Friday, February 29, 2008

Media Hanya Pro Kerajaan Ke..Pembangkang Camna..

Murai dah lama lama dengar cite dakwaan Kerajaaan nak bagi pembangkang peluang di media.. tapi tidak ada nyata tentang kenyataan tu..mungkin sekadar cakap-cakap kosong atau janji manis menjelang pilihan raya.. Sekiranya Kerajaan benar-benar ikhlas dan berfikiran terbuka.. bagilah pembangkang berkempen di media milik Kerajaan.

Bila ditanya, ramai berpendapat orang sekarang bukan seperti orang dulu yang boleh dibuat sugar coating agenda Kerajaan..mungkin di negara lain pilhan raya lebih adil..calon bertanding dibenarkan berkempen di media Kerajaan.

Ari ni, Murai baca plak dalam Utusan Malaysia 29 Februari 2008 yang menyiarkan pembangkang tidak sepatutnya merungut kerana mereka diberikan ruang yang agak luas dalam media arus perdana dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 kali ini. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, dakwaan kononnya berita yang disiarkan hanya dari pihak kerajaan adalah dakwaan kosong.

Beliau menambah, media melakukan kerja yang sangat adil dalam membuat liputan berita pihak kerajaan dan pembangkang. "Adakalanya, publisiti kepada pembangkang agak terlalu banyak tetapi kita (kerajaan) tidak pula mengadu atau mengeluh," katanya.

Ok..camnilah anda rakyat sebagai pembaca audien media Malaysia nilailah sejauh mana kebenaran pandangan anda dan bandingkanlah dengan laporan media sepanjang pilihan raya ini.. Anda tentukan sendiri..

Thursday, February 28, 2008

Bes Tak Malaysia Ni..

Dari apa yang Murai baca, Malaysia ni kan adalah salah satu negara di rantau ni yang cemerlang pertumbuhan ekonominya...Untuk sampai ke tahap ni bukanlah satu tugasan yang senang. Generasi sekarang.. menikmati hasil perjuangan orang dulu..yang mereka sendiri pun tak dapat rasa

Murai nak pesanlah... janganlah generasi sekarang..tidak berfikir panjang.. Apakah mungkin kita nikmati keamanan kemakmuran kekayaan negara tanpa pemimpin yang mementingkan rakyat dengan mengagihkan kekayaan dengan sama rata... Yang memastikan negara dalam keadaan aman bagi aktiviti ekonomi dapat dijalankan..

Walaupun Murai selalu dengar orang kata dia miskin tapi bila tanya..makan tetap cukup ada rumah ada keje.. apa lagi nak.. Bukankan ini melambangkan tidak ada kemiskinan tegar di Malaysia..Tidak ada negara yang memberi begitu banyak subsidi pada rakyat seperti Malaysia.. dan carilah negara di dunia ni negara yang harga barang yang tidak naik-naik..

Murai nak bagi taulah orang Malaysia tak kiralah..orang Melayu, Cina,India dan lain-lain ..walau di mana anda berada buatlah pembandingan yang adil tentang negara ini dengan negara lain.. jangan cepat terpengaruh dengan kesenangan negara lain..jangan lupa pada jasa negara ini pada anda....

Wednesday, February 27, 2008

Media Asing Pun Minat Dengan Pilihan Raya Umum Kita

Puas terbang di laman web, Murai hinggap di laman web media asing yang memperkatakan tentang pilihan raya Malaysia yang bakal berlangsung. Pelbagai perspektif dari pandangan media asing dikemukan tentang amalan pilihan raya di Malaysia.
Tidak ketingalan juga media asing ini memperlihatkan rasional pilihanraya diadakan awal dari tempoh matang. Kemajuan Malaysia juga dibandingkan dengan negara jiran...Tokoh politik kita pun ada.. Macam-macamlah pandangan dari kaca mata mereka.. entahlah betul ke tak tapi itulah diperkatakan oleh mereka tentang Malaysia dan amalan demokrasi..

Rasanya akan banyak lagi berita sensasi mengenai Malaysia nanti oleh media asing ini.. Tunggu dan lihat..

Tuesday, February 26, 2008

Sapelah Pilihan Orang Rembau..

Sapelah tak kenal KJ. Pernah dilabel oleh media asing di rantau ini sebagai the powerful handsome 28 years old beberapa tahun dulu. Sebagai menantu PM, KJ juga berada dalam keadaan tidak selesa pergerakannya sering diperhatikan..dek keaktifan dia dalam politik dan sukan.

Tak salah dan tak juga betul. dakwaan atau kebenaran.. kalau KJ betul seperti yang didakwa..maka tunggulah ..kalau tak betul pun tunggulah .sampai masa kebenaran akan muncul gak.. gi lah lawat http://antikhairy.blogspot.com/ macam-macam cite pasal KJ.

Katanya KJ dalam laporan BERNAMA mendakwa lawannya Badrul Hisham Shaharin atau Chegubad tidak ikhlas untuk memperjuangkan hak rakyat. KJ melihat lawannya hanya berminat untuk mencari populariti sahaja...

Sudah tentulah dakwaan ini tidak disenangi oleh lawannya..Beliau membidas dengan menyatakan amalan demokrasi ialah medan untuk memperjuangkan hak rakyat..

Apa-apa pandangan kedua-dua calon Rembau ni kita lihatlah sapelah pilihan orang Rembau pada 8 Mac nanti.. Rembau mempunyai 62,896 pengundi ( 68.9% pengundi Melayu, 15.2% Cina, 15.8 India dan lain-lain 0.07 % termasuklah 894 pengundi pos).

Monday, February 25, 2008

Elok Benarlah Tu..


Utusan Malaysia 25 Februari melaporkan penyokong Azalina berkempen bagi dapatkan jodohnya plak pas dia menang tanpa bertanding. Macam-macamlah komen Murai baca dalam blog pasal isu Azalina ni…

Bagi Murailah, dalam Islam, berkawin tu bina masjid, jadilah baguslah tu nak kawin. Ahli-ahli politik wanita dunia cam Benazir Bhutto, Arroyo, Hillary Rodham Clinton, Helen Elizabeth Clark..Perdana Menteri New Zealand tu pun kawin..

Lagi pun kawin tu fitrah.. Kalau tak mau kawin tu, ada masalah tertentu cam sakit tak pelah. Eloklah sebagai pemimpin dia kawin, elak fitnah... penyokong yang sayangkan pemimpinnya camtulah tolong carikan jodoh.. patut diberi pujian..Kalau nak tambah senarai calon potensi bagi Azalina.. Murai rasa... Abang Mat dalam Malaysiaaktif.com.. pun baik orangnya..bolehlah cuba..

Sunday, February 24, 2008

Penyertaan Wanita Dalam Politik


Murai dengar katanya dalam pilihan raya umum kali ini, memperlihatkan penyertaan calon wanita dari pelbagai lapisan umur dari semuda 28 tahun hingga 83 tahun. Ini adalah satu perkembangan yang amat menarik dalam politik Malaysia. Calon baru dan calon senior diberi peluang untuk dipilih oleh pengundi bagi mewakili suara mereka. Calon yang menang buktikan kesungguhan bekerja untuk rakyat. Sesungguhnya rakyat ingin yang terbaik untuk mereka dan kawasan mereka.

Saturday, February 23, 2008

Bahagia Yang Tak Bahagia..




Alahai apa sudah jadi. Dengar cite, ada seorang tu beristeri dua, seorang tu islam dan seorang lagi bukan islam. Yang islam tu ternyata islam sangat.. berpurdah memakai hijab, yang bukan islam ternyata masih dengan agama asalnya.tidak islam lagi..apa nak jadi apakah ada kedamaian dan keberkatan dalam rumah tangga seperti ini..entahlah tak faham.. ini memungkinkan bahagia yang dicari tapi bencana yang datang.. sanggupkah anda berada dalam kepimpinan yang tak nyata dan lagi tak jelas hala tujunya...

Jom kita ke Turki, katanya di Turki, selepas perlembagaan meluluskan undang-undang memakai tudung bagi pelajar universiti, kelihatan wujud dua golongan wanita yang memakai tudung dan tidak memakai mengunjungi restoren dan tempat-tempat mewah yang sebelum ini tidak dikunjungi oleh wanita bertudung. Ada juga yang mendakwa di Turki, pemakai tudung adalah sinonim dengan golongan petani yang miskin di pendalaman yang mengamalkan ajaran Islam bagi mendapatkan simpati orang ramai. Ye lah dari sekular nak bertukar ke cara islam..susahlah nak diterima oleh masyarakat ..perubahan semacam itu..macam-macam yang negatif

Kalau di negara semacam itu pun sukar diterima, apatah lagi dengan keadaan di negara yang memang sedia ada bermasyarakat majmuk..walau pun sudah biasa dengan berbilang bangsa.. tapi perkahwinan adalah isu sensitif.. ikatan murni seumur hidup.. Terfikirkah anda apa hukumnya seorang lelaki beristeri dua seorang islam dan seorang bukan islam, sudah nyata lagi jelas .. tidak mungkin ada keharmonian langsung. Apa agaknya agama suami kedua-dua wanita ini..