Friday, February 29, 2008

Media Hanya Pro Kerajaan Ke..Pembangkang Camna..

Murai dah lama lama dengar cite dakwaan Kerajaaan nak bagi pembangkang peluang di media.. tapi tidak ada nyata tentang kenyataan tu..mungkin sekadar cakap-cakap kosong atau janji manis menjelang pilihan raya.. Sekiranya Kerajaan benar-benar ikhlas dan berfikiran terbuka.. bagilah pembangkang berkempen di media milik Kerajaan.

Bila ditanya, ramai berpendapat orang sekarang bukan seperti orang dulu yang boleh dibuat sugar coating agenda Kerajaan..mungkin di negara lain pilhan raya lebih adil..calon bertanding dibenarkan berkempen di media Kerajaan.

Ari ni, Murai baca plak dalam Utusan Malaysia 29 Februari 2008 yang menyiarkan pembangkang tidak sepatutnya merungut kerana mereka diberikan ruang yang agak luas dalam media arus perdana dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 kali ini. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, dakwaan kononnya berita yang disiarkan hanya dari pihak kerajaan adalah dakwaan kosong.

Beliau menambah, media melakukan kerja yang sangat adil dalam membuat liputan berita pihak kerajaan dan pembangkang. "Adakalanya, publisiti kepada pembangkang agak terlalu banyak tetapi kita (kerajaan) tidak pula mengadu atau mengeluh," katanya.

Ok..camnilah anda rakyat sebagai pembaca audien media Malaysia nilailah sejauh mana kebenaran pandangan anda dan bandingkanlah dengan laporan media sepanjang pilihan raya ini.. Anda tentukan sendiri..

No comments: