Wednesday, August 27, 2008

Anwar ketua pembangkang baru di Dewan Rakyat

Bernama27 Ogos 2008
BUKIT MERTAJAM, -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.Persidangan mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula sejak 18 Ogos lepas akan ditangguhkan pada Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bermulanya bulan Ramadan, bulan berpuasa bagi umat Islam, dan akan disambung semula selepas Hari Raya Puasa pada Oktober.Anwar berkata rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan anggota Parlimen nanti.Beliau berucap kepada para penyokongnya di padang Institut Penguruan Tuanku Bainun di sini.Jawatan ketua pembangkang itu sebelum ini dipegang oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya itu.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada rakyat Permatang Pauh kerana telah berusaha memenangkan Anwar."Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar," katanya.Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya kerana telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan pilihan raya ini.Di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub menyatakan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan Anwar itu.Salahuddin menyifatkan kemenangan Anwar itu satu titik permulaan kepada perubahan untuk rakyat dan negara."PAS ucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan ini dan selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dalam menentukan halatuju perjuangan," katanya ketika dihubungi Bernama.Salahuddin menegaskan selagi Anwar tetap dengan dasar yang hendak dilaksanakan, permuafakatan Pakatan Rakyat berada pada landasan yang tepat dan PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR."Apa-apa masalah yang sekiranya timbul dalam Pakatan Rakyat nanti, ia hendaklah dibincangkan dalam suasana bermuafakat," tambahnya.Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP percaya BN tidak menangani pilihan raya itu dengan serius, yang membawa kepada kekalahannya.Beliau berkata BN nampaknya asyik menumpukan perhatiannya terhadap isu moral Anwar daripada memikirkan kebajikan rakyat."Kami (DAP) tidak pernah ragu yang Anwar akan menang. Saya rasa orang-orang dalam Barisan Nasional (BN) fikir beliau (Anwar) akan mendapat undi kurang daripada (yang diraih) isterinya," kata Charles.-- BERN

No comments: