Tuesday, June 3, 2008

Buat apa wartawan ejek Zaid

Bashir Ahmad2 Jun 2008
DATUK Zaid Ibrahim, salah seorang menteri kabinet baru Pak Lah yang menerima banyak publisiti, terus mendapat perhatian media.
Kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang penuh kontroversi ini mendapat liputan semua akhbar utama dalam semua bahasa kerana apa yang dicakapnya kepada kira-kira 300 orang wartawan dan penulis mengenai kebebasan media di National Press Club, Kuala Lumpur semalam.
Apa yang dicakapnya, dipeturunkan dalam bentuk berita seperti berikut. Disebabkan ruangan yang terhad, kita ambil dua tiga perenggan berita daripada beberapa akhbar utama.
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 1 Jun - Desakan pengamal media supaya undang-undang yang mengawal mereka dimansuhkan boleh menyebabkan negara berada dalam anarki apabila semua pihak boleh melaporkan apa sahaja sehingga menimbulkan kekacauan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim berkata, situasi seperti itu boleh berlaku kerana syor supaya dihapuskan undang-undang berkenaan sehingga kini tidak disertakan dengan cadangan supaya diwujudkan mekanisme alternatif bagi memantau pihak media.
Beliau berkata, permintaan supaya dihapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta Akta Rahsia Rasmi itu juga tidak mendapat perhatian kerajaan berikutan ia hanya dibuat wartawan dan bukannya pengarang-pengarang kanan syarikat media.
The Star
KUALA LUMPUR: Media practitioners should unite and put forward again their proposals for reforms and more press freedom, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim.
Speaking at the National Press Club, the de facto law minister said just because the press had engaged the Government 10 years ago to push for media freedom, “it doesn’t mean you must stop there.”
“Try again. After all it’s part of the changing process,” he told a gathering of journalists, writers, bloggers and civil society yesterday.
theSun
KUALA LUMPUR: The media fraternity has been told to stop blaming repressive laws and commited to their profession by reporting factuality and objectivity.
In making the call, Minister In The Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim said such profesionalism cannot be legislated.
``Tell the public the truth with no spinning. It seems to me that there are so many different shades of the truth in our media with political agendas,’’ he said at a dialogue on press freedom at the National Press Club yesterday.
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencabar pengamal media di negara ini supaya bersatu dan seterusnya mengemukakan cadangan berhubung tuntutan mereka bagi kebebasan akhbar yang lebih baik. Zaid mencadangkan supaya golongan seperti editor dan wartawan kanan dan pihak lain yang berkaitan sama-sama mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan menteri berkenaan bagi mengganti, meminda atau menyemak semula undang-undang sedia ada yang dianggap media sebagai menyekat kebebasan. Berucap pada majlis dialog di Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini hari ini, Zaid berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi komited untuk mewujudkan lebih banyak ketelusan, memerangi rasuah dan perubahan dalam sistem dan dalam konteks ini akhbar yang lebih bertanggungjawab dan bebas adalah perlu.
Dua harian Cina, Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau melaporkan sedikit berbeza daripada akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris. Tajuk dan kandungan perenggan pertama berita kedua-dua akhbar itu hampir sama iaitu mengenai `Zaid diejek wartawan.’
Memang itulah yang telah berlaku. Wartawan-wartawan dan penulis yang hadir menyangkakan Zaid akan bersimpati dengan tuntutan mereka supaya diberikan lebih kebebasan.
Kebebasan yang diminta termasuklah penghapusan Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.
Para wartawan dan penulis itu menyangka Zaid akan menyebelahai mereka. Zaid dilihat begitu kerana beliau telah memainkan peranan yang besar dalam memberikan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah dan memulihkan integriti badan kehakiman dalam masa yang singkat selepas secara tidak disangka dilantik menjadi menteri.
Lagi pun Zaid juga sering mengeluarkan kenyataan yang menyongsang arus. Ternyata sangkaan mereka silap kerana Zaid sekarang lebih menyedari betapa perlunya setiap menteri bercakap senada dengan Perdana Menteri. Beliau sekarang lebih arif berbanding dirinya sebelum bergelar menteri dan ketika baru-baru memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Wartawan-wartawan itu tidak dapat menghidu perubahan Zaid. Mereka terkejut apabila Zaid tidak menyokong kehendak mereka, lalu megejek Zaid.
Bukankah Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Persidangan Media Asia baru-baru ini telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan kebebasan bersuara yang mutlak? Kalau Zaid masih mahu menyuarakan pandangan perbezaan yang berbeza daripada Perdana Menteri, ertinya beliau bersedia untuk tidak lagi mendapat kepercayaan Pak Lah.
Wartawan-wartawan itu barangkali tidak memahami bahawa Zaid baru sahaja menerima asakan dari dalaman UMNO berhubung beberapa kenyataannya kebelakangan ini, sehingga ada yang menuntut supaya beliau disingkirkan daripada jawatan menteri. Tapi Pak Lah secara terbuka mempertahankan Zaid. Hanya orang yang kurang tajam fikiran sahaja tidak boleh membaca isyarat yang sangat jelas itu.
Kepada wartawan-wartawan yang menuntut kebebasan bersuara itu, anda masih boleh memilih satu jalan mudah untuk mendapat kebebasan menulis yang lebih bebas daripada apa yang anda nikmati di tempat-tempat kerja anda sekarang.
Buka laman blog sendiri dan tulislah apa sahaja yang anda kehendaki. Jika pada waktu siang anda menulis untuk majikan anda, malam adalah waktu yang terbaik untuk mencatat apa jua buah fikiran dan pandangan dalam blog anda sendiri. Di laman ini anda adalah penulis, pengarang dan majikan. Tiada siapa yang akan menyekat kebebasan anda selagi anda tidak berbohong, memfitnah dan menimbulkan kekacauan.
Buat apa mengejek-ejek Zaid. Anda tidak bebas kerana anda terpaksa mengikut arahan majikan dan bos anda. Zaid juga mempunyai bos dan majikan seperti anda. Tiada bezanya antara anda dan Zaid. – Malaysiaaktif.com

No comments: