Monday, July 28, 2008

Drama Anwar ke peringkat antarabangsa

Nasir Sukiman25 Julai 2008
MASIH ingatkah anda skendal di Rumah Putih melibatkan bekas Presiden Bill Clinton dengan Monica Lewinsky? Ingat apa jadi pada sebatang cerut dihisap oleh Clinton yang begitu bijak bermain kata-kata apabila berdepan badan penyiasat yang mahu melucutkan jawatan beliau.Segalanya berakhir dengan presiden Demokrat itu terselamat tetapi sejak itu Clinton dicap sebagai `Bill Kelentong'.Inilah ingatan yang melayang ke benak penulis apabila membaca hampir 32 muka surat tulisan dan paparan di akhbar Keadilan, suara PKR keluaran 23 Julai, yang seolah-olah merupakan keluaran khas berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sampel DNAnya.Semua orang tahu Anwar enggan membenarkan pihak Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA itu tempoh hari.Selain itu turut dipaparkan kisah penahanannya oleh 'polis bertopeng'; kemungkinan beliau bertanding pilihan raya kecil di Kulim dan kononnya penasihat Pakatan Rakyat itu menang debat dengan Datuk Amad Shabery Cheek.Kononnya jika DNA diberikan maka secebis contoh akan dipalit pada tubuh Mohd Saiful Bahri yang menuduh diliwat Anwar. Jika tidak pun kononnya DNA itu akan disapu pada pakaian bekas pembantu berkenaan.Isu ini diheret terus melibatkan cara DNA boleh diperoleh seperti daripada rambut, air mani dan kulit.Memang benar sekali imbas ramai penyokong tegar Anwar terutama wanita akan termakan hujah-hujahnya itu.Pokoknya bekas Timbalan Perdana Menteri itu mahu rakyat amnya sependapat dengannya bahawa sistem pemeriksaan kesihatan hospital kita boleh diragui dengan adanya campur tangan polis.Pendek kata Anwar mahu orang ramai mempercayai bahawa beliau adalah mangsa komplot untuk membunuh karier politiknya ketika beliau `sangat hampir untuk menjadi Perdana Menteri.' Anwar mendakwa sistem perundangan dan kehakiman negara tidak boleh dipercayai lagi berikutan kes video V K Lingam. Beliau melontarkan bayangan bahawa penyiasatan dan pendakwaan terhadapnya pasti akan mendapati beliau bersalah. Sedangkan siasatan polis belum selesai dan lambat untuk diselesaikan kerana beliau enggan memberikan kerjasam sepenuhnya kepada polis untuk melengkapkan siasatan.Ini ditambah pula dengan kecaman beliau terhadap kewibawaan dan kecekapan polis yang dianggap beliau dan penyokongnya bertindak kejam apabila menahannya dekat jalan masuk ke rumahnya di Bukit Segambut. Pada hal polis tidak sedikit pun mengasari beliau kecuali meletakkannya di dalam bilik tahanan bertilamkan simen sejuk. Sudahkah beliau lupa siapa yang menyalahgunakan kuasa untuk memaksa Umi Hafilda menarik balik tuduhan terkandung dalam sebuah buku pada pada sekitar 90-an?Drama Anwar berlarutan lagi apabila beliau pada 22 Julai lalu pergi ke Singapura untuk memberikan taklimat kepada 38 diplomat asing di negara itu mengenai `konspirasi kerajaan Malaysia' untuk menyekatnya daripada kembali ke arena politik.Siapa yang mengatur dan memudahkan pertemuan Anwar di Singapura itu? Adakah ia berlangsung tanpa pengetahuan kerajaan Singapura? Adalah kurang manis pertemuan seumpama itu berlangsung di negara sebelah rumah.Pertemuan berlangsung ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN diadakan di negara republik itu dengan turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleeza Rice.Lantas Rice memanggil sebilangan wartawan ASEAN dan Amerika yang meliputi mesyuarat tersebut untuk memberitahu ``bahawa kami akan sentiasa bercakap mengenai kes hak asasi manusia, kes politik'' apabila ditanya mengenai kenyataan AS tentang kes Anwar.Kelihatan Anwar mulai tidak yakin rakyat Malaysia boleh mempercayai drama yang dipaparkannya berhubung kes aduan liwat Mohd Saiful. Lalu dia memaparkan dramanya kepada masyarakat antarabangsa untuk menjadi pembelanya.Ingin ditanya, untuk apa Anwar menyaman Datuk Syed Abdul Hamid Albar kerana menuduhnya melaporkan kepada Amerika Syarikat tentang kes yang dihadapinya? Pada hal beliau sendiri telah memberikan taklimat kepada 38 diplomat asing di Singapura berhubung kesnya.Terpaksalah pula Syed Hamid memanggil duta-duta asing di Malaysia untuk memberikan penjelasan balas.Kepada rakyat Malaysia, marilah kita memikirkan dengan waras dan sedalam-dalamnya sama ada drama Anwar ini berdasarkan cerita sebenar atau hanya cerita rekaan. Atau cerita sebenar yang digaul dengan cerita rekaan. - malaysiaaktif.com

Sunday, July 27, 2008

Isu Perdana V6: Ahmad Said sekali lagi lawan bos

Bashir Ahmad27 Julai 2008
DATUK Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu bukan atas pilihan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO, tetapi beliau adalah pilihan istana yang tidak mahukan Datuk Seri Idris Jusoh menyambung tugas.Pilihan Pak Lah ialah Idris Jusoh. Akibatnya isu pelantikan MB Terengganu menjadi konflik yang hanya dapat diselesaikan 14 hari selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008. Ahmad Said tidak berganjak dan akhirnya Pak Lah terpaksa bersetuju dengan kehendak istana. Maka apabila meletus kontroversi mengenai pembelian 14 buah kereta Mercedes Benz bagi menggantikan Proton Perdana V6 Excutives yang digunakan oleh Menteri Besar, exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu, sekali lagi Ahmad Said mendapat perhatian besar.Tindakan Ahmad Said meluluskan pembelian Mercedes itu tanpa terlebih dulu mendapat restu Pak Lah, walau dengan apa alasan wajar sekalipun, boleh dilihat sekali lagi sebagai perbuatan `melawan bos.' Ia memperlihatkan kemungkinan belum wujud hubungan yang sihat antara kedua-dua pihak.Sebelum ini Ahmad Said telah menuntut wang royalti minyak dan gas Terengganu dibayar terus kepada kerajaan negeri, bukan melalui tabung wang ihsan. Kerajaan persekutuan akur dengan kehendak Ahmad Said.Kini kita lihatlah sama ada Ahmad Said akan akur kepada ketegasan Pak Lah supaya MB, exco dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu akan kembali menggunakan Proton Perdana atau terus bergaya dengan Mercedes yang telah dibeli.Dilaporkan bahawa beberapa orang exco kerajaan negeri Terengganu telah menggunakan Mercedes baru mereka ketika menghadiri beberapa majlis sekalipun kabinet kerajaan persekutuan telah membuat keputusan melarang mereka menggunakan kereta rasmi selain daripada Proton Perdana.Kononnya mereka akan terus menggunakan Mercedes sehingga ada arahan daripada Ahmad Said yang hanya akan diputuskan dalam mesyuarat exco akan datang.Ahmad Said telah memberikan alasan untuk tidak menggunakan Proton Perdana kerana kos penyenggaraan yang terlampau tinggi. Di samping itu, Ahmad Said juga menyatakan bahawa Mercedes lebih selesa daripada Proton Perdana V6 bagi beliau yang selalu berjalan jauh atas tugas-tugas rasmi.Perihal kos penyengaraan yang tinggi itu tidak dapat dinafikan dan kini menjadi satu isu sampingan yang panas. Proton Holdings Berhad menjelaskan bahawa kos sebenar tidak tinggi. Lalu Badan Pencegah Rasuah (BPR) memulakan siasatan mengenai kenapa kos penyenggaraan Proton Perdana kerajaan negeri Terengganu terlalu tinggi. Kereta-kereta tersebut dibeli bukan pada zaman Ahmad Said, tapi semasa Idris sudah menjadi MB.Agak menarik juga laporan awal mengenai kos penyenggaraan itu menyenaraikan kereta bekas MB Idris Jusoh paling tinggi. Idris telah membantah dan akhirnya Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mengakui angka yang dinyatakan adalah tersilap. Kini Idris sedang mempertimbangkan saman malu.Dalam masa yang sama muncul nama Spanco Sdn Bhd, syarikat yang mendapat kontrak kerajaan pusat untuk menyenggara 1,400 buah Proton Perdana V6 dengan caj RM80 juta setahun. Ahmad Said dilaporkan turut menggesa BPR menyiasat Spanco.Yang lebih menarik, Ahmad Said bukan sahaja meminta BPR menyiasat sesiapa jua yang berkaitan dengan kontroversi penyenggaraan Proton Perdana yang tinggi. Beliau turut menggesa BPR menyiasat projek-projek mewah Piala Monsoon (Monsoon Cup) dan Taman Tamadun Islam di Terengganu.Pak Lah dalam reaksinya berkata, terpulanglah kepada BPR untuk menyiasat jika ada unsur-unsur rasuah.Nampaknya apa yang berlaku ada unsur-unsur permainan politik. Ahmad Said telah menggunakan kesempatan untuk mendedahkan kain kotor di khalayak umum tanpa selindung.Apa tujuannya? ``Saya seorang yang kontroversi. Saya akan dedahkan banyak lagi, tetapi BPR mestilah telus dan siasat kes-kes besar.``Jangan hanya siasat Mad (Ahmad Said) . Siasat Monsoon Cup dan Taman Tamadun Islam,'' kata Ahmad Said kepada media.Apakah Ahmad Said bertindak kerana berdendam, atau ada sesuatu yang belum kena, atau beliau semata-mata mahu menegakkan kebenaran dan keadilan? Ketika ini kelihatan Ahmad Said mempunyai kelebihan kerana serangannya berasas.Andainya kerajaan negeri Terengganu tidak mempedulikan arahan kabinet supaya Proton Perdana V6 terus digunakan, apakah tindakan Pak Lah seterusnya? Negeri-negeri lain sedang melihat perkembangan ini. Jika Pak Lah gagal menangani isu ini dengan baik, kelihatan kepimpinannya terus dicabar dan boleh dicabar. Apakah ia akan mempengaruhi senario pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Disember akan datang? - malaysiaaktif.com

Monday, July 21, 2008

Anwar Berdolak Dalik- Bapa Saiful

Bernama21 Julai 2008KUALA LUMPUR -
Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil sikap "berani kerana benar" sepertimana yang diamalkan oleh anaknya itu apabilamembuat laporan polis bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah meliwatnya.Katanya Anwar sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dakwaan liwat itu dan bukannya memberikan pelbagai alasan dan berdolak-dalik."Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis," katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam Mohd Saiful, Zamri Idrus di sini hari ini.Mengakui sedih dengan apa yang berlaku terhadap Mohd Saiful, 23, Azlan berkata anaknya itu berkali-kali memaklumkan kepada beliau sekeluarga bahawa tindakannya membuat laporan polis itu semata-mata kerana kebenaran.Azlan juga berkata anaknya itu juga sanggup untuk bersumpah di masjid mengikut cara Islam dengan disaksikan para ulama demi untuk menegakkan kebenaran bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar, 61. Beliau berkata langkah mengangkat sumpah itu boleh dibuat bila-bila masa sahaja tetapi sebaiknya biarlah selepas polis selesai membuat siasatan. "Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya.Mohd Saiful pada 28 Jun lepas membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 26 Jun di Kondominium Desa Damansara, di sini.Anwar yang menafikan tuduhan itu telah memfailkan saman terhadap bekas pelajar Universti Tenaga Nasional itu pada 30 Jun lepas. Sementara itu, Zamri berkata bapa Mohd Saiful berpuas hati dengan penyiasatan polis tetapi kecewa dengan tindakan Anwar yang didakwa enggan memberikan kerjasama dengan memberikan pelbagai alasan.Zamri juga berkata beliau telah melihat salinan laporan polis Mohd Saiful terhadap Anwar."Saya tidak tahu mengenai Anwar (yang mendakwa tidak diberikan salinan laporan polis Mohd Saiful terhadapnya). "Polis mungkin mempunyai alasan mereka. (Tetapi) Saya telah melihatnya," kata Zamri.Peguam itu berkata beliau mewakili Mohd Saiful dalam saman sivil yang dikemukakan oleh Anwar terhadap Mohd Saiful."Tujuan Mohd Saiful melantik saya sebagai peguamnya ialah untuk mewakili Mohd Saiful dalam saman sivil. Anda semua tahu yang Datuk Seri Anwar memfailkan saman sivil (terhadap Mohd Saiful)."Saman sivil itu akan diserahkan kepada Mohd Saiful, lambat laun. Jadi, saya mewakilinya dalam saman sivil. Dan juga jika ada perbicaraan jenayah, saya akan bertindak sebagai peguam pemerhati," katanya.

Sunday, July 20, 2008

Kerajaan tidak pernah campur tangan pemilihan berita media, kata Ahmad Shabery

Bernama20 Julai 2008
KUALA LUMPUR -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan tidak pernah campur tangan dalam pemilihan berita media di negara ini khususnya di Radio Televisyen Malaysia (RTM).Beliau berkata media di negara ini bebas memikirkan keutamaan sesuatu berita itu dan pihaknya tidak pernah memberi arahan mengenai berita yang boleh disiarkan dan yang mana tidak."Seboleh-bolehnya kita izinkan pihak media memikirkan apakah yang dimaksudkan nilai berita."Saya sendiri pun tak pernah beri arahan tentang berita apa yang perlu diberi keutamaan, kurang diutamakan dan menyerahkan kepada RTM dan media lain untuk mencari apakah keutamaanya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Debat Antarabangsa Bahasa Mandarin di sini malam ini.Ahmad Shabery mengulas teguran Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Jumaat lepas tentang pengamal media yang memberi liputan keterlaluan mengenai kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun beliau belum lagi dibukti bersalah.Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan beliau dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.Ahmad Shabery berkata isu yang melibatkan Anwar itu pasti mendapat liputan yang lebih meluas jika ia berlaku kepada mana-mana ahli politik negara yang mengamalkan kebebasan media secara total."Saya rasa kalau ada kes sebegini (di negara lain) sudah tentu lebih besar lagi perkara ini ditimbulkan kerana apabila tidak ada kawalan langsung sudah tentulah media akan pilih sesuatu yang bersifat sensasi kerana yang bersifat sensasi akan lebih diminati ramai dan penjualan akhbar serta berita tentu akan lebih laku lagi," katanya.Beliau berkata laporan media sekarang ini bukan dibuat atas kehendak kerajaan sebaliknya untuk kepentingan orang ramai yang ingin tahu perkembangan sesuatu isu itu.Ahmad Shabery juga meminta media terutamanya RTM untuk tidak mensensasikan perkara itu sehingga dilihat berlaku tidak adil kepada mereka yang berkenaan.-- BERNAMA

Thursday, July 17, 2008

Debat Shabery-Anwar jadi perintis

Bernama17 Julai 2008

KUALA LUMPUR -- Debat awam seperti yang melibatkan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas dilihat sebagai satu kemajuan yang merintis jalan membentuk budaya politik baru ke arah menambah baik falsafah pengurusan negara.Daripada sambutan dan reaksi rakyat terhadap debat Shabery-Anwar yang berkisar kepada kenaikan harga minyak, perbahasan terbuka seperti itu mungkin satu permulaan kepada lebih banyak debat seumpamanya.Namun, ada pihak berpendapat bahawa sesetengah isu memerlukan perbincangan secara terbuka manakala ada juga menganggap sesetengah perkara itu sukar dibahas secara terbuka kerana ianya sensitif dan lebih kompleks."Debat ialah sebahagian daripada demokrasi yang matang dan kita harus bergerak ke arah itu," kata penganalisis politik Khoo Kay Peng.Katanya perbahasan seperti itu akan membolehkan ahli politik membincangkan dasar dan pendekatan dalam menangani pelbagai isu.Pengatur strategi DAP, Liew Chin Tong, berkata rakyat Malaysia perlu menerima debat sebagai sebahagian daripada proses politik setelah ianya dipelopori di Amerika Syarikat pada tahun 1960 apabila John F. Kennedy dan Richard Nixon muncul dalam debat presiden yang pertama disiarkan menerusi televisyen."Kita mengambil masa 50 tahun untuk mengambil langkah serupa. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Shabery tetapi saya khuatir sama ada keterbukaannya itu dapat diterima oleh ahli parti yang lebih berpendirian keras," katanya.Ahmad Shabery sendiri berharap debat akan menjadi satu budaya dalam arena politik Malaysia."Saya menerima banyak komen, ada yang sokong dan ada yang marah, tapi ini biasalah. Yang penting ialah sama ada kita akan menjadikan debat ini sebagai satu perkara tetap dalam sistem politik kita," katanya.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya memberi sokongan, dengan berkata kerajaan sedia menimbang membenarkan debat mengenai isu semasa, setelah kajian dibuat mengenai kesan daripada debat Shabery-Anwar itu.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata penyertaan seorang menteri kabinet dalam debat seperti itu merupakan satu era baru dalam dasar keterbukaan kerajaan."Ini membuktikan kerajaan ini ikhlas dan kita dapat menunjukkan dasar-dasar kita kepada rakyat," katanya.-- BERNAMA

Wednesday, July 16, 2008

Siapa pemenang Debat Shabery-Anwar?

Bashir Ahmad
16 Julai 2008


TIADA siapa yang tewas dalam Debat Shabery - Anwar yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 9 malam 15 Julai 2008.

Kira-kira 200 orang berada di dewan debat. Difahamkan setiap pihak boleh membawa 50 penyokong, manakala yang lain adalah jemputan biasa. Setiap kali pendebat mengemukakan hujah yang dianggap bernas, para penyokongnya akan bersorak. Apa yang berlaku, jumlah sorakan boleh dikatakan hampir sama banyak.

Pengerusi debat Datuk Johan Jaafar berjaya mengawal ketenteraman dengan memperingatkan pendebat-pendebat sebelum sesi sejam bermula supaya tidak keluar tajuk. Para penyokong pula diminta mengawal emosi kerana sebarang luahan perasaan di luar kawalan akan mengganggu urusan rakaman kerana debat anjuran AgendaDaily itu disiarkan secara langsung oleh TV9, Astro Awani, Bernama TV dan siaran tertangguh TV3.

Di luar pekarangan Dewan Bahasa, di pintu masuk, kira-kira 30 orang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdemo memperotes kenaikan harga minyak. Tiada insiden buruk berlaku kerana kehadiran polis sangat ketara. Setiap orang yang memasuki dewan tempat berlangsung debat terpaksa menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Hanya pembawa kad jemputan sahaja dibenarkan masuk.

Sebelum debat bermula, Anwar Ibrahim kelihatan kurang tenang ketika berdiri di belakang rostrum. Entah apa yang difikirkannya selama dua tiga minit. Selepas seketika, barulah beliau kelihatan selesa dengan suasana.

Shabery Cheek tampak selesa dari mula. Sesiapa yang sebelum ini meragui kemampuan Menteri Penerangan yang baru ini untuk berhadapan dengan Anwar telah membuat kesimpulan yang silap. Barangkali mereka belum mengenali Shabeery. Kini berjuta-juta penonton TV telah mengenali Shabery.

Shabery boleh bercakap dan berhujah. Jika sebelum ini beliau menyatakan kesediaan untuk disingkir daripada jawatan menteri kabinet jika gagal, jelas sekali bahawa jawatan Menteri Penerangan akan terus kukuh dalam genggamannya. Shabery yakin diri dan Shabery menang!

Debat ini telah menonjolkan Shabery ke khalayak umum. Beliau semakin terkenal sebagai menteri, ahli politik dan pendebat. Tentu masa depannya dalam UMNO semakin cerah. Bosnya Pak Lah tentu gembira kerana Shabery telah berjaya menyampaikan mesej mengenai kenaikan harga minyak mengikut kacamata kerajaan. Malah Shabery ketika menggulung hujah sempat menyatakan bahawa kehadiran Anwar bersamanya untuk berbahas selama sejam dan buat pertama kali mendapat liputan langsung TV di seluruh negara, adalah bukti kerajaan Pak Lah terbuka.

Anwar juga tidak kalah. Sejak tahun 1998, bekas Timbalan Perdana Menteri ini tidak pernah mendapat peluang untuk menonjolkan dirinya semula melalui TV. Beliau mendapat kesempatan untuk mengumumkan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak akan turun sebanyak 50 sen.

Pemimpin de facto PKR itu bukan sahaja dapat mengumumkan `harga minyak Pakatan Rakyat' tapi juga dapat menjelaskan bagaimana ia boleh dilakukan tanpa membebankan perbendaharaan negara. Sama ada pendengar boleh menerima penjelasannya, adalah soal lain. Jika anda penyokong pembangkang, sudah pasti anda akan menerima bulat-bulat apa yang Anwar lontarkan. Jika anda penyokong kuat kerajaan, sukar bagi anda untuk menerimanya.

Untuk mengetahui penjelasan dan hujah siapa yang lebih banyak diterima, kita kena bertanya kepada kumpulan atas pagar.

Di rumah penulis lalu bertanya kepada isteri yang turut menonton debat itu melalui TV. Si isteri adalah suri rumah sepenuh masa dan belum sekalipun pernah mengundi dalam pilihan raya. Senang cakap, beliau tidak ambil pusing sangat soal politik. Beliau menonton debat itu sampai habis kerana mahu memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kenaikan harga minyak dan penstrukturan semula sibsidi bahan api.

Penulis yang baru pulang dari Dewan Bahasa dan Pustaka terus bertanya - siapa yang menang?

Jawab si isteri:``Dua-dua boleh diterima. Ada perkara yang Anwar cakap masuk akal dan Shabery juga begitu.''

Nampaknya tiada siapa yang kalah. Semua menang.

Bagi Shabery, debat itu memberikan kemenangan peribadi yang paling besar. Kini semua orang sekarang kenal siapa Shabery Cheek.

Bagi Anwar, beliau pertama kali sejak sekian lama mendapat peluang untuk bercakap serentak kepada berjuta-juta rakyat Malaysia. Anwar cuba menggunakan kesempatan itu sepenuhnya. Perkataan `rakyat' yang merupakan klise politiknya diulang berkali-kali.

`` Jangan susahkan rakyat...kita mesti tolong rakyat.''

Sasarannya ialah golongan berpendapatan rendah yang dipercayainya menjadi tulang belakang sokongan kepada Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya 8 Mac lalu. Beliau cuba memperkukuhkan dirinya dan pengaruh partinya di kalangan golongan berpendapatan rendah yang selalu diistilahkannya sebagai `rakyat'.

Para penyokong Anwar yang hadir di Dewan Bahasa, boleh dikatakan majoriti orang PKR. Tidak nampak wajah Pas yang dikenali dan tentulah tiada laungan `Allahuakhbar.'

Anwar juga sempat melaungkan beliau sekali lagi menjadi mangsa fitnah setelah berkali-kali difitnah. Ketika itu kedengaran pekikan ``sumpah Quran'' dari kelompok penyokong kerajaan. Tidak kurang 10 orang Ahli Parlimen dan Adun UMNO yang hadir. Antara mereka ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Khairy Jamaluddin.

Apabila debat selesai, mereka yang keluar untuk pulang disambut oleh kumpulan demo anak-anak muda PKR yang berbaris di seberang pintu masuk Dewan Bahasa. Mereka berpekik``turunkan harga minyak...Pak Lah berhenti.''

Buat apalah mereka terus berdemontrasi. Anwar sudah pun diberikan peluang yang sangat luas untuk menuntut penurunan harga minyak dan hujahnya telah didengari berjuta-juta rakyat Malaysia. Demo jalanan membantah kenaikan harga minyak tidak perlu lagi. Anwar dan Pakatan Rakyat perlu membatalkan segala bentuk demo.

Kalau Pakatan Rakyat terus berdemo, itulah tandanya bahawa mereka jahat kerana menggunakan cara yang keras untuk memaksa orang lain supaya menerima kehendak mereka. Ini tidak demokratik. Suara mereka sudah didengari sejelas-jelasnya. Anwar sudah bercakap ke seluruh negara malam tadi.

Terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat pertimbangan. Jika kerajaan berasa apa yang sedang dilaksanakan adalah betul, maka tiada perubahan akan dilakukan. Sekiranya Anwar dan sekutunya masih tidak puas hati, tunggulah pilihan raya umum akan datang supaya rakyat yang benar-benar membuat keputusan. Jangan terlalu rakus dan gelojoh. Bersabarlah sebagaimana yang Allah tuntut dalam Quran. Jangan cuba mengetepikan takdir Allah. Buruk padahnya. - malaysiaaktif.com

Wednesday, July 9, 2008

Bukti rakyat tolak Anwar

Utusan Malaysia7 Julai 2008
MELAKA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jumlah mereka yang hadir menyertai 'Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun' anjuran pakatan pembangkang di Kelana Jaya semalam, membuktikan rakyat menolak sokongan kepada pembangkang terutamanya terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, sasaran pembangkang yang meramalkan seramai satu juta orang menyertai perhimpunan itu ternyata meleset, sekali gus menggambarkan sokongan rakyat kepada penasihat PKR itu semakin berkurangan.
Menurutnya, rakyat telah sedar bahawa keamanan, keselamatan dan pembangunan negara lebih penting daripada menyokong perjuangan seseorang individu yang belum tentu arah tujuannya.
''Daripada penganjuran perhimpunan tersebut yang tidak mendapat sambutan orang ramai itu, jelas menunjukkan 'sengat' Anwar Ibrahim semakin berkurangan," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penganjuran 'Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat - Protes Sampai Turun' membantah kenaikan harga minyak anjuran pakatan pembangkang yang gagal meraih sasaran yang diharapkan oleh mereka.
Selain itu, kata Mohd. Ali, orang Melayu perlu berhenti daripada menjadi alat kepada parti pembangkang khususnya DAP yang secara jelas menggunakan PKR untuk mencapai objektif yang dirancang oleh parti itu.
''Orang Melayu jangan jadi seperti 'menang sorak kampung tergadai' mengikut peribahasa orang lama-lama.
''Itulah sebenarnya yang diperjuangkan oleh PKR dan Anwar Ibrahim, mereka ingin juara sorak, tetapi pada masa yang sama, kampung (tanah air) tergadai," katanya.

Wednesday, July 2, 2008

The Anwar Ibrahim issue: Someone is playing with fire

Wahid YunosJuly 1,2008

Like many Malaysians, I could not comprehend why there is another sodomy accusation against former Deputy Prime Minsiter and de facto opposition leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The tarik sessions with friends also failed to coalesce around the issue, people were simply not interested in what was happening in the mad world of politics. That is not to say that they are not angered by it.
From conversations with friends, colleagues and family, it appears that people are holding back a lot of unhappiness and anger but they just do not know what to do with it and this, I think is the most dangerous kind of situation for the country.
There are so many unresolved issues ranging from political bickering to increasing cost of living and eroding national competitiveness weighing down the people hearts and this latest episode is yet more proof that some out politicians is more in love with politics rather than the idea of serving the people.
A decade ago we saw the biggest blackest spot in national politics when Anwar was removed from office on charges of corruption and abuse of power and sodomy. After a protracted session in the high court, he was found guilty and the term ‘not relevant’ passed jauntily into the realm of political satire.
The decision was later overturned by the Federal Court on the grounds that the evidence did not bring the judges’ minds beyond reasonable doubt but rather strangely the three-judge bench went out of their way to state that they thought Anwar did engage in acts of sodomy but the evidence simply does not support it.
Appellate courts, if my first-year law is correct, is not suppose to sully their minds with the arguments and evidence given in the High court, they are to engage in deliberations about points of law or points of procedure. They are already treading on a fine line for saying that the High Court erred because the prosecution never built a case strong enough to last the defense attack to remain beyond reasonable doubt. That’s a bit like evaluating the truth and veracity of the evidence isn’t it?
But it is something altogether to say that despite the serious deficiency in the prosecution case, they are keen to believe that Anwar is a sodomist. Hmm…
Despite the rather peculiar construction of their judgment, many Malaysians were relieved to have Anwar absolved of the disgusting allegation but detractors were quick to point out that the Federal Court still believed he was sodomist but the evidence did not support it.
And so we digested the first accusation with some discomfort and just when we were about to get rid of the last burp of indigestion, this came up.
To say that the latest turn of event has taken us to the lowest ebb in Malaysian politics is to be kind, the whole country is now, whether we like it or not, rolling in a mud pit of dirty politics and it is doing no favours for Malaysia’s image in the international arena.
Trying to figure out what has happened will boggle the mind.
Firstly many will want to know if there is any basis for the police report and secondly millions are put in a conspiratorial mindset accusing both the Government and Anwar of playing politics at a time when the country needs less of it.
What we know so far is that one Mohd Saiful Bukari Azlan has lodged a police report accusing Anwar of sodomising him on Thursday, June 26 at a condominium in Damansara Heights,
Subsequently on Sunday Anwar went to the Turkish embassy, claiming that the ambassador had invited him over, as an offer for protection. Anwar also claimed that there threat against his life.
On the same day, his wife, Datin Seri Wan Azizah Ismail held a Press conference and showed a picture of Saiful with Khairil Anas Yusof an officer at the Deputy Prime Minsiter, Datuk Seri Mohd najib Abdul Razak’s office.
Those looking for conspiracy immediately found a link between the two political heavyweights and this immediately did serious damage to Najib’s image, which is already embattled by Raja Petra Kamaruddin’s statutory declaration claiming that the DPM’s wife Datin Seri Rosma Mansor played a direct role in the murder of Mongolian model Altantuya Shariibu.
Najib has since denied any involvement, claiming that Saiful Bukhary had come to his office on Feb 12 seeking support for his scholarship application.
Civil Rights lawyer, Haris Ibrahim said in his blog that the PKR is convinced that there was a mole in their office going into the General Election.
He said;

Sometime in February this year, we had agreed to meet for lunch and I was to pick him up at Anwar’s office in Section 16, PJ.
When I got to the office, Din (Merican) asked me to take a seat as he had a few loose ends to tie up.
As he attended to those ‘loose ends’, Din proceeded to disclose to me something that I made note of but made no inquiry of at the time. Let me try to narrate to you what he said as best as I can recall.
“UMNO has sent a spy. They think we don’t know. Now we are spying on the spy. And we are going to give him enough rope to hang himself. And when the time comes, we will tighten the noose”
So, no, I don’t think Azmin’s statement as quoted in NST online today is an attempt to discredit the complainant.
I think that on 28th June, the noose around the canary’s neck, or that of its owner’s, had gotten so tight that it started to sing ‘liwat, liwat’ in a high-pitched tone.
Former New Straits Times Editor in Chief, Datuk A Kadir Jasin proposed three possible conspiracy theories playing in people’s mind.

Antara teori konspirasi yang popular mengenai dua kes ini adalah:-(Among the more popular conspiracy theories attached to the case are:-
1. RPK tidak bertindak berseorangan. Dia bersekongkol dengan individu atau kumpulan tertentu. Matlamatnya adalah untuk menjatuhkan atau setidak-tidaknya menyekat kemaraan Mohd Najib Abdul Razak;
(RPK is not acting alone. He is in cahoots whith certain individuals or groups. The goal is to bring down or at least stop the rise of Mohd Najib Abdul razak;) 2. Mohd Saiful Bukhari b Azlan tidak bertindak berseorangan. Dia bersekongkol dengan individu atau kumpulan tertentu. Matlamatnya adalah untuk menjatuhkan atau setidak-tidaknya menyekat kemaraan Anwar; dan
(Mohd Saiful Bukhari b Azlan is not acting alone. He is in cahoots with certain individuals or groups. The Goal is to bring down Anwar or at least stop his rise.
3. Bahawa semua ini sengaja diada-adakan bagi menutup kelemahan kerajaan dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan kegagalan Anwar memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional berpaling tadah.
(All this is a diversion created to cover the Government’s weaknesses in handling the rising cost of living and to thwart Anwar’s effort to persuade Barisan Nasional member of Parliaments to jump ship)

After an expansive discussion about the various aspects of the case, Kadir invited his readers to ask several questions.
Antara soalan yang perlu dijawab di arena politik, kepolisan dan kehakiman untuk mematikan pelbagai teori konspirasi ini adalah:1. Adakah pihak-pihak tertentu di Pejabat Abdullah, Pejabat Mohd Najib, Umno, PDRM dan Kamar Peguam Negara mempunyai maklumat awal sebelum Saiful Bukhari membuat laporan polis?;(Did certain quarters at Abdullah and Najib’s office, Umno, the polie and the Attorney General’s chambers have advance notice of Saiful’s police report)
2. Apakah kaitan antara Saiful Bukhari dengan Khairil Anas sekadar bergambar kenang-kenangan di ruang legar Pejabat Timbalan Perdana Menteri?;(Was the picture of Saiful Bukhari and Khairil Anas merely a momento of his visit to the office of the Deputy Prime Minister?;)
3. Bagaimana seorang muda berusia 23 tahun dan berupa pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional merelakan dirinya dicabul berulang kali sebelum membuat laporan polis?;(Why did a strapping 23-year old student leader of Universiti Tenaga Nasional allow himself to be repeatedly sodomised before lodging a police report)
4. Apakah relevannya tarikh-tarikh tertentu dalam time-line dakwaan liwat itu serta individu-individu yang dikatakan terbabit? (Dalam proses siasatan, Saiful Bukhari pasti akan disoal mengenai siapa yang ditemuinya sebelum dan selepas membuat laporan itu.); dan(What is the relevance of the dates mentioned in the timeline of the sodomy accusation? – In the investigation process, Saiful Bukhari will be questioned about who he met before and after he lodged the report; and)
5. Adakah peranan beberapa nama yang turut disebut-sebut sebagai “the players” dalam drama ini seperti Ezam, Rohaimi dan Khairil?
( Ezam, Rohaimi and Khairil are mentioned as player in this drama played, what roles did they play?)

Another blogger, Ahirudin Attan, writing under the label Rocky’s Bru was more circumspect and opened everything to discussion, congratulating Saiful for his courage, if he was, indeed, sodomised by the former DPM;
Saiful Bukhary has made a very serious allegation against Anwar Ibrahim. If he is telling the truth, then he's done a most courageous thing by going to the police. If he's telling a lie, then it's a most despicable deed.
With Parti Keadilan Rakyat, Democratic Action Party and Parti Islam SeMalaysia all shouting entrapment and political conspiracy created to prevent Anwar from becoming the Prime Minister on Spetember 16, as promised, Malaysians in general are left scratching their head wondering what is happening.
In general there are three major schools of opinion, the first are convinced that this is further proof of Anwar’s homosexual tendencies, the second has embedded their thoughts in a conspiracy theory while the third is wondering what is actually happening.
It would be interesting to see which is the largest of the three groups.
From normal conversation, it appears that the most popular thought is that Anwar is facing another conspiracy to silence him, this time for good.
Further to these questions, I would like to raise several others;
1. How did Wan Azizah get the picture of Saiful and Anas so quickly which she eagerly showed to the Press.
2. Why was it shown to the Press?
3. Was PKR trying to establish a link between Najib and the conspiracy?

If you believed Haris Ibrahim’s alleged conversation with Din Merican, then you will probably scoffing at the obviousness of it all but we do have to keep in mind that Najib would be taking a huge risk reviving a tactic first used in 1998 to much public scorn.
This is especially true in the current climate when many people are already questioning Anwar’s ability to fulfill his fantastic promise of taking over the reins of Government by Malaysia Day – there are other less dangerous way to scare away the spectre of Pakatan Rakyat.
The sodomy charge carries evokes so much negative sentiment and so widely rejected by the people that anyone wanting to discredit Anwar would do well to find another allegation.
While you pull out your hair thinking about whether there is a conspiracy at all, we will move on consider Anwar’s action on Sunday.
He ran to the Turkish Embassy claiming he was invited for protection and yet on Monday, the Ambassador made it clear that no such invitation was issued and no offer of protection was made.
Offering political asylum to Anwar at this time would almost certainly put a strain on the relationship between Putrajaya and Istanbul so I am disinclined that His Excellency would have been so quick to make the offer to Anwar, not officially anyway.
If we find it difficult to understand why Barisan Nasional would take the drastic action of framing Anwar with another sodomy charge and think it odd that a 23-year old would have any problems resisting a 61-year old man with a bad back then there is one more possible scenario.
Umno Youth deputy chief, Khairy Jamaluddin took extreme left field by suggesting in Utusan Malaysia that Anwar himself may have put the wheels in motion to gain sympathy from the people.
The proposition is that Anwar wants to incite the people against the BN Government and he is striking while the iron is still red hot from the fuel price hike.
They suggest that this is part of Anwar’s publicity stunt to gather a million people on July 5 to protest the fuel price hike. The plan is to hold these massive gatherings on July 5, 6 and 7 as part of their effort to ‘topple the Government’.
The logic behind this theory is that by stokig people’s anger, the Opposition would cause it to flare and push them to come down to the capital to show their anger with another conspiracy against Anwar.
Some pro-Umno websites are also taking this position.
Another Brick in the Wall (http://anotherbrickinwall.blogspot.com/) had this to say;
At this juncture, I will not claim Saiful as being naive.
But do ponder, why would anyone be wiling to be subjected to humiliation from the publicity and scrutiny of being sodomised?
They say any man has a price. But can money alone compell a young man with a future ahead - ambition, aspiration and drive to pursue a life in politics, and about to consummate marriage - willing to do such an act?
And why is he willing to risk his reputation against someone so formidable, politically influential, global network and maybe PM-in-waiting? Is he so principled that he is willing to risk everything for the truth?
The information thus far only provide a glimpse of the "victim". There is yet sufficient fact for an answer but this SMS that just came gave an interesting insight:
Remember September 11. How fast the finger points 2 Osama and Afghanistan. There is an uncanny resemblance of strategy. The boy could be working 4 AI. Purpose 2 gain sympathy, a victim. But look at Sept 11 who benefitted and look at latest Anwar antics. WHo benefitted in this public/world perception game. Anwar is scoring sympathy point while making the BN gov to appear like a repressive regime. Wonder who is his strategist?
Its confusing. But this Saiful is not a naive young man. We will see how it goes.
Another pro-Umno blogger, BigDog was quick to latch on to the caution issued by the United States against any politically motivated investigation of Anwar Ibrahim in the effort to link Anwar to an international conspiracy to topple the BN Government. This is what he said;

Funny thing, why is the Americans so responsive and at a point, very defensive when it comes to Anwar? Isn’t this jumping the gun about this case being politically motivated, instead of the criminal nature as it is, being something to be weary about?

The fact is that, Anwar is up his usual old tricks again, with the sandiwara and focusing on the foreign media in getting his story through. Ten years ago, Anwar pre-emptively demonized the law enforcement and judiciary system entirely even before proper due process of the law took place.
His close associations with the Neo Cons of the West, especially the Jewish power-makers in Washington D.C. did a lot of damage of Malaysian Government rapport internationally. We at BigDogDotCom remembered so well Kuala Lumpur US Embassy’s close observation of Anwar’s political engagements in by-elections last year. Of course, we shall not forget the Israelis close interest on Anwar’s political developments.

The only problem is that Anwar taking this path would be like him playing Russian roulette just to get people to feel empathy for you.
He had fought tooth and nail eight years ago to push away a sodomy charge which he claimed was trumped-up.
Until today, the former DPM is adamant that the police and judiciary is corrupt and biased so initiating an investigation of another sodomy is crazy as there is every possibility that they might just find him guilty.
What is clear is that whoever is behind this move is playing with fire.
If things get out of control, we may have to endure another Emergency Government and this would leave everyone with a short straw.
At this point, quite a lot hinges on who is more credible and believable, Anwar’s image was boosted when the Lingam tapes proved to be true so he has cache among listeners and may be able to live through this unscathed.
The key thing to remember here is to keep a level head and allow the law to take its course, even if we are not convinced that the authorities can be transparent and unbiased.
There are parties who are just waiting to see a destabilised Malaysia so me must not give them that satisfaction.-malaysiaaktif.com