Saturday, February 23, 2008

Bahagia Yang Tak Bahagia..




Alahai apa sudah jadi. Dengar cite, ada seorang tu beristeri dua, seorang tu islam dan seorang lagi bukan islam. Yang islam tu ternyata islam sangat.. berpurdah memakai hijab, yang bukan islam ternyata masih dengan agama asalnya.tidak islam lagi..apa nak jadi apakah ada kedamaian dan keberkatan dalam rumah tangga seperti ini..entahlah tak faham.. ini memungkinkan bahagia yang dicari tapi bencana yang datang.. sanggupkah anda berada dalam kepimpinan yang tak nyata dan lagi tak jelas hala tujunya...

Jom kita ke Turki, katanya di Turki, selepas perlembagaan meluluskan undang-undang memakai tudung bagi pelajar universiti, kelihatan wujud dua golongan wanita yang memakai tudung dan tidak memakai mengunjungi restoren dan tempat-tempat mewah yang sebelum ini tidak dikunjungi oleh wanita bertudung. Ada juga yang mendakwa di Turki, pemakai tudung adalah sinonim dengan golongan petani yang miskin di pendalaman yang mengamalkan ajaran Islam bagi mendapatkan simpati orang ramai. Ye lah dari sekular nak bertukar ke cara islam..susahlah nak diterima oleh masyarakat ..perubahan semacam itu..macam-macam yang negatif

Kalau di negara semacam itu pun sukar diterima, apatah lagi dengan keadaan di negara yang memang sedia ada bermasyarakat majmuk..walau pun sudah biasa dengan berbilang bangsa.. tapi perkahwinan adalah isu sensitif.. ikatan murni seumur hidup.. Terfikirkah anda apa hukumnya seorang lelaki beristeri dua seorang islam dan seorang bukan islam, sudah nyata lagi jelas .. tidak mungkin ada keharmonian langsung. Apa agaknya agama suami kedua-dua wanita ini..

No comments: