Tuesday, April 14, 2009

Malaysia juga boleh jadi macam Thailand

BASHIR AHMAD14 April 2009
LIHAT apa yang berlaku di Thailand sekarang. Jika anda fikir ia tidak baik untuk negara itu, fikirkanlah kemungkinan ia juga boleh berlaku di Malaysia.Bunga-bunganya sudah ada. Demokrasi disalahgunakan. Caci mencaci dan fitnah yang tidak berkesudahan antara parti-parti politik yang kononnya mahu menegakkan demokrasi, kebebasan dan integriti. Kebebasan bersuara dituntut dan dijunjung sehingga keaiban dan maruah orang lain tertolak masuk ke dalam longkang. Tidak cukup dengan apa yang diputuskan oleh pilihan raya, jalan pintas untuk berkuasa dicari. Lompat melompat parti menjadi alternatif demokrasi. Akibatnya perasaan dendam menebal. Kutuk mengutuk menambah geram.Protes jalanan juga sudah dijadikan budaya politik untuk menghakiskan keyakinan rakyat terhadap lawan yang memerintah. Kononnya tidak salah dan tidak bercanggah dengan demokrasi. Ia semakin digunakan sebagai senjata demokrasi untuk menjatuhkan lawan. Andainya lawan itu jatuh, tidakkah ia juga akan menggunakan cara yang sama untuk bertindak? Dan tentunya akan dilakukan dengan tahap yang lebih dahsyat.Di Thailand, Thaksin Shinawatra dulu jatuh kerana demonstrasi. Sekarang penyokong-penyokongnya melancarkan demonstrasi yang lebih hebat untuk menumbangkan musuh-musuh politik Thaksin.Apa jaminan senario yang sama tidak akan berlaku di Malaysia kelak? Undi tidak percaya juga berbibit. Mereka yang berkuasa yang sentiasa menoleh kiri, kanan dan belakang untuk melihat kalau-kalau ada cubaan untuk menjatuhkannya melalui undi tidak percaya. Dan ia sedang berlaku di Terengganu sekarang.Jika rakyat Malaysia cintakan keamanan, kedamaian dan ketenteraman, mereka patut bimbang. Thailand terletak hanya di sebelah rumah sahaja. Di Kelantan sudah berlaku rusuhan hanya kerana bola sepak. Perusuh-perusuh di Kelantan memakai baju merah, sama dengan baju perusuh-perusuh di Thailand. Jika kerana bola orang Kelantan boleh merusuh, tidakkah kuasa politik merupakan pertaruhan yang lebih besar?Demonstrasi jalanan, rusuhan, benci membenci, kutuk mengutuk, api mengapi...segalanya adalah ramuan mujarab untuk mencetuskan seperti apa yang berlaku di Thailand.Tidak boleh dibayangkan jika pada pilihan raya umum di Malaysia akan datang, parti yang menang hanya memperoleh majoriti yang tipis. Pasti bertambah ligat usaha mencuri ahli-ahli parti lawan untuk menubuhkan kerajaan. Sudah pastilah parti yang gagal menubuhkan kerajaan akan berdendam. Cara paling mudah untuk melepaskan geram dan kemarahan ialah dengan mengerahkan penyokong-penyokong ke jalan raya. Alasannya mudah sahaja. Pilihan raya tidak bersih. Menang dengan cara tidak demokratik. Dan banyak lagi alasan yang boleh diadakan.Demokrasi...demokrasi. Di Malaysia, bunga-bunga anarki yang bertopengkan demokrasi berkembang sejak muncul seorang manusia bernama Anwar Ibrahim ke gelanggang politik. Dan syaitan-syaitan yang suka mengadu-domba bersorak menyambut kehadirannya. - malaysiaaktif.com

No comments: