari bawah tempurung. Kemenangan pula boleh membuat Pas lupa diri.
Hari ini kira-kira 12,200 pengundi Manek Urai akan membuat penentuan yang amat penting bagi kedua-dua UMNO-BN dan juga Pas dengan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat berdepan Fauzi Abdullah, peniaga ikan dari Pas.-malaysiaaktif.com

Monday, July 13, 2009

Keputusan PRK Manek Urai seawal 8 malam

KUALA KRAI, -- Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai dijangka diketahui seawal pukul 8 malam esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak menjangka sebarang masalah untuk mengumumkan keputusan awal berdasarkan kawasan DUN itu yang kecil."Sasaran kami ialah lebih 85 peratus daripada 12,293 pengundi akan mengundi pada hari berkenaan kerana 90 peratus daripada pengundi adalah petani, penoreh getah dan nelayan. Jadi mereka tidak tertakluk kepada hari bekerja."Lebih kurang 1,300 pengundi luar pula, bukan semuanya dari Lembah Klang. Kebanyakan dari sekitar Kelantan dan Pahang, jadi saya harap mereka dapat pulang dan keluar mengundi beramai-ramai esok," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I di sini, Isnin.Beliau berkata suasana kempen yang bermula 6 Julai lepas berjalan dengan aman dan tidak ada sebarang insiden buruk yang boleh menjejaskan perjalanan proses pilihan raya kecil dilapor berlaku."Kami harap sehingga calon yang menang diumum tidak akan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Melalui pemantauan yang dibuat Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya pula didapati parti yang bertanding mematuhi undang-undang dari segi pemasangan bahan kempen," katanya.Bagi bahan kempen yang menyalahi peraturan, tindakan menurunkan bahan berkenaan telah dibuat dan pasukan ini mendapat kerjasama daripada wakil-wakil parti, katanya.Abdul Aziz berkata maklumat-maklumat pengundi seperti nama pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor siri dalam daftar pemilih boleh didapati di 25 barung SPR yang dibuka dalam jarak 50 meter di luar pusat mengundi."Sejumlah 72 kerusi roda iaitu masing-masing lapan kerusi roda bagi setiap sembilan pusat mengundi akan disediakan SPR untuk kemudahan pengundi-pengundi uzur atau kurang upaya," katanya.Pusat pengundian juga disediakan dengan Zon Umum Menurunkan Pengundi bagi kenderaan yang membawa pengundi ke tempat mengundi, katanya."Tiada sebarang bendera atau lambang parti atau apa-apa benda yang menjurus kepada bentuk kempen dibenar dilekatkan pada kenderaan itu melainkan pelekat kenderaan khas yang telah diedarkan kepada parti bertanding," katanya.Abdul Aziz berkata sebarang aduan berkaitan perjalanan pilihan raya kecil itu termasuk yang berkaitan dengan aktiviti kempen boleh dibuat ke Bilik Gerakan SPR di talian 09-7471966 atau 09-7471998.Beliau turut meminta kerjasama semua parti politik dan calon yang bertanding supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta arahan polis bagi menjamin kelancaran pilihan raya kecil itu."Tempoh berkempen yang bermula pada hari penamaan calon, 6 Julai lepas akan berakhir pukul 12 tengah malam ini, selepas itu tidak dibenarkan lagi sebarang aktiviti berkempen, organisasi media juga diminta mematuhi arahan larangan berkempen pada hari mengundi," katanya.-- BERNAMA

Sunday, July 12, 2009

Anwar Ibrahim `Aung San Suu kyi' Malaysia

Anwar Ibrahim `Aung San Suu kyi' Malaysia
KOPITIAM TALK10 Julai 2009
Nampaknya badan kehakiman dan keadilan telah menghulurkan kail yang sangat panjang untuk menjerat Anwar Ibrahim sehingga orang ramai tidak lagi dapat mengingatkan sudah berapa kali umpan habis ditelannya.
Badan kehakiman dan keadilan masih belum mahu merentap talinya kerana percaya dengan cara ini ia dapat membuktikan bahawa Malaysia adalah benar-benar sebuah negara yang demokratik yang membenarkan rakyatnya mengeksploitasi undang-undang sehingga ke ruang yang terakhir.
Dalam kes liwat Anwar, orang ramai sudah bosan sehingga penyokongnya sendiri pun yang ingin melihat kes ini diselesaikan dengan segera sudah tidak yakin lagi kepada kesungguhan mahkamah untuk membicarakannya. Maka itu mereka memulaukan tunjuk perasaan sokong Anwar kerana kecewa untuk mendapatkan kepastiannya. Maka itu hanya 100 orang sahaja yang hadir daripada 10,000 yang di jangkakan.
Yang jelas ialah Anwar Ibrahim bermain surung papan tarik papan dengan mahkamah. Dia tidak mahu kesnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan mahu dikekalkan di Mahkamah Sesyen. Tentunya orang ramai bertanya adakah dia telah yakin bahawa jika dibicarakan di Mahkamah Sesyen maka beliau pasti mendapat keadilan dan Hakim Mahakamah Tinggi adalah penyokong kerajaan? Inilah gambaran yang cuba diberikannya dengan menunjukan ketidakyakinanya itu bagi menghakiskan imej badan kehakiman dan keadilan di negara ini..
Hakikat yang sebenar ialah beliau tidak mahu dibicarakan langsung kerana beliau tidak pernah melakukan dosa liwat. Dikenali sebagai orang yang suka mengambil anak-anak muda lelaki yang `jambu'? bekerja dengannya bukan berarti dia suka liwat.
Permohonannya yang terbaru untuk melewatkan lagi kesnya didengar kerana takut perkara-perkara yang memalukan terdedah ialah beliau mengemukakan satu lagi permohonan meminta pasukan pendakwaan mengecualikan diri mereka daripada terlibat dan mengendalikan dakwaan terhadapnya. Dalam kata-kata lain dia mahu dibatalkan sahaja semua tuduhan terhadapnya.
Hari Rabu lalu kes liwat ketua pakatan pembangkang itu ditangguhkan bagi kali keempat kerana peguamnya Sulaiman Abdullah telah dimasukan ke Hospital Kuala Lumpur kerana tidak sihat , tetapi khabar angin yang bertiup kencang mengatakan Sulaiman sudah tidak yakin lagi untuk mempertahankan kes ini. Lagi pun beliau seorang Islam yang cukup beriman. Setakat ini tidak ada seorang pun peguam Melayu dan Islam yang mahu mempertahankan kes Anwar ini kerana takut menanggung dosa.
Kes Anwar akan didengar semula pada 15 Julai serentak dengan permohonannya yang terbaru . Bolehkah kita bayangkan seorang rakyat biasa yang dituduh merogol atau sekurang kurangnya berkhalwat dibatalkan tuduhan terhadapnya dengan begitu sahaja?.
Adalah jelas bahawa Anwar Ibrahim telah mengeksploitasi apa juga ruang undang-undang supaya kesnya tidak didengar langsung di mahkamah atau dibatalkan. Usaha ini tidak sahaja dijalankan menerusi peguam tetapi juga menerusi media asing dan juga kerajaan kerajaan yang pro kebebasan dan homoseksual.
Pihak British telah pun menggunakan agensi beritanya Reuter yang mempunyai orang upahan Anwar di dalamnya dengan mempromosikan imej Anwar sebagai setaraf dengan pejuang demokrasi dan kemanusiaan Burma (Myanmar) Aung San Suu Kyi.
Agen Singapura di Malaysia, portal berita Malaysian Insider telah pun menggunakan sebuah rencana Reuter yang cuba menghakiskan keyakinan terhadap pimpinan baru Malaysia Datuk Seri Najib dengan mengaitkan kes Anwar sebagai tanda tiada kebebasan mahkamah di Malaysia dan Najib sama dengan sikap Tun Dr.Mahathir terhadap Anwar Ibrahim.
Rencana ini mengemukakan Anwar sebagai senasib dengan Aung San Suu. Dari segi perjuangan untuk hak kemanusiaan memang penglibatan Anwar tidak boleh dinafikan kerana implikasi kesnya adalah beliau memperjuangkan kebebasan amalan homoseksual yang menyebabkan beliau amat popular di kalangan gay di Malaysia sekarang ini.
Bahawa hanya segelintir manusia sahaja yang datang untuk menjerit reformasi menyokong Anwar Ibrahim dalam menghadapi tuduhan liwat di Mahkamah Tinggi termasuk beberapa orang gay jelas menunjukkan pada umumnya orang sudah muak dengan penangguhan kes Anwar dan di suatu pihak lagi mereka tidak lagi dapat menerima sikap Anwar mempermain-mainkan mahkamah.
Ini juga menyebabkan umum bertanya apakah badan kehakiman dan keadilan kita mempunyai penghormatan diri apabila ternampak ia berada dalam ketakutan menghadapi ugutan dari seoarang ahli politik jalanan yang dari masa ke masa menggunakan unsur-unsur kekerasan untuk membersihkan dirinya.
Adakah mana-mana mahkamah atau hakim di Malaysia akan memberikan layanan yang istimewa kepada rakyat biasa atau kepada bukan orang politik seperti yang diberikan kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim?
Adakah badan kehakiman dan keadilan percaya bahawsa keadilan dan kebebasan Malaysia hanya akan diyakini oleh rakyat dan dunia dengan memberikan layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim tanpa memberikan perhatian yang berat dan adil kepada pengadu?
Tidakah badan kehakiman dan keadilan sedar bahawa imej mereka sekarang ialah sebuah institusi yang pengecut, penakut dan tidak berkuasa dan tidak mempunyai kewibawaan? Tidakkah mereka sedar bahawa mereka dilihat sebagai telah tunduk kepada kuasa politik dan bukan kuasa rakyat dan tuntuan keadilan ? Sebenarnya badan kehakiman dan keadilan Malaysia sekarang berhadapan dengan suatu cabaran terhadap integritinya yang meliputi imej kebebasan dan kredebiliti yang tidak pernah disaksikan dalam sejarah negara kecuali dalam kes Anwar Ibrahim.MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Thursday, July 9, 2009

Pas asyik minta berkat tanpa projek

Nasir Sukiman7 Julai 2009


UMNO-BN tidak bermain dengan slogan dan kain rentang tetapi tanpa banyak cakap dan janji pengundi di pedalaman Manek Urai seperti di Temalir dan Lata Rek boleh bergantung hidup kepada projek Kesedar.
Memang benar penduduk di dua kawasan pedalaman itu jauh daripada jalan utama Kuala Krai-Manek Urai tetapi kemudahan seperti sekolah, balai sudah lama disediakan kerajaan Pusat.
Ini di samping kemudahan dan prasarana bagi menampung kehidupan penanam dan penoreh pokok getah di kiri dan kanan jalan berturap sempit.
Pada hari penamaan calon pagi Isnin, UMNO-BN yang melancarkan jentera kempen pilihan raya kecil N.41 Manek Urai dari bangunan baru tersergam di Bandar kecil Kuala Krai, berbangga dengan slogan kian popular hari ini – Rakyat Didahulukan, Manek Urai diutamakan.
Pas seperti sebelum ini cuma mampu bermain dengan slogan lapuk – Menerajui Perubahan Membawa Keberkatan; Pas ejen perubahan dan pembangunan. Namun sungguh kasihan lebih 12,000 pengundi Manek Urai sejak Nik Aziz menerajui kerajaan Kelantan, tidak banyak perubahan, pembaharuan dan kemajuan menjenguk kawasan undi ini maka tiada pembangunan dapat dibawa masuk ke Manek Urai .
Hanya dengan kemenangan Umno pada pilihan raya umum 1982 dan 2004 terencat apabila Pas merampas semula kawasan ini pada 2008.
Hidup penduduk memanglah berkat tetapi golongan pemuda dan pemudi yang berpeluang mendapat pendidikan hingga ke universiti atau peringkat menengah jelas tidak ramai yang pulang kerana tidak ada peluang pekerjaan disediakan Pas.
Akibatnya untuk pilihan raya 14 Julai depan, Pas terpaksa menganjurkan kempen memujuk beribu pengundi muda Manek Urai yang bekerja di Lembah Klang agar pulang.
Setakat ini dua ceramah dan perjumpaan dianjurkan Pas di hotel-hotel di Kuala Lumpur.
Pas sebenarnya telah gagal membawa sebarang perubahan dan pembangunan di Manek Urai yang berdebu dengan kampung-kampung tradisional Melayu masih terletak jauh di pedalaman.
Jika mengikut konsep Nik Aziz seramai 1.7 peratus penduduk miskin tegar di Manek Urai pasti akan kekal hidup daif dan kais pagi makan pagi kerana pembangunan bukan perkara diutamakan malah lebih penting adalah berkat.
Ini mungkin bermakna si ibu dan anak gadisnya yang menoreh getah sejak awal pagi akan kekal hidup merempat tanpa melihat dan menikmati perubahan status hidup mereka apatah lagi cucu dan cicit kemudian.
Mengikut perangkaan ada lebih 200 keluarga dalam kumpulan miskin tegar di Manek Urai yang memerlukan pembelaan sedang Pas cuma janjikan doa dan berkat tanpa lebih daripada itu.
Kasihan rakan sedarjah Nik Aziz dikenali sebagai Tok Ayah dari pedalaman malah ulu Lata Rek yang menantikan pembinaan sebuah jambatan konkrit menggantikan jambatan gantung di hujung kampungnya diterokai sejak 1956 lagi.
Rata-rata 12,293 pengundi Manek Urai memperolehi RM750-RM1,000 sebulan bekerja sebagai petani dan peneroka selain menoreh getah.
Anak-anak mereka pula belajar di 10 buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah sebelum meneruskan pelajaran ke sekolah teknik atau MRSM dengan pendidikan peringkat universiti sedia menanti yang berjaya berikutan pembukaan Universiti Malaysia Kelantan sebagaimana dijanjikan kderajaan Umno-BN.
Tetapi apakah persediaan kerajaan Pas bagi menampung lulusan yang bakal memasuki pasaran buruh setiap tahun di Kelantan?
Nik Aziz jelas hanya mampu mengangkat tangan berdoa agar diturunkan ganjaran berupa kerja 'dari langit' agaknya dengan poster beliau menangis menadah tangan dipasang merata tempat di Manek Urai.
Tetapi apakah itu disuruh Islam tanpa usaha, perancangan dan pemimpin berwawasan sedangkan Islam mewajibkan umatnya merancang menghadapi masa depan dan pelan strategik.-malaysiaaktif.com

Wednesday, July 8, 2009

Mahligai RM24 juta: Saman Ng, jangan tak saman

BASHIR AHMAD7 Julai 2009
Sesiapa yang jadi MB Selangor, bersedialah untuk dilanda kontroversi. Bukan sebarang kontroversi, tapi angin puting beliung yang boleh meranapkan karier politik. Lihatlah apa yang berlaku ke atas Datuk Harun, Muhammad Mike Tyson, Abu Hassan Omar dan seterusnya Khir Toyo.

Anak Jawa Tanjung Karang ini bukan sahaja hilang jawatan MB. Malah hantu jembalang politik terus mengejarnya sekalipun dia tidak lagi bergelar Yang Amat Berhormat.

Selepas tidak lagi jadi MB, Khir Toyo jadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor. Dalam UMNO dia cuba memulihkan kariernya dengan bertanding jawatan Ketua Pemuda, tapi tewas. Dan dia juga tidak lagi jadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Banyak orang berkata, karier politik Khir Toyo di ambang senja. Hanya satu cara sahaja boleh menyegarkan semula nafas politiknya, iaitu BN dapat merampas semula tampuk pentadbiran Selangor dan ketika itu Khir masih jadi ADUN.

Malang seribu kali malang. Khir sekarang mempunyai musuh sekeliling pinggang. Dalam UMNO pun dia ada musuh, di luar UMNO apatah lagi. Dalam media pun dia mempunyai seteru yang sentiasa berdendam.

Akhbar The Sun hari ini menjerit di muka depan dengan tajuk besar ``Khir: I took RM3.5m loan.'' Cerita yang sama disiarkan akhbar lain, tapi tidaklah sehebat paparan The Sun.

Sesiapa sahaja pembaca setia The Sun akan dapat membuat kesimpulan bahawa orang politik yang selalu sahaja dihentam dan dilanyak oleh akhbar Inggeris percuma yang diedarkan sebanyak 300,000 naskah sehari ini ialah Khir Toyo. Sejak beliau masih berjawatan MB Selangor lagi akhbar The Sun melanyaknya.

Paling menonjol memusuhninya ialah Nadeswaran, editor laporan khas dan penyiasatan The Sun yang dibantu oleh timbalannya Terence Fernandez. Nadeswaran tidak menyembunyikan kebenciannya terhadap Khir Toyo dan secara terbuka dalam majlis media anjuran Bloggers Unieted beliau telah mengkritiknya.

Banyak pihak yang berpendapat bahawa kejatuhan Khir Toyo dan Barisan Nasional di Selangor sedikit sebanyak adalah penangan The Sun. Pendedahan demi pendedahan mengenai salah guna kuasa yang dibuat oleh The Sun berkisar kepada institusi kerajaan dan individu di Selangor.

Antara yang paling hangat dan masih belum dingin ialah skendal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang). Isi ini diakui oleh seorang pegawai kanan Kementerian Pengangkutan sebagai salah satu penyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional di Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008.

Disebabkan terlalu memberi fokus kepada Khir Toyo dan kerajaan BN Selangor, tidak dapat dielakkan timbulnya pertanyaan besar sama ada The Sun dan pengarang-pengarangnya mempunyai agenda tertentu yang melangkaui batas-batas etika media.

Laporan utama di muka depannya hari ini memperkukuh syak wasangka. Ia mengenai dakwaan ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim kononnya Khir memiliki rumah mahligai berharga RM24 juta di Shah Alam.

Menurut Ng, mana mampu Khir yang menjadi MB selama lapan tahun dengan pendapatan bulanan RM48,000 (RM4.6 juta selama lapan tahun) boleh membeli rumah semahal itu.

Khir dalam jawapan balasnya menegaskan rumah tersebut dibeli dengan harga RM3.5 juta melalui pinjaman daripada Hongkong Shanghai Bank. (Lihat tulisan blognya) Beliau lalu mencabar Ng supaya mencari pembeli yang sanggup membayar harga RM24 juta. Jika Ng berjaya mencari pembeli, kata Khir beliau akan membayar komisyen RM12 juta kepadanya.

Khir Toyo juga memberitahu media bahawa beliau akan mengemukakan saman malu terhadap Ng.

Oleh kerana dakwaan tersebut telah mengakibatkan maruah Khir tercemar, maka jalan yang terbaik untuk menebus malunya ialah dengan menyaman Ng. Pada ketika ini, jika Khir tidak mengambil tindakan mahkamah, umum akan menganggap memang sah Khir Toyo telah melakukan sesuatu yang mencemar integritinya.

Malah yang tercemar bukan sahaja dirinya, tetapi juga UMNO dan BN. Bola kini di kaki Khir Toyo untuk membuktikan bahawa beliau telah difitnah. Jika benar beliau telah membeli rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta tanpa sebarang unsur penyelewengan, maka Ng dan DAP patut dicela oleh semua pihak. - malaysiaaktif.com

Monday, July 6, 2009

Pas kena tenggek DAP

MAULANA ARRIF4 Julai 2009
Mari kita nilai kejantanan Pas berbanding DAP. Nampaknya Pas sudah jadi ayam betina dan DAP yang jadi ayam jantan. Siapa yang menenggek dan siapa yang kena tenggek?
Dulu Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengusulkan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional. DAP yang bersuara paling kuat membidas dan mempersoal pendirian Pas dalam pakatan pembangkang. Sekutu mereka Anwar Ibrahim dan PKR tidaklah bising sangat.
Sebagaimana semua orang tahu, Hadi berundur ke belakang lalu membatalkan usul kerajaan perpaduan. Dalam sidang akhbar mengumumkan pembatalan itu, jurugambar media merakamkan Hadi yang berwajah tidak begitu ceria bersalam dengan Lim Kit Siang yang senyum melebar.
Kemudian Anwar dan Kit Siang menyalahkan UMNO sebagai punca angkara Hadi membuat cadangan kerajaan perpaduan. Tidak cukup dengan menyalahkan UMNO, sekutu kuat Anwar dalam Pas, Nik Abdul Aziz menyalahkan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan menyeru pemimpin muda itu meletakkan jawatan yang baru dimenanginya dalam muktamar Pas.
Tidak cukup dengan membelasah Nasharuddin, `Tuan Guru Politik' itu menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan komunis.
Dan tidak cukup dengan memperlekeh Hadi dan Pas kerana membuat usul kerajaan perpaduan serta cadangan untuk berunding dengan UMNO, DAP sekarang buat hal pula di Kedah. Kononnya disebabkan pembatalan projek rumah lapah babi, parti itu mengambil tindakan keluar daripada kerajaan pakatan yang diketuai oleh Pas di negeri itu.
Dalam reaksi terbarunya, kata Hadi beliau akan ke Kedah untuk meninjau apa yang sebenarnya berlaku dan akan membuat penilaian dari sudut Islam. Barangkali Hadi sedang mengkaji apa tindakan yang patut diambil berdasarkan Quran dan hadis. Tapi berdasarkan perkembangan semasa, janganlah ahli-ahli Pas berharap sangat Pas Hadi akan membuat keputusan yang tegas.
Beliau bukan sahaja masih dilindungi bayang Nik Aziz yang kebelakangan ini sering sahaja menidakkan kenyataan dan tindakannya, malah sejak Pas berada sekelambu dengan PKR dan DAP, Hadi tidak lagi segarang dulu. Selalu sahaja Hadi dan Pas diperlekehkan oleh DAP.
Yang menyedihkan orang Melayu, Nik Aziz yang sepatutnya menyokong Hadi, pula bertindak seolah-olah beliau lebih memihak kepada DAP dan PKR. Bagi Nik Aziz, UMNO lebih buruk dari DAP.
Kita tengok bagaimana para pemimpin Pas mengendalikan krisis politik di Kedah sekarang. Jangan pula nanti Nik Aziz tidak fasal-fasal menuduh segala yang berlaku adalah juga angkara UMNO.
Barangkali pemimpin-pemimpin Pas sekarang sudah kena pukau sehingga tidak tentu arah. Pas bukan sahaja kena tenggek, tapi ada kemungkinan kena lapah jika para pemimpinnya terus jalan menonong.
Lihatlah betapa disebabkan Pas bermuafakat dan tunduk kepada DAP dan PKR yang menganjurkan penghapusan DEP dan pemberian sama rata kepada semua kaum, UMNO terpaksa membuka ruang bagi memenuhi kehendak semua kaum. Apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan dasar liberalisasi pelaburan, Pas pula beria-ia mahu mempertahankan hak 30 peratus bumiputra.
Wahai Pas! Jika tidak kerana anda semua duduk di bawah ketiak Kit Siang dan Anwar, tidaklah akan berlaku apa yang anda tidak suka sekarang ini. Jangan salahkan orang lain. Hantukkan kepala anda semua ke dinding. - malaysiaaktif.com

Sunday, July 5, 2009

NST alat imperialisme British

KOPITIAM TALK4 Julai 2009
Sesiapa pun yang membaca rencana Foreign broadcasters walk a fine line in Iran di muka rencana pengarang NST ( New Strait Times) 30 Jun lalu mengenai tekanan kerajaan Iran terhadap media di negara itu akan dengan mudah mengenali bahawa rencana ini adalah sebuah propaganda British yang cukup murah.
Wartawan yang berpengalaman dan rakyat yang mempunyai sensitiviti politik dapat merasai bahawa inilah juga yang telah dilakukan oleh media Barat terhadap Malaysia selama ini dan juga terhadap negara-negara yang tidak disenangi oleh mereka.
Antara lain rencana itu menceritakan tentang wartawan-wartawan Iran yang berkerja keras di studio Penyiaran British Bahagian Televisyen Parsi di London untuk menyampaikan maklumat bebas kepada berjuta rakyat di Iran dalam masa krisis pilihan raya di negara itu sekarang
Menurut tulisan itu yang dipetik dari AP, sejak keputusan pilihan raya Iran yang dipertikaikan pada 12 Jun lalu, British Broadcasting Corporation (BBC) dan Voice of America (VOA) dengan wartawan-wartawannya di seluruh dunia dari Amsterdam ke Jurusalem telah cuba menyampaikan maklumat yang tidak boleh didapati oleh rakyat Iran dari sumber dalam negera itu sendiri.
Rencana itu memetik seorang pelajar di Teheran yang takut namanya disebut berkata:`` Hanyalah BBC dan VOC merupakan sumber berita berita benar kepada kami didalam Iran''. Ini semua boleh diada adakan.
Seorang penganalisis BBC bagi hal ehwal Iran, Sadeq Saba berkata:`` Kami memberikan berita bebas dan kerana itulah kami begitu popular dan tidak disenangi oleh Kerajaan Iran.''
Malah rencana ini memetik seorang Yahudi yang menjalankan Radio Bahasa Farsi di Isreal sebagai sumber untuk mengesahkan keadaan yang amat buruk di Iran dengan katanya:``Setiap manusia di seluruh dunia semestinya memberikan perhatian terhadap apa yang berlaku di Iran sejak dua minggu lalu yang menjadi perisitiwa yang paling diingati.''
Pada keseluruhannya rencana ini mempromokan kredibiliti BBC dan VOA. Mereka menggambarkan rakyat Iran tidak mempunyai kebebasan untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam negara mereka dari sumber media mereka sendiri sendiri dan untuk memperkuatkan hujjahnya wartawan-wartawan Yahudi juga dikemukakan untuk meyakini manusia di ``seluruh dunia termasuk Malaysia dam dalam hal ini NST menjadi dalangnya..
Harus diingatkan sehingga hari ini Malaysia sendiri menjadi matlamat media bashing wartawan-wartawan asing terutamanya British dan Amerika yang menyokong Anwar Ibrahim dan pembangkang di negara ini, malah ketika Malaysia menghadapi demonstrasi dari parti pembangkang menjelang pilihan raya lalu, hampir seluruh media penyiaran Barat yang utama iaitu CNN, Aljazeera dan BBC serentak dan sekata memberikan gambaran buruk terhadap media Malaysia dan kerajaan Malaysia seperti yang dilakukan oleh BBC dan VOC terhadap Iran sekarang.
Apakah hal ini tidak disedari oleh NST yang sekarang pengarang-pengarangnya termasuk Penasihat Jabatan Pengarang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan telah melalui proses perkembangan politik dan indoktrinasi yang diberikan oleh Dr. Mahathir dahulu dalam menghadapi media Barat demi untuk pembangunan semangat Malaysia sejati dan demokrasi ala Malaysia..
Jika ini berlaku di zaman Kalimullah menjadi Penasihat NST maka dapatlah kita faham, tetapi NST menjadi alat kepada media imperialisme Barat ketika didukung oleh orang yang faham tentang nasionalisme Malaysia adalah amat memeranjatkan dan tidak boleh dimaafkan.
Berlakunya perkara ini ini mendedahkan bahawa orang yang dilantik untuk memikul tanggungjawab telah tidak menjalankan tugasnya, tidak memantau atau tidak dapat membezakan antara kebebasan media dengan media imperialisme.
Apakah wajar bagi sebuah media parti kerajaan BN yang mengiktiraf Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad menyokong British dan Amerika mencampuri urusan dalam negara Iran? MUNSYI ABDULLAH
malaysiaaktif.com

Thursday, July 2, 2009

Taktik di Bukit Gantang akan berulang

NASIR SUKIMAN2 Julai 2009

MENGAPA Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad tiba-tiba memberi amaran usah serang peribadi Nik Aziz Nik Mat pada kempen pilihan raya kecil N 41, Manek Urai?
Pada ceramah sulungnya di kawasan pedalaman Kelantan itu, beliau mengingatkan pemimpin BN-Umno usah cuba memfitnah dan memburukkan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan itu berikutan ura-ura membentuk kerajaan perpaduan Umno dengan Pas yang belum tercapai itu.
Kononnya Idris akan memastikan usaha Umno melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nik Aziz akan membawa padah dan Manek Urai menjadi ‘kubur’ bagi BN.
Sebagai ketua penerangan Pas Pusat yang baru, sama ada Idris sengaja tidak tahu atau memang sebenarnya jahil mengenai taktik dan muslihat Pas selama ini – melemparkan tuduhan palsu, menyebarkan fitnah dan kuat mengumpat calon lawan terutama pada saat-saat genting.
Malah bolehlah dikatakan fitnah dan mengumpat adalah asam garam gerak gempur Pas paling tajam dan berkesan mempengaruhi pengundi terutama wanita selama ini.
Ia menjadi seperti inti pada setiap ceramah pilihan raya kecil baik di peringkat Parlimen mahupun DUN selain pemimpin Pas mengalunkan kisah ‘lucu’ dan ulasan murahan kononnya sebagai penghibur hati pengunjung dan ahli parti dari segenap pelusuk.
Pada kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, P.59, April lalu Pas meneruskan kempen jahatnya apabila menabur surat layang kononnya calon Umno, Ismail Saffian, memohon maaf kepada Presiden parti Najib Tun Razak, kerana telah berkunjung ke Danok, pekan sempadan Siam untuk berhibur.
Ini dilakukan sehari menjelang pembuangan undi iaitu pada 7 April. Selain menyebarkan surat-surat itu di Taman Mewah dan tempat awam lain, Pas turut menuduh Ismail enggan bersolat Subuh berjemaah apabila diajak sedangkan pemimpin dan ahli Pas memenuhi surau dan masjid seperti di Simpang dan sebahagian, Kamunting.
Pada pagi hari membuang undi, Muslimah Pas membawa spanduk memfitnah Ismail yang pastinya tidak sempat menjawab semua tuduhan peribadi itu. Walaupun beliau amat kesal dengan tuduhan palsu itu tetapi semuanya tidak sempat ditangkisnya.
Begitu juga pada Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu pada 17 Januari lalu apabila calon Umno-BN, Wan Farid Wan Salleh dikutuk dan dikaitkan dengan pelbagai fitnah berbanding calon Pas Wahid Endut disifatkan sebagai ‘ustaz kampung’.
Pemimpin Pas seperti Ghani Rahman dan Mahfuz Omar tidak henti-henti mengecam dan mengaitkan pemimpin Umno dengan pelbagai fitnah yang lebih berupa kisah dikitar semula dari satu majlis ceramah ke majlis terkini.
Anehnya ramai yang hadir yang pastinya bukan pengundi dan penduduk tempatan bertepuk tangan sambil ramai lagi memenuhi gerai pasar juadah dan pasar malam Pas seperti di markas parti di Kubang Semang, Penanti dan di Air Kuning, Bukit Gantang.
Mujur ramai pengundi Melayu khususnya sudah sedar hakikat kerjasama Pas-DAP lebih banyak membawa keburukan dan merugikan mereka. Keputusan undi seperti di Bukit Gantang menunjukkan jumlah undi Melayu untuk Umno-BN bertambah tetapi kecenderungan pengundi Cina menyokong pembangkang member kelebihan kepada Nizar Jamaluddin.
Persoalannya apakah istimewanya Nik Aziz hingga tidak boleh dikecam? Beliau bukannya maksum malah kenyataannya setakat ini tidak banyak mencerminkan daya kepemimpinan Islam apabila menolak musyawarah menyatukan umat Islam yang berpecah kini.Apa gunaya debat jika ia hanya mahu digunakan bagi memburukkan Umno selain mengungkit kegagalan kerjasama Umno-Pas yang lalu?
Nik Aziz mungkin mahu kepakarannya menggunakan ayat al-Quran dan loghat Kelantannya dipuji selain mengelirukan pendengar bukan Kelantan. Mengapa bersifat riak dan sombong? - malaysiaaktif.com

Wednesday, July 1, 2009

Secerdik-cerdik Tun Mahathir KOPITIAM TALK

30 Jun 2009Mungkin bagi seorang usahawan dan ahli perniagaan seperti bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin wang adalah segala-galanya, tetapi bagi seorang pemimpin politik sejati dan juga seorang seniman tidak demikian penilaiannya. Bagi mereka penghormatan datang bersama dengan sokongan, pemujaan dan kemasyhuran. Persepsi ini dibuktikan kebenarannya dengan berita terkini bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang kekayaannya berbillion ringgit tetapi mengakui dirinya benar-benar kesunyian hidup dalam buangan di Dubai. Beliau menggesa penyokong-penyokongnya membantu beliau untuk pulang ke tanah air bagi berkhidmat kepada rakyat. Seorang lagi ialah Raja Pop Michael Jakson yang mati di rumah yang disewanya dalam keadaan berhutang beratus juta ringgit kerana diracuni oleh berbagai jenis ubat yang dimakannya untuk menghilangkan kebosanan dan juga untuk menahan kesakitan. Mungkin dia sendiri tidak mengambil pusing tentang hutangnya kerana dia sendiri tahu kekayaannya dan hasil yang akan didapati selepas kematiannya adalah jauh lebih besar daripada hutangnya.Wang tidak ada erti lagi baginya kerana beliau telah berada di puncak dunia. Mungkin dia sendiri tidak lagi mengambil berat tentang berapa banyak wang dan hartanya kerana apa yang dia mahu disediakan untuknya. Sampai kepada suatu peringkat, manusia akan merasai kebosanan dan kejemuan hidup. Ada yang bosan ketika masih muda kerana mencapai kejayaan dan kepuasan hidup lebih awal dan ada yang pada waktu tuanya. Kesepian dan kekecewaan peribadi tetap datang kepada.setiap manusia. Terserahlah kepadanya untuk menguruskannya dengan bijaksana. Bagaimanapun kebosanan dan kekecewaan hidup manusia biasa tidak mendapat perhatian seperti perhatian yang diberikan kepada seseorang manusia yang berada di puncak. Seorang selebriti atau pemimpin besar. Di dalam politik kita dapat melihat betapa cerdik dan pintar sekalipun seseorang pemimpin, tetapi ada kalanya dia terlihat sebagai tidak bijaksana dan melakukan kesilapan- kesilapan yang tidak sewajar dilakukannya. Dia sendiri tidak dapat melihat dirinya sebagai gila kuasa, tetapi penilaian ramai menghukumnya demikian. Umpamanya Samy Vellu yang mempunyai keyakinan bahawa dia sahaja boleh membetulkan MIC atau bekas pegawai tinggi kerajaan Tan Sri Ghazali Shafee yang merasakan dia paling layak untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kecundang. Tun Dr.Mahathir pula dalam kemarahannya telah membakar kelambu (UMNO) yang apinya turut menyambarnya. Setelah tidak dapat menahan kesabaran melihat visinya di hancurkan oleh Abdullah Badawi, beliau terlupa sokongan dan keyakinan tinggi rakyat kepadanya yang percaya kepada setiap katanya. Maka itu apabila dia meminta orang menolak UMNO dan BN maka orang menolaknya. Dia memburukan pemimpin UMNO maka kesannya amat besar kepada rakyat yang percayakan pemimpin UMNO secara menyeluruh buruk sehingga lupa pada masa Mahathir pun banyak yang busuk. Apabila beliau menyuruh rakyat kurangkan kerusi BN dalam Parlimen maka rakyat mengurangkannya. Beliau telah merendahkan UMNO dalam keadaan kecewa kerana beliau tidak dapat menerima pertukaran kepimpinan yang dilakukannya sendiri. Mungkin beliau yakin bahawa jika UMNO dibiarkan terus di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, maka ia akan hancur terus. Maka itu Mahathir membuat keputusan lebih baik untuk membakar kelambu, biar sama sama terbakar. Maka itu beliau mengkritik UMNO sehingga kekuatannya dan juga kekuatan BN yang turut dibinanya runtuh dalam pilihan raya 2008. BN tidak mungkin akan runtuh seteruk itu sekiranya bekas Perdana Menteri yang dipuja rakyat tidak mengkritik UMNO dan pemimpin-pemimpin BN bagitu tajam, pedas dan kasar. Bekas Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman juga pernah mengkritik kepimpinan Mahathir dalam kempen plihan raya tetapi Tunku meninggalkan kuasa ketika dia tidak dikehendaki lagi oleh UMNO dan rakyat, berbanding dengan Mahathir yang meninggalkan kepimpinan negara ketika berada di puncak popularitinya dan dalam keadaan rakyat tidak mahu melepaskanya. Sekalipun Tunku tidak sepintar Mahathir, tetapi beliau dapat membaca Mahathir dan tidak memberikan peluang kepadanya untuk bergerak di bawah pemerintahannya. Tetapi secerdik-cerdik Mahathir telah gagal untuk membaca Abdullah Badawi dan menerimanya sepenuhnya sebagai Mr.Nice yang akhirmya menjadi Mr.Worst kepadanya. Ini menyebabkan Mahathir yang mengisytiharkan tidak mahu lagi campur tangan dalam urusan kerajaan dan politik, tetapi akhirnya terlibat dan terlihat sebagai yang gigih berjuang untuk terus berkuasa selepas bersara. Beliau telah membangunkan kuasa UMNO dan BN ke puncak keagungan dan beliau juga yang meruntuhkannya kepada keadaan yang terburuk dalam sejarah parti itu dan sekarang beliau sedang membantu untuk membinanya semula tetapi dalam keadaan nasi sudah hampir menjadi bubur. Bezanya Mahathir dengan Thaksin ialah beliau tidak dibuang keluar negara dan beliau tidak pernah merasa bosan dan kesepian kerana beliau tahu untuk mentabirkan kebosanannya. MUNSYHI ABDULLAH
malaysiaaktif.com