Thursday, April 16, 2009

Exora: Proton kena buktikan keupayaan

CUBIT-CUBIT16 April 2009Proton lancarkan MPV pertamanya, Exora. Pelbagai komen kedengaran. Tentulah lebih banyak yang negatif daripada yang positif.Harapan Si Keldai kepada Proton, jadikanlah komen-komen negatif ini sebagai cabaran. Sebilangan yang menulis komen buruk dalam dunia siber adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebagai pemilik kereta buatan Proton.Sebahagian daripada masalah Proton ialah kerana terlalu bergantung kepada kerajaan. Sudah sampai masanya pergantungan ini dilepaskan sedikit demi sedikit.Proton juga berimej buruk kerana beberapa peralatannya tidak memenuhi tahap kualiti yang pengguna harapkan. Dulu, alasan Proton ialah peralatan berkenaan dibuat oleh `vendor' yang kerajaan tetapkan. Jika begitu kenalah Proton bertegas dengan vendor-vendor berkenaan.Dalam pasaran yang persaingannya cukup sengit, Proton kena menawarkan produk yang terbaik. Juga tidak boleh diharapkan untuk selamanya bergantung kepada pasaran tempatan. Dasar perlindungan yang kerajaan berikan adalah baik untuk Proton pada peringkat permulaan, tapi jika berpanjangan berkemungkinan ia akan melemahkan Proton itu sendiri kerana gagal membina keupayaan dan semangat untuk bersaing secara bebas di atas kaki sendiri.SI KELDAI malaysiaaktif.com

No comments: