Thursday, August 28, 2008
Anwar angkat sumpah sebagai anggota parlimen
KUALA LUMPUR -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh di Dewan Rakyat.Dengan berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, Anggota Parlimen Permatang Pauh yang baru itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, diikuti dengan amalan tradisi mengetuk di meja anggota Parlimen sebagai tanda persetujuan dan sokongan daripada Anggota Parlimen di Dewan Rakyat.Anwar, 61, yang dilantik ketua pembangkang, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang selepas majlis angkat sumpah itu berkata, beliau berharap Anwar dapat memainkan peranannya di Dewan dengan baik.Beliau berkata Anwar juga akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang.Sebaik sahaja upacara ringkas itu berakhir, Anggota Parlimen Sepanggar Datuk Eric E. Majimbun dari Barisan Nasional (BN) sebelum mengajukan soalan pertama, sempat mengucapkan tahniah kepada Anwar yang berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh, dan di atas pemilihan beliau sebagai ketua pembangkang.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz pula sebelum menjawab soalan pertama, turut mengucapkan tahniah kepada Anwar.Bercakap kepada media selepas menghabiskan masa kira-kira 10 minit di Dewan Rakyat, Anwar berkata beliau merasa terharu dapat kembali ke Parlimen selepas 10 tahun."Selepas segala yang saya harungi sepanjang tempoh itu, sekarang saya merasa terharu dapat kembali (ke Dewan Rakyat), ia adalah hak saya," katanya.Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti 15,671 Selasa lepas, memperolehi 31,195 undi, mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, yang memperolehi 15,524 undi. Seorang lagi calon Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hilang wang pertaruhan selepas memperolehi hanya 92 undi.Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, dilucutkan dari jawatan dalam kerajaan pada tahun 1998, berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan liwat.-- BERNAMA
Wednesday, August 27, 2008
Anwar ketua pembangkang baru di Dewan Rakyat
Bernama27 Ogos 2008
BUKIT MERTAJAM, -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.Persidangan mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula sejak 18 Ogos lepas akan ditangguhkan pada Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bermulanya bulan Ramadan, bulan berpuasa bagi umat Islam, dan akan disambung semula selepas Hari Raya Puasa pada Oktober.Anwar berkata rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan anggota Parlimen nanti.Beliau berucap kepada para penyokongnya di padang Institut Penguruan Tuanku Bainun di sini.Jawatan ketua pembangkang itu sebelum ini dipegang oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya itu.Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada rakyat Permatang Pauh kerana telah berusaha memenangkan Anwar."Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar," katanya.Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya kerana telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan pilihan raya ini.Di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub menyatakan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan Anwar itu.Salahuddin menyifatkan kemenangan Anwar itu satu titik permulaan kepada perubahan untuk rakyat dan negara."PAS ucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan ini dan selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dalam menentukan halatuju perjuangan," katanya ketika dihubungi Bernama.Salahuddin menegaskan selagi Anwar tetap dengan dasar yang hendak dilaksanakan, permuafakatan Pakatan Rakyat berada pada landasan yang tepat dan PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR."Apa-apa masalah yang sekiranya timbul dalam Pakatan Rakyat nanti, ia hendaklah dibincangkan dalam suasana bermuafakat," tambahnya.Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP percaya BN tidak menangani pilihan raya itu dengan serius, yang membawa kepada kekalahannya.Beliau berkata BN nampaknya asyik menumpukan perhatiannya terhadap isu moral Anwar daripada memikirkan kebajikan rakyat."Kami (DAP) tidak pernah ragu yang Anwar akan menang. Saya rasa orang-orang dalam Barisan Nasional (BN) fikir beliau (Anwar) akan mendapat undi kurang daripada (yang diraih) isterinya," kata Charles.-- BERN

Sunday, August 24, 2008
Sokongan pengundi kepada Anwar menipis
Bashir Ahmad24 Ogos 2008
AKHBAR Cina paling laris dan berpengaruh di Utara Semenanjung, Kwong Wah Yit Poh melaporkan dalam berita utama di muka depan pada 24 Ogos 2008, majoriti undi yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan peroleh pada hari pengundian 26 Ogos ini adalah sekitar 3,000 sahaja.Menurut akhbar tersebut, pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu, Anwar diramalkan akan memperoleh majoriti 15,000 undi.Unjuran terbaru yang menggambarkan kemerosotan sokongan kepada Anwar itu dibuat berdasarkan pandangan yang dikutip daripada pelbagai pihak dengan mengambil kira dua faktor utama -- kempen kuat BN dan ramai pengundi muda yang menyokong Pakatan Rakyat dijangka tidak pulang ke Permatang Pauh pada hari mengundi.Para pemerhati politik yang ramai berkerumun di Permatang Pauh menjelang hari pengundian, dapat melihat betapa sengitnya kempen pilihan raya kecil ini. Bagi Anwar ia adalah survival politiknya, bukan sekadar memburu cita-cita untuk ke Putrajaya bagi menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam. Jika tewas karier politiknya juga akan kelabu. Betapa terdesaknya Anwar hinggakan beliau sanggup memberikan cerita ekslusif kepada Kwong Wah Yit Poh mengenai teori perkataan Rahman yang dipercayai oleh ramai orang, khususnya di kalangan kaum Cina sebagai bayang nama-nama Perdana Menteri sejak Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Tun Hussein Onn dan selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Anwar dengan harapan teori barunya akan dipercayai oleh para pengundi Cina telah menegaskan bahawa perkataan Rahman sepatutnya dieja sebagai Rahmaan dalam ejaan rumi Bahasa Melayu, mengikut tajwid bacaan al-Quran. Maksud beliau, jika berdasarkan ejaan Rahmaan, maka beliaulah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana namanya bermula dengan huruf A. Mereka yang mempercayai teori Rahman ini sebelum ini beranggapan Datuk Seri Mohd Najib akan menjadi Perdana Menteri kerana huruf n menyusul selepas huruf a (Abdullah).Pilihan raya kecil Permatang walaupun menampilkan pertandingan antara Anwar dan Datuk Arif Shah (calon BN), ramai yang melihatnya sebagai pertembungan antara Anwar dan Najib yang menjadi Pengarah Pilihan Raya BN dan bakal Perdana Menteri apabila Abdullah Ahmad Badawi berundur pada pertngahan 2010.Jika Anwar tewas, bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, malah masa depan karier politiknya dan Pakatan Rakyat amat terjejas. Sebab itulah Anwar, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP bekerja cukup keras. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz yang kurang sihat turut hadir bersama Anwar pada hari penamaan calon untuk menampakkan sokongannya kepada tokoh politik yang sedang menghadapi tuduhan liwat.Isu aduan liwat Mohd Saiful menjadi serangan utama terhadap Anwar yang sehingga kini enggan bersumpah laknat untuk menafikan dakwaan bekas pembantunnya. Selepas Saiful bersumpah laknat dan mencabar Anwar melakukan perkara yang sama, Penasihat PKR itu cuba mengelak dengan menyatakan ramai ulama menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian kerana tiada tuntutan dari segi syariat.Keengganan Anwar untuk bersumpah dibaca sebagai `tidak berani' bersumpah kerana takut dilaknati. Pada hari ini muncul pemidang kecil di merata ceruk yang memuatkan gambar Saiful sedang bersumpah, lafaz sumpahnya dan tajuk besar ``Saiful Bersumpah.'' Tujuan dan mesej poster ini sangat jelas.

Monday, August 18, 2008
Liwat Perkara Biasa Bagi Guru Pondok
Kopitiam Talk18 Ogos 2008
LIWAT PERKARA BIASA BAGI GURU PONDOK Banyak pertanyaan ditimbulkan mengapa Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat sehari sebelum menjelang pilihan raya Permatang Pauh. Ramai menganggapnya satu konspirasi politik Barisan Nasional untuk menjatuhkan karier politik bakal perdana menteri, Anwar Ibrahim.
Sumpah Saiful tidak meyakinkan Presiden Pas Haji Hadi Awang bahawa Anwar bersalah, malah beliau menganggapnya sebagai perbuatan politik kotor.
Cara bersumpah itu juga telah dipersoalkan dari segi tidak perlunya memegang Al Quran sebaliknya cukup dengan melafazakan tiga kali ``Wallahi.''
Memang belum ada sesiapa pun yang membuat kesimpulan Anwar telah bersalah dan ramai juga yang meanggap bahawa tidak semestinya dia tidak melakukannya. Rata rata berpendapat Mohd Saiful tidak mungkin sanggup melakukan sumpah itu kerana dia mengetahui betapa berat dan azabnya hukum Allah kelak keaatanya dan keturunannya didunia dan akhirat .Tidak ada orang Islam yang waras akan sanggup melakukannya.
Kata Prof. Datuk Dr.Mohmood Zuhdi Abdul Majid, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh,Kuliyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa, Saiful melakukannya adalah untuk mengurangkan beban yang ditanggungnya sekarang
Mengenai anggapan sumpah itu suatu konspirasi politik kerana dilakukan menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh, maka apakah jika dilakukan lama sebelum pilihan raya maka Saiful tidak akan menerima tuduhan yang sama?
Yang lebih penting untuk diketahui oleh orang ramai ialah bahawa kebanyakan tok guru pondok dan pelajar-pelajar mereka tidak terkejut dengan kejadian liwat kerana ini adalah mainan biasa anak muda pondok.
Pada zaman lalu di pondok-pondok, jika seseorang pelajar lelaki diketahui mempunyai hubungan intim dengan seorang pelajar lelaki lain, maka pada malamnya pelajar-pelajar lain akan menghendap (mengintip menerusi lubang) dan jika didapati sah maka mereka akan mengalihkan beramai ramai pondok kediaman dua kekasih ini ketika mereka sedang mengadakan hubungan. Esoknya seluruh penghuni pondok tahu kerana pondok pasangan ini telah berpindah tempat.
Maka itulah sebabnya bekas tok guru pondok, Haji Hadi dan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz tidak terkejut dengan tuduhan liwat terhadap Anwar kerana buktinya tidak ada. Tidak ada kondominium yang dipindahkan.
SIKAP STAR TERHADAP BN
ORANG ramai dapat melihat sikap akhbar The Star yang tidak seimbang dalam laporannya terhadap layanan berita dan gambar keganasan penyokong PKR memaki-hamun jurugambar dan wartawan akhbar dan agensi berita pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh. Berita ini diperkecil-kecilkan.
Jika ini dilakukan oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional, maka pastinya akhbar ini akan menyiarkan secara besar-besaran di muka satu dan juga turut mengutuknya. Bukan sekali penyokong PKR melakukan keganasan terhadap wartawanini. Sebelum ini seorang jurugambar akhbar Cina telah dibelasah oleh mereka.
Di muka dalam pula pada hari yang sama, akhbar ini menyiarkan Anwar disambut meriah oleh penyokong-penyokong Pas.
Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi mendapat simpati daripada akhbar ini sekalipun dalam keadaan yang runcing.dan genting. Ketua Pengarangnya lebih mencintai Ketua Menteri Pulau Pinang. Survival Anwar adalah survival Pakatan Rakyat dan dan survival Pakatan Rakyat adalah Malaysian Malaysia.
MUNSYI ABDULLAH

Thursday, August 7, 2008
Nik Aziz masih gagah dalam Pas
Bashir Ahmad7 Ogos 2008
KISAH SATIRA: Alkisah, pada suatu hari riuh rendahlah dua kumpulan ayam yang tinggal berlainan reban. Sekumpulan berbulu hijau dan sekumpulan berbulu campuran merah, putih dan kuning. Mereka ini asalnya dari satu keturunan dan pernah tinggal sereban, tapi akhirnya membesar berasingan kerana perbezaan warna bulu.Akibat tinggal berasingan dan berlainan warna bulu, lama kelamaan mereka bermusuhan. Selalu saja berlaga dan patuk mematuk.Disebabkan permusuhan itu hanya merugikan, maka ada yang mencadangkan supaya mereka berjumpa dan berdamai. Kalau boleh barangkali tinggal sereban. Selama ini tengok muka pun tidak boleh. Maka riuh rendahlah hingga gegak-gempita suara perbincangan sesama sendiri di kedua-dua rebanAkhirnya berkatalah wakil kumpulan berbulu merah, putih dan kuning:``Elok sangatlah kita bermuzakarah.''Jawab wakil kumpulan si ayam hijau:`` Kita ni bulu saja berwarna lain, tapi telor tetap sama. Memang elok kita bermuzakarah.'' Tiba-tiba kedengaran seekor ayam jantan berwarna hijau berkokok lantang dan garang:`` Hoi...bukan muzakarah, muqabalah.''Apabila si ayam-ayam lain mengangguk-angguk kepala tanda bersetuju, si ayam jantan berkokok lagi:`` Lebih baik demo buat reban baru, cat warna hijau...pakai atap hudud dan lantai qisas...dan demo semua pindah ke reban itu''Terbatuk-batuk semua ayam di kedua-dua reban yang sedang terangguk-angguk apabila mendengar kokokan pertama si ayam jantan itu.Selama ini mereka sangkakan si ayam jantan itu sudah terlalu tua untuk berkokok. Rupa-rupanya si ayam jantan ini adalah ayam sabung yang tajinya masih tajam dan kokokannya masih lantang.Disebabkan pening memikirkan untuk berpindah ke reban baru, akhirnya kata wakil ayam berbulu hijau:`` Kita tangguh sajalah perbincangan ini.'' KISAH BENAR: Jika ada perumpamaan yang sesuai untuk muzakarah alias muqabalah UMNO-Pas ialah hangat-hangat tahi ayam. Atau jika itu kurang tepat harap terimalah peribahasa baru ini - belum bertelor sudah riuh sekampung. Dan ada seorang yang bernama Tajol Rosli (Datuk Seri), sudah membuat tawaran untuk membeli telor yang belum pun bertunas dalam perut ayam. Baru riuh sekampung, Tajol sudah bermimpi di siang hari akan membeli telor yang hendak dikeluarkan dari buntut ayam. Dan yang dimimpinya bukan sekadar telor ayam biasa, tapi telor emas. Rupa-rupanya yang keluar hanyalah tahi ayam.Yang pasti ketawa besar ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Turut ketawa ialah anak-anak muridnya yang paling ramai di Kelantan, termasuk anak murid kesayangannya Husam Musa.Siapa sangka Nik Aziz sudah hilang bisanya. Episod muzakarah alias muqabalah ini membuktikan bahawa Nik Aziz adalah seorang ahli politik yang berbisa, walaupun kadang kala kenyataan politiknya dimomok dan diketawakan. Jika dia hanya sekadar seorang tuan guru agama, tidak mungkin Nik Aziz masih jadi Menteri Besar Kelantan sejak 18 tahun lalu. Nik Aziz adalah Tuan Guru Politik bukan sekadar Tuan Guru Agama.Kita tunggu sajalah Muktamar Agung Pas pada 15 Ogos ini. Siapa pemimpin Pas yang akan dijulang namanya sebagai ayam jaguh, dan siapa yang akan dibaling dengan tahi ayam.Ketika ini bolehlah kita mengandaikan bahawa Nik Aziz masih sangat berpengaruh walaupun ramai yang menganggap beliau sudah berada di hujung karier politiknya pada usia 77 tahun dan sering kali masuk hospital.Selagi Nik Aziz masih ada, Presiden Pas Haji Hadi Awang dan timbalannya Nasaruddin mahu tidak mahu terpaksalah merujuk kepadanya apa jua perkara yang melibatkan soal dasar dan menyentuh masa depan parti itu.Namun kepada orang-orang Melayu yang sangat berharap muzakarah UMNO-Pas berjalan, peluang masih ada. Berdoalah supaya masih ada pemimpin di kedua-dua pihak yang tidak hilang kebijaksanaan. Jika tidak hari ini, sebulan atau setahun dua lagi mungkin keadaan akan memaksa mereka untuk kembali ke meja pertemuan dan berunding.Dalam suasana politik yang terus tidak menentu sekarang, percayalah bahawa UMNO dan Pas akan menanggung kerugian jika terus bermusuhan. Yang bertepuk tangan ialah parti-parti bukan Melayu, tidak kiralah sama ada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Mereka bertepuk tangan kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menolak Dasar Ekonomi Baru dan menjunjung politik pelbagai kaum. Dalam kesempatan ini, bukan Islam juga turut mempersoal kedudukan Islam dan umat Islam di negara ini.Lihatlah siapa yang berada di keliling Anwar dalam PKR sekarang? Siapa yang paling lantang bersuara dan senada dengan Anwar. Jika ada suara Melayu hanyalah Azmin Ali. Dulu Ezam Mohd Noor bersuara lebih lantang daripada Azmin mempertahankan Anwar, tapi kepercayaannya sudah lenyap sama sekali. Malah Ezam sekarang adalah penentang nombor satu Anwar.Ada orang berkata Ezam keluar dan menentang Anwar kerana beliau tidak lagi mendapat tempat dalam PKR. Lain pula kata Ezam. Menurutnya, ada sebab yang lebih besar dan setakat ini beliau masih keberatan untuk mendedahkan `rahsia' berkenaan kerana akan melukakan hati keluarga Anwar. Barangkali suatu hari nanti Ezam akan terpaksa juga mendedahkan `rahsia Anwar' itu jika ia melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Ezam tidak mempunyai pilihan berasaskan kepentingan itu, dengan syarat ia mestilah satu kebenaran dan bukannya mainan politik sahaja.Buat ketika ini Anwar telah menjual prinsipnya semasa dalam UMNO dulu kepada bukan Melayu. Beliau berbuat demikian semata-mata kerana mahukan sokongan mereka untuk mencapai impian menjadi Perdana Menteri Malaysia yang tidak kunjung padam. Untuk itu, Anwar kelihatan sanggup mengubah apa jua pendiriannya, sekalipun suatu masa dulu beliau bercakap seolah-olah prinsip itu akan dipertahankan ke titisan darah terakhir.Pas dalam jangka panjang hanyalah penumpang sementara dalam bot Pakatan Rakyat. Dalam muafakat longgar ini, Anwar, PKR dan DAP yang memperoleh lebih banyak keuntungan berbanding Pas. Siang-siang lagi Pas sudah mengorbankan prinsip negara Islam, hudud dan qisas dan menerima falsafah negara kebajikan.Anehnya Nik Aziz tidak pula mempersoalkan muafakat Pas dengan Anwar, PKR dan DAP. Peduli apa jika Pas boleh terus memerintah Kelantan dan Nik Aziz terus menjadi Menteri Besarnya. Kedudukan Pas dan kedudukannya bertambah kukuh di Kelantan kerana suasana kucar-kacir di seluruh negara yang ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat.Maka sebab itulah Nik Aziz menentang muzakarah UMNO-Pas walaupun tujuannya adalah untuk kepentingan nasional orang Melayu dan umat Islam. Bagi Nik Aziz, sebarang langkah politik yang Pas ambil mestilah tidak menjejaskan kedudukan Pas, kedudukannya dan pengikut-pengikut setianya di Kelantan. - malaysiaaktif.com

Monday, August 4, 2008
Rafidah undur Jun 2009 Serah jawatan Ketua Wanita kepada Shahrizat elak perpecahan
Utusan Malaysia4 Ogos 2008
Oleh NIZAM YATIM dan HASNURUL MOHAMED
PENGGANTI SAYA... Rafidah Aziz mengangkat tangan bakal pengganti beliau, Shahrizat Abdul Jalil selepas Majlis Wanita Bersama Pemimpin di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR – Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengumumkan akan melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO selewat-lewatnya Jun tahun depan.
Sehubungan itu, Rafidah berharap tiada pertandingan untuk kedua-dua jawatan tertinggi pergerakan itu pada pemilihan Disember ini bagi membolehkan beliau menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Pilihan ini akan mengelakkan perpecahan, memastikan terdapat perubahan kepimpinan dan parti tidak dibelenggu dengan soal calon dan mencalon pemimpin,” katanya.
Beliau membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Wanita Bersama Pemimpin anjuran pergerakan itu yang dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dan Shahrizat.
Ucapan Rafidah itu menyebabkan Dewan Tun Hussein Onn yang dipenuhi kira-kira 800 pemimpin pergerakan wanita dari seluruh negara senyap-sunyi kerana masing-masing tidak menyangka beliau akan membuat kenyataan itu.
Rafidah memegang jawatan Ketua Wanita sejak 1984 setelah mengalahkan Tan Sri Zaleha Ismail tetapi gagal mempertahankan jawatan itu pada 1996 selepas tewas kepada Naib Ketuanya, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.
Bagaimanapun, beliau kembali memegang jawatan itu pada 2000 setelah merampasnya daripada Siti Zaharah.
Rafidah memberitahu, beliau telah memikirkan isu peralihan kepimpinan dalam Wanita UMNO dan kecenderungannya adalah untuk memastikan pergerakan yang menjadi ‘tulang belakang’ UMNO itu diketuai oleh individu yang lebih muda.
“Saya akan mencapai usia 65 tahun tidak lama lagi (pada 4 November 2008). Walaupun saya masih kuat dan aktif dalam semua erti kata, saya lebih cenderung pergerakan ini diketuai oleh wanita yang lebih muda,” ujarnya.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, sebelum ini beliau mempunyai dua pilihan.
Pertama, tidak bertanding dalam pemilihan yang boleh mengakibatkan berlaku pertandingan untuk dua jawatan iaitu Ketua dan Naib Ketua.
“Pertandingan itu kelak pasti sengit dan akan berlaku perkara yang melemahkan pergerakan termasuk fitnah-memfitnah, berpuak-puak dan perpaduan akan tercabar,” ujarnya.
Pilihan kedua pula, katanya, ialah memastikan tiada pertandingan untuk kedua-dua jawatan tertinggi itu.
Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu yang telah bersama UMNO sejak 42 tahun lalu percaya kekuatan Wanita UMNO menyumbang kepada kekukuhan parti dan kerajaan.
“Jangan pula ada orang bertanya betulkah Rafidah nak lepaskan jawatan pada pertengahan 2009? Boleh percayakah? Saya ialah orang yang kata dikotakan. Saya tak pandai bermuka-muka.
“Saya tidak hendak Wanita UMNO berpecah-belah. Saya tiada benda nak diserahkan. Jawatan saya ketua sahaja. Saya hendak serah cepat (jawatan) supaya proses pemulihan cepat berlaku,” katanya.
Pada sidang akhbar selepas itu, Rafidah memberitahu, keputusannya untuk melepaskan jawatan kepada Shahrizat, 55, selewat-lewat pertengahan 2009 dibuat ketika beliau bercuti sakit kerana menjalani pembedahan lututnya dua minggu lalu.
“Ini adalah keputusan saya sendiri... Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun saya tidak beritahu, cuma saya ada maklumkan kepada Datuk Seri Shahrizat mengenai hasrat ini dan ia adalah muktamad.
“Ini bukan soal hendak sayang sesiapa, sebaliknya ia adalah langkah paling praktikal bagi memberikan masa kepada Shahrizat untuk mengukuhkan Wanita UMNO,’’ jelasnya.
Ditanya apakah tindakannya jika terdapat pihak yang masih ingin mencabarnya pada pemilihan Disember ini, Rafidah menjawab: “Saya tidak akan bertanding kerana tidak mahu perpecahan berlaku.”

Subscribe to:
Posts (Atom)