Thursday, May 28, 2009

Anwar bimbang PKR tewas

Nasir Sukiman27 Mei 2009PENANTI? Encik nak nanti…bukan saya hendak ke Penanti, Pulau Pinang..ada Pilihan Raya Kecil (PRK) . Dialog ringkas ini penulis rakam ketika hendak menaiki pesawat dari KL ke Bayan Lepas, petang Selasa.
Kerani di kaunter pesawat di Lapangan Terbang Subang, sama seperti ramai rakan di KL sama ada tidak tahu, tidak peduli atau tidak pernah dengar berita mengenai PRK di kawasan Dun N.12 Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, 31 Mei depan. Rasanya ramai tidak peduli.
Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana sejak 23 Mei lalu setelah Umno-Barisan Nasional memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di Penanti, akhbar dan stesen televisyen terutama arus perdana meminggirkan berita mengenai PRK itu.
Sambutan dingin dan kegagalan Penanti mencuri tumpuan semakin parah apabila mood pilihan raya langsung tidak dirasakan walaupun jika kita berada di tengah pekan Penanti sekali pun.
Dari Bayan Lepas ke Jambatan Pulau Pinang lantas ke lebuh raya di Seberang Perai menuju Bukit Mertajam tidak kelihatan walau satu pun bendera atau kain rentang menunjukkan ada PRK. Rentak hidup penduduk di ‘Pulau Mutiara’ berjalan seperti biasa.
Di Tanah Liat berdekatan Penanti kesesakan di jalan raya tidak kelihatan langsung. Bolehlah disimpulkan ini pertama kali pilihan raya kecil yang diharapkan Anwar Ibrahim menjadi ‘pukulan’ kepada Umno-BN bertukar menjadi seperti majlis mengusung keranda bagi Parti Keadilan Rakyat dan turut sama Pas dan DAP sekali.
Lebih malang lagi, calon di uar-uarkan Anwar Ibrahim iaitu Dr Mansor Othman, orang kuat Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang pun tidak mendapat tempat langsung di media arus perdana.
Cuma Malaysiakini, Malaysianinsider dan Suara Keadilan online cuba membuat liputan. Tetapi tanyalah rakan ramai tidak berminat membaca tiga portal berita ini apatah lagi Malaysiakini perlu dibayar untuk membacanya.
Jelas Mansor tidak ada daya penarik dan lebih buruk lagi tidak begitu berketerampilan. Begitu juga dua lagi bebas iaitu Nai Khan Ari Nai Keow dan Kamarul Ramizu Idris.
Namun kini jelas nama calon Bebas penentang utama Mansor iaitu Aminah Abdullah semakin bermain di bibir penduduk, pembaca akhbar, penonton tv dan paling penting pengundi di Penanti.
Sebaik saja mengumumkan hasrat bertanding pada awal Mei dan sehingga kelmarin Aminah yang membahasakan dirinya sebagai Kak Min atau lebih dikenali sebagai Mami dari Jelutong sudah muncul di dada-dada akhbar baik di muka dalam mahupun di muka satu The Star dan Sinar Harian.
Kehebatan mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang itu diakui sendiri oleh Anwar yang dikatakan menghantar perwakilan untuk ‘merujuk’ kembali Kak Min dengan tawaran RM80,000 dan jawatan Presiden Majlis Perbandaran Seberang Perai jika beliau menarik diri daripada bertanding menentang Mansor.
Berikutan penampilan Kak Min yang saban hari menghiasi akhbar dan muncul di kaca televisyen itu, Anwar terkial-kial berusaha menggembleng jentera PKR yang hanya mengatur dua atau tiga ceramah di Penanti sejak Ahad lalu.
Anwar dan Mansor kini sedar pengundi sebenarnya bosan dengan permainan politik kotor pemimpin pembangkang itu yang memfitnah Fairus Khairuddin hingga memaksa mantan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu meletak jawatan.
Rupa-rupanya dakwaan Fairus wujud komplot menjatuhkan beliau sememangnya benar dan dalangnya adalah Anwar sendiri.
Bagi Dr Mansor, 31 Mei depan mungkin adalah hari paling malang bagi beliau kerana jika tewas maka ia menandakan betapa beliau ditolak terus oleh pengundi Pulau Pinang tidak kira di mana kawasan DUN beliau bertanding.
Pada satu ceramah perdana malam kelmarin Anwar sendiri mengakui PKR akan mengalami kekalahan mengejut kepada calon Bebas Aminah jika pengundi Penanti tidak keluar membuang undi kerana menganggap parti itu tetap akan menang tanpa mereka memangkah nya pada Ahad depan.
Ada 15,384 pengundi berdaftar di Penanti dengan 72.6 peratus Melayu, 24.2 peratus Cina, 2.4 India dan 0.7 bangsa lain.-malaysiaktif.com

Wednesday, May 27, 2009

Komunisme belum mati di Malaysia

BASHIR AHMAD28 Mei 2009

KEPADA generasi yang pernah melalui zaman pahit ancaman dan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM), keputusan tegas kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membenarkan pemimpinnya Chin Peng pulang amatlah melegakan.

Bagi generasi yang berumur 40 tahun ke bawah, mungkin ramai yang tidak nampak kewajaran keputusan tersebut. Mereka ini tidak melalui zaman darurat dan sudah tentulah sukar memahami kenapa bekas anggota-anggota pasukan keselamatan cukup marah apabila ada pihak yang menganjurkan Chin Peng dibenarkan pulang.

Malah ramai juga yang percaya bahawa zaman komunisme sudah berakhir sejak runtuhnya kesatuan komunis Soviet Union dan pemerintahan komunis di negara-negara Eropah Timur. Kemunduran ekonomi di negara-negara berkenaan berbanding kemajuan di negara-negara demokrasi pasaran bebas memperkukuh keyakinan mereka.

Dalam masa yang sama, sebuah lagi negara gergasi komunis, China telah membuka pintu kepada kapitalisme bagi mengembangkan ekonominya melalui beberapa koridor perniagaan dan industri,

Tapi harus dingat bahawa China masih merupakan sebuah negara komunis dan tidak nampak tanda-tanda ia akan menggantikan sistem politik yang dilontarkan sebagai doktrin ideologi oleh Karl Marx dan Friedrich Engels dan kemudiannya ditegakkan oleh Mao Tze Tung di negara yang mempunyai paling ramai penduduk itu. China masih diperintah oleh sebuah parti komunis.

Andainya China terus mencatat kemajuan ekonomi yang pesat tanpa merubah sistem politiknya, berkemungkinan besar mereka yang yakin bahawa komunisme sudah mati akan terpaksa mengkaji semula kepastian mereka.

Tambahan pula sistem kapitalisme dan pasaran bebas sedang mengalami zaman ujian getir apabila berlaku krisis kewangan global yang bermula dari Amerika Syarikat, negara yang kini dianggap sebagai bapa kapitalisme dan pusat pasaran bebas sedunia.

Jika kita rajin membaca tulisan dalam internet sekarang, cukup mudah untuk menemui bahan-bahan yang menyalahkan sistem kapitalisme yang dikuasai dan diketuai oleh Amerika Syarikat sebagai punca kepada krisis ekonomi sedunia yang sedang berlaku. Secara halus tulisan-tulisan ini mengajak pembaca menimbulkan soalan - apakah sistem alternatif?

Cuba teliti beberapa portal berita yang terkemuka di Malaysia, sudah ada penulis-penulis tempatan yang mempunyai latar belakang sosialis, menyerang kapitalisme dan pasaran bebas dalam tulisan mereka. Salah seorang daripada mereka telah mencipta nama dalam dunia siber Malaysia (walaupun belum setara dengan RPK). Jika Tun Mahathir melontarkan sistem wang dinar emas sebagai jalan penyelsaian kepada sistem yang bergantung kepada wang kertas dollar greenback, penulis-penulis sosialis ini tidak pula menyokong cadangan bekas Perdana Menteri itu.

Sosialisme adalah `bentuk halus' sistem egalitarian atau masyarakat tanpa kelas yang akhirnya diangkat kepada komunisme di bawah pemerintahan satu parti.

Apakah cubaan menyalahkan sistem kapitalisme dan pasaran bebas pacuan Amerika Syarikat ini tidak merupakan gerakan secara halus untuk menonjolkan sosialisme yang akhirnya akan menjadi landasan kepada komunisme?

Apakah juga hanya satu kebetulan adanya suara-suara di Malaysia yang mahu kerajaan membenarkan kepulangan Chin Peng? Betapa sebuah blog yang kononnya dikendalikan oleh bekas komunis Melayu bernama Amin turut memperjuangkan kepulangan Chin Peng. Blog berkenaan baru dibuka pada 19 April 2009. Suara Gerakan Pulau Pinang meminta Chin Peng pulang hanya dikemukakan selepas kelahiran blog tersebut.

Dan kini muncul blog-blog pro pembangkang yang mempertikai keputusan Najib tidak sampai sejam sejam selepas berita TV mengenainya disiarkan.

Para penyokong Chin Peng pula sejak tahun lalu cuba menghalalkan kepulangannya dengan menulis `sejarah baru' kononnya perjuangan PKM dulu adalah perjuangan murni untuk membebaskan negara daripada penjajahan British. Kata mereka, Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan, sama dengan pejuang-pejuang kemerdekaan yang dulu berjuang secara aman.

Dan perkembangan ini berlaku ketika Malaysia berada dalam keadaan politik yang paling tidak stabil. Kebangkitan semula aktivis komunis hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Kesimpulannya, keputusan tidak membenarkan Chin Peng pulang adalah tepat. Lebih tepat jika keputusan ini dimuktamadkan sampai dunia kiamat.

Fahaman komunis belum mati. Ingatlah bahawa kiblat PKM dulu ialah Beijing. Dan Beijing masih merupakan ibu negara sebuah negara komunis yang hanya membenarkan kapitalisme dan pasaran bebas masuk secara terkawal ke koridor-koridor perniagaan dan industrinya. Malaysia perlu berhati-hati. - malaysiaaktif.com

Sunday, May 24, 2009

Masih Terlalu Awal Tentukan Calon Manek Urai - Mustapa

Bernama24 Mei 2009By: Ramjit


KOTA BAHARU, -- Umno Kelantan berpendapat masih terlalu awal untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Jumaat lepas.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata mesyuarat biro politik Umno negeri di sini malam tadi hanya membincangkan situasi politik semasa di Manek Urai."Kita hanya mendengar taklimat mengenai keadaan di Manek Urai dari Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman dan langsung tidak membincangkan soal calon di DUN itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat biro itu di Bagunan Umno Negeri di sini, malam tadi.Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob dari PAS akibat sakit jantung. Ismail dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak April lepas.Pada pilihan raya umum lepas, Ismail menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.Mustapa berkata Umno Kelantan akan membuat keputusan mengenai calon pilihan raya kecil itu selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai DUN itu, Khamis ini."Sebaik mendapat isyarat daripada ibu pejabat barulah Umno Kelantan akan bertindak segera. Jika bertanding, kita akan berjuang habis-habisan di Manek Urai kerana kita yakin peluang BN di sana adalah baik."Pakatan Rakyat akan memutar belitkan apa sahaja yang Umno dan BN lakukan dan kita tidak gentar berdepan sesiapa sahaja," katanya.-- BERNAMA

Thursday, May 21, 2009

Persaingan antara parti Cina dalam BN

Mei 2009
Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia (KVKM) telah meminta parti-parti politik terutama yang berasaskan Cina di negara ini supaya tidak menggunakan isu bekas pemimpin komunis, Chin Peng bagi menarik sokongan masyarakat Cina. Desakan telah dibuat oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan supaya membenarkan pemimpin PKM pulang ke Malaysia sekalipun mahakamah telah memutuskan dia tidak boleh pulang. Alasan yang diberikan oleh Gerakan ialah Chin Peng tidak lagi merupakan ancaman kepada keselamatan negara dan kerana itu pertimbangan dari sudut kemanusiaan harus diberikan kepadanya. Desakan ini tentunya tidak sahaja menyakitkan hati orang Melayu, tetapi orang Cina yang ibubapa atau saudara mara mereka menjadi mangsa dalam menentang keganasan pengganas komunis di negara ini dalam masa lebih 10 tahun darurat berlarutan di negara ini. Dr. Teng tidak sedar dia tidak akan bergelar Datuk sekiranya komunis berkuasa di negara ini. Apakah Dr.Teng tidak melihat mahkamah juga menimbangkan nilai kemanusiaan dalam menolak hasrat Chin Peng untuk kembali ke negara ini? .Apakah bukan kemanusiaan apabila mahakamah bersimpati dengan keluarga yang dibunuh dengan kejamnya oleh gerila-gerila Chin Peng. Lebih tidak berperikemanusiaan lagi apabila Gerakan boleh memejamkan mata terhadap keluarga anggota tentera dan juga rakyat biasa di negara ini yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng sebaliknya lebih menghargai perasaan pembunuh kejam untuk pulang ke tanah air yang pernah dikutuk dan dihinanya. Lebih buruk lagi sikap Gerakan apabila ia membuat desakan ini dalam masa fahaman perkauman sedang marak di negara ini. Gerakan ternyata bukan sahaja tidak faham terhadap sejarah negara ini, malah tidak sensitif kepada suasana politik semasa. Mengikut sejarah Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman tidak takut kepada masyarakat Cina yang ramai tetapi lebih takut kepada Cina Komunis. Maka itu beliau menerima penyertaan Singapura dalam Malaysia dan menyingkirkannya setelah Sinagapura dapat menjamin tidak akan ada lagi kebangkitan komunis Cina di negara itu. Tuntutan Gerakan supaya membenarkan Chin Peng pulang adalah suatu provokasi jahat untuk merosakkan keharmonian hidup antara kaum di negara ini. Reaksi dari Kelab Veteran Komando Malaysia tidak mempunyai tujuan politik tetapi menguntungkan Gerakan dari segi politik untuk menunjukkan ia lebih hebat dalam memperjuangkan isu perkauman Cina.. Semakin banyak pertubuhan Melayu dan masyarakat Melayu membantah desakan itu maka Gerakan percaya ia ia akan menjadi semakin popular di kalangan orang Cina. Jika dilihat kembali sejak selepas pilihan raya 2008 yang memberikan keputusan buruk kepada BN, jelas nampak bahawa parti-parti Cina yang menjadi komponen BN bersaing memainkan isu-isu perkauman yang telah sekian lama dimainkan oleh DAP. Jelas bahawa MCA dan Gerakan telah menjadi Pak Turut dan tidak lagi mempunyai keupayaan fikiran dan fizikal untuk mencari pengaruh di kalangan masyarakat Cina atau isu sendiri. MCA dan Gerakan tidak lagi terlihat memperjuangkan semangat Perikatan atau Barisan Nasional sebaliknya berada dalam semangat DAP. Mereka mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu untuk mencari populariti di kalangan masyarakat Cina. Mereka telah bankrap dengan inisiatif dan idea baru. Sikap parti-parti komponen BN ini tidak memberikan sumbangan ke arah perpaduan dalam BN sebaliknya akan memusnahkan harapan Najib untuk 1 Malaysia. MUNSYI ABDULLAHmalaysiaaktif.com

Monday, May 18, 2009

Adakah BN tidak akan sertai pilihan raya kecil Penanti?

Bernama17 Mei 2009By: Ramjit
-->
Oleh Alan TingKUALA LUMPUR, -- Adakah Barisan Nasional (BN) akan bertanding, atau ia akan memutuskan untuk tidak terbabit dalam pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini?Ia nampaknya menjadi topik perbualan yang hangat diperkatakan di kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen BN semasa mereka menimbangkan pelbagai pilihan sebelum membuat sebarang keputusan muktamad pada mesyuarat Majlis Tertinggi di Putrajaya esok.Kemungkinan BN tidak akan bertanding timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata pilihan raya kecil yang tidak perlu adalah sesuatu yang membuang masa dan wang awam.Penganalisis politik dan sumber dalaman parti melihat kenyataan ini sebagai tanda bahawa kepimpinan tertinggi BN mungkin menimbangkan untuk tidak bertanding kerana ia juga perlu mengambil kira kejerihan orang ramai terhadap perbalahan politik dalam negara.Sejak pilihan raya pada Mac tahun lepas sehingga kini, Malaysia menyaksikan lima pilihan raya kecil."Saya secara peribadi bersetuju dengan langkah untuk tidak bertanding kerana pilihan raya kecil akan hanya melencongkan perhatian dan masa, yang seharusnya ditumpukan kepada perkara yang lebih mendesak seperti isu berkaitan ekonomi."Dengan tidak bertanding, BN dapat mengelak daripada terjerumus dalam perangkap (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, kerana semua tahu bahawa dia memang merancang untuk mengadakan banyak pilihan raya kecil," kata Timbalan Presiden parti Gerakan Datuk Chang Ko Youn.Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan pula berpendapat bahawa BN tidak seharusnya bertanding "kerana kalah atau menang BN tidak akan membawa banyak perbezaan kepada lanskap politik negeri".Beliau berkata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga tidak menjelaskan mengapa Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu Mohamad Fairus Khairuddin, meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang dan kemudiannya mengundur diri sebagai wakil rakyat.Memandangkan Penanti adalah kubu kuat PKR, Teng merasakan bahawa perletakan jawatan Fairuz adalah sebahagian daripada strategi kempen politik oleh PKR bagi meraih lebih banyak perhatian.Bagaimanapun setiausaha agung Gerakan Teng Chang Yeow pula merasakan bahawa soal sama ada BN harus bertanding atau tidak, banyak bergantung kepada sentimen di peringkat kawasan setempat terlebih dahulu.Menurutnya sentimen di peringkat tempatan mungkin "berbeza daripada apa yang disangka"."Ia adalah soal sekiranya tiada peluang untuk menang, mengapa perlu dikerah satu batalion yang cukup besar untuk ke medan perjuangan? Jimat tenaga, menangi hati dan minda rakyat serta tunggu pertempuran berikutnya adalah lebih penting," katanya.Teng berkata sekiranya sentimen tempatan menunjukkan bahawa BN tidak seharusnya mengecewakan penyokongnya pula, ia perlu menyusun semula strategi, namun ia masih tidak perlu mengerah tenaga yang cukup besar untuk membantu pilihan raya kecil itu.Pengerusi Bahagian MCA Permatang Pauh Datuk Ma Kok Ben pula berkata tidak ada salahnya jika BN tidak bertanding pada pilihan raya kecil Penanti, dan ia masih boleh menyalurkan dana yang perlu, terus kepada penduduk di kawasan itu."Sekiranya anda sampaikan peruntukan semasa pilihan raya kecil, orang ramai mungkin mendakwa ia bertujuan membeli undi dan macam-macam lagi," katanya.Penganalisis politik James Wong pula percaya bahawa sekiranya BN memutuskan untuk tidak bertanding, ia masih membawa implikasi yang baik terhadap Najib apabila beliau akan dilihat sebagai lebih arif dan bijak dalam proses membuat keputusan."Sekiranya BN memutuskan untuk tidak bertanding, satu-satunya masalah yang perlu ditanganinya ialah di peringkat akar umbi, terutama membabitkan penyokong yang ingin sangat untuk bertanding apabila ada saja pilihan raya kecil," katanya.Wong berkata Najib akan perlu meyakinkan penyokong BN bahawa keputusan untuk tidak bertanding adalah langkah yang bijak dan terbaik.Beberapa pemimpin BN berkata sekiranya BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini, ia bukanlah kali pertama dalam sejarah bagi BN berbuat demikian.Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu.Pilihan raya itu diadakan selepas Anggota Parlimen Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan pada 13 Januari di Mahkamah Tinggi, di mana selain didenda RM2,000 atau enam bulan penjara, Fan turut dilucut daripada status beliau sebagai Anggota Parlimen.Pilihan raya kecil kemudiannya diadakan namun BN memutuskan untuk tidak bertanding, dan akhirnya pilihan raya kecil tidak diadakan apabila Fan berjaya mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang pilihan raya kecil itu.Biar apa pun keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi BN esok, Umno Pulau Pinang sudah bersedia.Ia sudahpun menghantar senarai kemungkinan calon kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan."Kami akan menerima sebarang keputusan oleh Umno dan kepimpinan BN, tapi Umno Negeri sudah bersedia untuk pilihan raya kecil," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman.-- BERNAMA

Wednesday, May 13, 2009

RPK dihentam rakan-rakan pemblog

CUBIT-CUBIT13 Mei 2009
SEORANG pembaca telah memanggil perhatian Si Keldai kepada beberapa tulisan blog yang mempertikai kewibawaan RPK (Raja Petra Kamaruddin).Mengetuai tulisan mengkritik RPK ialah Ahiruddin Atan atau Rocky, pengasas Bloggers United yang sekarang jadi CEO akhbar Malay Mail dan Presiden Press Club. Komennya berjudul RPK my enemy?Pemblog Big Dog menulis pada 11 Mei 09 dengan tajuk Raja Petra that I know: A friend and cyber anarchistDua hari kemudian Big Dog menghentam RPK sekali lagi dalam tulisannya berjudul Raja Petra the compulsive liarBlog My Anger, It May be Yours Too mengandaikan RPK sudah mengalah dengan tulisannya bertajuk Is RPK offering a surrender? Adat dan resam kehidupan ...jika anda selalu menghentam orang lain, bersedialah untuk kena hentam pula.RPK sekarang sedang bersembunyi entah di mana. Ada yang mengatakan dia berada di luar negara. Dari tempat persembunyian dia terus melontarkan pelbagai tuduhan yang mengocak ketenteraman politik negara. Benar kata Big Dog bahawa RPK adalah anarkis siber (cyber anarchist) atau seorang penulis siber yang tidak memperdulikan undang-undang.Bayangkan betapa besarnya ego seorang anarkis.

Monday, May 11, 2009

Nizar diisytihar sebagai MB Perak yang sah

Bernama11 Mei 2009KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin. ini.Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah -- Nizar atau Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir -- yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik bagi tempoh lebih 100 hari, akhirnya terjawab.Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar."Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?""Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini Menteri Besar boleh disingkirkan," kata Abdul Aziz dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.Pada 13 Feb, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah Menteri Besar Perak yang sah.Nizar, yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas apabila pakatan pembangkang memenangi 31 kerusi pada pilihan raya umum ke-12, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan Menteri Besar.Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.Pemecatan Menteri Besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.Abdul Aziz berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih, dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz, yang merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang ketiga mendengar kes itu, tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar boleh memohon bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri."Peguam Negara berhujah bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti."Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi Menteri Besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada Menteri Besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz.Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.Abdul Aziz berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak dalam pelantikan Menteri Besar, seorang Menteri Besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih, dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara dan Dr Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian.Abdul Aziz berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti."Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan."Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam Dewan (apabila Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.Krisis politik Perak bermula apabila dua anggota Dewan Undangan Negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri tetapi permohonan itu ditolak.Dalam penghakimannya hari ini, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi."Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.Hakim itu turut mempersoalkan kenapa Barisan Nasional, selepas mengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz."Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari. Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.-- BERNAMA

Sunday, May 10, 2009

Talam dua muka Ketua Pengarang The Star

KOPITIAM TALK9 Mei 2009


Apabila BN mengambilalih kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, maka itu adalah merupakan keputusan bersama parti-parti komponen dan setiap parti dengan jentera masing-masing mestilah komited untuk mempertahankannya.

Pandangan Tun Dr.Mahatir bahawa tindakan pengambilalihan itu dibuat secara terburu-buru hanyalah merupakan pandangannya yang melupai hakikat bahawa beliau sendiri telah terburu-buru dalam kemarahannya kepada Abdullah Badawi sehingga meminta orang ramai mengurangkan kerusi BN dalam Parlimen. Cakapnya itu mengakibatkan BN kehilangan beberapa kerajaan negeri dan juga ketidakstabilan kedudukan BN di Parlimen.

Maka itu belum tentu pandangan Mahathir seharusnya diterima sebagai pandangan Barisan Nasional. Yang penting ialah keputusan telah pun dilaksanakan dan tidak wajar bagi mana-mana jentera BN atau orang kuat BN untuk menunjukkan sikap berbelah bagi menerima kerajaan yang ditegakkan menerusi ruang eksploitasi demokrasi.

Maka itu kita sungguh hairan bagaimanakah The Star, sebuah akhbar Inggeris yang paling berpengaruh di negara ini dan merupakan jentera MCA yang paling berkesan, telah mengambil pendirian talam dua muka terhadap kerajaan Perak yang didukung oleh BN.

Sementara dalam media cetaknya The Star tidak menujukkan tentangan yang jelas terhadap kerajaan BN Perak, tetapi dalam blog Ketua Pengarangnya Datuk Seri Wong Chun Wai telah menolak kerajaan ini dan seiring dengan DAP dan Pakatan Rakyat menyuarakan supaya kerajan Perak diserahkan kepada rakyat menentukannya dengan mengadakan pilihan raya semula di negeri itu.

Setelah dipanggil Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat,Wong Chun Wai tidak lagi menunjukan laporan The Star yang terlalu bebas kepada pembangkang, Anwar Ibrahim dan DAP. Tetapi beliau terus menunjukkan pendiriannya kepada mereka dalam blognya ``aku sebenarnya orang bebas''.

Ketua Pengarang akhbar yang didukung oleh parti tidak boleh bebas. Mereka boleh memberikan pendapat yang bertentangan di dalam sesuatu isu, tetapi apabila parti telah membuat pendirian maka pendirian itu mestilah dimajukan atau dipromosikan untuk penerimaan ramai.

Lain halnya dengan Chun Wai oleh kerana hendak menunjukkan pendiriannya yang bebas, maka dalam blognya di samping mengutuk tindakan kacau-bilau dalam Dewan Undangan Negeri Perak kerana perebutan mikrofon sebagai yang terjadi di Taiwan, beliau menyalahkan pembuat dasar di Perak yang menyebabkan peristiwa itu lebih hebat daripada di Taiwan sehingga melibatkan semburan cecair pemedih mata. Kenaapa hanya pembuat dasar disalahkan?

Katanya lagi dalam blognya: ``Saya tidak ingat ingat sama ada polis pernah dipanggil ke dalam DUN sebelum ini tetapi inilah yang terjadi.''

Justeru, katanya, adalah lebih baik sekiranya kedudukan kerajaan Perak diserahkan kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya semula di negeri ini. Apakah ini yang dikehendakki oleh BN atau ini yang dikehendakki oleh MCA?

Inilah sikap bermuka-muka atau talam dua muka Chun Wai. Tulisannmya itu adalah untuk menunjukan kepada golongan pembangkang bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendirian The Star yang tidak lagi mesra dengan pembangkag. Pendirian Wong adalah jelas sejalan dengan pendirian pembangkang yang mahukan supaya kerajaan negeri Perak di bubarkan.

Apakah MCA atau Barisan Nasonal masih mampu untuk mempunyai orang yang mengendalikan jentera penting parti yang tidak komited dan berdedikasi kepada dasar parti? Orang bagini tidak boleh diharapkan untuk membantu parti dalam krisis malah ketika itu dia akan turut menikam dari belakang.

Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib dan juga Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat tidak seharusnya menjadi seperti Pak Lah atau Ong Kah Ting yang mudah percaya kepada orang yang bertalam dua muka. Mereka telah membayar harga yang sangat mahal bagi dosa mereka kepada parti dan rakyat.

Ini adalah masa untuk membersihkan musuh dalam selimut.

Tuesday, May 5, 2009

Penyiaran tulisan Uthayakumar cetuskan banyak soalan

NASIR SUKIMAN5 Mei 2009

APA matlamat dan agenda portal berita Malaysiakini.com dan akhbar Suara Keadilan menyiarkan luahan hati tahanan politik Pusat Tahanan Pencegahan Kamunting, Perak, P. Uthayakumar? Bagaimana rencana `eksklusif' itu berjaya dibawa keluar dari tembok kem Kamunting?Persoalan ini perlukan jawapan memandangkan betapa dahsyatnya pengaruh Uthayakumar dalam menggembleng sejumlah besar penyokongnya yang menganggap diri mereka golongan tertindas walaupun pada hakikatnya lebih 30 peratus peguam dan doktor di negara ini adalah berketurunan India. Malah dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia sekarang terdapat dua keturunan India, tauke Maxis Ananda Krishnan dan tauke AirAsia Tony FernandesTulisan peguam tahanan politik itu berjudul “My 500th day under ISA” penuh dengan pelbagai tuduhan liar terhadap Umno dan kerajaan serta menyalahkan Perdana Menteri Najib Razak kerana menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tuduhan liar itu pasti tidak tepat, sebagaimana dakwaan melulu dan keterlaluan Hindraf dulu yang menyebabkannya diharamkan.Uthayakumar merintih kononnya kebebasannya diragut dan jiwanya meronta-ronta, tetapi dia tabah kerana semangat Makkal Sakhti tetap membara dalam dirinya.Tetapi semua orang tahu punca pemimpin Hindraf ini ditahan mengikut ISA bersama-sama dua lagi tokoh berikutan dua dibebaskan awal April lalu. Tentunya tidak ada sesiapa pun yang hidup di bumi Malaysia ini mahu melihat rusuhan, bantahan ganas atau demonstrasi jalanan mengganggu-gugat ketenteraman dan kesejahteraan di mana saja baik di pekan, bandar apatah lagi di tengah kotaraya Kuala Lumpur seperti di KLCC. Bahkan tuduhan-tuduhan melulu Hindraf juga boleh menyebabkan pegaduhan kaum.Sebenarnya bukan semua tahanan politik bernasib baik dapat menyiarkan pengalaman dalam kem seperti Uthayakumar. Sebelum ini memang ada tali barut yang dapat menyampaikan berita kecil mengenai tahanan politik Hindraf kepada media asing seperti al-Jazeera, tetapi isu ini dapat diatasi.Dalam menghasilkan buku, Syed Husin Ali, timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, ditahan pada 1974 hanya dapat menulis mengenai pengalaman beliau di Kamunting pada 1996. Bukunya Two Faces – Detention Without Trial diulangcetak tiga kali bagi naskhah Inggeris dan dua kali bagi edisi berbahasa Melayu.Tahanan politik zaman Cold Store Said Zahari ditahan di Singapura selama 16 tahun (sejak Februari 1963) menulis buku Meniti Lautan Gelora pada 2003 diikuti dengan buku Dalam Ribuan Mimpi Gelisah pada 2006.Begitu juga Almarhum A Samad Ismail hanya berjaya menulis pengalaman dalam tahanan di Pulau Sekijang Pelepah (Singapura) sekitar 50-an ketika giat berkarya pada 70-an dan 80-an. Buku Tembok Tidak TinggiCuma Said dapat ‘menyeludup’ sejumlah sajak dibukukan sebagai Suara Dari Penjara sekitar awal 1970-an, itu pun untuk sebilangan kecil rakan dan penyokong saja.Berdasarkan gambar-gambar disiarkan Malaysiakini dan Suara Keadilan, jelas bahawa Uthayakumar sihat dan beruntung kerana dibenarkan memelihara jambang, janggut dan nisai yang tebal. Tahukah beliau ada tahanan politik Cold Store yang ketika ditahan berambut lebat, tetapi dalam masa setahun saja di pusat tahanan Singapura telah menjadi botak.Puncanya dia ditahan dalam bilik gelap selama enam bulan berturut-turut dengan seksaan jiwa yang begitu hebat. Sekali sekala tahanan politik ini melihat cahaya matahari itu pun dari celah bawah pintu yang renggang sedikit saja.Bagi Uthayakumar, ada bekas tahanan di kem Kamunting yang bersama beliau mendakwa kehidupannya dalam tahanan tidak menggambarkan dirinya penganut Hindu tetapi seorang atheis. Ini perakui juga oleh empat lagi rakan Hindraf dalam kem Kamunting. Tetapi dalam tulisannya Uthayakumar cuba menjolok sensitiviti agama dengan menuduh pihak kem tahanan telah menydiakan daging ayam yang dimasak dengan daging lembu untuknya. (Bagi orang Hindu haram makan daging lembu). Apapun, jelas Uthayakumar masih terbayang dirinya bebas dan inginkan keistimewaan sebagaimana hidup di luar tembok Kamunting. Beliau mahu dirawat di Hospital Gleneagles sedangkan mengikut peraturan tahanan politik hanya boleh diberikan rawatan di hospital kerajaan.Selain Uthayakumar, M Manoharan, juga penasihat undang-undang Hindraf yang masih ditahan di Kamunting turut menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasannya di Kota Alam Shah.Beliau memenangi kerusi itu sebagai calon DAP pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 walaupun sebenarnya sudah pun berada di kem tahanan sejak awal November 2007. DAP mahu Manoharan dibebaskan bagi melaksanakan khidmatnya sebagai Adun tanpa memperhitungkan hakikat dia adalah tahanan politik. Sepatutnya diadakan peruntukan undang-undang yang melarang tahanan politik bertanding, sebagaimana banduan jenayah. Buat masa ini beban tugas itu dipikul bersama oleh isterinya dengan bantuan beberapa ahli DAP, tetapi apa yang agak menghairankan adalah pengakuan Pushpaneela, elaun RM10,000 sebagai Adun diterimanya hanya ‘mampu meletakkan juadah di atas meja makan saja’.Demi mengelakkan pilihan raya kecil, DAP menyarankan Manoharan dibebaskan saja tetapi bagaimana dengan punca dan sebab membawa kepada penahanan beliau lewat Hindraf? Apakah Malaysiakini.com, Suara Keadilan dan tidak kurang juga Malaysian Insider harus dibenarkan menyiarkan luahan hati penuh dengan hasutan dan dakwaan tidak berasas? Inikah dia kebebasan bersuara yang mereka perjuangkan?Rakyat yang cintakan keamanan, kestabilan dan hidup makmur di tengah-tengah cabaran dan kemelesetan ekonomi sebenarnya tidak mahu melihat demonstrasi jalanan mengancam kesejahteraan kita. Mereka tidak mahu apa yang telah berlaku di Thailand merebak ke negara kita. - malaysiaaktif.com