Monday, June 30, 2008

Tiada Undi Tidak Percaya Kepada Perdana Menteri

Bashir Ahmad24 Jun 2008
TIADA undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikemukakan di Dewan Rakyat semalam, sebaliknya Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd Samad mengemukakan usul mengenai penstrukturan semula subsidi bahan api yang diluluskan dengan keputusan 129 menyokong dan 78 menentang.Dua orang ahli parlimen SAPP yang kononnya diarahkan oleh presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee supaya menyokong usul undi tidak percaya terhadap Abdullah telah dipanggil pulang ke Kota Kinabalu dengan tergesa-gesa kerana kononnya menerima ancaman keselamatan. Benarkah atau satu lagi gimik politik?Mesej daripada episod ini, belum nampak tanda ahli-ahli Parlimen BN berpaling tadah kecuali dua anggota SAPP itu.Kini tugas kerajaan seterusnya ialah untuk menggembeleng jentera penerangan bagi menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya penstrukturan subsidi bahan api yang dibuat ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia ke paras melebihi AS$135 setong.Dipercayai ramai yang belum faham apa yang sebenar berlaku. Ini satu tugas yang sukar kerana dirumitkan lagi oleh kempen politik pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kerja memberikan penjelasan bukannya mudah kerana yang tidak faham termasuklah sebilangan ahli parlimen BN sendiri. Dalam sesi penerangan kepada ahli-ahli parlimen BN yang berlangsung sehari sebelum usul berkenaan dibentangkan, beberapa orang daripada mereka mengemukakan pertanyaan-pertanyaan yang menunjukkan ketidakfahaman mengenai apa yang berlaku.Saudara Anwar yang sangat mengidam jawatan Perdana Menteri telah menangguk di air keruh dengan menuduh kerajaan tidak tahu menguruskan kewangan negara. Anwar melaung bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah dan beliau menjadi Perdana Menteri, ada caranya untuk tidak menaikkan harga minyak. Ini adalah satu tawaran politik yang sungguh lunak untuk meransang kebencian rakyat terhadap kerajaan pimpinan Abdullah.Jika Anwar benar-benar jujur, sila bentangkan pelan tindakannya kepada rakyat dengan jelas. Bagi seorang yang cukup berpengalaman membentangkan bajet atau belanjawan negara, membentangkan pelan pengurusan kewangan untuk menangani krisis kenaikan harga minyak global tidaklah sukar. Tentu banyak pemimpin negara lain yang akan meminta bantuannya menyelesaikan kemelut di negara mereka.Jika beliau tidak melakukannnya, itulah tanda bahawa Anwar seorang yang hanya pandai menanam tebu di bibir. Adakah kita sudah lupa lupa bahawa semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dulu, Anwar telah bersetuju untuk menerima pakej bantuan IMF bagi menyelamatkan Malaysia daripada krisis mata wang? Antara syarat pakej IMF itu ialah kerajaan tidak akan memberikan subsidi. Tun Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri telah menolak pakej IMF dan melaksanakan langkah-langkah tersendiri. Malangnya manusia mudah lupa. Anwar tahu bahawa rakyat Malaysia sudah lupa. Sebab itulah beliau sekarang bercakap tentang tidak perlu menstruktur semula subsidi minyak sedangkan subsidi beras dan pendidikan terus meningkat. Memang mudah untuk bercakap jika anda bukan berada di pihak yang membuat keputusan dan melaksanakan tindakan.Kasihan Pak Lah yang menghadapi serangan bertubi-tubi dari pelbagai penjuru. Ada orang berkata, kenapa Pak Lah menempah maut dengan menstruktur semula subsidi bahan api ketika kedudukan politiknya semakin goyah dan tidak menentu. Jawapan Pak Lah kepada soalan-soalan seumpama ialah beliau terpaksa melakukannya demi masa depan negara.Sebagai pemimpin Pak Lah terpaksa memilih antara kedudukan politiknya atau kedudukan negara. Beliau memilih untuk menggadaikan nasib politiknya demi kepentingan negara.Jika umum melihat Pak Lah sebagai seorang pemimpin yang kurang tegas dan terlalu mudah menerima pandangan orang lain, kali ini Pak Lah cukup tegas. Namun di khalayak umum beliau kelihatan kembali mudah senyum setelah agak lama sugul selepas PRU 2008.Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Pak Lah tidak melakukan sesuatu hanya untuk mencari populariti. Inilah satu perbezaan yang sangat ketara antara Pak Lah dan Saudara Anwar Ibrahim sekarang. Anwar hanya mahu mengaut sebanyak mungkin populariti untuk mempercepatkan agenda menjadi Perdana Menteri Malaysia. - malaysiaaktif.com

Sunday, June 8, 2008

Orang Melayu bukan pengganas

Bashir Ahmad
30 Mei 2008

WISMA Putera telah menghantar surat kepada kerajaan United Kingdom meminta penjelasan berhubung penyiaran satu iklan di Britain yang menggambarkan orang Melayu sebagai pengganas.
Demikian kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri kepada Radio 24 hari ini.
Kata Abdul Rahim, iklan tersebut telah ditarik balik daripada penyiaran pada 28 Mei 2008 berikutan bantahan Malaysia.
Difahamkan Kementerian Luar telah mengambil tindakan ekoran sepucuk surat daripada seorang pelajar Malaysia di United Kingdom yang disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 26 Mei 2008.
Kandungan surat tersebut seperti berikut:
Kesal iklan Barat gambarkan Melayu pengganas
MINGGU lepas ketika saya menonton filem di panggung wayang, saya amat terkejut melihat satu iklan kepunyaan Royal Marines Commando Kerajaan Britain.
Iklan yang bertujuan menarik minat rakyat Britain untuk menyertai pasukan tersebut telah menggunakan 'pelakon' yang menggunakan bahasa Melayu sebagai watak kumpulan pengganas.
Dengan berlatarbelakangkan suasana seperti mereka baru sahaja menyelesaikan 'operasi keganasan' (menunjukkan keadaan yang kacau-bilau dengan helikopter yang terhempas dan terbakar), 'ketua' kumpulan pengganas tersebut menembak-nembak ke udara sambil menyatakan dengan jelas dalam bahasa Melayu, "Akulah orang yang paling jahat dalam dunia ini. Mari lawan aku. Aku akan bunuh semua'.
Saya kemudiannya memasuki laman rasmi Royal Marines Commando (http://www.royalmarines.mod.uk/server/show/nav.6898#) dan mendapati iklan 30 saat itu turut boleh dilayari dan ditonton di halaman utama laman berkenaan.
Sehinggakan, link dan URL video tersebut turut disediakan agar ia boleh dikongsi dengan pengguna lain. Saya berasa kesal dan marah kerana orang Melayu seolah-olah digambarkan sebagai pengganas dalam iklan berkenaan.
Jika didengari betul-betul, loghat pelakon tersebut bukanlah loghat dalam bahasa Melayu Indonesia tetapi bahasa Melayu Malaysia dan 'ketua kumpulan pengganas' tersebut pula mempunyai iras wajah Melayu.
Namun walau apa jua loghat dan rupa wajahnya, tindakan menggunakan bahasa Melayu bagi menggambarkan peranan kumpulan pengganas dalam iklan tersebut sesuatu yang tidak boleh diterima langsung.
Bukan sekadar bahasa Melayu malah apa jua bahasa di dunia ini. Bayangkan kesannya kerana iklan tersebut ditayangkan sebagai selingan di kesemua panggung-panggung wayang utama di UK dan mungkin juga di televisyen.
Memandangkan iklan tersebut merupakan iklan rasmi Kementerian Pertahanan Britain, saya menyeru agar Kementerian Pertahanan Malaysia dan juga Kementerian Luar menyiasat perkara ini dan mengarahkan agar iklan tersebut ditarik balik dengan permohonan maaf.
Bangsa Melayu bukan bangsa pengganas dan kita tidak pernah menjajah negara lain seperti bangsa mereka.
Saya juga memohon siasatan dapat dibuat terhadap suara siapakah yang dipinjamkan dalam iklan tersebut dan adakah iklan tersebut mendapat kerjasama atau bantuan dari mana-mana syarikat pengiklanan tempatan.
ISMARIAH ZAINAL ABIDIN, University Of Sheffield, United Kingdom
Penghargaan wajar diberikan kepada Ismariah di atas keprihatinan dan semangat patriotiknya.
Kerajaan UK bukan sahaja wajar menjawab surat Wisma Putera sebagai penjelasan rasmi, malah patut memohon maaf.
Ketika terroris dan terrorisme menjadi istilah momokan dan kebencian yang dihalakan kepada umat Islam oleh Barat, dimensi prejudis ini telah diperluaskan kepada orang Melayu pula. Kita percaya loghat Bahasa Melayu yang digunakan dalam iklan berkenaan bukan loghat Indonesia. Maka ia lebih menjurus kepada Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Maka Malaysia sebagai pengguna Bahasa Melayu yang terbesar mempunyai hak untuk menyuarakan kekesalan di atas sikap tidak sensitif pihak berkuasa tentera UK.
Orang Melayu tidak lagi malas, bukan pak turut dan sama sekali bukan pengganas. – malaysiaaktif.com

Wednesday, June 4, 2008

Obama wins Democratic nomination for US President

Guardian (UK)June 4, 2008BARACK Obama made history by beating Hillary Clinton for the Democratic nomination to become the first African American with a viable chance of winning the White House.
Obama's victory effectively brought to an end Clinton's bid to become the first US female president.
It also confirms Obama's reputation as a political giant-slayer, who after less than four years in the US Senate brought down the couple credited with creating the Democrats' most powerful political machine.
Obama will now face the Republican John McCain for the prize of the presidency in the November 4 general election.
After a 54-contest, five-month-long fight, Obama started the day 45 delegates short of the 2,118 he needed to cross the finishing line. A steady shift of support towards Obama throughout the day turned into a flood. Among those announcing their endorsements was the former president Jimmy Carter. A number of Clinton supporters also defected to Obama.
He was four short as polls closed in the South Dakota and Montana primaries, the last two contests. But South Dakota pushed him over the line in terms of delegates - even though he lost the state to Clinton.
To deafening applause, he told a 20,000-strong victory rally in St Paul, Minnesota: "Tonight, we mark the end of one historic journey with the beginning of another - a journey that will bring a new and better day to America. Because of you, tonight, I can stand before you and say that I will be the Democratic nominee for president of the United States.
He was generous towards Clinton. "Our party and our country are better off because of her, and I am a better candidate for having had the honour to compete with Hillary Rodham Clinton," he said.
The crowd was responsive to the conciliatory message, loudly cheering Clinton three or four times.
Clinton, surrounded by Bill and daughter Chelsea, at a party in New York for campaign workers from round the country, also held out the prospect of reconciliation: "It has been an honour to contest these primaries with him, just as it is an honor to call him my friend."
Although several Obama supporters in St Paul said they expected Clinton to behave graciously, she refused to concede or suspend her campaign.
Instead, Clinton said she wanted time to reflect before making her next move. "In the coming days, I'll be consulting with supporters and party leaders to determine how to move forward with the best interests of our party and our country guiding my way," she said.
In a sign of hard bargaining with Obama's team over the next few days, she said she had won the votes of 18m Americans and she wanted their views respected.
One concession she may be seeking is a joint ticket with Obama, with her as vice-presidential candidate, a position she may feel entitled to after securing so many votes.
Holed up at her home in Chappaqua, New York, during the day, she and Bill Clinton discussed options over the phone with a host of aides and supporters. One of four members of Congress who spoke to her urging her to press for the vice-president slot reported her saying: "I am open to it."
She also will negotiate about the transfer of her staff to Obama's campaign team, about help with her campaign debts, the possibility of jobs in his administration if he wins the presidency and incorporation of some of her policy positions, particularly on healthcare.
She finished the primary season strongly, winning the South Dakota primary, the one blot on Obama's night. It had been a state he had been predicted to win. With 80% of the votes counted in South Dakota, she had 45,762(56%) to his 36,217(44%).
Exit polls suggested he would win Montana and television stations called it for him. With only 4% of the vote counted, he had 13,997(58%) and she took 9,410(39%).
One reason why South Dakota voted differently from its neighbour is that voting in Montana was open to all, and independents, who tend to swing behind Obama, turned out in force for him. But South Dakota was restricted to party members, among whom Clinton has tended to do better.
Obama's main strategist, David Axelrod, said that losing South Dakota had not taken the shine off the night. "Not at all. We won 34, 35 contests. There is no shame in splitting the night with a very strong candidate," he said.
He also made it clear the general election is on - no matter what Clinton says or does. "One campaign ends today and another begins. We are very excited for that."
McCain, in a speech in Louisiana, formally declared the general election to be underway: "Tonight, we can say with confidence the primary season is over, and the general election campaign has begun." He described Obama as a formidable opponent and offered extravagant praise for Clinton - a sign that he would fight Obama hard for the support of women voters.
McCain added that voters would face a clear choice next November.
Obama deliberately chose St Paul to launch his general election campaign because of the symbolism of the location: it will be the same site at which the Republican convention will formally nominate McCain in September.
In St Paul, people began lining up as early as 10am outside the arena where Obama was to hold his late-night rally. They came with folding chairs, blankets and spread out on the pavement playing card games.
Several said they were compelled by the sense of history about the occasion. "To have an African American running for president and to be there for the nomination, it is a historic thing," said Laurie Zahn, a teacher who was at the rally with her 21-year-old daughter. Some had originally counted themselves Clinton supporter Ruth O'Neill was a reluctant convert, a former Clinton supporter who was persuaded to switch sides by her 16-year-old son. "This is the first time I would put on an Obama shirt," she said. "But my son was right: he kept saying if she had this much trouble running her campaign how could she run the country."A few passersby cheered as they passed the long line. One man started shouting out Obama's trademark chant from across the road: "Fired up, ready

Tuesday, June 3, 2008

Buat apa wartawan ejek Zaid

Bashir Ahmad2 Jun 2008
DATUK Zaid Ibrahim, salah seorang menteri kabinet baru Pak Lah yang menerima banyak publisiti, terus mendapat perhatian media.
Kali ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang penuh kontroversi ini mendapat liputan semua akhbar utama dalam semua bahasa kerana apa yang dicakapnya kepada kira-kira 300 orang wartawan dan penulis mengenai kebebasan media di National Press Club, Kuala Lumpur semalam.
Apa yang dicakapnya, dipeturunkan dalam bentuk berita seperti berikut. Disebabkan ruangan yang terhad, kita ambil dua tiga perenggan berita daripada beberapa akhbar utama.
Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 1 Jun - Desakan pengamal media supaya undang-undang yang mengawal mereka dimansuhkan boleh menyebabkan negara berada dalam anarki apabila semua pihak boleh melaporkan apa sahaja sehingga menimbulkan kekacauan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim berkata, situasi seperti itu boleh berlaku kerana syor supaya dihapuskan undang-undang berkenaan sehingga kini tidak disertakan dengan cadangan supaya diwujudkan mekanisme alternatif bagi memantau pihak media.
Beliau berkata, permintaan supaya dihapuskan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta Akta Rahsia Rasmi itu juga tidak mendapat perhatian kerajaan berikutan ia hanya dibuat wartawan dan bukannya pengarang-pengarang kanan syarikat media.
The Star
KUALA LUMPUR: Media practitioners should unite and put forward again their proposals for reforms and more press freedom, said Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim.
Speaking at the National Press Club, the de facto law minister said just because the press had engaged the Government 10 years ago to push for media freedom, “it doesn’t mean you must stop there.”
“Try again. After all it’s part of the changing process,” he told a gathering of journalists, writers, bloggers and civil society yesterday.
theSun
KUALA LUMPUR: The media fraternity has been told to stop blaming repressive laws and commited to their profession by reporting factuality and objectivity.
In making the call, Minister In The Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim said such profesionalism cannot be legislated.
``Tell the public the truth with no spinning. It seems to me that there are so many different shades of the truth in our media with political agendas,’’ he said at a dialogue on press freedom at the National Press Club yesterday.
Berita Harian
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mencabar pengamal media di negara ini supaya bersatu dan seterusnya mengemukakan cadangan berhubung tuntutan mereka bagi kebebasan akhbar yang lebih baik. Zaid mencadangkan supaya golongan seperti editor dan wartawan kanan dan pihak lain yang berkaitan sama-sama mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan menteri berkenaan bagi mengganti, meminda atau menyemak semula undang-undang sedia ada yang dianggap media sebagai menyekat kebebasan. Berucap pada majlis dialog di Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini hari ini, Zaid berkata kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi komited untuk mewujudkan lebih banyak ketelusan, memerangi rasuah dan perubahan dalam sistem dan dalam konteks ini akhbar yang lebih bertanggungjawab dan bebas adalah perlu.
Dua harian Cina, Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau melaporkan sedikit berbeza daripada akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris. Tajuk dan kandungan perenggan pertama berita kedua-dua akhbar itu hampir sama iaitu mengenai `Zaid diejek wartawan.’
Memang itulah yang telah berlaku. Wartawan-wartawan dan penulis yang hadir menyangkakan Zaid akan bersimpati dengan tuntutan mereka supaya diberikan lebih kebebasan.
Kebebasan yang diminta termasuklah penghapusan Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi.
Para wartawan dan penulis itu menyangka Zaid akan menyebelahai mereka. Zaid dilihat begitu kerana beliau telah memainkan peranan yang besar dalam memberikan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah dan memulihkan integriti badan kehakiman dalam masa yang singkat selepas secara tidak disangka dilantik menjadi menteri.
Lagi pun Zaid juga sering mengeluarkan kenyataan yang menyongsang arus. Ternyata sangkaan mereka silap kerana Zaid sekarang lebih menyedari betapa perlunya setiap menteri bercakap senada dengan Perdana Menteri. Beliau sekarang lebih arif berbanding dirinya sebelum bergelar menteri dan ketika baru-baru memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Wartawan-wartawan itu tidak dapat menghidu perubahan Zaid. Mereka terkejut apabila Zaid tidak menyokong kehendak mereka, lalu megejek Zaid.
Bukankah Perdana Menteri dalam ucapan perasmian Persidangan Media Asia baru-baru ini telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan kebebasan bersuara yang mutlak? Kalau Zaid masih mahu menyuarakan pandangan perbezaan yang berbeza daripada Perdana Menteri, ertinya beliau bersedia untuk tidak lagi mendapat kepercayaan Pak Lah.
Wartawan-wartawan itu barangkali tidak memahami bahawa Zaid baru sahaja menerima asakan dari dalaman UMNO berhubung beberapa kenyataannya kebelakangan ini, sehingga ada yang menuntut supaya beliau disingkirkan daripada jawatan menteri. Tapi Pak Lah secara terbuka mempertahankan Zaid. Hanya orang yang kurang tajam fikiran sahaja tidak boleh membaca isyarat yang sangat jelas itu.
Kepada wartawan-wartawan yang menuntut kebebasan bersuara itu, anda masih boleh memilih satu jalan mudah untuk mendapat kebebasan menulis yang lebih bebas daripada apa yang anda nikmati di tempat-tempat kerja anda sekarang.
Buka laman blog sendiri dan tulislah apa sahaja yang anda kehendaki. Jika pada waktu siang anda menulis untuk majikan anda, malam adalah waktu yang terbaik untuk mencatat apa jua buah fikiran dan pandangan dalam blog anda sendiri. Di laman ini anda adalah penulis, pengarang dan majikan. Tiada siapa yang akan menyekat kebebasan anda selagi anda tidak berbohong, memfitnah dan menimbulkan kekacauan.
Buat apa mengejek-ejek Zaid. Anda tidak bebas kerana anda terpaksa mengikut arahan majikan dan bos anda. Zaid juga mempunyai bos dan majikan seperti anda. Tiada bezanya antara anda dan Zaid. – Malaysiaaktif.com

Sunday, June 1, 2008

Pak Lah terima Ezam, MT UMNO belum tentu

Bashir Ahmad
31 Mei 2008
SELEPAS Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar daripada UMNO, pengumuman Mohamad Ezam Mohd. Noor untuk kembali ke UMNO menjadi berita politik utama dalam akhbar.
Apabila Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut hadir dan berkata bahawa permohonan Ezam telah diterima, akhbar melaporkan seolah-olah bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu secara automatik sudah menjadi ahli UMNO semula.
Tiba-tiba Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencelah bahawa permohonan Ezam mestilah dibawa kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO terlebih dulu untuk dibincangkan sama ada boleh diluluskan atau tidak.
Menjadi persoalan apakah maksud sebenar Pak Lah apabila beliau berkata bahawa ``permohonan Ezam telah diterima." Adakah beliau bermaksud bahawa beliau telah meluluskan permohonan Ezam atau beliau telah menerima borang permohonan Ezam? Jika maksud beliau permohonan Ezam diluluskan, maka jelas bahawa kenyataan Muhyiddin itu bertujuan untuk membetulkan kenyataannya.
Tidak menghairankan jika Muhyiddin berniat untuk menegur Pak Lah secara terbuka kerana selepas 8 Mac 2008 (PRU 12), beliau adalah salah seorang pemimpin UMNO yang sangat berterus terang dalam memberikan pandangan, sekalipun dilihat boleh menyinggung perasaan banyak pihak, termasuk bos politiknya Pak Lah.
Namun kenyataan Muhyiddin kemudiannya telah disokong oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang menegaskan bahawa kedudukan permohonan Ezam hanya boleh diputuskan oleh MT UMNO.
Dalam kenyataannya semalam, Najib juga mengakui bahawa ada dua reaksi di kalangan ahli-ahli UMNO terhadap permohonan Ezam untuk kembali ke UMNO, parti yang pernah dikutuknya habis-habisan semasa berada dalam PKR bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ada yang menyokong dan ada juga yang tidak bersetuju. Cuma tidak diketahui puak mana yang lebih ramai.
Mudah difahami alasan mereka yang bersetuju. Ketika UMNO berada dalam keadaan yang goyah selepas PRU 12, kemasukan semula seorang tokoh muda yang boleh dikatakan berkaliber adalah ibarat menyiram sedikit air kepada sebatang pokok di musim kemarau. Apatah lagi si pemohon itu adalah bekas orang kuat Anwar yang kini menjadi musuh utama kepada pemimpin-pemimpin UMNO, terutama sesiapa jua yang menjdi presiden.
Jika sekalipun tidak menyerlahkan kesan positif lain yang segera, setidak-tidaknya ia menghasilkan kemenangan moral. Betul Ezam telah keluar daripada PKR sebelum memohon semula untuk kembali ke UMNO, tetapi ketika perang psikologi semakin kuat antara Anwar dan UMNO, kemasukan semula Ezam memberikan markah kepada Pak Lah.
Sebab itulah Pak Lah yang berkeadaan paling tertekan sekarang untuk mempertahankan kedudukannya menganggap kemasukan Ezam satu perisitiwa yang istimewa, lalu beliau sendiri menghadiri sidang akhbar pengisytiharan rasmi hasrat Ezam. Satu pertanyaan, adakah Khairy Jamaluddin turut memainkan peranan?
Secara nakal Utusan Malaysia telah menyiarkan berita kononya Ezam akan mempertimbangkan sama ada mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Keesokan harinya, Ezam menafikan berita tersebut sekeras-kerasnya.
Dari segi logik, adalah tidak munasabah bagi Ezam untuk menyatakan beliau mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda sedangkan permohonannya masih belum diluluskan oleh MT UMNO. Kalau pun boleh bertanding, beliau belum pun memperoleh semula kekuatan untuk bersaing dengan Khairy, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Khir Toyo yang telah mengumumkan hasrat untuk merebut jawatan tersebut.
Percaturan politik yang terbaik bagi Ezam jika benar-benar sudah berada dalam UMNO semula, ialah menyokong kuat salah seorang pemimpin kanan dan salah seorang tokoh muda dalam UMNO yang boleh dijadikan tempat bernaung dalam jangka panjang. Jika anda berada dalam kedudukannya, siapa yang patut anda sokong?
Pilihan pemimpin kanan yang patut disokong adalah sangat jelas, iaitu Pak Lah. Sebab itulah Pak Lah turut meluangkan masanya untuk menghadiri sidang akhbar bersama Ezam.Pemimpin muda yang patut Ezam sokong belum jelas, tapi tidak sukar untuk kita membuat tekaan.
Apa pun, yang lebih penting bagi Ezam sekarang ialah sama ada MT akan meluluskan permohonannya. Sudah pasti Pak lah akan menyokong permohonannya, tapi pasti juga akan ada suara-suara mempersoal keikhlasannya. Dalam keadaan sekarang, ketika mana Pak Lah memerlukan sebanyak mungkin sokongan dalam parti, Pak Lah tidak boleh memaksa lain-lain ahli MT untuk menerima bulat-bulat kehendaknya. Jika ramai yang membantah, Pak Lah akan terpaksa akur dengan kehendak majoriti.
Mereka yang tidak bersetuju dengan kemasukan Ezam akan mempersoal apa untung dan rugi jika beliau diterima semula menjadi ahli UMNO. Ramai orang yang masih meragui kejujuran bekas orang kuat Anwar itu. Lalu ada wartawan yang memanjangkan prasangka mereka kepada Ezam dalam bentuk pertanyaan sama ada beliau masuk semula UMNO untuk menjadi spy (pengintip)?
Sudah tentulah Ezam akan berkeras menafikan beliau mahu jadi pengintip untuk Anwar dan PKR? Jawapan sebenarnya hanya Allah dan Ezam yang tahu.
Mereka yang tidak percayakan Ezam ini akan terus bertanya, besar sangatkah untungnya jika permohonan Ezam diluluskan? Adakah Ezam masih berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut? - malaysiaaktif.com